Ahad, 1 Januari 2023

JP#1 PERJALANAN

Jurnal Penulisan Januari
1.1.2023
Tema : Hari Ini


HARI INI aku meniti sebuah perjalanan yang panjang. Perjalanan kehidupan dengan kiraan masa berganti tahun. Tahun 2023 bermula HARI INI. 1 Januari 2023.

Aku kirakan ia sebuah permulaan yang biasa-biasa sahaja. Apa tidaknya, malam semalam kami pulang lewat dari Muar bagi menyantuni majlis perkahwinan Kapten Yusra dan pasangannya. Maka, jam 11 malam baru kami bertemu teratak kecil di UTM.

HARI INI aku bangun lebih awal daripada biasa. Kononnya bagi persediaan apabila kami berpindah nanti ke Pulai Indah. Sememangnya ramai yang sudah sedia maklum jalan dari PI menuju ke UTM amatlah sesak dan pastinya perlu keluar lebih awal malah seawal subuh dari rumah. Wallahuaklam.

Kami bertolak awal menuju ke destinasi pertama iaitu sekolah Hasif, kemudian Haura dan seterusnya Hana. Hayyan? Di mana Hayyan? Allahuakbar, HARI INI Hayyan masih demam, seawal pagi aku bergegas pulang ke rumah untuk menghantarnya ke klinik pula. Diagnosis doktor bahawa Hayyan keracunan disebabkan oleh air kolam yang kotor telah masuk ke dalam tubuhnya. Moga cepat sembuh Hayyan!

Aku sampai di tempat kerja seperti waktu selalu, tidak terlalu awal dan tidak juga terlalu lewat. Sedang-sedang sahaja dan aku selesa begitu. Walaupun menetap di dalam UTM, namun waktu daripada keluar rumah untuk sampai ke pejabat mengambil masa hampir sejam! Waktu pulang pula, aku akan keluar sedikit lewat memandangkan Hasif balik sekolah agama pada jam 6.30 petang. Maka, sempat juga aku solat terlebih dahulu di pejabat sebelum mengambil Hana dan Haura.

Itulah catatan perjalanan seharianku.

-----

Namun, adakah kita pasti perjalanan seharian ini akan sama sahaja setiap hari walaupun kita sudah menjangkakannya? 

Apakah persediaan kita dalam perjalanan menuju ke alam sana?

Adakah kita sudah bersedia menempuh perjalanan yang lebih sukar dan mencabar di kemudian hari?

Sempatkah kita menghadapi perjalanan tersebut?

-----

Allahu Rabbi.

Kita hanyalah manusia biasa. Hanya pandai merancang, namun segalanya milik Yang Maha Esa.

Perjalanan kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Kita tiada daya untuk mengetahui bilalah waktu kita akan dijemput Ilahi, menghadap Tuhan yang Esa. 

Persediaan yang kita lakukan juga walaupun kadangkala nampak 'banyak', namun ia hanya sekecil zarah di pandangan Yang Maha Esa. Ya Allah, bantulah aku bagi persediaan menuju ke alam sana.

Subhanallah.
Allahuakbar.

Segalanya hanya terjawab di alam sana.
HARI INI kita merancang perjalanan di dunia, namun ALLAH sebaik-baik perancang buat kita sehingga akhirat sana.

Begitulah.

Catatan Jurnal Penulisan,

YUSNORSYAZANA MY

#YusTulis
#TulislahSebagaiBekalan
#JurnalPenulisan2023
#JP2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...