Khamis, 5 Januari 2023

JP#5 JUMPA ORANG

Hari ini hari khamis bersamaan 5 Januari 2023. Hari bekerja terakhir dalam minggu ini bagi kami yang berada di negeri A (Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah).

"Jom kawan-kawan, esok kita ada gotong royong tau." maklum si A.

"Menu esok oden dan steamboat. Sesiapa yang nak bawa potluck juga dialu-alukan." tambah si B pula.

"Nak kutip duit berapa ni kak?" tanya di C.

Begitu meriah pejabat kami semalam.

Harini, rakan-rakan di pejabat (KRT SPPF) menjalankan aktiviti gotong royong di pejabat. Memang seronok kerana aktiviti ini selain dapat mengeratkan hubungan sesama rakan sepejabat, tetapi ia juga akan diakhiri dengan aktiviti makan-makan. Hehe.

Bukan selalu begini. 




Namun, ada juga kerja hakiki yang perlu dilangsaikan sepanjang hari ini. Aku bercuti minggu depan dek menjaga anak yang perlu menjalani pembedahan gigi di Hospital Sultanah Aminah. 

Ada surat yang perlu disiapkan.

Ada janjitemu untuk penghantaran kunci.

Ada tandatangan untuk surat pengesahan staf untuk aku langsaikan.

Semuanya memerlukan aku untuk JUMPA ORANG. Aku pula memang suka saja bila dapat JUMPA ORANG kerana setiap kali aku dapat meneladani mereka, terdapat satu 'fius' yang hidup di dalam hidup.

Begitulah.

---------

Di dunia ini, kita boleh memilih samada kita introvert atau extrovert. Ini sebenarnya acuan peribadi kita sendiri.

Jika kita rasakan kita introvert dan risau/takut/malu untuk JUMPA ORANG, kita cuba sekali untuk keluar dari 'acuan' agar kita mendapat satu perspektif yang berbeza.

Jika kita rasakan kita extrovert dan suka untuk JUMPA ORANG, kita buat penambahbaikan dengan setiap kali pertemuan agar ia menjadi manfaat buat semua pihak.

Namun,

Di akhirat sana, kita TIDAK BOLEH MEMILIH untuk JUMPA ORANG yang kita suka sahaja. Malah, kita akan merangkak, menyusur, merengek serta berjalan berjuta-jura batu untuk mencari orang yang kita berbuat silap dan dosa kepadanya.

Waktu itu, tiada siapa yang mahu menunjuk arah kerana masing-masing juga mencari untuk JUMPA ORANG yang membolehkan timbangan amal mereka lebih berat untuk ke syurga.

Allahuakbar!

Aku akhirnya menangis sendiri, kerana terlalu banyak dosa yang aku lakukan. T_T

---------

Catatan Jurnal Penulisan

YUSNORSYAZANA MY

yusnorsyazanamy.blogspot.my

#YusTulis

#TulislahSebagaiBekalan

#JP2023

#SyuLyaDeYuz





2 ulasan:

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...