Rabu, 28 Mei 2014

Bila mahu Memerah Susu?

Alhamdulillah…

Lama sungguh tidak bersiaran lantaran anak-anak yang manja untuk dibelai dan juga persekitaran baru yang sedikit janggal. Al-maklumlah baru ingin menyesuaikan diri dengan status ibu beranak dua.hihi.Syukur..

Pada entri kali ini, yus ingin berkongsi dengan rakan pembaca mengenai proses pemerahan susu ibu.
Terdapat beberapa soalan yang sering yus terima seperti :-
  •           Bila perlu memerah susu ibu?
  •           Berapa lama proses pemerahan susu ibu bagi setiap sesi?


Bagi menjawab persoalan di atas, mari kita sama-sama mengulangkaji mengenai kepentingan pemerahan susu ibu selain bayi kita diberikan susu ibu secara terus (direct feeding)
      
      a) Bila perlu memerah susu ibu?
-          Jika bayi tidak boleh menyusu di payudara (bayi tidak berada bersama ibu sejurus selepas kelahiran, atau bayi mengalami strike ataupun menolak permintaan untuk menyusu secara terus), mulakan proses pemerahan secepat mungkin selepas bersalin (digalakkan dalam masa 6 jam selepas bersalin)
-          Jika bayi boleh menyusu di payudara, pemerahan adalah mengikut keperluan/ tujuan tertentu (untuk dibuat stok mahupun untuk mengosongkan payudara bagi penghasilan susu baru)

b)  Berapa lama proses pemerahan susu ibu bagi setiap sesi?
-          Tempoh pemerahan bergantung kepada tujuan ibu memerah susu.

                                                               i.      Untuk mendapatkan kolustrum bagi bayi yang tidak menyusu di payudara (perah selama 5-10 minit untuk mendapatkan 1 sudu the kolustrum – perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil dan sedikit amaun sahaja diperlukan untuk jangka masa setiap 1-2 jam)

                                                             ii.      Untuk meningkatkan penghasilan susu ibu ( perah selama 20 minit sekurang-kurangnya 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam termasuk sekali pada waktu malam0

                                                            iii.      Untuk melembutkan aerola bagi membolehkan bayi melekap di payudara ( ibu perlu memerah sebanyak 3-4 kali sehari)

                                                           iv.      Untuk melancarkan saluran susu yang tersumbat ( Perah dan urut di bahagian payudara tersebut sehingga tiada ketulan yang dirasai)

                                                             v.      Untuk diberikan kepada bayi apabila ibu kembali bekerja ( Ibu perlu menentukan tempoh pemerahan dan jumlah susu yang akan dibekalkan mengikut keperluan bayinya) – Ini akan dibincangkan lebih lanjut untuk tajuk Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Bekerja.

Ok, setakat itu sahaja yang dapat dikongsikan untuk entri kali ini. Kita akan menyusul di entri akan datang dengan tajuk yang dicadangkan tadi – Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu yang Bekerja

InsyaAllah.

Salam sayang penuh cinta
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Jom dapatkan produk QASEH GOLD atau ALTAMIS HABBATUS SAUDA bagi mengekalkan kesihatan ibu-ibu sepanjang penyusuan susu ibu.
Makanan sunnah bukan sebagai vitamin, tetapi IA SEBAGAI MAKANAN SEHARIAN.


Rabu, 14 Mei 2014

Inspirasi Penyusuan :: 3 pagi! ::

Jam menunjukkan 2.30 pagi...
Alamak! Tertidur awal..kononnya mahu Hasif tidur, tapi mama nya juga tertidur sama..

Belum mengepam untuk sesi malam!
Dek kerana Hayyan menyusu dengan 'hebat' sepanjang hari, mama jadi sedikit letih...hihi...letih-letih 'manja'..^_^

Maka, pukul 2.30 pagi ini, dengan mata yang masih berpisat-pisat ku gagahi juga. Kenapa perlu bangun juga?

Ini jawapannya...

