Rabu, 19 Jun 2013

Sijil Halal Sarung Kapsul AHS

Alhamdulillah...

Semakin ramai yang mengamalkan Altamis Habbatus Sauda'. Namun, bagi mereka yang ragu-ragu atau masih belum mengamalkan makanan sunnah ini, mungkin masih tertanya-tanya dengan persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran kan?

ADAKAH SARUNG KAPSUL INI HALAL?
ADAKAH ALTAMIS HABBATUS SAUDA' NI KANDUNGANNYA ASLI TANPA ADA APA-APA RAMUAN TAMBAHAN?

Jawapannya...

SARUNG KAPSUL ALTAMIS HABBATUS SAUDA adalah HALAL dan AHS juga telah mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia. No. KKM AHS : MAL13045030TC

Sumber : JAKIM

Altamis Habbatus Sauda' adalah habbatus sauda' asli yang dibawa khas dari Syria tanpa ada bahan campuran herba lain mahupun bahan lain selain habbatus sauda'. Ia adalah habbatus sauda' berkualiti tinggi yang dihasilkan mengikut garis panduan dalam Islam.


Habbatus Sauda' penyelesaian terbaik untuk migrain dan angin dalam badan

Nak berkongsi sikit pengalaman 2 hari ni..

Hari Isnin : berpuasa (Alhamdulillah dapat ganti sehari lagi) namun diuji dengan sakit kepala yang amat3 sangat..mungkin disebabkan kekurangan air (H2O) dalam badan dek pengeluaran air adalah melebihi had kemasukan air ke dalam badan..hehe..Memang besar ujian itu..Balik dari pejabat dengan kepala yang berpusing-pusing sakit mencucuk2 sehingga sampai di rumah setengah jam selepas itu.

hari Selasa : sakit kepala berkurangan.Tapi balik kerja tengahari tu (saya half day) sakit kepala semakin menjadi2...Telan panadol 2 biji pun masih tak dapat mengurangkan kesakitan. Dek sakit yang melampau, abah tak percaya saya bawa kereta ke Kuala Lumpur. Akhirnya abah yang hantar ke sini. Sakit kepala, mencucuk2 lagi..siap hentak2 kepala (eh, mcm migrain teruk betul..)

Hari Rabu : Sebelum ke tempat Persidangan, sarapan pagi dengan meal shake dan telan 3 biji kapsul Altamis Habbatus Sauda' terus (baru teringat, habbatus sauda' baik untuk migrain)...Dengan hati yang agak curiga dek perjalanan yang memakan masa hampir sejam ke tempat Persidangan, saya tawakal. Pasrah. Alhamdulillah..Sakit kepala berkurangan.. Kuasa Allah..

Mungkin ini pengalaman saya yang mengamalkan Habbatus Sauda' ketika sedang sakit..Kadang-kadang sewaktu saya mengalami selsema teruk, sakit perut..Habbatus Sauda' adalah ubatnya.. Saya akan ambil dos 2 kali ganda dari biasa (Itu mengikut keperluan badan dan jangan sesekali mengambil terlebih dos yang disarankan..kang jadi lain x pasal2 masuk spital)..

Mungkin sebab itu juga lah ia menjadi makanan Nabi kita. Pengamalan seharian dengan habbatus sauda' membuatkan ia baik untuk kesihatan. Alhamdulillah.

XOXO



Isnin, 17 Jun 2013

Amalan Penyusuan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum...Sekejap je masa berlalu..Tup tup tup dah hampir kita menjengah ke bulan Ramadhan iaitu bulan berpuasa bagi seluruh umat Islam di dunia.

Adakah ibu-ibu sekalian lebih-lebih lagi yang menyusukan anak bersedia menghadapi bulan Ramadhan ini? Kali ni yus nak berkongsi sedikit tentang Amalan penyusuan semasa kita berpuasa.  Pasti kalian tahu bahawa meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan kita seharian.

Bagi ibu-ibu menyusu, pengeluaran air susu daripada payudara adalah berdasarkan kepada keupayaan kita mengosongkan payudara secara efektif sekerap yang mungkin dengan menerusi penyusuan terus atau pemerahan payudara. Dalam penyusuan susu ibu, terdapat 2 hormon yang terlibat secara langsung iaitu hormon prolaktin dan oksitoksin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitoksin pula merembesnya keluar.

