Khamis, 20 Julai 2023

PENCETUS SUSU IBU

 Pernah satu ketika, Yus ditanya tentang pendapat ibu yang 'induce' susu ibu kepada anak angkat.

Secara dasarnya, Yus hanya boleh memberikan pandangan sebagai panduan sahaja, bukan bermaksud ia adalah IYA mahupun TIDAK.
Maaf, mungkin hantaran ini agak panjang ya.
Setiap mereka yang berkahwin pasti teruja bagi mendapatkan cahaya mata. Namun takdir Allah, kita hanya merancang tetapi Allah juga sebaik-baik perancang. Kan.
Kita perlu memberi sokongan kepada mereka yang masih belum direzekikan dengan kurniaan zuriat mereka sendiri. Kita perlu yakin bahawa hikmahnya sangatlah besar kepada mereka yang diuji dengan ujian sebegini.
Tidak semestinya jika kita mempunyai anak berderet-deret, kita ni power, hebatlah.
Eh, awak kena ingat Allah Maha Besar.
Anak ramai juga sebenarnya satu ujian. Rezeki, itu semua Allah yang punya, Allah punya kuasa.
Jika DIA kata "Kun Faya Kun", Siapalah kita yang menidakkannya, kan.
Maka, usaha mereka untuk mengambil anak angkat sebagai penyeri hidup mereka, kita sama-sama raikan. Ilmu Penyusuan anak angkat perlu diselusuri dan dipelajari agar kita tidak ter'sesat' dengan pelbagai mitos yang memesongkan kejayaan Penyusuan Susu Ibu.
Bagi menjadikan anak itu mahram kepada mereka, Penyusuan Susu Ibu adalah langkah
terbaik
kerana ia akan menjadi aliran nasab kekeluargaan yang lebih sempurna.
"Eh, boleh ke orang yang tak pernah mengandung ni menyusukan anak?"
"Eh, bolehlah.Awak ni kan, Allah tu kan Maha pemberi rezeki. 'Kerja' kita adalah USAHA dan MINDSET yang positif."
"Bagaimana caranya?"
Soalan seterusnya ini Yus merujuk kepada Doktor Pro Laktasi.
1) Ibu perlu membuat pemeriksaan kesihatan.
2) Ibu dapatkan khidmat nasihat doktor yang Pro Laktasi bagi 'induce' susu ibu dengan cara-cara yang disarankan. Ada yang perlu makan pil hormon, ada yang perlu membuat suntikan hormon dan pelbagai lagi cara yang selamat.
Nasihat Yus, rujuklah mereka yang pakar ya, jangan ikut semberono daripada google sahaja. Kelak nanti merana.
3) Amalkan pemerahan susu ibu yang kerap walaupun yang keluar hanyalah angin. Kita perlu ingat, susu ibu ni bukan macam air paip yang apabila dibuka, ia keluar ya. Susu ibu ni perlukan banyak USAHA dan EMOSI yang baik. - ini terpakai bagi semua ibu Menyusu juga ya.
4) Kerapkan bonding dengan anak angkat/Bayi. Sebenarnya, bonding inilah pencetus kasih sayang Dan hormon yang posiitf.
5) Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling. Di sini, paling rapat dengan ibu ialah suami serta keluarga. Rakan-rakan terdekat juga sangat perlu. Jangan dilupa, Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu di daerah/negeri kalian ya.
Selebihnya, kita tawakal.
Insya-Allah. Yus doakan urusan Penyusuan kalian dipermudahkan ya!
Kita sama-sama menyokong mereka yang memerlukan bantuan.
Ada kisah tentang Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu yang Yus kongsikan di dalam buku solo Anugerah Terindah, karya Yus.
P/s : Jika ada kenyataan di atas yang berbeza atau tidak tepat, Yus berbesar hati agar kalian dapat berkongsi sama ya.
Biiznillah.

Selasa, 18 Julai 2023

TERIMA KASIH KANDA

 Masya-Allah Tabarakallah.

Buku Anugerah Terindah ini mengisahkan tentang kehamilan dan kelahiran serta Penyusuan Bayi yang ditulis berdasarkan kisah hidup.
Buku pertama adalah sesi suai kenal.
Siapa nak kenal Yus dan aktiviti Yus sepanjang hamil dan menyusu, Yus cadangkan kalian baca buku Anugerah Terindah.
Setiap hari tersenyum mengingat kenangan.
Kan!
P/s : Terima kasih kanda kerana menyokong perjalanan buku solo pertama adinda.

