Selasa, 10 Januari 2023

JP#9 KEJUTKAN AKU

"Dah baca doa menaiki kenderaan?" Tanyaku dari tempat duduk pemandu.

Lantas aku mendengar anak-anakku yang berada di kerusi belakang menyahut. "Dahhhh."

"Eh, seat belt ni berbunyi pula."

Rupanya aku yang terlupa memasang tali pinggang keledar. Baru anak empat, sudah terlupa segalanya. Apa tidaknya, huru hara dari tingkat tiga dibawa masuk ke dalam kereta. Jika boleh, semua hendak dibawa 'one shoot' sahaja, tidak perlu berulang kali naik ke tingkat atas.

"Mama, kasut sekolah Hayyan tertinggal. Mama tunggu tau!"

Lalu si kedua berlari memecut mendaki anak tangga ke tingkat tiga. Mengah nampaknya dia. Badan sudah sedikit berisi.

"Mama, barang kitar semula Hasif terlupa nak ambil di kerusi."

Dengan muka sedikit pucat, si sulung memaklumkan. Aku sudah menjeling tajam mengerling ke arah jam di dashboard kereta.

"Cepattttttttt sudah lambat ni!"

Hati sudah panas. Mereka berdua ini saja menaikkan darahku di pagi hari.

"Mama, Awa......" baru sahaja ketiga ingin memulakan bicara, aku sudah memotong.

"Apa lagi yang tertinggal???"

Allah, darah merah seakan sudah berada di pundak, mahu meledak bila-bila masa saja.

"Awa nak muntah."

Lalu, terlebur segala isi perutnya di dalam kereta.

"Allah! Mengapa ujian Engkau berikan pagi-pagi ini?" Airmata sudah bertakung di tubir mata. Serta merta hati terasa sayu dan syahdu. 

Rupanya DIA KEJUTKAN AKU di pagi hari supaya aku bersyukur dengan nikmat yang diberi iaitu Nikmat Anak-anak!

Allahuakbar.
Aku alpa, aku sentiasa lupa akan amanah ini agar dijaga dengan baik.

Ya Allah.
TOLONG KEJUTKAN AKU di kala aku terlalu mengikut amarah yang dipandu Syaitonirrajim.

Astagfirullah..
Astagfirullah..
Astagfirullah..

Moga hati-hati yang membaca nukilan ini terjentik dengan muhasabah diri yang kerdil ini. 

Catatan Jurnal Penulisan,
YUSNORSYAZANA MY

#YusTulis #TulislahSebagaiBekalan #SAFYY #SAFYY_JP2023 #JP2023 #AnugerahTerindah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...