Isnin, 22 September 2014

Inspirasi Kejayaan : Relaktasi

Syukur Alhamdulillah.

Diberi kesempatan rehat yang berbaki 15 minit ini untuk para pembaca yang yus sangat hargai dan sayangi..

Pagi-pagi lagi yus mendapat perkhabaran gembira dari sahabat-sahabat..
BFF telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel sekali..
Dan seorang sahabat juga (nama dirahsiakan) memberitahu bahawa beliau telah berjaya RELAKTASI  setelah beberapa bulan anaknya tidak menyusu susu ibu..

Entry kali ini yus ingin kongsikan bagaimana sahabat yus itu berjaya melakukan RELAKTASI walaupun masih belum berjaya memujuk si anak untuk menyusu secara terus. Ni antara apa yang beliau lakukan untuk merangsang semula penghasilan susu ibu.
  1. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari
  2. Beliau mengambil pil hormon 'domperidone' secara konsisten selama 1 minggu. Alhamdulillah..rezeki beliau hanya mengambil masa selama seminggu sahaja kerana ada juga mommies yang mengambil masa sehingga 3-4 minggu. 
  3. Mengepam selang masa 2 jam pada setiap hari. Walaupun keluar angin sahaja dan puting menjadi sakit, tetapi beliau teruskan juga mengepam ( INI ADALAH UNTUK RANGSANGAN KEPADA PAYUDARA)
Nampak simple sahaja kan? Tapi HANYA DIA yang tahu pengorbanan beliau untuk mengembalikan penghasilan susu ibu. 

Usaha..
Semangat..
Konsistensi..

Itu yang buatkan yus kagum!
Tahniah sahabat..
Teruskan usaha..dan jangan mudah putus asa..

Teruskan rangsangan terhadap payudara..Mengepam, marmet, ataupun membuatkan diri gembira..In Shaa Allah ditambah dengan niat yang suci murni sebagai naluri seorang ibu, nescaya dipermudahkanNYA..

Entry akan datang yus akan berkongsi pula bagaimana SEKIRANYA PERLU BERJAUHAN DENGAN ANAK DALAM JANGKA MASA YANG LAMA.

Stay tune..^_^

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Selasa, 9 September 2014

Relaktasi Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum...

Apa itu Relaktasi?
- Relaktasi adalah memulakan semula penyusuan susu ibu dengan bayi yang sama/tidak setelah ianya dihentikan untuk sebab-sebab tertentu

Ada beberapa sebab mengapa ibu berusaha untuk mencuba kaedah relaktasi. Antaranya adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula yang diberikan, masalah kesihatan bayi, kekesalan menghentikan penyusuan susu ibu dalam jangka masa yang awal atau berkemungkinan disebabkan oleh perubahan tugasan di tempat kerja ataupun kerana ibu berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Untuk keadaan seperti ini, usian bayi di bawah 6 bulan merupakan usia yang realistik untuk memastikan relaktasi berjalan dengan jayanya. Namun begitu, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usianbayi lebih daripada 6 bulan.

Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?

  • Kebiasaannya ibu-ibu akan mula melatih bayi untuk menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur
  • Ibu menawarkan puting payudara pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalambilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising
  • Ambil masa untuk mendakap , membelai, dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra
  • Jadikan setiap sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan
  • Jika bayi masih menolak payudara ibu, JANGAN BERPUTUS ASA, bersabar dan cuba lagi dan lagi.
  • Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ia akan menyebabkan bayi stress dan akhirnya menolak payudara ibu.
Ibu boleh mencuba beberapa kaedah relaktasi dengan menggunakan samada kaedah membanyakkan susu ibu terlebih dahulu, ataupun kaedah Supplemental Nursing System (SNS). Rujuk gambar penggunaan SNS seperti di bawah ini.

credit : www.aafp.com

credit : www.medela.com

Semoga usaha ibu-ibu sekalian untuk menyusukan anak2 syurga kita diberkati  dan dipermudahkan olehNYA...Aminn Ya Rabb..

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Isnin, 8 September 2014

Stress vs Penyusuan

Assalamualaik..

Apabila kita berada di dalam satu situasi yang memerlukan penumpuan terhadap sesuatu perkara itu melebihi daripada rutin seharian sebagai ibu, sudah pastinya akan menjejaskan tahap kesihatan serta mental si ibu..

Adakah anda tahu bahawa stress yang keterlaluan boleh MENJEJASKAN PENGHASILAN SUSU IBU?

Bagaimana stress mempengaruhi penyusuan susu ibu?