Apabila kita membiarkan payudara membengkak dan tiada pula hisapan dari bayi kita, maka otak kita akan menerima isyarat bahawa "payudara sudah penuh dan susu yang baru tidak perlu dihasilkan". Sebenarnya apabila isyarat tersebut telah disimpan di dalam 'sistem saraf penyusuan' kita, maka PENGHASILAN SUSU AKAN SEMAKIN BERKURANG untuk sesi seterusnya!

Oleh demikian, ini jelas menyatakan bahawa konsep DEMAND vs SUPPLY itu sangat PENTING dalam 'pengurusan' penyusuan susu ibu kepada bayi kita.



Tips : Saya mengepam sambil update blog buat tatapan rakan pembaca yang disayangi. Gunakan pam elektrik yang mudah alih serta membuatkan ada terbuai-buai sambil menulis...hihi...

I love EVE LOVE BREASTPUMP!

Ok...jam sudah 3 pagi...Jumpa di lain masa...InsyaAllah....

Salam sayang penuh cinta,
Untuk Ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

#sayajual #qasehgold #adinda #kekanda #junior
#sayajual #altamishabbatussauda
#sayajual #breastpump_evelove
#sayajual #diapercake

Sabtu, 10 Mei 2014

Makanan Pelengkap Bayi

Bertubi-tubi persoalan tentang penyusuan susu ibu yang diajukan...Seronok bila membacanya...Bahagia apabila ingin berkongsi...

Ada 1 persoalan yang kini hangat diperkatakan lebih-lebih lagi berkenaan pemberian makanan pelengkap bayi apabila bayi menjangkau umur 6 bulan..


sumber : facebook Yusnorsyazana My
Petikan di bawah adalah nukilan daripada pakar pediatrik Dr. Hairin Anisa Tajuddin.
Mengapa saya menggunakan petikan beliau dan tidak menggunakan pendapat dan melalui pembacaan saya?
Jawapannya, saya bukan pakr dalam pemakanan anak-anak kecil..Namun begitu, walaupun saya menyokong penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, tidak bermakna makanan pelengkap anak-anak itu saya nafikan. Jom kita baca bersama-sama ya!

Assalamualaikum & salam ahad yg ceria. Saya kira ramai yg menunggu jawapan dr saya tentang isu terbaru yg jadi kontroversi iaitu "pemakanan semi pepejal perlu dilambatkan hingga setahun". Malah sudah ramai ibu yang breastfeeding, mengamalkan penyusuan penuh selama 2 tahun. 
Kita perlu lihat hal ini dari pelbagai perspektif.
1) Penyusuan ibu selama 2 tahun penuh, sperti yg digariskan didalam Al-Quran...Surah Al-Baqarah ayat 233 (ayat itu kata selama 2 tahun penuh, bukannya susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun). 
2) Neurodevelopmental milestone bayi.
3) Psychological aspect of the baby to food.
4) Cara bagaimana kita memulakan pemakanan... 
Safe, adequate, timely & appropriate.
5) Health risk & complication if delay in complementary food introduction. 

Now, kita pergi kpd huraiannya
1) Penyusuan ibu sepenuhnya selama 2 tahun penuh, ditafsirkan genap 24 bulan umur bayi. Malah dihuraikan dalam surah Al-Ahqaf ayat 15, tempoh mengandung & menceraikan susu selama 30 bulan, dimana minimum tempoh mengandung 6 bulan & menyusukan selama 24 bulan, maka cukup 30 bulan. Ayat2 ni bukan menyuruh kita menyusukan sepenuhnya selama 24 bulan. Selama mana kita harys menyusu bayi sepenuhnya & soal bila kita perlu memulakan makanan yang sesuai berdasarkan ilmu dan fitrah. Bukan kan Allah swt telah memberikan akal kpd manusia & manusia perlu membaca & mengkaji. Wujudnya Nabi Adam baginda telah diberikan ilmu & mengetahui semua kejadian alam. Itu menunjukkan manusia dikurniakan akal & ia membezakan kita dgn haiwan. Malah haiwan sendiri yg akalnya juga berfikir utk survival & yang terbaik utk anaknya. Haiwan juga mengikut fitrah mereka dalam bab makanan. Maka, manusia juga punya fitrah & naluri semulajadi kepada makanan, cuma sebab kita ada akal maka kita mengkaji apa yang terbaik utk anak2. Disitulah timbulnya segala jenis kajian yg akhirnya semua pakar perubatan & nutrisi & saintis bersetuju utk membuat satu keputusan bhw memberi makanan kepada bayi samada menyusu ibu @ formula, boleh dimulakan apabila bayi umur 6 bulan. Alasannya ; spt huraian dibawah :-

