Selasa, 23 Ogos 2016

Debaran Terkini Seorang Ibu

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum sahabat sekalian. Lama sudah rasanya tidak bertinta. Maafkan kekhilafan yus yang berada di dalam keadaan yang kurang bersedia. Alhamdulillah hari ini dijentik hati dan perasaan untuk berkongsi sesuatu bersama kalian.

Mesti tertanya-tanya kenapa tajuk post ni macam lain macam sahaja kan?

Syukur Alhamdulillah...diberi keizinan dan peluang untuk membawa seorang lagi 'insan' di dalam rahim ini..AllahuRabbi..

Dahulu..Disember 2011,

MUHAMMAD HASIF lahir dengan kaedah normal (berat 3.8kg) namun begitu, mempunyai komplikasi sewaktu kelahiran..mungkin disebabkan oleh berat yang terlampau besar dan hampir kekurangan oksigen. Maka Hasif ditempatkan di dalam NICU selama 4 hari..
Alhamdulillah...kini Hasif membesar dengan sihat dan ceria  dengan PENYUSUAN SUSU IBU selama 2 tahun..

Terima kasih ya Allah..

April 2014 pula,


Lahir MUHAMMAD HAYYAN dengan kaedah ceaserean (berat 3.5kg) kerana kepala bayi tidak setentang di alur rahim. Alhamdulillah mama menerima dengan hati terbuka walaupun perasaan sewaktu tu sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah syukur..Hayyan dapat menyusu sehingga umurnya 2 tahun 6 bulan (kerana mama x larat lagi nak menanggung sakit belakang lebih-lebih lagi di awal kehamilan)

kini yus menanti debaran buat kali ketiga..Doakan agar proses kehamilan sehingga penyusuan nanti berjalan lancar..Aminnnn Ya Rabbal Alamin..

Salam sayang penuh cinta,

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
013 289 2820

==========================================
https://www.facebook.com/inspirasisusuibu
http://cutiecolour.shoppy.my






Peranan BAPA/SUAMI dalam Penyusuan Susu Ibu

FAKTA : Kajian mendapati 98% kejayaan penyusuan bergantung kepada sokongan bapa/suami
Apa yang bapa boleh bantu:
♥️Support pasangan anda kerana sokongan suami adalah motivasi terbaik buat ibu menyusu.
♥️Bantu ibu untuk menguruskan kelengkapan bayi semasa tempoh berpantang.
♥️Belikan pam susu yang dapat menampung keperluan si ibu

Isnin, 13 Jun 2016

9 TIPS Merangsang Let Down Reflex (LDR)

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum ibu-ibu gojes yang menyusu dan bapa-bapa yang hebat menyokong penyusuan susu ibu :)

Entry kali ini yus ingin kongsikan bersama semua pembaca mengenai bagaimana untuk MERANGSANG REFLEKS EJEKSI SUSU (MER) atau dikenali dengan LET DOWN REFLEX (LDR) di kalangan ibu. Penting ke MER @ LDR ini?

Apabila ibu memerah susu terutama memerah dengan menggunakan tangan atau pam, tiada rangsangan secara langsung daripada bayi. Situasi sebegini adakalanya menjejaskan MER. Terdapat banyak cara yang dicuba oleh ibu-ibu bagi mendapatkan MER yang lebih berkesan semasa sesi pemerahan berlangsung. Betul kan?

Sebenarnya, MER ini boleh dirangsang secara FIZIKAL dan PSIKOLOGI. Gabungan di antara kedua kaedah ini lebih berkesan bagi mendapatkan MER. Antara kaedah terperinci adalah seperti di bawah :-

1.   Pastikan ibu selesa dan jauh daripada sebarang perkara yang boleh membantutkan FOKUS ibu untuk memerah susu
  • Pengalaman ibu yang memerah susu mengatakan bahawa MER lebih mudah diperoleh sekiranya mereka memerah di tempat yang sama setiap kali.
  • Persekitaran yang biasa dengan ibu membantu ibu memerah dengan lebih tenang
  • Rutin yang sama setiap kali juga kadangkala dapat membantu. Contohnya ibu membuka zip beg alatan menyusu pun boleh mencetuskan MER kerana ia merupakan rutin untuk memerah susu.
2. PADAM TELEFON BIMBIT ataupun KUNCI PINTU bagi mendapatkan ketenangan dan privasi
  • Segala lkeperluan seperti bantal, makanan ringan dan minuman buku ataupun komputer diletakkan berdekatan supaya ibu lebih mudah untuk mencapainya semasa sesi memerah
3. Tekapkan tuala basah dan URUT PAYUDARA bagi 'mengejutkannya' supaya 'bekerja'. Ibu juga digalakkan untuk menggentel puting payudara bagi lebih rangsangan MER dengan cepat

4. TARIK NAFAS dan cuba bayangkan kita berada di tempat yang NYAMAN dan TENANG. Sedikit imaginasi diperlukan bagi menggambarkan sesuatu tempat seperti di tepi laut, air terjun mahupun sungai yang mengalir tenang.