SUSU KERING???

Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang kita menjalani ibadah puasa. Kita hanya perlu sentiasa berfikiran positif bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan dalam masa yang sama memastikan diri kita mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menyihatkan.

Pengeluaran susu ibu yang berkurang bukan disebabkan oleh ibadah puasa...Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang daripada refleks pengeluaran susu (let down reflect) tercetus. Cara yang terbaik bagi mengelakkan anda berasa tertekan adalah dengan sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal (susu berkurang). Amaun susu ibu mungkin berkurang pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan jadikan ia sebagai pencetus keadaan stress. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payudara anda. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payudara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap 2-3 jam sekali.

Panduan Pemakanan


1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga. Cecair daripada buah-buahan atau sayuran merupakan sumber air yang sihat dan mengandungi banyak vitamin dan mineral
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Ok...setakat ini sahaja buat kali ini. InsyaAllah jika diberikan keizinan, dapatlah kita bertemu kembali di entry yang lain. hehehe..

pssttt: nak promosi sket..Pembeli dan Pengedar ALTAMIS HABBATUS SAUDA' diperlukan.
Hubungi yus di talian 013-2892820 untuk tempahan dan maklumat lanjut. :D

Khasiat Habbatus Sauda bagi Penyakit Diabetes Mellitus


Habbatus Sauda' didapati amat baik bagi mengubati penyakit Diabetes Mellitus. Kadar gula dalam darah pesakit Diabetes Mellitus boleh diturunkan kerana habbatus sauda' ini memiliki kemampuan untuk menyekat penyebaran enzim glukosa-6-phospatase.

Diabetes Mellitus (DM) termasuk di dalam kategori penyakit yang mesti diwaspadai kerana ia boleh menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti jantung, stroke, disfungsi ereksi, buah pinggang gagal berfungsi dan kerosakan sistem saraf.

Penyakit ini muncul akibat tubuh tidak mampu untuk meningkatkan prosuksi glukosa dalam darah. Hal ini disebabkan oleh kelenjar pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin dalam jumlah yang sepatutnya, di mana insulin ini berfungsi sebagai agen pengawal kadar gula dalam darah. Keadaan ini menyebabkan terjadi lebihan gula yang boleh merosakkan pembuluh darah dan menyebabkan komplikasi.

Kandungan Habbatus Sauda' dalam Mengubati Diabetes

Dalam buku Trio Herbal (Redaksi Trubus, 2010) menyatakan bahawa kandungan di dalam Habbatus Sauda' dalam mengubati penyakit diabetes mirip kinerja thiazolidinedione iaitu salah satu bahan aktif yang terdapat dalam ubat yang kebiasaannya diambil oleh pesakit Diabetes. Senyawa ini mampu memperbaiki sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen yang tertentu yang terkandung dalam sintesa lemak dan metabolisme karbohidrat. Beberapa kajian menunjukkan bahawa thiozolidinedione juga baik untuk kesihatan jantung dan mampu untuk menurunkan darah dan meningkatkan LDL (kolesterol baik).

Hasil penelitian A. Al Hader (peneliti dari Faculty of Medicine Jordan University of Science and Technology, Yordania menunjukkan bahawa kadar gula darah pada pesakit diabetes yang diberi asupan alloxan (penyebab diabetes) menurun 12% setelah 4jam pascaperlakuan dan 21% setelah 6jam pascaperlakuan. Dalam penelitian itu, peningkatan kadar insulin tidak terjadi. Ini bermakna mekanisme penurunan gula darah diduga bukan disebabkan oleh peningkatan jumlah insulin. Namun turunnya kadar gula darah disebabkan kemampuan habbatus sauda' menyekat aktiviti enzim glukosa-6-phospatase. Enzim ini terdapat di dalam metabolisme produksi glukosa dalam darah. Sekiranya aktiviti enzim tersebut dapat dihentikan, maka kadar glukosa darah akan turun.

(sumber : kucoba.com)

Testimoni Pelanggan dengan Ariffbillah Habbatus Sauda'

Kini Ariffbillah Habbatus Sauda' telah di'rebranding' dengan nama Altamis Habbatus Sauda'.
Kandungannya tetap sama..hanya kulit yang berubah..