2) bayi mempunyai milestonenya yang lebih kurang sama iaitu mula start memasukkan tangan & mulut mula start ingin merasa segala benda yg dicapainya dari umur 4-5 bulan, malah ada yg awal lagi. Otot mulut mula start ingin mengunyah dari umur 5-6 bulan, otot leher yg kuat utk kepala yang tegak ketika makan sejak 4-6 bulan, & sebagainya yg membolehkan bayi utk makan. Ini adalah fitrah...

3) Psychological bayi yg suka pada makanan, umur 4-6 bulan bayi dah mula menunjukkan tanda2 yg dia perlukan makanan malah isyarat dari wajahnya yg macam ingin mencuba apa yg orang dewasa ingin makan. Itu kita panggil desire to food yg juga fitrah. Sapa yang peka kpd anaknya pasti tahu ini adalah tanda2 bayi ingin makan. Malah bayi kerapkali tidak kenyang dengan hanya susu sahaja. 

4) Adakah hanya minum susu akan memberikan secukup zat yang diperlukan oleh tubuh badannya yg semakin aktif, membesar dg cepat & otak yg sedang berkembang dengan pantas utk serap semua yg dipelajari dari sekelilingnya?? Fikirkankanlah!!
Semasa bayi belum banyak benda & aktiviti yg ingin dilakukannya, kalori & zat makanan dari susu ibu memang sudah mencukupi. Namun, bagi bayi yg membesar dengan cepat, semakin aktif bergerak & otak yg ligat utk belajar perkara yg baru, mereka memerlukan zat makanan yang lebih banyak kuantitinya yang tidak dapat disediakan oleh hanya susu. Cuba ibubapa baca apakah zat yang ada dalam sumber makanan? Setiap sumber makanan memberikan zat makanan yang berbeza. Contohnya, susu mempunyai kandungan zinc & iron yang sedikit. Fungsie zinc penting untuk imun sistem, mengaktifkan enzim dan pelbagai fungsi metabolik. Iron pula komponen penting dalam sel darah HB untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan iron boleh menyebabkan tubuh lesu & kekuranagn darah merah (anemia). Kajian menunjukkan 1/3 dari bayi yang menyusu ibu selama 9 bulan sepenuhnya akan mengalami anemia. Sumber iron dari ikan & daging. Dalam susu ibu, kandungan iron rendah & cukup utk memenuhi keperluan bayu yg berumur hingga 6 bulan sahaja. Malah kandungan vitamin C dalam susu ibu juga tidak cukup utk bayi yang berumur 6 bulan ke atas dan perlukan penambahan dari makanan citrus (buah2an). Vitamin C penting untuk membantu penyerapan iron & zinc. Malah kebanyakan micronutrient yang lain telah dikaji dalam susu ibu tidak mencukupi utk anak selepas umur 6 bulan, spt vitamin D, vitamin K, dan lain2. 
Kalau cerita tentang kalori, mungkin cukup @ tidak jika bayi hanya minum susu ibu & ia amat bergantung kpd kekerapan penyusuan. Banyak kes yang pakar paediatric temui iaitu bayi tidak meningkat berat badan dengan baik selepas setahun dengan hanya minum susu ibu tanpa makanan. Sekalipun berat anak masih ok, tapi sanggupkah kita sebagai ibubapa membiarkan anak kita minum hanya utk cukup kalori tapi melupakan segala zat makanan lain utk fungsi tubuh & otaknya secara menyeluruh. Anak yang cukup zat makanan (macronutrient & micronutrient & mineral) akan menjadi anak yang lebih cerdik, mudah menerima pelajaran tanpa perlu memerah otak, malah mereka yang genius adalah mereka yang menjaga segala zat makanan utk fungsi tubuh yang seimbang. 
Anak yang berumur di bawah 2 tahun adalah usia kritikal (critical window period) utk jaringan otak yang cepat berkembang & absorp semua yang baru. Malah, inilah waktu yang penting untuk mereka belajar bercakap & bahasa. Mengapa ibubapa yang hanya memberi susu ibu selama 2 tahun ini begitu sanggup mengabaikan tanggungjawab utk memberikan yang terbaik kepada anak2????

