Rabu, 29 Oktober 2014

I'M A PEER COUNSELOR & LACTATION COUNSELOR!

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...
Syukur...

Maaf lah rakan pembaca sekalian kerana sudah lama yus tidak berkongsi cerita, dan pengalaman bersama kalian. Rindu rasanya hendak menulis. Namun, dengan tugasan dan juga bebanan tugas yang perlu dipikul, manjadikan yus belum berkesempatan untuk menulis. 

Pada 23-25 Oktober yang lalu, yus telah menghadiri kursus Peer Counselor selama 20 jam bagi menjadikan yus sebagai seorang PEMBIMBING IBU MENYUSU bagi membantu kalian bersama-sama dalam mengharungi suka-duka dalam penyusuan susu ibu. Kursus anjuran Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association ini dengan kerjasama UTM-CTC dan juga Kelab Susuibu Johor Bahru telah dilaksanakan di UTM Skudai Johor dan seramai 22 orang peserta telah mengikuti kursus 20 jam ini..

Semoga dengan perkongsian dan pertambahan ilmu ini dapatlah yus kongsikan bersama rakan pembaca sekalian. In Shaa Allah sekiranya diberikan peluang yang panjang, yus akan kongsikan lagi pengalaman dan ceritera suka duka dalam penyusuan susu ibu ya!

Terima kasih kerana menyokong yus selama ini.
Yus juga memohon kemaafan kepada rakan pembaca yang menitipkan mesej di Whatsapp dan juga email yang yus lewat untuk membalasnya. Maaf ya semua..Yus hanyalah insan biasa sebagai seorang anak, ibu, isteri, pekerja dan juga hambaNYA yang kerdil. 

Gambar-gambar sepanjang program 23-25 Oktober 2014..








Sebarang pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu, produk QASEH GOLD, ALTAMIS HABBATUS SAUDA, DIAPER CAKE...bolehlah terus menghubungi yus ya!

Syukran jazilan..

Yusnorsyazana
013-2892820

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...