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, 
Bolehlah hubungi saya di talian 013-2892820 (yus)

CEPAT! STOK adalah TERHAD!


Ahad, 16 Jun 2013

Kandungan di dalam Habbatus Sauda'

Nigella sativa (habbatus sauda') berasal dari Asia Barat. ia adalah rempah ratus yang tumbuh dengan ketinggian sekitar 16 sehingga 24 inci (40-60cm). Habbatus sauda' kaya dengan asid lemak tidak tepu. Bahan ini memainkan pranan penting untuk kesihatan kita. Ia membantu dalam mengatur metabolisme, membawa racn ke permukaan kulit untuk dinyahkan, memberi keseimbangan paras insulin, mengawal kadar kolesterol dalam badan, meningkatkan peredaran tubuh dan meningkatkan fungsi hati yang sihat. kekurangan asid lemak tidak tepu di dalam tubuh badan boleh mnyebabkan permasalahan kesihatan termasuklah gangguan sistem saraf, peningkatan kadar pertumbuhan dan penyakit kulit.

sumber :google
Biji habbatus sauda' mengandungi lebih daripada 100 zat penting yang diperlukan oleh tubuh. ia terdiri daripada 21% protein, 38% karbohidrat dan 35% lemak dan minyak tanaman.

Biji habbatus sauda' juga mengandungi lebih daripada 100 komponen dan masih banyak kajian yang sedang dijalankan bagi mengenalpasti komponen-komponen lain yang terdapat di dalamnya. lebih daripada 50% minyak adalah asid lemak penting.

Asid linoleat dan asid gamma linolenat dalam habbatus sauda' membantu dalam membentuk prostaglandin E1 bagi menghalang jangkitan, menyeimbangkan sistem imunisasi tubuh, dan bertindak balas pada alergi. Asid linolenat gamma juga membantu menstabilkan membran sel. Biji habbatus sauda' juga mengandungi 0.5 sehingga 1.5 peratus minyak aroma termasuklah nigellone dan thymochinon yang menyebabkan khasiat anti-histamina, iaitu penyekatan bahan kimia yang penting untuk badan, anti oksida, anti jangkitan, iaitu mampu bertindak melawan penyakit dan kesan broncho-dialating iaitu pengaliran udara ke paru-paru.

Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. iaitu :-

" Biji jintan hitam (habbatus sauda') adalah penyembuh kepada segala penyakit kecuali kematian"
(Hadith ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Musliam dengan martabat hasan)


ALTAMIS HABBATUS SAUDA (Revolusi Pemakanan Kesihatan Habbatus Sauda')

Hanya perlu dimakan 2 biji pada waktu pagi (sebelum bersarapan) dan 2 biji pada waktu malam (sebelum tidur) untuk kesihatan yang optimum.
Bagi yang mahu mendapatkan produk ini, sila hubungi saya (yus) di 013-2892820 sekarang.

STOK ADALAH TERHAD!

Sabtu, 15 Jun 2013

Peluang Menjana Pendapatan dengan Altamis Habbatus Sauda'

Terlebih dahulu saya ingin mengcapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia Altamis Habbatus Sauda kerana mempercayai makanan sunnah keluaran Spectrum technologies ini...

Mari bersama-sama kami untuk menyebarkan manfaat dan kebaikan Habbatus Sauda' ke mata dunia..Insya Allah..:D

Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar Altamis Habbatus Sauda', berikut adalah terma dan syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi pengedar AHS ini.

  • Hanya perlu membuat pembelian minimum 10 botol bagi setiap pembelian.
  • Yuran agen adalah sebanyak RM25 seumur hidup. Yuran ini dikenakan kepada agen/pengedar sebagai komitmen agen/pengedar Altamis Habbatus Sauda'.
  • Kos penghantaran adalah RM15 (Semenanjung Malaysia)
  • Harga sebotol AHS untuk pengedar adalah 10% daripada harga pelanggan. Maknanya anda berpeluang menjana sedikit pendapatan daripada perkongsian produk ini.
  • Anda perlu memberikan link fb personal untuk dijemput ke group khas pemasaran AHS.
  • Perlu membuat pembelian setiap bulan untuk kekal aktif. Sekiranya pengedar tidak membuat pembelian selama 3 bulan berturut-turut, kelayakan agen/pengedar akan digugurkan.
  • Pengedar yang aktif layak dipaparkan di website dan FB page untuk memudahkan pelanggan berhampiran mendapatkan stok daripada anda.
APE TUNGGU LAGI? JOM SERTAI KAMI di ALTAMIS HABBATUS SAUDA.