5) apakah akan terjadi jika lewat sehingga setahun @ 2 tahun untuk diberikan makanan tambahan ??
i) bayi akan susah utk menerima makanan & tidak pandai untuk handle makanan dalam mulutnya apabila dia sudah sepatutnya boleh menelan pepejal. Malah ada yang jumpa paed, anak tersebut mengalami oral hypersensitivity (sensitive makanan yg disentuh ke mulutnya).
Pernah dengar tak tentang anak yang ditahnik kan semasa baru lahir & ini sunnah Rasulullah saw??? TAHNIK ini hikmahnya banyak antaranya utk memberi bayi rasa tentang indahnya rasa makanan. Sbb semua bayi yang dilahirkan punya deria rasa yg perlu diransang. Maka, Rasulullah menggalakkan tahnik dengan benda yang manis, cuma dirasakan di lelangitnya supaya lidahnya boleh mencari rasa yang sedap tersebut. Rasulullah galakkan kurma yg dikunyah dahulu & manisnya dirasakan kpd bayi. So, fikirkanlah.... Rasulullah sendiri mengajar bayi utk merasa makanan sbb itu fitrah bukan????

ii) Bayi akan mengalami masalah kekurangan zat makanan untuk keseimbangan tubuh badan & otaknya berkerja dgn EFISIEN!! Zat makronutrient & micronutrient & mineral yang cukup amat penting. Nak jadikan anak seorang tahfiz AlQuran??? Maka jagalah makanannya seawal usia iaitu menyusu ibu sepenuhnya 6 bulan, kemudian memberikan makanan tambahan yang berkhasiat & halal....ikut cara Nabi Muhammad tentang penjagaan makanan iaitu makan buah dulu sebelum makanan berat, makanan laut & darat tak boleh bercampur, dan banyak lagi. Sebab itu apabila ingin mulakan makanan tambahan, berikan puree buah buahan dulu, bukan makan tepung @ makanan yg mengandungi gluten. Maaf, saya pelik kenapa ada doktor yang bagi tahu makanan yg mengandungi gluten perlu diberikan kpd bayi. Tak pernah pula pakar paediatric ajar cara bagi makanan start dgn makanan yg tinggi risiko allergy & sukar dihadamkan...hairan saya.

iii) psikologi anak2 tentang makanan dihalang, jiwa anak2 yg ingin makan dihalang...ini satu penderaan emosi kpd anak2. Hanya bagi susu ibu sedangkan bayi itu sudah mula ingin merasai kepelbagaian rasa yang Allah anugerahkan...bagi saya ibu bapa spt ini mengabaikan fitrah seorang anak. Malah pemikiran anak2 tentang pemakanan jadi terbantut. Anak2 diusia setahun lebih sepatutnya sudah mengenal beberapa makanan yg disukainya, tapi proses mengenal ini jadi lambat sebab ibu bapa yang mengabaikan pemberian makanan. Lebih zalim apabila anak melihat orang lain & rakan sebayanya makan, tekaknya teringin tapi ibunya bawa lari anak dari melihat makanan tersebut. Malah, anak2 ini tak dapat belajar tentang makanan sbb cuba bayangkan dalam buku ada tunjukkn makanan roti tapi anak ini cuma hanya dapat melihat shj tapi tak dibenarkan merasa. Pada saya ini hanya mendera emosi anak2. Anak2 tidak mampu meluahkan rasa hati tapi bayangkan dr sudut psikologi...sedih bukan?? Sedang ibubapa makan sedap2, anak hanya melihat...kejam tanpa kalian sedar, saya istilahkan perbuatan tersebut.

