Sabtu, 14 Januari 2023

ODT STRING ENSEMBLE JANUARI 2023

Tutti String Ensemble Orkestra Darul Ta'zim 

Sebenarnya abang Hasif baru lesson ke-6 (jika tak silap mama) bersama ODT Music Academy, itu pun bermula pada 6 November 2022.

Pada asalnya, aku mencari kelas robotik untuk dia (kerana di Kluang dahulu dia masuk kelas robotik).Namun setelah mencari dan aku fikirkan kesesuaian dan tahap FOKUS dia terhadap pembelajaran, aku membuat keputusan untuk menghantar abang Hasif ke kelas muzik.

Perkara pertama yang terlintas di kepalaku waktu itu tidak lain dan tidak bukan, orang kuat ODT Kak Norsila C'la . Betapa hebatnya beliau mempunyai anak-anak yang cemerlang dalam bidang muzik sehingga tertubuhnya ODT ini. 

Lantas dengan segera aku menghubungi admin ODT seperti yang tertera di fb page.

Dan, malam tadi merupakan Tutti String Ensemble buat pertama kalinya untuk abang Hasif.

Selalunya dia melihat sahaja papa Syawal Fatah yang bermain muzik, tetapi malam tadi dia yang menghiburkan kami semua.








"Best kan Hasif kelas muzik ni?"


"Best mama. Terima kasih mama sebab masukkan Hasif kelas ni. Seronok! Hasif dapat ramai kawan baharu."


"Mama pun bangga tengok Hasif main violin."


Tahniah anakku dan rakan-rakan.

Dalam pada Hana demam, mama gagahi juga. Hana kan baby yang kuat🥰💪


Malam tadi juga sebenarnya berlangsung program Bual Santai Anekdot PBAKL2022. Aku SESAT, Dia HILANG, Siapa JUMPA. Namun mama memilih untuk menyantuni program Hasif terlebih dahulu. #AnugerahTerindah mama.


Rupanya REFLEKSI PBAKL2022 aku terpilih sebagai tiga terbaik. Allahuakbar!

Terima kasih mak Sri Diah Shaharuddin yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu penulisan buat kami semua, pengkarya Uniknya Inspirasi Kisah Hidup Sri Diah . Maaf mak Sri, malam tadi terpaksa memilih keluarga kecil ini.



TAHNIAH juga para penyelenggara buku SESAT-HILANG-JUMPA

kak Jihan Rashid , Tuan Nizam Wahid , kak Nidza Adam , kak Siti Hasni , kak Noorwisma Shaari 

Aku hanyalah penulis pemula yang suka berkongsi.

Moga segala perkongsianku membuahkan manfaat buat kalian yang membaca.

InsyaAllah♥️


Catatan seorang mama,

Yusnorsyazana Mohd Yunos 


#YusTulis

#TulislahSebagaiKenangan

#AnugerahTerindah_AT

#KisahHasif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...