Isnin, 9 Januari 2023

JP#8 MINGGU LEPAS

"Sayang, kita pindah balik Pulai Indah nak?"

"Cha okey je. Ikut sayang lah."

Dalam perasaan penuh syahdu, aku mula memanggil anak-anak untuk berkumpul di ruang tamu.

"Hasif, Hayyan, Haura...jom kita duduk sini borak-borak."

Tercengang-cengang mereka melihat sesama sendiri. Maklumlah keluarga kecil ini jarang-jarang adakan mesyuarat keluarga. Huhu.

Aku mulakan bicara dek incik somi kelu lidahnya untuk berkata-kata. Agaknya dia pun 'voters atas pagar' dengan keputusan aku ini. Hehehe. Demi kelangsungan ekonomi keluarga, incik somi hanya mengiyakan tanda setuju. Alhamdulillah.

Sebenarnya, ada sebab aku membuat keputusan ini. Aku juga bukanlah membelakangkan pandangan incik somi, tetapi ia atas persetujuan bersama.

"Pasti ada hikmah di sebalik penghijrahan ini."

MINGGU LEPAS kami sekeluarga menjalani sesi percubaan berulang-alik dari PI ke UTM dan sekolah-sekolah anak. Memang mencabar pada awalnya. Namun apabila telah mencecah tempoh seminggu, ia semakin lali dan okey sahaja.

Tetapi sepanjang MINGGU LEPAS juga, pelbagai peristiwa berlaku.

Hayyan demam dan muntah².
Haura demam.
Hasif demam dan tarikh pembedahan giginya terpaksa ditunda ke tarikh yang lain.
Aku juga demam.

Allahu. Kehadiran mak dan abah sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesihatan kami sekeluarga.

Permulaan tahun yang agak kekok dan sedikit serabut. Moga perjalanan tahun ini memberi kebaikan buat kita semua.

Catatan Jurnal Penulisan,
YUSNORSYAZANA MY

#YusTulis
#TulislahSebagaiBekalan
#JP2023
#SAYY
#AnugerahTerindah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...