Ada uang ingin dapatkan buku Anugerah Terindah, boleh hubungi Yus di 016-7352820 ya.





Isnin, 17 Julai 2023

KENAPA DUDUK LAMA DI HOSPITAL?

Ada yang tanya Yus, waktu Yus masuk hospital setahun lepas sebelum melahirkan Hana tu, ada ke yang lebih lama tempoh masa mereka duduk di sana?

Yus jawab, "Ada. Ada yang hampir lima bulan pun!"
Eh, biar betul?
Kenapa lama sangat?
Haaa...Yus pun takde lah pandai sangat bab kesihatan ni. Iyalah, kalau dah pandai serba serbi tahu, macam mana pula fungsi doktor dan jururawat kan...hehe.
Ada di kalangan rakan-rakan ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata 'menetap' di hospital seawal tiga bulan kehamilan.
Kenapa?
Uih, banyak sebabnya.
Ada yang darah tinggi tak turun-turun.
Ada yang kencing manis tak dapat dikawal.
Ada pula yang uri terbalik.
Ada yang uri menutup 'jalan' di bawah (plasenta previa) - ni kes Yus dan kes ini adalah kes yang paaaaaaling ramai.
Yus bersyukur sangat sebabnya sebenarnya Yus dah alami plasenta previa sewaktu 25 minggu lagi!
Waktu tu lagi dua hari nak raya aidilfitri 2022.
Bayangkanlah bangun je pagi subuh nak sahur tu nampak darah banyak atas katil.
Cuak beb!
Tak tahu nak buat apa.
Kaget.
Kelam kabut.
Mujur teringat long pun pernah kena perkara yang sama dan aku terus dirujuk kepada yang pakar.
Alhamdulillah, akhirnya semuanya selamat.
Namun, penceritaan yang lebih terperinci Yus ada kongsikan di dalam Buku Anugerah Terindah.
Sememangnya detik-detik kelahiran setiap anak adalah berbeza dengan pengalaman dan debaran yang berbeza.
InsyaAllah, setiap keringat ibu pasti ada ganjaran daripada-Nya di sana nanti.
Daripada detik kehamilan sehinggalah Penyusuan, sememangnya penuh dengan kenangan terindah

Sabtu, 15 Julai 2023

TERUJA!

 Allahu.

Sebagai seorang ibu, aku turut merasa teruja dengan kelahiran cahaya mata Dr Halina dan Dr. Syeikh Muszaphar ini, apatah lagi ini merupakan kelahiran anak ketujuh buat mereka berdua.
Masya-Allah Tabarakallah.
Tahniah!
Kehadiran cahayamata bagi setiap ibu ayah sememangnya dinantikan, apatah lagi buat mereka yang masih menanti kehadiran anak sulung ataupun yang sedang dalam proses mencuba setelah sekian lama. Rezeki Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin semestinya berbeza.
Ada yang direzekikan dengan anak yang ramai, namun diduga dengan cabaran membesarkan anak-anak.
Ada yang direzekikan dengan anak tunggal, anaknya cemerlang ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Ada yang direzekikan untuk membela anak angkat sahaja dan tidak mempunyai anak kandung, namun kehidupan mereka dilimpahi dengan rezeki dan sangat bahagia.
Ada yang direzekikan hidup berdua sehingga akhir hayat, namun mereka sangat bahagia.
Subhanallah, Masya-Allah!
Sayangnya Allah kepada kita, kan?
Setiap apa yang diberikan pasti ada hikmahnya.
Cuma cara kita memandang dan menilainya adalah berbeza.
Apa yang kita perlu buat?
Tukarkan MASALAH kepada CABARAN.
Tukarkan ISU kepada SOLUSI.
Tukarkan SEDIH kepada BAHAGIA.
Rezeki itu kan, Allah yang beri.
Kita hanya laksanakan 'kerja kita' berbanding kita buat 'kerja Allah'.
Fokus kepada 'kerja kita'.
'Kerja kita' adalah laksanakan mengikut ajaran-Nya.
Fokus kepada kehidupan kita sendiri.
Jangan mengejar mereka yang di atas.
Cuba berjalan di atas tapak kaki kita sendiri.
Bahagia bukan?
Anak-anak sebagai #AnugerahTerindah buat kita.
Anak-anak juga sebagai 'sumber pahala' buat kita.
Anak-anak juga sebagai 'punca' kasih sayangnya Allah kepada kita.
Di situlah kita akan diuji dengan pelbagai perkara.
Hendak mendapat pahala itu, bukan mudah.
Kita yang mengawal diri kita.
Insya-Allah. ❤
Kasih sayang Allah tiada batasan.
"Kehamilan dan kelahiran yang didamba"