Untuk pembelian pertama atau seterusnya, bolehlah menghubungi saya (yus) di 013-2892820 atau email di cutiecolour@gmail.com

Kitaran Haid Kembali Teratur dengan AHS

Alhamdulillah..Ramai yang telah mempercayai dan mengamalkan makanan sunnah Habbatus Sauda' ini.. Banyak kebaikan habbatus sauda'..

Seperti di dalam testimoni pelanggan kami ini yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sebelum mengamalkan Altamis Habbatus Sauda'..Alhamdulillah, dengan berkat doa serta konsistensi beliau dalam pengambilan kapsul AHS ini pada peringkat awal, beliau mulai mengalami perubahan yang baik. Syukurr...


Ia tidak perlu lagi ditumbuk
Tidak perlu lagi dikisar
Tak perlu lagi dikunyah

Itu lah ia ALTAMIS HABBATUS SAUDA (Revolusi Pemakanan Kesihatan Habbatus Sauda')

Hanya perlu diamalkan 2 biji pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan 2 biji pada waktu malam (sebelum tidur) untuk kesihatan yang optima.
Bagi yang mahu mendapatkan produk ini, sila hubungi saya (yus) di 013-2892820 sekarang.

STOK adalah TERHAD!



Jumaat, 14 Jun 2013

Tindak Balas Habbatus Sauda' Terhadap Penyakit

Assalamualaikum...

Hari ni yus nak berkongsi tentang tindak bals yang sering diadukan bagi mereka yang pertama kali menagamalkan habbatus sauda'. Kadangkala bila difikirkan adalah mustahil apabila kita mengamalkan sesuatu produk dan hasilnya adalah dalam jangka masa yang singkat. Betul tak...Pasti ada tindak balas antara badan kita dengan sesuatu makanan itu kan? Saya pengamal habbatus sauda - dijadikan sebagai supplement tambahan seharian (ALTAMIS HABBATUS SAUDA')



Bertikut adalah antara tindak balas yang mungkin berlaku sekiranya baru bermula mengambil Habbatus Sauda'  :-

  • Muntah (Masalah sistem penghadaman)
  • Demam (Masalah usu kecil /besar)
  • Najis Berdarah (Masalah lubang dubur dan buasir)
  • Cirit-birit (Masalah limpa/hati)
  • Berpeluh (Pengeluaran haba dalam badan)
  • Sengal Bahagian Sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)
  • Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)
  • Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)
  • Kencing Berbau (Masalah buah pinggang)
  • Kencing Manis bertambah (Masalah hati dan pankreas)
  • Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)
  • Selera makan bertambah (Proses perubatan kolesterol)
  • Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)
  • Gatal hidung dan berair (Masalah resdung dan alahan)


Itu di antara tindak balas yang berlaku. Untuk pengetahuan kawan-kawan, saya ni mengalami resdung yang teruk juga (sebelum mengamalkan Altamis Habbatus Sauda'). Boleh dikatakan setiap pagi akan bersin dan setiap hari saya rasakan kepala saya berpusing dan mata sentiasa berair. Alhamdulillah, setelah mengamalkan Altamis Habbatus Sauda yang dahulu dikenali sebagai Ariffbillah Habbatus Sauda', masalah resdung saya semakin lama semakin berkurang dan sekarang ni saya terasa lebih sihat! Alhamdulillah...:D

Selamat mencuba dan mengamalkan makanan sunnah yang hebat ini!
Untuk order, boleh hubungi saya :-

YUSNORSYAZANA
013-2892820
cutiecolour@gmail.com






Khamis, 13 Jun 2013

ALTAMIS HABBATUS SAUDA' baik untuk Ibu Menyusu

Ibu Menyusu, 3 Ganjaran Istimewa Untukmu
Sudah diberi gelaran si Ibu, pasti anak-anak adalah insan yang paling bermakna dalam hidup.
Terutama sekali buat mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Pelbagai pengalaman baru yang menjadi memori indah untuk diselak di kemudian hari.
Terutamanya pengalaman menyusukan anak.
Kekok, tidak biasa, adalah antara istilah yang bakal disebut-sebut oleh si ibu.
Tetapi lama-kelamaan situasi seperti ini akan lenyap ditelan keseronokan.