Kalau nak cerita tentang hukum kencing bayi yang menyusu ibu bukan dikira najis, kebanyakan hadith yg saya jumpa menunjukkan tiada had umur kpd 2 tahun...semuanya kata anak kecil @ bayi seperti contoh di bawah. 

1 – ( عَنْ أُمِّ قَيْسِ بِنْتِ مِحْصَنٍ { أَنَّهَا أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَنَضَحَهُ عَلَيْهِ وَلَمْ يَغْسِلْهُ } . رَوَاهُ الْجَمَاعَةُ )

Dari Ummi Qais binti Muhsan, sesungguhnya ia pernah datang menghadap Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam dengan membawa seoang anak kecil yang belum makan (makanan), lalu ia kencing di pakaian Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam, lalu Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam miminta air kemudian memercikannya diatas pakaian itu dan tidak mencucinya. (HR Jama’ah, Nailur Authar hadist no. 30).

2 – ( وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { بَوْلُ الْغُلَامِ الرَّضِيعِ يُنْضَحُ وَبَوْلُ الْجَارِيَةِ يُغْسَلُ} قَالَ قَتَادَةَ : وَهَذَا مَا لَمْ يُطْعَمَا فَإِذَا طَعِمَا غُسِلَا جَمِيعًا . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ : حَدِيثٌ حَسَنٌ ) .

Dari ‘Ali bin abi Thalib, bahwa Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: kencing anak laki-laki yang masih menyusui, cukup di perciki (air), dan kencing anak perempuan harus dicuci. Qatadah berkata : Dani ini selama mereka belum makan (makanan) maka kalau mereka sudah makan, harus dicuci, baik laki-laki maupun perempuan. (HR ahmad dan at-Tirmidzy, dan berkata at-Tirmidzy, hadist ini Hasan, Nailur Authar hadist no. 31)

Maaf bab agama saya memang bukan Ahli, tapi saya belum jumpa hadith yg mengatakan menyusukan anak sepenuhnya 2 tahun....kalau ada sila terangkan kpd saya. 

Huraian seterusnya, 
5) cara pemberian yang safe, adequate & appropriate... nak cerita panjang memang saya tak larat dah nak type. So, saya nasihatkan jumpa pakar kanak2 @ pakar pemakanan dalam soal makanan tambahan supaya anda lebih jelas. 

Saya mohon ampun & maaf jika ada yg tersinggung membaca post ini. Saya perlu menerangkan utk kebaikan bersama. Yang baik segalanya dr Allah swt. Saya hanya manusia biasa yg ada dosa pahala. Sekian.

Begitulah panjang lebar huraian pakar ini...InsyaAllah kita sama-sama menyampaikan ilmu kepada yang lain. Hak anak itu sememangnya susu ibu. Namun kita perlu ingat bahawa susu ibu membekalkan 70% keperluan tenaga bagi bayi berumur 6-8 bulan..55% keperluan tenaga bagi bayi berumur 9-11 bulan dan hanya 40% keperluan tenaga bagi bayi berumur 12-24 bulan...

Maka, mengapa kita menafikan keperluan anak?
Fikir-fikirkanlah...

Salam sayang penuh cinta
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana My
Kaunselor Laktasi
013-2892820

#sayajual
#AltamisHabbatusSauda
#BreastpumpEveLove
#Cookies
#DiaperCake

Khamis, 8 Mei 2014

:: Keperluan MILKBOOSTER ::

Seringkali kita mendengar perkataan 'MILKBOOSTER' lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu menyusu. Benar bukan?
Banyak juga produk di luar sana yang dijual dan dilabel sebagai 'milkbooster' bagi mereka.

