Ahad, 30 Oktober 2011

Kerja oh Ahad!

Arini ari ahad...Orang lain masih sibuk mengulit mimpi, aku dah tercongok kat opis...ape ntah..rajen bebenor..huhu..bukan rajin suke suki daa...tp rajen terpaksa..Memandangkan Majlis Konvokesyen Kesebelas UTHM dijalankan mulai 29/10 (semalam) dan akan berakhir 31/10 (esok), dan Pekeliling UTHM dah pun dikeluarkan supaya semua staf bekerja pada hari-hari tersebut...alahai...betapa kurang bernasib baiknya aku pulak J/K Kecil Pembersihan dan Keindahan...nak x nak kne la kje jugak...haihhh..sbr je la..

Sejak khamis sebenarnya aku dah mem'bz' kan diri..Seolah-olah mcm diri ni masih 'single' lah! hahaha...padahal sedang 'double'..Nasib lah ari khamis n jumaat tu baby x buat ragam...Dia cool je..Tp maybe dah masuk ari ketiga (semalam), dia dah terasa kepenatan di dalam tummy mama dia-sbb mama dia x berenti bergerak n berjalan...dan akhirnya dia buat ragam ala-ala comel la gtu...-dia mengeras n sentiasa bergerak dari pagi sampailah ke malam...penat ye anak mama...sbr ye syg...mama bekerja...:)

Tp lepas mak picit2 mlm td b4 masuk tdo, lega la sikit..n baru boleh makan...Oh ya! Mungkin semalam disebabkan aku terlalu ghairah utk bekerja..cheeewahhh!!, aku sampai terlupa makan nasi utk tghri...n sampailah ke petang tetiba rasa lapar ya amat-sampai terasa kaki x jejak tanah mcm nak pitam...hohoho...takutnye!Last2 lepas mak picit, baru lah lega n boleh tdo...huhu..tu la penangan baby mama ni..huhu...

Arini pulak kne bekerja...ok syg..mama nak dok diam je la arini..xmo lasak2 mcm 3 hari lepas...kesian kat baby mama ni kan...Nanti minta untie Ana yang tolong back up mama k syg..syg jgn protes lagi ye...mama sakit...papa x balik...kesian kat mama kan syg...hihi...i love u more!!

p/s : Ghairah bekerja sampai lupa dalam tummy ade baby...oh no!kesian my baby kan...

Khamis, 27 Oktober 2011

Telefon oh telefon...

Salam..
Mulai arini sampailah 31 Oktober (Isnin) nanti aku mula sibuk dengan Majlis Konvokesyen UTHM kesebelas..Biasalah kehidupan sedikit tidak terurus apabila Majlis Konvo menjelang..haha.. (tp dah 5 hari suami aku cuti, menjadikan kehidupan aku terurus sket..wakaka...ngade..LOL)

Tapi yang kurang bernasib baiknya...apa yang aku rasa...tiap2 kali Majlis Konvo menjelang, time tu jugaklah bateri telefon kong...aiseyyy...lupa charge la...byk call org la...haihh...macam2...ni haaa, dah asyik bunyik tet3 byk2 kali diminta supaya dimatikan..kalau x, dia mati sendirik...waaaaa...menci2...apsal slalu je jadik gini...haih..sbr je la...

Selamat la aku menjalani 'kehidupan' utk 5 hari ni...

p/s : Dapat email pulak..Bengkel SKT ditunda ke 2-4 Disember...haihhh..dah dekat sgt dgn tarikh 'lahir'nya...Semoga semuanya selamat...

Selasa, 25 Oktober 2011

Tahukah Anda?? V1

CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

p/s : untuk pengetahuan kita bersama..Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan diberkati olehNYA...aminnn~~

Jumaat, 21 Oktober 2011

Jumaat...Sabtu...Ahad...

Salam...Hello guys!

Yeah...akhirnya tiba juga ari jumaat..tiap jumaat je baru sempat nak menulis kat blog...haha...konon2 cam hari lain tu bz la...:P

OK..kita tunggu ari sabtu pulak..sebab menanti si dia pulang ke rumah..yahuuuu...!! (2 minggu tu x jumpa..rinduuuuuuuuu....LOL)

Ari ahad nak g jalan2 la plannya..konon2 nak beli2 brg baby...ho yeahhh!! td pun dah melabur kat baby shop. Dapat la jugak 2 helai baju n sikat baby yang sgt2 cute tu...aduyaiii..comelnyeee...x sbr nak tgu baby keluar pulak...:D

p/s: doakan agar semuanya selamat...bila dengar kawan2 lain dah bersalin, mulalah rasa takut tu datang...Ya Allah..kuatkanlah semangatku ini...kuatkan lah semangat baby ku juga..semoga dia sihat di dalam...aminnn~~

Jumaat, 14 Oktober 2011

Salam Jumaat!!

Assalamualaikum...

Salam pagi jumaat!!
Lama x memblog..hehe..bz sgt kot...haha...bz ke??lalala~~:P
Minggu lepas minggu yang hampir sedikit bz...minggu ni boleh dikatakan setiap hari bz...kdg2 x sempat pun nak bukak buku muka...haha...yo la tu..cam bole caye...:P

Huhuhu...arini dah ari jumaat...tp aku rindu nak patah balik ari isnin dgn selasa aritu (sbb ade suami di sisi yang sentiasa layan aku mcm puteri...waaaa) minggu ni minggu tangkap cintan la dgn suami sendiri...muahahaha...sebabnya?ari isnin tu 1st time g check up kat klinik kesihatan pt.raja n dia menemani sehinggalah dapat scan 4D kat Klinik Nge tu...Dia dpt tgk bby dia dlm pewot ni haaa.. Sape yang x hepi kan kalau dpt tgk anak yang masih di dalam kandungan -sama pulak bentuk rupa muka dia dgn papa dia...hohoho~~Laki aku jadik eksaited..terlebih la kot..tu yang sampai jadik kes minggu cintan kami suami isteri...wohoooo~~sukenyeee...

Zana sayang sgt kat sayang...Cinta...rinduuuuu...aduyai...jarang betul dpt bersama di kala hari2 biasa ni...bilalah dpt duduk serumah n bekerja di bawah 1 naungan yang sama...sabar je la kan...

p/s: Sesungguhnya pagi jumaat ni aku sgt3 rindukan suami aku...waaaa~~~~ Dah la minggu ni dia x balik Kluang (ade bengkel muzik zapin pulok)..Jumpa minggu depan la gamaknyee....sob3...:'(

Isnin, 3 Oktober 2011

Andai masa itu milikku...

Masa..
Andainya masa itu milikku..
Dapatku rancang apa yang perlu..
Tetapi Tuhan lebih Mengetahui..
Apa yang diperlukan oleh hambaNYA..

Andai dapat kuundurkan masa..
Hendak kupenuhi segala hajatmu..
Segala kehendakmu..
Namun aku hanyalah insan biasa..
Yang kadangkala seperti menangguk di air yang keruh..
Menantikanmu untuk hadir dalam tidurku..

Bersalahkah aku..
Menangis dalam tawaku..
Tersenyum dalam derita..
Melihatmu bermuram durja..
Membuatkanku tidak keruan..

Maafkan aku sayang..
Aku memohon kemaafanmu untuk ketenanganku..
Untuk hatiku..
Untuk jantung hati kita..

p/s : Aku sayang kamu..I LOve U!!!

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...