---------

TIGA Ganjaran untuk Si Ibu Menyusukan Anak
Satu. Si Ibu mendapat ganjaran pahala untuk setiap titik susu badannya.
Dua. Hubungan di antara kedua ibu dan anak yang pasti bertambah erat.
Tiga. Si ibu lebih memahami perkembangan anak.

---------

Walaubagaimanapun, situasi tidak punya masa atau susu badan kurang merupakan isu yang sering berlaku kepada si Ibu.

Bagi Ibu yang kekurangan susu badan, pengambilan supplemen ALTAMIS HABBATUS SAUDA dapat membantu si Ibu bagi mengatasi situasi seperti ini.

ALTAMIS HABBATUS SAUDA membantu ibu mengandung untuk sentiasa sihat bertenaga dan kekal produktif sepanjang hari di samping mengeluarkan hormon awal bagi pengeluaran susu ibu.

ALTAMIS HABBATUS SAUDA hanya bertindak sebagai supplement (makanan tambahan) sahaja.

Justeru, PENTING juga untuk para ibu melakukan aktiviti asas iaitu menyusukan anak secara konsisten dan mengamalkan konsep DEMAND vs SUPPLY.

Bagi yang mahu membuat tempahan dan mendapatkan produk ini, sila hubungi saya (Yus) di 013-2892820 sekarang.

Stok Produk adalah SANGAT TERHAD!



Khasiat Makanan Habbatus Sauda'

Alhamdulillah...

Nilai pemakanan habbatus sauda sebagai makanan sunnah yang diamalkan oleh setiap golongan manusia tidak dapat disangkal lagi.

baru-baru ni terdapat rencana yang dikeluarkan oleh Kosmo berkenaan Habbatus Sauda'. klik sini

Rabu, 12 Jun 2013

Rezeki Hasif hari ini...

Alhamdulillah...

Hasif dah masuk  1 tahun 6 bulan (akhir bulan ni)...mama hampir mendapat MASTER in BREASTFEEDING...Hasif dibesarkan tanpa campur FM...Alhamdulillah...yahuuuu...Terima kasih Ya Allah...Syukur2...Semoga rezeki untukmu anak sehingga dpt adik nanti..opsss...:P

Wajahmu sentiasa menenangkan..
Wajahmu sentiasa dirindukan...
Anakku Muhammad Hasif,
Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan..Amin..

Tarikh dan masa adalah sama 12 Jun 2013 (1 p.m.)
Asingkan plastik storage sebab senang mak nak uruskan...hehe...
XOXO
Mama hasif yang comel..:P

Cutie Colour love AHS & SHAKLEE

Cara & Tips Pengambilan ALTAMIS HABBATUS SAUDA'

Di sini yus akan berkongsi dengan kawan-kawan cara pengambilan Altamis Habbatus Sauda'


