Isnin, 30 Oktober 2017

7 SEBAB MENGAPA BAYI MENANGIS

INFO PARENTING IBUBAPA PERLU TAHU

7 Sebab Kenapa Bayi Menangis
=====
Hati ibu mana tak berkecamuk rasa nak sembur amarah bak naga menghambur api. Dek hati sarat rasa geram, marah sampai naik stress. Rasa nak tarik telinga, tarik rambut, akibat bengang punya pasal. Mana taknya, pantang la baby tu nangis mula la orang sekeliling, ringan mulut kata “Susu ko tak ada ni Kiah” , “Susu ko tak cukup ni Bedah”. Lagi pedih siap cop keturunan si ibu memang jenis tak ada susu. Aduhhh sentap dengar naik bernanah telinga hingga tersiat hati luka berdarah.

Niat hati si ibu yang di pasak di minda sejak dari kehamilan lagi untuk menyusukan baby dengan susu ibu, kini dah mula di duga. Macam tak boleh pula jika baby menangis, susu ibu jugak disalahkan. Padahal baby bergelen-gelen kencing, berbakul diaper najis, siap pakej muntah akibat terlebih sudah. Tak cukup susu ibu?  Habis dari mana datang kencing, berat, muak susu semua tu.

Yang buat ibu tambah patah hati, bila si manja dalam hari, dah di beri susu lain, di beri makan tanpa kebenaran, tanpa pengetahuan. Mana tak sugul, sedih je si ibu, tidak dapat lindungi hak permata hati. Kecewa yakmat. Mula la kang terbit bisikan jahat, gigit diri, nak gigit suami, nak gigit baby, nak tunjuk rasa sakitnya hati. Silap hari bulan, meroyan. Ini bukan cerita fantasia bulan madu, Ini realiti yang berlaku.

Kadang tu, pasangan atau ahli keluarga atau orang terdekat sendiri tak menyokong dan lakukan sesuka hati. Tak pentingkan dan tak ambil kisah perasaan ibu. Alasannya, si ibu masih baru jadi ibu, tak tahu apa-apa. Tu yang terkadang, ibu terpaksa pendam dan telan sendiri diam-diam sehingga membarah memakan diri. Akibat tak nak digelar isteri nusyuz,anak derhaka, menantu hantu. Kalau diluahkan takut boleh bergaduh suami isteri, tak bertegur sapa kerana tak puas hati. Jadi, bantai menangis berhari-hari, bengkak mata, sembab muka.

Cukup sudah, kesatlah airmatamu ibu. Usah bersedih lagi. Maafkanla sesiapa yang menyakiti hatimu, menidakkan hakmu dan hak anakmu. Anggaplah mereka belum tahu, belum sampai seru bertemu ilmu. Duhai ibu yang sedang hadapi ujian seperti ini, teruskan berdoa, minta tolong kepada yang esa, agar dipermudahkan perjuanganmu melaksanakan suruhannya yang satu ini. Semoga di atas kesabaran,ketabahan dan kasih sayang, dapat membuka minda mereka dan berlapang dada dengan pilihan mu.

Di sini, dikongsikan Infografik 9 sebab kenapa bayi menangis. Baby menangis atas banyak sebab. Bukan semata kerana lapar atau tak cukup susu ibu. Lihat di infografik untuk ketahuinya. Semoga lebih ramai sedar, bayi menangis adalah salah satu cara semulajadi mereka berkomunikasi.









Sekiranya anda rasa, info ini penting dan dapat membantu perjalanan penyusuan ibu bapa lain dan bakal ibu bapa 1st time terutamanya, sila kongsikan dengan gembira. Tak perlu minta kebenaran untuk kongsikannya.

Semoga bermanfaat!
Artikel credit to Puan Erin Azmi (owner Tugeda Carrier)

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
0132892820
Stokis Qasehgold
#KaunselorLaktasi

Ahad, 22 Oktober 2017

URUTAN BOLEH MEMPENGARUHI PROSES TUMBESARAN


Anak pertama dan kedua..jarang sekali dapat mengurut mereka dek mama asyik mengejar hal dunia. Berbeza pula dengan anak ketiga, mama lebih bersedia dan (konon) mengikut pengalaman yang lepas. Urutan kepada baby sejak dilahirkan dapat mempengaruhi proses tumbesaran bayi.
 
Nak tahu? Ia betul-betul terjadi! Anak ketiga ini Yus memang tidak lepaskan peluang untuk mengurut seusai mandi atau untuk sedawakannya. Nak tahu sebab apa Yus (baru sedar) perkara ini dan nak tahu bagaimana urutan ini boleh mempengaruhi proses tumbesaran bayi?

Berdasarkan kepada buku Urutan Mesra buat Si Manja, apabila kita mengurut bayi. kita merenung mereka mesra dan mereka juga memandang ke arah kita. Keduanya betul-betul sedang menyesuaikan diri dengan sesi urutan itu.