Namun persoalannya di sini..
Benarkah supplemen-supplemen yang di'label' sebagai 'milkbooster' itu sesuai dan serasi bagi setiap orang..?
Jawapannya MESTILAH TIDAK!

Setiap orang mempunyai ketahanan diri serta ruang waktu dan penilaian aktiviti seharian yang BERBEZA.. Pastinya mempunyai kumpulan darah yang berbeza dan juga keperluan yang berbeza..

APA KEPERLUAN 'MILKBOOSTER' kepada ibu-ibu menyusu?

Keperluan supplemen tambahan ini bukan sahaja khusus sebagai 'milkbooster' namun untuk kesihatan diri yang menyeluruh. Sekiranya si ibu atau seseorang itu telah mengamalkan gaya hidup yang sihat ditambah lagi dengan pengambilan pemakanan mengikut piramid makanan dan gizi yang seimbang, mereka sebenarnya tidak memerlukan supplemen ataupun 'booster' sekalipun lebih-lebih lagi untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

Namun, di dalam cabaran 'era moden' dan makanan seharian telah ditambah dengan pelbagai 'makanan tambahan' sebelum dihadamkan ke dalam perut, Adakah kita pasti bahawa setiap makanan yang diambil itu adalah 100% sihat? InsyaAllah ya..^_^

Ibu menyusu yang memerlukan 'milkbooster' merupakan ibu yang sering mengalami keletihan badan, cara pemakanan yang tidak teratur, mood yang tidak menentu dan sebagainya. Apabila si ibu mengalami keletihan, maka otak kita akan berfikir bahawa penyusuan susu ibu kepada anak hanyalah membawa kepada stress dan badan 'tidak rehat' dan SESUNGGUHNYA IA AKAN MENGURANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU.

Hakikatnya, pengambilan milkbooster BUKANLAH untuk MEMPERBANYAKKAN susu ibu, tetapi untuk kesihatan diri buat ibu-ibu menyusu dan seterusnya HANYA aura POSITIF yang ada di dalam diri ibu-ibu sekalian.

Apabila ibu sihat dan sentiasa POSITIF, maka hormon 'kasih sayang' oxytocin akan berfungsi dengan jayanya dan seterusnya penghasilan susu ibu akan lebih lancar.

ALTAMIS HABBATUS SAUDA sebagai MILKBOOSTER saya..
Apa??
Hanya 1 je ke yang saya perlu makan?
YA...Kerana MAKANAN SUNNAH ini sememangnya Teman Sejati saya sepanjang saya melaksanakan tugasan seharian sebagai seorang Arkitek, Ibu, Isteri, Anak...

Sarapan sihat orang berpantang hari ke-22 di pagi hari..yeahh...^_^

Mudah...x perlu fikir "saya dah makan itu ke belum?"..."Saya dah makan ini ke belum..?"
Kerana Altamis Habbatus Sauda hanya Perlu dimakan 2 biji pada waktu pagi dan 2 biji pada waktu malam. Namun kesihatan badan saya sentiasa di tahap maksimum! Alhamdulillah...

Untuk dapatkan ALTAMIS HABBATUS SAUDA...Bolehlah hubungi saya ya!

Yusnorsyazana My
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Ahad, 4 Mei 2014

Cara Penyimpanan Susu Ibu Perahan

Ramai yang bertanya tentang cara penyimpanan susu ibu perahan dengan BETUL.
Apabila selesai mengepam, mesti ibu-ibu mahu menyimpan susu yang diperah untuk bayi setelah ibu-ibu naik kerja nanti bukan?

Persoalannya?