  1. Jika anda tidak pernah mengambil supplemen berasaskan Habbatus Sauda' , anda disarankan untuk mengambil sebiji (1 Biji) kapsul AHS (Altamis Habbatus Sauda') pada sebelah pagi sebelum sarapan dan 1 biji kapsul AHS pada sebelah malam sebelum tidur. Sekiranya terdapat perubahan dalam kuantiti pengeluaran susu ibu dan mendapati bertambah baik, maka anda boleh ikuti tips seterusnya di bawah ini.
  2. Jika anda pernah mengambil supplement berasaskan Habbatus Sauda, anda boleh amalkan dengan cara yang telah ditetapkan iaitu dua (2) biji kapsul AHS pada sebelah pagi sebelum sarapan dan dua (2) biji kapsul AHS pada sebelah malam sebelum tidur.
  3. Anda juga boleh membuka sarung kapsul dan tuangkan serbuk Habbatus Sauda' ke dalam gelas air suam/mineral, kacau dan minum ataupun masukkan ke dalam masakan/makanan kita.
  4. Minum air suam/mineral jika anda berasa dahaga dan elakkan daripada gejala penghidratan (gejala kekurangan air dalam badan). Bagi ibu menyusu, disarankan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  5. Amalkan makanan/minuman yang mengandungi zat yang kaya dengan Protien (cth tauhu, tofu, tempe), Vitamin B terutamanya Asid Folik (kucai, sawi, lobak), Kalori (longan kering, kurma), Kalsium (susu), Vitamin A & C (buah-buahan sitrus, beri), makanan yang boleh memanaskan badan seperti halba, herba dan rempah ratus), makanan pencetus kegembiraan (coklat) dan sebarang makanan kegemaran ibu menyusu uang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytoxin yang mengeluarkan susu dari badan.
  6. Jika anda sedang dalam rawatan dan mengambil ubat-ubatan tertentu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil Altamis Habbatus Sauda'.
  7. Amalkan teknik penyusuan yang betul dan konsisten semasa tempoh tersebut. Ingat konsep DEMAND vs SUPPLY ye..
  8. Minta bantuan suami untuk memberikan sokongan motivasi dan semangat buat anda terutamanya pertama kali menyusukan cahayamata anda berdua.
  9. Pastikan anda selalu berada di dalam keadaan tenang, rileks dan gembira ketika menyusukan anak anda.
Selamat mencuba dan mengamalkan makanan sunnah yang hebat ini!
Untuk order, boleh hubungi saya :-

YUSNORSYAZANA
013-2892820
cutiecolour@gmail.com

ALTAMIS HABBATUS SAUDA bantu Pengeluaran Susu Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...:D

Pagi yang hebat dimulakan dengan amalan pemakanan (sarapan) yang hebat juga..
Oh ya, kali ni yus nak berkongsi kebaikan Altamis Habbatus Sauda dalam membantu pengeluaran susu ibu.

Altamis Habbatus Sauda bukan sahaja memiliki khasiat dan manfaat yang luarbiasa dalam merawat pelbagai penyakit, malah ia juga membantu wanita yang bergelar ibu dalam tempoh penyusuan. Amalan mengambil Habbatus Sauda secara tetap dan kerap dapat membantu dalam meningkatkan hubungan kasih sayang antara si ibu dengan si anak serta membantu dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran susu semasa menyusukan anak.

Berdasarkan kepada buku Rahsia Perubatan Habbatus Sauda dan peranannya dalam Melancarkan Pengeluaran Susu Ibu yang ditulis oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya, terbitan Al-Hidayah Publications.

Di antara aduan yang sering diperkatakan oleh wanita di luar sana adalah pengeluaran susu mereka mula berkurangan. Lanjutan itu, ada di antara mereka yang berhenti dari menyusukan anak mereka tanpa mengenalpasti punca permasalahan tersebut. Sehubungan itu, ada juga yang beralih kepada pelbagai kaedah dalam usaha menambahkan kelancaran pengeluaran susu mereka.

LIMA (5) sebab Pengurangan Kelancaran Pengeluaran Susu Ibu sepanjang tempoh Penyusuan
  1. Faktor yang sering menjadi punca utama yang menyebabkan kelancaran pengeluaran susu ibu ialah ketidakwujudan pengosongan kedua-dua payudara samada disebabkan oleh kekurangan upaya bayi untuk menghisap susu atau si ibu tidak mengikut kaedah penyusuan yang betul. Di sini saya ingin tekankan bahawa konsep penyusuan yang betul adalah DEMAND vs SUPPLY. Maknanya lebih kerap keperluan susu (pengosongan payudara) semakin banyak susu akan dihasilkan.
  2. Masalah kejiwaan - Si Ibu tidak ghairah untuk menyusukan anak
  3. Masalah Semulajadi - Si Ibu mengalami penyakit seperti radang buah dada atau sakit kronik pada si Ibu yang menghalangnya daripada beliau menyusui anaknya.
  4. Penggunaan puting tiruan secara berlebihan 
  5. Kehamilan
Di dalam buku perubatan Islam lama dinukilkan bahawa Habbatus Sauda menambahkan kelancaran pengeluaran susu ibu.