Stress boleh merencatkan hormon oksitoksin dan melambatkan refleksi pancutan susu. Apabila stress menguasai diri si ibu, maka hormon oksitoksin terencat dan susu sukar dikeluarkan daripada payudara walaupun payudara ibu kelihatan sudah membengkak.

Walau bagaimanapun, penyusuan masih dapat diteruskan. Di sini, sebagai terapi stress, si ibu boleh mewujudkan suasana yang tenang dan gembira di waktu menyusukan anak samada secara terus mahupun mengepam walaupun diasak dengan pelbagai tekanan di tempat kerja mahupun sekeliling.

Kaedah menangani tekanan :-

  • Mendekatkan diri kepada yang Maha Esa
  • Rehatkan fizikal dan minda
  • Tulis ke atas kertas apa yang sedang difikirkan
  • Cari masa untuk diri sendiri
  • Melakukan aktiviti fizikal
  • Berkongsi rasa dengan rakan
  • Tetapkan matlamat yang realistik
  • Rancang masa dengan baik
  • Jaga waktu makan dan tidur
  • Dapatkan bantuan sekiranya perlu 
(sumber : Anak Hebat dengan Susu Ibu)

InsyaAllah...sentiasa tenang dan positif..Pastinya segala permasalahan dapat ditangani dengan baik..


pic : Hasil pada hari ini..Sesungguhnya saya sedang stress (kerja yang melampau2 namun ada masa untuk update blog) hihi (sbb itu lah terapi yang baik- berkongsi ilmu)..tp dengan mengamalkan sedikit kaedah yang tertera di atas, Alhamdulillah masih ada rezeki Hayyan...walaupun tidak mencapai piawaian hari2 yang lain..

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Ahad, 7 September 2014

Cara Hasilkan Lebih Banyak Susu

Assalamualaikum..
Perkongsian kali ini adalah CARA-CARA UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Kebanyakan masaah susu yang tidak mencukupi adalah berpunca daripada kaedah kita menguruskan susu yang kurang berkesan. ramai ibuyang mengeluh dan selalu bertanya kepada yus mengapa susu mereka menjadi berkurang dan akhirnya semakin kering. Sebagai seorang Kaunselor Laktasi, yus berusaha untuk membantu ibu-ibu di luar sana untuk memahami mengapa kejadian ini berlaku. Antara sebab yang dikenalpasti adalah :-

  • Menyusu mengikut jadual yang tetap tanpa mengkaji keperluan bayi
  • Tidak mengosongkan payudara dengan sebaiknya
  • Anak kurang bangun menyusu pada waktu malam
Itu di antara sebab mengapa si ibu kurang menghasilkan susu.
Pastinya ibu-ibu yang comel sekalian mahu ingin melihat susu yang lebih banyak kan? Mudah sahaja caranya..Jom kita ungkai satu per satu..

1. PEMERHATIAN TERHADAP CARA PENYUSUAN
  • Posisi dan cara lekapan bayi perlu berada di dalam keadaan yang betul. Pelekapan yang betul adalah penting bagi mengeluarkan susu dengan lebih efisien. 
  • Sekiranya bayi kelihatan sukar melekap dengan betul, perhatikan mulutnya samada lidahnya keluar melebihi dari gusi bawahnya
  • Perhatikan kewujudan membran yang menghubungkan lidah bayi dan bawah mulut sekiranya bayi mempunyai lidah pendek (tongue tie)
2. PENYUSUAN DENGAN LEBIH KERAP
  • Tidak menyusukan anak dengan kerap merupakan salah satu punca utama susu mula berkurangan
  • Jangan melebihi dua atau tiga jam antara dua sesi penyusuan
  • Pada waktu malam, tempoh antara dua sesi penyusuan mestilah tidak melebihi empat hingga lina jam
  • Jangan bimbang sekiranya bayi mahu minum dengan lebih kerap terutamanya pada hari-hari awal kelahirannya. Ini bermakna lebih isyarat akan dihantar kepada badan supaya menghasilkan lebih banyak susu
3. MENGOSONGKAN PAYUDARA SETIAP KALI SELEPAS SESI PENYUSUAN
  • Pengeluaran air susu dengan efektif daripada payudara adalah amat penting bagi memberi isyarat kepada badan supaya terus menghasilkan susu.
  • Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) adalah bahan perencat kepada penghasilan susu. Protein ini banyak terkumpul di dalam payudara yang penuh dan tidak dikosongkan.
  • Mengosongkan payudara selepas setiap kali sesi penyusuan adalah satu cara yang paling berkesan untuk penghasilan susu yang baru yang lebih baik
  • Memerah selepas sejam sesi penyusuan dapat mengumpulkan lebih banyak susu. Ini kerana, penghasilan susu berada pada tahap tertinggi pada waktu itu.
4. MENGURUT PAYUDARA
  • Mengurut payudara dapat memberikan stimulasi yang hebat kepada payudara bagi menghasilkan susu
  • Cara mengurut payudara mungkin berbeza mengikut budaya dan kebiasaan bagi seorang ibu
  • Apa yang penting, perlu dipastikan bahawa kaedah mengurut itu tidak mencederakan tisu payudara.
5. SENTUHAN DAN TUAMAN SUAM
  • Sentuhan rangsangan pada puting ibu dapat menggalakkan refleks ejeksi susu dan lebih banyak susu dapat dikeluarkan daripada payudara
  • Tuaman suam dengan menggunakan tuala basah yang suam adalah baik untuk merangsang payudara sebelum menyusukan anak ataupun sebelum memerah.
  • Tuaman suam ini dapat membantu untuk melancarkan pengaliran air susu ibu.
6. BERDOA DAN BERSEDEKAH
  • Penghasilan susu ibu berkait rapat dengan rezeki si ibu. Apa pun, Hanya DIA yang mengetahui segalanya termasuk rezeki si ibu. 
  • Berdoalah dengan kerap supada Allah terus memberikan rezeki kepada ibu dalam bentuk penghasilan susu yang tidak putus-putus.
  • Banyakkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah..Perbuatan yang baik akan sentiasa diserap ke dalam nilai positif si anak dan masyarakat sekeliling.
Apa pun caranya, ibu-ibu perlu ingat bahawa APABILA PAYUDARA YANG SENTIASA DIKOSONGKAN SELEPAS SESI PENYUSUAN, PROSES PENGHASILAN SUSU KEMBALI TINGGI. InsyaAllah!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Selasa, 2 September 2014