5. Bagi yang beragama ISLAM, bacaan ayat suci AL-QURAN daripada qari terkenal dapat dipasang untuk memberikan ketenangan.

6. Latar belakang yang menenangkan dapat diperoleh dengan memasang MUZIK LATAR yang disukai ataupun mendengarkan bunyi-bunyian alam semulajadi.
  • Ada ibu yang membawa gambar bayi ke tempat kerja. Dengan teknologi yang canggih, bukan sahaja gambar, namun Video dan suara bayi juga boleh ditonton dan didengar melalui telefon bimbit bila-bila masa sahaja
  • Sesetengah ibu berasa terangsang apabila mencium bau baju atau selimut bayi
7. BAYANGkan bayi berada dekat dengan ibu bagi membantu merangsang MER 

8. Buat URUTAN BELAKANG BADAN yang boleh membantu kelenjar-kelenjar susu 'bekerja' dengan lebih lancar (seperti gambar di bawah)

             
9. Sambil memerah, ibu boleh mengambil makanan yang merangsang kegembiraan seperti coklat, buah-buah dll yang boleh membuatkan ibu merasa HAPPY!

InsyaAllah yus akan kongsikan lagi tips penyusuan di entry akan datang. Jom LIKE PAGE Inspirasi Penyusuan Susu Ibu di Facebook ya.. ^_^

Selamat mencuba!

Salam sayang penyusuan susu ibu,
Sifu Susu Ibu anda
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda

credit to Dr. Faridah Idris (Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu)

Cara 'hijack' lemak ibu kepada Bayi

Inspirasi Penyusuan Susu Ibu's photo.
TIPS IBU MENYUSU
================
Cara untuk 'hijack' lemak ibu TRANSFER kepada bayi ialah:

> Kerapkan kehadiran LDR ketika pam atau menyusu
> Makanan dikunyah HALUS supaya khasiat tadi dapat menyerap sepenuhnya menjadi daging (bukan lemak terpendam).
> Pam atau menyusu setiap 3 jam (pastikan wujud LDR beberapa kali setiap sesi)

Khamis, 2 Jun 2016

PUNCA BAYI TERSEDAK SUSU

Punca Bayi Tersedak Susu

APA PUNCA BAYI TERSEDAK SUSU
===========
Antara sebab bayi tersedak susu:-

+ Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

+ Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

+ Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.

+ Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.

+ Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

+ Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

+ Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

+ Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.

+ Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Hati-hati ya IBU ayah semua..

Salam Penyusuan Susu Ibu
Salam Qaseh sayang <3 div="">

Selasa, 8 Mac 2016

Selamat Hari Wanita Sedunia 2016

Assalamualaikum salam pagi Selasa yang indah.. ^_^
Selamat HARI WANITA SEDUNIA..
Wanita sebagai tonggak serta pemacu pembangunan negara..InsyaAllah..

Wanita sebagai tulang belakang sesebuah institusi kekeluargaan..

Semoga kita semua diberikan kurniaan kesihatan serta dilindungi dan diberi keberkatan di dunia Dan akhirat olehNYA..Aminnn..

#salampagi
#salamQasehsayang
#StokisKluangBatuPahat


Isnin, 7 Mac 2016

Sarapan Berkhasiat untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum salam pagi isnin yang Indah mommies semua..
Mulakan hari dengan sarapan yang sihat untuk bekalan tenaga sepanjang hari..Penyusuan Susu ibu amat mementingkan pengambilan sarapan pagi Dan kalori untuk penghasilan Susu yang lebih lancar..
Alhamdulillah..

Peranan Suami ketika Isteri HAMIL

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Perkara Yang Harus Diketahui Oleh Suami Ketika Isteri Mengandung
=============================================
Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai suami di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.


Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi anda perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat memerlukan anda. Dengan berada disamping isteri, ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah,...
Sayangilah isteri anda. fahamilah kehendak mereka. Hanya sekali itu lah mereka ingin dan perlukan belaian si suami ketika mengandungkan zuriat keduanya..
Salam sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
"LIKE" dan "SHARE" link ini untuk cinta keduanya.. kiki emoticon

Positif Pagi

"BERJAYA bukan hanya asal dari PERKATAAN tetapi ia berasal dari USAHA"


Jumaat, 22 Januari 2016

Tips Kewangan

Tips kewangan
============

"Ala,untung runcit rm12 je,takpelah,guna dulu."

Tahukah anda,anda boleh muflis sekiranya anda mencuri duit akaun company?

"Eh,company aku,aku punya sukalah.."

Yelah..awak punya sukalah kan,lepas tu,bila nak pusing modal,langsung dah tak boleh.

Boleh saya kongsi sedikit tips mudah?
😊😊😊😊😊😊😊😊

Buat kawan2 yang sudah pun membeli rindu qoqo (produk Ana Edar) anda jangan buang balang tu tau,balang tu anda boleh guna balik.

