Jumaat, 13 Januari 2023

JP#11 SEBELUM KAU PERGI

"So, macam mana sayang? Jadi ke tak jadi?" Si dia bertanya kepadaku untuk program berbasikal yang bakal dia sertai pada hujung minggu ni.

"Hana tu baru je nak baik demam. Anak-anak yang lain pun baru je baik demam minggu lepas. Entahlah, rasa serabutlah. Sayang je la yang fikirkan. Zana tak boleh nak fikir." Jelasku panjang berjela.

"Tapi nak pergi ke Melaka tu, kena ada orang yang hantar."

Tidak semena-mena aku terasa segalanya aku perlu fikir.

Antara anak dan suami.

Antara diri dan keluarga.

Sesungguhnya aku memang sudah lama tiada 'me-time' untuk diri sendiri. Hanya ketika menulis ini sahaja aku dapat bertenang. Itu pun sebentar sahaja. 

"Tapi SEBELUM SAYANG PERGI, nanti perlu restock barang-barang di rumah."

Lelah rasanya apabila berseorangan menjaga empat anak yang masih kecil. Aku bukanlah mengeluh, namun sebagai manusia biasa aku tidak mampu mengharunginya seorang diri. Tulisan yang aku tulis juga sudah nampak bengkang bengkoknya, aku stress rupanya.

"Nak pergi, pergilah. Tapi SEBELUM PERGI, tolonglah fikirkan kami di rumah ini nanti."

Biasanya begitu.

Aku tiada halangan untuk incik somi bersama-sama rakannya untuk melempiaskan hobi mereka dengan berbasikal, namun SEBELUM KAU PERGI.... (fahamilah kami)

Catatan Jurnal Penulisan,

YUSNORSYAZANA MY 

#YusTulis #TulislahSebagaiBekalan #SAFYY #SAFYY_JP2023 #JP2023 #AnugerahTerindah







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...