Payudara Bengkak

Assalamualaikum...
Lama sudah tidak menulis tentang passion penyusuan susu ibu kan..
Kali ni yus nak berkongsi tentang Bengkak Payudara.

Apa BEZA Payudara penuh ataupun Payudara Bengkak?

Sekiranya kita perhatikan, Ramai ibu yang beranggapan bahawa PAYUDARA YANG PENUH dan KELIHATAN BERAT ADALAH BAIK.
Itu Benar atau Mitos?

Sebenarnya, Ibu perlu tahu bahawa pada peringkat awal susu bertambah banyak, payudara akan bertambah besar dan penuh. Itu adalah perkara NORMAL yang biasa terjadi. Namun begitu, BEZA nya PAYUDARA PENUH dan PAYUDARA BENGKAK ini adalah Payudara yang bengkak akan menunjukkan tanda-tanda yang lebih serius seperti gejala di bawah :-


  • Bengkak payudara akan datang dengan kesakitan yang sedikit teruk dan kadang kala memerlukan ubat penahan sakit berbanding dengan payudara penuh.
  • Suhu payudara yang bengkak akan berasa PANAS
  • Kulit payudara yang bengkak akan kelihatan lebih teganag, terik dan berkilat.
  • Payudara yang bengkak kadangkala akan berasa berketul-ketul. Areola pula akan terasa lebih keras seperti hidung, dan tidak lembut seperti cuping telinga. 
  • Payudara yang bengkak akan menyebabkan PUTING SUSU TENGGELAM. Ia menyukarkan bayi melekap dan mengosongkan payudara dengan berkesan, 
Oleh itu, payudara yang bengkak akan berasa masih bengkak walaupun SELEPAS BAYI MENYUSU.

Apa yang perlu dibuat sekiranya Ibu MENGALAMI BENGKAK PAYUDARA?

  • Penyusuan yang KERAP bagi bengkak yang tidak serius
  • Tuam dengan menggunakan Air suam /tuala panas / mandi dengan air panas selama 5 minit
  • Urutkan bahagian ketulan bengkak itu secara perlahan-lahan.
  • Lakukan sedikit TEKANAN PADA AREOLA ataupun reverse pressure softening bagi melembutkan payudara. (Lakukan ia setiap kali sebelum bayi melekap ke payudara)
  • Penggunaan BREAST SHELL
  • Memerah susu daripada payudara SEHARI SEKALI sekiranya perlu 
  • melakukan tuaman sejuk antara sesi penyusuan 
  • Pemakaian BRA MENYUSU yang bersesuaian
InsyaAllah yus akan kongsikan lagi tentang permasalahan yang sering didapati bagi Ibu-ibu meyusu..

Ingat!
Menyusu Itu Mudah dengan Ilmu...InsyaAllah!

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820
yusyazana@gmail.com




PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...