Apabila kita mengurut bayi, kita bukan sahaja membina perhubungan dan membantu perstrukturan otak mereka, malah urutan juga boleh menguatkan deria penglihatan, perasaan, rasa, pergerakan dan keseimbangan.

Fungsi ini lah yang mendorong untuk bayi akan terasa lebih dekat dan sentiasa berada di dalam pelukan kasih sayang daripada seorang ibu/nenek/atuk/ayah nya.

Seronok tau bila mengurut perlahan kulit bayi yang lembut itu. Nak wangi dan juga minyak berstruktur lembut, boleh cuba TONIK Ana yang best ni.. Bukan sahaja untuk diguna di rambut, malah ia boleh dipelbagaikan kepada minyak urut, masker muka dsbgnya.

Ia tanpa bahan kimia bahaya. Sangat sesuai untuk semua lapisan umur.



Yusnorsyazana Mohd Yunos
(diambil petikan dari Urutan Mesra buat Si Manja)
Stokis Qasehgold Johor
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

MASALAH MEMERAH DI TEMPAT KERJA??

TIPS IBU BEKERJAYA
====
Beritahu bos bahawa kita perlu sedikit masa utk SESI MEMERAH. Kalau x boleh juga, datang awal & perah sebelum waktu kerja bermula.
.
Cara yus untuk Sesi kedua adalah pada waktu rehat 1-2pm...40 minit utk pergi pejabat pos, makan dan solat..20 minit untuk sesi memerah...kalau 40 minit tu ada 'defect', rugi lah lagi 20 minit tu sebab hanya berbaki beberapa minit sahaja sebelum waku rehat habis..
.
InsyaAllah carilah masa dan susun jadual sebaiknya.
.
sALAM SAYANG IBU MENYUSU,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
013-2892820

Untuk perkhidmatan home-visit dan masalah penyusuan, boleh terus ke www.permatasusuan.com
#CertifiedLactationCounselor
#InspirasiSusuIbu

Khamis, 19 Oktober 2017

SEMINAR KEBANGSAAN IBU SUSUAN 2017

*SEMINAR KEBANGSAAN IBU SUSUAN (SKIS 2017)* seperti berikut:

Tarikh : 11 November 2017 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Dewan Teater 1, Institut Ibnu Sina, UTM Skudai
Yuran : RM 80/seorang
Link pendaftaran: tiny.cc/SKIS2017

Seminar ini akan memberi penekanan terhadap penyusuan anak angkat atau dinamakan sebagai cetusan laktasi (induced lactation).

Objektif:
1. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pengangkatan dan penyusuan anak angkat menurut perspektif fiqh.

2. Mempromosi, menyokong dan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai Konsep Fiqh Ibu Susuan dalam kalangan ibu bapa yang memelihara anak angkat.

3. Menjelaskan akta dan undang-undang yang terdapat di Malaysia atau antarabangsa tentang pengangkatan dan penyusuan anak angkat.

Panel Undangan Istimewa:

1. Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki Pengarah Fitrah Guidance & Consultancy.

2. Puan Siti Mariam Ali
Perunding Laktasi
Pusat Laktasi Kebangsaan

3. Dr. Hairin Anisa Tajuddin
Pakar Kanak-kanak dan Perunding Laktasi
Pusat Rawatan Kanak-kanak Adda

4. Dr. Farah Safura Muhammad
PhD Perundingan Syariah, UTM

5. Puan Hajjah Norfaizah Zainudin
Pengamal Undang-undang Sivil dan Syariah


Semoga kita dapat berkumpul berkongsi ilmu di dalam seminar ini nanti.
Jumpa di sana ya.

Seminar Breastfeeding Peer Counselor Update

SEMINAR BREASTFEEDING PEER COUNSELOR UPDATE akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Teater 1, Institut Ibnu Sina, UTM Skudai
MASUK PERCUMA

Kaunselor2 & medical staff dijemput hadir


Rabu, 4 Oktober 2017

Jom ke Southern Babywearing Festival 2017





Event setiap tahun yang dinanti-nanti..
Babywearing Event!!
.
Breastfeeding dan babywearing seiring bersama..
Jom kawan2 datang memeriahkan!
7 Oktober 2017 (sabtu) di Mydin Pelangi Indah dari jam 9 pagi hingga 6 ptg.


Booth Kelab Susu Ibu Johor pun ada di sana tau <3 span="">


Jumpa di sana ya!

Susu Ibu Satu Amanah

SUSU IBU SATU AMANAH
===


Alhamdulillah diberikan peluang untuk memikul amanah ini.
Moga ilmu serta perkongsian yang diberi dapat memberi manfaat kepada ramai lagi ibu menyusu serta ibu hamil tentang kepentingan susu ibu dan ilmu penyusuan.

Ilmu perlu digali dan dicari..
Ia ada di mana-mana..hanya kita yang perlu mencarinya..

Salam sayang, 
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Untuk khidmat kaunseling dan khidmat home visit penyusuan susu ibu, boleh terus daftar ke www.permatasusuan.com

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...