Ibnu Al-Qayyim r.a. berkata : "Habbatus Sauda' melancarkan pengeluaran kencing, haid dan susu jika Habbatus Sauda' ini diminum/dimakan dengan kadar teratur untuk beberapa hari."
Muqaffaq Ad-Din Al-Baghdadi berkata bahawa Habbatus Sauda' melancarkan pengeluaran kencing dan susu jika digunakan dengan berterusan dan tetap."
Dr. Afruz Al-Haq berkata : " Telah dibuktikan bahawa Habbatus Sauda' menambahkan keupayaan seksual, menangguhkan tempoh menopause (putus darah hais) di kalangan wanita, menambahkan kelancaran pengeluaran susu ibu dan menambahkan daya ingatan dan kefahaman di kalangan manusia."




HABBATUS SAUDA cegah H1N1

Habbatus Sauda (Jintan Hitam) cegah H1N1

Petikan dari Utusan Malaysia 14 Ogos 2009

Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selsema babi atau influenza A (H1N1).

Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut di dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.

Akhbar Al-Khaleej melaporkan bahawa kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50% di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.

Minuman tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah - Agensi


sumber : google

Sumber : Google

Selasa, 11 Jun 2013

Power Pumping

Ramai tertanya-tanya...

Macam mana nak banyakkan susu?
Adakah dengan hanya memakan supplement tambahan dapat menghasilkan susu yang mencurah-curah?
Kalau anak tak menghisap direct, susu semakin berkurang dan stok dah tak boleh dibuat lagi?
Stok susu hanya untuk esok saja?

Owh...kalaulah anda mengalami seperti situasi di atas...Cuba bertenang..dan bertenang..jangan stress hokay..hehe..setiap permasalahan, pasti ada penyelesaiannya..Salah satu adalah dengan kerap membuat power pumping..

APA ITU POWER PUMPING?

  • Ia merupakan teknik mengepam yang boleh membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan set up mengepam yang biasa tetapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu (kerana cetusan 'aura' positif membangkitkan hormon untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu)
SIAPA YANG MEMERLUKAN POWER PUMPING?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat (teknik ini digunakan untuk merangsang payudara untuk mengeluarkan susu)
  • Ibu yang ingin re-laktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepan etc.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT POWER PUMPING?
  • Untuk single pump - pam payudara sebelah kanan terlebih dahulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar ke payudara sebelah kanan 10 minit, ke payudara sebelah kiri 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit dan berterusan selama sejam.
  • Untuk Double Pump - Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, rehat /stop selama 10 minit, sambung lagi pam selama 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya berterusan selama sejam.
Disarankan agar membuat kaedah power pumping ini sekali sehari , seeloknya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi pada waktu ini.

BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK MENAMPAKKAN HASILNYA?

Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam adalah setitik dua ataupun hanya 'mengepam angin' semata-mata, jangan putus asa! Teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Usaha + Doa + Tawakal, InsyaAllah dipermudahkan olehNYA...


Sumber : Kumpulan Ibu Menyusukan

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

"Sesungguhnya segala rezeki yang kita perolehi itu datangnya dari ALLAH S.W.T."

Alhamdulillah...
Pada entry kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan makanan sunnah ini..Lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak dan juga kebaikannya kepada ibu-ibu mengandung.

“ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon yang terdapat dalam Nigella Sativa (habbatus sauda') dapat meningkatkan pengeluaran air susu bagi ibu menyusui”
-University Pochefstroom, 1989-

Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara keseluruhan, terutama pada musim hujan, anak-anak akan mudah terkena flu dan selsema. Kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang terdapat pada Nigella Sativa (habbatus sauda') merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak balita dan janin.

Testimoni yang telah mencuba Altamis Habbatus Sauda (dahulu ia adalah Ariffbillah Habbatus Sauda')
Bagaimana pula untuk ibu menyusu?

Anda sering mengalami kekurangan stok susu?
Kemeruduman susu disebabkan mempunyai genetik 'TIDAK BANYAK SUSU'?
Supplement tambahan tidak membantu dalam pengeluaran susu ibu?