1.Okay,kita buat table dulu,

2.Bahagikan table kepada 10 kolum, isnin sampai ahad

3.1 kolum untuk mengira total untung runcit seminggu
(kalau boleh,sila disiplinkan diri,jangan ambil duit untung runcit dalam masa seminggu tu)

4.1 kolum untuk mengira duit keluar
(Saranan saya sedeqahkan 10% dari untung runcit anda setiap minggu)

5.1 kolum untuk balance.
Make sure tally ya..kalau tak tally kena la siasat mana kurangnya

6.untuk kolum kebawah, saya buat untuk 5minggu. So, kita boleh nampak keuntungan kita setiap minggu.

7.last sekali,kita totalkan,banyak mana pengeluaran kita,banyak mana simpanan untung runcit kita.

8.kalau banyak sgt pengeluaran tu, insaflah2 sikit.huhuhu.



Sekian tips dr saya.
Pesanan ringkas, jangan ingat rm12 tu tak boleh bawa pada rm12ribu tau, semuanya bermula dengan disiplin. Selamat mencuba!

#QASEHGOLD

Credit tips dari Ezzalin Sidek
Usahawan Qasehgold & Baja thailand



Saya adalah STOKIS SAH Ana Edar Sdn.Bhd. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya,

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Contact No. :013-2892820
Email : cutiecolour@gmail.com
Laman Web : http://yusnorsyazana.blogspot.my
FB Page : QasehGold Formulasi Makanan Sunnah 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai PRODUK QASEHGOLD, boleh terus hubungi saya. Konsultasi Penyusuan Susu Ibu akan diberikan.

Khamis, 21 Januari 2016

TIPS Susu Ibu : Ibu Bertenaga

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum mommies yang hebat lagi menawan!
Dah lama yus x kongsikan di blog tentang tips-tips kecantikan  kesihatan yang perlu ada sebagai Ibu yang menyusukan anak. Ye la..Yus bz (bz sgt! kan) Tapi tu bukan alasan untuk yus hentikan perkongsian ini, cuma ia agak berjarak la.

Ok, kali ni yus nak kongsikan bagaimana untuk menghasilkan susu dengan lebih efektif dan lebih kualiti nya. Biasanya kita akan dapat lihat susu ibu dari segi kuantiti bukan kualiti. Penting ke KUALITI tu sampaikan banyak produk-produk di luar sana mempromosikan barangan supplement penyusuan XYZ dan menganggap ia sebagai satu keperluan (wajib) bagi ibu menyusu lebih-lebih lagi bagi ibu baru yang masih tercari-cari asas penyusuan yang betul.

Sebenarnya, ramai juga yang pm yus dan berkongsi masalah mengenai makanan tambahan yang mereka ambil. Sebagai seorang Ibu Menyusu, yus tidak menyangkal mengenai keperluan makanan tambahan namun ia perlulah disertai dengan ILMU PENYUSUAN bahawa ia hanya merupakan BEKALAN TENAGA buat si ibu, bukan sebagai BOOSTER SUSU IBU yang digembar gemburkan. (bahaya kan sekiranya kita tidak tahu asas penyusuan, ia boleh menjadi satu faktor kemurungan juga!)

Tahukah anda bahawa Ibu menyusu boleh menghasilkan secara purata sehingga 20-30oz susu sehari? Badan yang letih dan lesu akan menganggu penghasilan hormon penggalak susu ibu dan boleh mengakibatkan pengeluaran susu ibu terganggu. Sekiranya seseorang ibu menyusu ibu mempunyai kehidupan yang agak sibuk dan tidak mengambil makanan yang berkhasiat dan bernutrisi, ia juga boleh merencatkan hormon tersebut. 

Jika masalah ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian (tanpa usaha dengan pumping, atau rangsangan terhadap payudara, makan makanan bernutrisi tinggi), ia boleh menyebabkan penghasilan susu ibu juga terjejas. 

Namun begitu, sekiranya ibu sentiasa bertenaga dan ceria, masalah ini mungkin tidak akan berlaku jika :-

  • Ibu memenuhi keperluan dan mengamalkan konsep 'demand' VS 'supply'
  • Makan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan
  • Minum air secukupnya
  • Berikhtiar dengan pemakanan sunnah (contohnya QASEH GOLD) yang lebih semulajadi.
  • Berfikiran POSITIF (ini mestilah!)
Ibu yang bertenaga boleh menggalakkan penghasilan hormon penggalak susu yang lebih baik. Tidak kiralah produk apa sekalipun diambil, jika ia tidak disertai dengan usaha memerah dan sebagainya, ia tidak akan jadi apa-apa.

InsyaAllah jika diberi peluang yus akan kongsikan tips lagi ya!

Salam sayang buat ibu menyusu yang hebat!

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS

Kaunselor Laktasi
013-2892820
yusnorsyazana.my@gmail.com

Untuk sebarang pertanyaan mengenai PRODUK QASEHGOLD, boleh terus hubungi saya. Konsultasi Penyusuan akan diberikan.

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...