  • Adakah selesai mengepam, susu tersebut dimasukkan terus ke dalam peti pembeku (bahagian beku)?
  • Perlu kah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam chiller sebelum masukkan ke dalam bahagian pembeku?
  • Adakah susu yang hendak diberi minum kepada bayi boleh dipanaskan dengan air panas terus sejurus keluar dari peti pembeku?
  • Adakah susu yang telah dinyahbeku / telah dipanaskan boleh dimasukkan semula ke dalam peti sejuk?
Mari kita kupas satu-satu..
Sebelum tu, kita lihat balik JADUAL CARA PENYIMPANAN SUSU IBU PERAHAN ni ya!


Ok...Ada yang masih keliru?

Untuk ibu-ibu yang masih keliru, susu ibu perahan ini mengandungi bakteria-bakteria baik yang membantu dalam antibodi serta pertumbuhan dan perkembangan bayi. Maka pengurusan susu ibu perahan jangan dipandang enteng ya!

Mari kita menjawab persoalan lazim di atas...

1) Adakah selesai mengepam, susu tersebut dimasukkan terus ke dalam peti pembeku (bahagian beku)?

     
- TIDAK BOLEH. Ini kerana susu ibu mempunyai bakteria baik yang hidup. Maka, sepertimana kita juga, dari panas masuk ke tempat pembeku..mesti akan demam. Begitu juga bakteria baik, ia akan lemah dan mudah rosak sekiranya susu ibu perahan dimasukkan TERUS ke dalam PETI PEMBEKU setelah selesai mengepam. 

Sebaiknya, selesai mengepam anda membiarkan dahulu susu yang telah diperah di dalam suhu bilik (dalam 1-3 minit) sebelum dimasukkan ke dalam chiller (dlm 2 jam). Setelah itu, barulah dimasukkan ke dalam Peti Pembeku.

2) Perlu kah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam chiller sebelum masukkan ke dalam bahagian pembeku?

-YA. Jawapan seperti di atas.

3) Adakah susu yang hendak diberi minum kepada bayi boleh dipanaskan dengan air panas terus sejurus keluar dari peti pembeku?

TIDAK BOLEH. Kerana ia boleh menyebabkan bakteria baik dalam susu ibu perahan itu rosak.

- Cara 1 : Untuk susu ibu perahan yang hendk diberikan kepada bayi, Ibu terlebih dahulu perlu meletakkan susu yang beku ke dalam chiller di malam hari (untuk bekalan kepada pengasuh pada hari waktu bekerja) ataupun mengikut sela waktu yang sesuai untuk susu beku mencair di dalam suhu chiller. Seterusnya apabia suhu mencair, bolehlah dipanaskan dengan menggunakan air suam (Nisbah Air Panas : Air Sejuk = 2:1)

- Cara 2 : Susu beku dikeluarkan dari peti pembeku dan dialirkan di bawah air paip terlebih dahulu untuk dicairkan. Seterusnya apabia suhu mencair, bolehlah dipanaskan dengan menggunakan air suam (Nisbah Air Panas : Air Sejuk = 2:1)

4) Adakah susu yang telah dinyahbeku / telah dipanaskan boleh dimasukkan semula ke dalam peti sejuk?

- TIDAK BOLEH. Susu ibu yang telah dipanaskan untuk diberi kepada bayi hanya boleh bertahan dalam masa 1 JAM SAHAJA. Setelah itu, apabila bayi masih belum dapat menghabiskan susu tersebut, maka ia perlu dibuang/menjadi siraman bunga/ dibuat sabun dll.

Yus harap entry kali ni dapat membantu ibu-ibu menyusu di luar sana mengenai pengurusan susu ibu perahan ya!

Selamat menyusukan si manja anda!

Salam sayang penuh cinta,
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana 
Kaunselor Laktasi
013-2892820




Inspirasi Penyusuan - Hari 19

gambar : susu ibu perahan di hari ke-19


Hari ke-19..
Bersamaan hari yang ke-11 mengepam secara berkala..
8 hari sebelum itu (sejurus selepas kelahiran Hayyan) yus sentiasa mengamalkan penyusuan secara terus kerana 8 hari pertama, susu matang masih belum terhasil dengan banyak..kepentingan kolustrum di dalam lingkungan waktu 2-4 hari dan susu awalan sehingga hari ke-8..

