Isnin, 9 Januari 2023

BABY HANA

 Setelah kehilangan Facebook yang sarat dengan memori dan kenangan bermula tahun 2009, aku tiada simpanan di dalam media berkenaan Haura kerana zaman Haura adalah zaman aku up segalanya di Facebook. Mujur kenangan Hasif dan hayyan ada aku rakamkan di blog ini. Alhamdulillah, ada juga kenangan walaupun sedikit.

Kini, Nur Hadiya Hana anak keempatku lahir.

Tanggal 21 Julai 2022, Hana lahir dengan kaedah ceaserean kerana aku mengalami plasenta previa type III. Aku duduk di hospital bermula 12 Julai 2022 sehingga 24 Julai 2022. 

Ini antara kenangan aku sepanjang aku 'menetap' di Hospital Sultanah Aminah selama beberapa minggu itu.




Hampir 15 buah buku aku selesai baca. Alhamdulillah.
Tiga buah lukisan juga selesai dilakar dan diwarnakan sepenuhnya. Dan keputusannya, aku berjaya menjadi salah seorang pemenang saguhati MayPap untuk pertandingan lukisan dengan tema-makanan.

Seronok dan bahagia apabila kita dapat me'time sebentar walaupun bukanlah di 'lokasi' yang disukai orang lain iaitu di hospital. Selepas Hana lahir, kebanyakan aktiviti ini aku pendamkan kerana kekurangan masa untuk mengadap warna dan ketelitian yang diperlukan. Begitulah.

Tambahan lagi, sewaktu berada di hospital, keklin a.k.a. kak Galuh datang ke hospital untuk menyampaikan sijil Graduasi Akademi Syair Cendana Nusantara lantaran aku tidak dapat menghadiri majlis tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka pada awal bulan Julai 2022 yang lepas. Terima kasih keklin yang comel selaku ketua mentor Akademi. Muah!


Inilah bermula kisah Hana. Hana dilahirkan pada 21 Julai 2022 di dewan Bedah 8 HSA JB. Sebab apa kena bedah? Ada di atas aku nyatakan PP atau uri di bawah. Ok dah jelas kan. hehe.

Ini muka hana sewaktu dilahirkan.




Ini gambar-gambar Hana daripada umurnya 1 minit hingga 7 hari.
Dan di bawah ini adalah gambarnya KINI yang berusia 5 bulan 19 hari.





Semoga baby Hana membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik dan solehah serta cemerlang dalam apa jua yang Hana ceburi.

Mama sayang semua,
YUSNORSYAZANA MY

#YusTulis
#TulislahSebagaiBekalan
#AnugerahTerindah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...