LAIN MAMA, LAIN PAPA


"Siapa Zulaikha tu, mama? Hasif macam pernah dengar nama dia. Tapi Hasif tak ingatlah." tanya Hasif kebingungan.
Mungkin juga dia melihat mama kelihatan teruja dengan kedatangan tetamu yang tidak pernah bertentang empat mata itu.
"Zulaikha tu adik susuan Hasif, Hayyan dan Haura. Dia sebaya Haura. Lahir awal 20 hari daripada Haura. Mama berikan susu mama kepada dia, macam mama susukan Hasif dahulu waktu bayi." panjang lebar aku menerangkan kepadanya.
"Abang kena kenal semua adik-beradik susuan abang. Agar tiada masalah hubungan apabila dewasa nanti."
"Mama, dari tadi mama sebut adik beradik susuan. Apa maknanya ya mama?"
"Oh, adik-beradik susuan ialah baby daripada ibu dan ayah yang berlainan dan berumur kurang daripada 2 tahun. Ala, nak senang cerita dia daripada ibu dan ayah yang berlainan tetapi menyusu dengan mama sebanyak 5 kali kenyang. Lain mama dan lain papa dia."
"Maksudnya mama dah susukan Alya, Hamizi dan Zulaikha ikut yang mama cakap tadi tu ya?
"Bijak anak mama. Nanti Hasif kena ceritakan perkara yang sama juga kepada adik-adik ya."
-----------
Petikan di atas adalah daripada salah satu bab di dalam buku ANUGERAH TERINDAH, karya sulung Yus.
Di hari Jumaat yang mulia ini, Yus nak hadiahkan kepada 2 orang terpantas yang menulis NAK di ruangan komen di bawah.
Yus juga buka peluang bagi sesiapa yang ingin berWAKAF buku Anugerah Terindah kepada saudara mara, sahabat handai mahupun pusat-pusat penjagaan Ibu, boleh hubungi Yus ya.
Semoga buku ini dapat memberi manfaat buat semua.
"Kehamilan dan kelahiran yang didamba."
Biiznillah.

Jumaat, 14 Julai 2023

MUDAH MENGGENDONG BAYI


Dua belas tahun yang lepas, Yusz sudah mula MENGGENDONG abang Hasif. Namun, rupanya Yusz menggunakan alat gendong yang silap.
Tidak ergonomik.
Tidak selesa.
Pinggang rasa nak patah! Lenguh sungguh selepas setiap kali Yusz menggendong.
Selepas satu tahun menggunakan alat gendong (yang tidak ergonomik), aku disapa oleh seorang sahabat.
Eh, panjang juga nak ceritakan kronologi.haha. ada yang nak baca ke?
Tapi aku ada juga kunukilkan sedikit di dalam buku Anugerah Terindah.
Tapi, korang ada nak tahu tak?
Menggendong Bayi dengan cara yang betul dan selamat adalah sangat perlu.
Untuk apa?
Untuk menjaga kesihatan tubuh kita dan bayi.
"Ala, senanglah cakap anak dia suka je masuk dalam baby carrier tu."
Bukan tuan puan.
Kalau nak ikutkan, mereka ni lebih suka eksplorasi sekeliling mereka. Namun, kita sebagai penggendongnya perlu bertenang.
Ya, key point nya BERTENANG.
Barulah Bayi akan terasa tenang di dalam dakapan kita walau berjam-jam lamanya.
Ini perkara betul, bukan cobaan. Hehe.
Dari mereka Bayi, biasakan dengan mengguna alat gendong. Tidak kiralah soft structured carrier, ring sling, wrap atau apa sahaja. Yang PENTING, ERGONOMIK.
Sampai bila boleh gendong Bayi ni?
Sampai kita tak larat nak gendong. Hehe. Hayyan sampai 5 tahun tau. Hehe.
Kan mudahnya menggendong jika ada ilmu.
Alhamdulillah.

Aih la Hana ni, puncak pokok kelapak dia menutup muka mama. Haha.

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...