Sebenarnya semua itu adalah MITOS semata-mata..Badan kita memerlukan seberapa banyak zat dan juga keperluan tambahan yang membantu kita dalam meningkatkan tahap kesihatan kita lebih-lebih lagi pada zaman yang serba 'segera' ini...Bayangkanlah setiap sebulan sekurang-kurangnya kita akan pergi ke Restoran Makanan segera, di rumah pula pelbagai makanan segera...dan macam-macam 'segera' lagi kan..

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kadangkala mengalami kemeruduman susu dalam erti kata lain susu semakin berkurangan. Namun persoalannya, adakah anda telah mengikut konsep penyusuan yang betul iaitu DEMAND vs SUPPLY?
Faktor utama untuk banyakkan pengeluaran susu ibu adalah dengan kerap mengosongkan payudara tidak kira sama ada dengan mengepam (sekurang-kurangnya 3 jam sekali) atau dengan direct feeding. 

Namun begitu, dengan pengambilan supplement tambahan seperti ALTAMIS HABBATUS SAUDA', ia bukan sahaja sebagai penggalak pengeluaran susu ibu, malah ia mempunyai pelbagai khasiat yang semulajadi dibuat untuk manusia.

Saya adalah stokis Altamis Habbatus Sauda..Berminat?Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma dan harga AHS dengan nilai hebat!!

YUSNORSYAZANA BT MOHD YUNOS
013-2892820
cutiecolour@gmail.com





NILAI GIZI MAKANAN DALAM HABBATUS SAUDA'


NILAI GIZI MAKANAN DALAM HABBATUS SAUDA’

Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose. Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.
Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.

Habbatus sauda’ mengandungi lima belas asid amino yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.

Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.

Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.

ALTAMIS HABBATUS SAUDA'

Saya adalah stokis yang sah..
YUSNORSYAZANA BT MOHD YUNOS
013-2892820
cutiecolour@gmail.com





Isnin, 10 Jun 2013

PRE-ORDER ALTAMIS HABBATUS SAUDA' (JUN 2013)


Pre-Order Altamis Habbatus Sauda dibuka sehingga 15 Jun 2013..

Pengedar juga diperlukan...So, ape lagi, ambil peluang ini ya...
Kebaikannya tidak diragui...
Habbatus Sauda' makanan sunnah nabi..
Ambil dengan kadar yang disyorkan secara konsisten bagi memberikan hasil yang lebih baik.

PM yus @ watsapp : 013-2892820

ALTAMIS HABBATUS SAUDA'

Bismillahirrahmanirrahim...

Pengenalan Ringkas Altamis Habbatus Sauda
Ariffbillah Habbatus Sauda merupakan produk kesihatan dan makanan tambahan berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Spectrum Technologies And Services. Bahan utamanya adalah Habbatus Sauda yang berkualiti tinggi dan ianya dihasilkan mengikut garis panduan dalam Islam.Ariffbillah Habbatus Sauda ini dihasilkan dalam bentuk kapsul sesuai denglan keperluan dan trend pengguna dan pembeli ketika ini. Sebotol Ariffbilah Habbatus Sauda mempunyai 60 biji kapsul dan dimakan 2 biji pada sebelah pagi dan 2 biji lagi pada belah petang.
Kebaikan dan keunikan yang ada dalam Habbatus Sauda adalah:
1. Ianya kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Meningkatkan Sistem Imunisasi Manusia- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Mengapa Anda Perlu Dapatkan Altamis Habbatus Sauda?
1.Membantu dalam mengeluarkan Asid Urik dalam badan.
2.Mengelakkan dari terkena penyakit gout.
3.Membantu menyembuhkan selsema.
4.Meredakan dan merendahkan tekanan darah tinggi.
5.Mengurangkan alahan atau alergi kepada sesuatu jenis makanan atau minuman atau sebaliknya.
6.Melancarkan pengeluaran susu khususnya kepada kaum ibu.
7.Meningkatkan sistem imunisasi badan.
8.Membantu merawat penyakit kencing manis.
9.Merawat penyakit dan gejala cirit birit.
10.Melindungi tubuh badan daripada penyakit barah.
11.Meningkatkan tenaga dan kecergasan anda seharian.
12.Mengelakkan penyakit batu pundi hempedu.
13.Merawat penyakit lenguh-lenguh badan atau sakit-sakit sendi.

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...