Rabu, 12 November 2014

Penolakan Menyusu di Payudara

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera..

Semalam ada seorang teman yang menyatakan kerisauannya tentang bayi nya yang baru berumur 20 hari sudah pandai menolak daripada menyusu secara terus di payudara. Setelah ditanya, rupa-rupanya bayinya diberikan susu formula secara bergilir-gilir dengan susu ibu. Saya tidak salahkan teman ini. Mungkin kerana beliau masih tidak tahu mengenai susu ibu dan saiz perut bayinya. itulah fungsi kita sebagai teman pembimbing ibu menyusu..Berikan info serta sokongan kepadanya.

Ok rakan pembaca yang budiman sekalian, kali ini yus ingin kongsikan MENGAPA BAYI MENOLAK untuk MENYUSU DI PAYUDARA?

Penolakan menyusu di payudara berlaku dalam beberapa keadaan seperti di bawah :-


  1. Bayi telah diberikan dengan puting susu tiruan sejak awal kelahiran. Ini termasuklah pemberian puting kosong (pacifier), botol susu dan lain-lain. Ini kerana, mekanisme penghisapan puting tiruan adalah berbeza daripada penghisapan di payudara. Bayi akan menggunakan banyak tenaga dan juga menggunakan seluruh kekuatan rahangnya untuk melekap dengan betul di payudara. Ini membantu bayi tersebut untuk membina kekuatan rahang dan juga perkembangannya.
  2. Bayi yang daripada awalnya tidak mahu menyusu ibu di payudara disebabkan oleh bayi sakit, berpisah dengan ibunya sejak lahir ataupun ibu merasakan susu nya tidak mencukupi buat bayi.
  3. Bayi yang sudah berhenti menyusu, tetapi mahu disusukan semula di payudara.
  4. Bayi yang menghadapi 'mogok menyusu' ataupun dikenali sebagai nursing strike.
Gambar : Pemberi semangat di pagi hari..Sesi 1 : Jom memerah susu untuk keperluan Hayyan di kala umurnya 7 bulan..Syukur Alhamdulillah..
Sekiranya rakan pembaca memerlukan sokongan dalam penyusuan susu ibu, Yus sedia membantu. In Shaa Allah..^_^

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...