Alhamdulillah..
Hari ke-19..
Dapat mengumpul 73 plastik (setiap plastik storage mempunyai 3-3 1/2 oz) 
Plastik pula gunakan plastik yang telah di steril ya! Bukan plastik aiskrim, bekas dadih atau yang setaraf.

Mengapa?

  • Penggunaan plastik yang belum di steril boleh mengakibatkan bayi mendapat susu ibu perahan yang bercampur dengan bahan kimia yang tinggi.
  • Bekas dadih pula perlu disteril terlebih dahulu sebelum digunakan..(sebabnya sama seperti plastik yang tidak disteril)
Semoga inspirasi entry kali ini dapat menjawab persoalan MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN BOTOL DAN PLASTIK 'STORAGE' yang DISTERIL..

Selamat menyusukan si manja anda ya!

Salam sayang penuh cinta
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

(ALTAMIS HABBATUS SAUDA untuk kesihatan maksimum..untuk order, boleh pm yus ya!)


Pelekapan Bayi Semasa Menyusu


PERKONGSIAN : PELEKAPAN BAYI SEMASA MENYUSU

Seringkali yus mendapat pm/whatsapp daripada rakan-rakan tentang masalah yang dihadapi mereka semasa melaksanakan proses penyusuan anak terutama BENGKAK SUSU, PUTING MEREKAH, MILK BLISTER dll.

Sebenarnya, sekiranya POSISI DAN CARA PELEKAPAN YANG BETUL boleh membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya gejala2 tersebut..

Bagaimana pula caranya?

  • Pastikan anda dan bayi dalam keadaan yang selesa
  • Ampu bayi dengan baik
  • Kepala, bahu dan punggung bayi di ampu dalam keadaan yang selari
  • Bawa bayi rapat kepada anda
  • Bayi menghadap anda dengan keadaan perut bayi menghadap perut anda
  • Muka bayi menghadap payudara anda
  • Sentuh mulut bayi dengan puting atau jari sehingga mulut bayi terbuka luas
  • Masukkan puting dan areola (tampuk hitam) ke dalam mulut bayi
  • Pastikan bayi mencakup sehingga ke bahagian areola anda
  • Bibir bayi menjuih ke luar
  • Dagu bayi menyentuh payudara anda
  • Biarkan bayi menyusu sehingga puas dan melepaskan sendiri payudara anda

sumber : google

p/s: Berikan bayi menyusu pada payudara sebelah lagi, Jika bayi enggan, mulakan penyusuan akan datang pada payudara tersebut.

Salam sayang penuh cinta,
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi Anda
013-2892820

Khamis, 1 Mei 2014

Inspirasi Penyusuan - Hari 16

Assalamualaikum…

Tergerak untuk berkongsi dengan rakan pembaca berkenaan kisah penyusuan baby Muhammad Hayyan di hari ke-16 ni..

Syukur Alhamdulillah…

Dengan berbekalkan semangat dan sokongan orang sekelling terutama mak abah dan juga suami..Yus dapat mengumpul 50 x 3oz susu perahan untuk bekalan di kemudian hari..dan yang paling penting..TANPA SUPPLEMENT khusus! Alhamdulillah…hanya makan makanan org berpantang  + pati ikan haruan (sbb czer) + Habbatus Sauda’ dan juga air yang banyak..






Masa Hasif dulu xde ilmu penyusuan, maka dibiar payudara sehingga membengkak (konon bila payudara bengkak tanda susu banyak-tapi sebenarnya itu MITOS!)

Hihihi…
Untuk ibu-ibu/bakal-bakal ibu, dinasihatkan agar menggali ilmu sebelum terlambat ya!

Salam sayang penuh cinta
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820


p/s : Produk Altamis Habbatus Sauda untuk kesihatan diri menyeluruh…Ia juga sunnah! Boleh call/whatsapp yus untuk dapatkannya..^_^

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...