Khamis, 21 Disember 2017

Simpanan Susu ibu Perahan

Assalamualaikum..
Sudah lama tidak berkongsi dengan sahabat semua kan. Kali ini yus nak kongsikan berkenaan dengan simpanan susu ibu perahan. Lain kali kita perincikan lagi tentang tempoh masa dan lain-lain ya. 😉

Tips :
Simpan susu ibu perahan di bhgn belakang peti sejuk kerana kawasan ini lebih sejuk.
.
Elakkan menyimpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana di kawasan tersebut berlaku perubahan haba (sewaktu membuka peti sejuk) dan ia boleh merosakkan komposisi susu ibu.
.
Elakkan daripada mencampurkan susu yang baru diperah bersama susu perahan yang telah disejukkan atau yang sudah beku. Sekiranya perlu, SAMAKAN SUHU kedua2 nya barulah dapat dimasukkan ke dalam satu botol.
.
Jika berlaku keraguan, hubungi kaunselor laktasi terdekat dengan anda.
.
#Mama_SusuIbu
#InspirasiSusuIbu
#KaunselorLaktasi

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
0132892820
http://yusnorsyazana.blogspot.com
http://inspirasisusuibu.blogspot.com

Jumaat, 3 November 2017

BERGEMBIRA DAN TERUSKAN PENYUSUAN

Apabila susu merudum je, mula ibu rasa stress..
Ibu tahu kan punca susu merudum adalah disebabkan oleh stress ibu sendiri..
.
Itulah yang ibu-ibu kena hadapi. Nak gembira sahaja memang tipu la kan. Lebih-lebih lagi apabila ibu mempunyai anak yang lebih dari seorang.
.
Time ibu menyusu bayi adalah waktu 'rehat' buat ibu. Tapi kadangkala (selalunya juga) waktu ini diganggu dengan suara pekik lolong abang-abang baby yang menyebabkan baby terjaga semula. Oh stressnya!
.
Apa yang ibu lakukan?
.
Ibu menyusu di bilik lain dan berikan abang2 atau akak2 baby di ruangan permainan. Haaa itu sayalah. Baby perlukan tidur dan susu yang mencukupi..Mama baby juga perlu tidur dan rehat yang mencukupi (seperti saya juga kih3..)
.
Gembira dan teruskan penyusuan.
Ok?

#CertifiedLactationCounselor
#YourQasehgoldExpert

Khamis, 2 November 2017

SEMINAR KEBANGSAAN IBU SUSUAN

SEMINAR KEBANGSAAN IBU SUSUAN (SKIS 2017) seperti berikut:

Tarikh : 11 November 2017 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Dewan Teater 1, Institut Ibnu Sina, UTM Skudai
Yuran : RM 80/seorang
Link pendaftaran: tiny.cc/SKIS2017

Seminar ini akan memberi penekanan terhadap penyusuan anak angkat atau dinamakan sebagai cetusan laktasi (induced lactation).

Objektif:
1. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pengangkatan dan penyusuan anak angkat menurut perspektif fiqh.

2. Mempromosi, menyokong dan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai Konsep Fiqh Ibu Susuan dalam kalangan ibu bapa yang memelihara anak angkat.

3. Menjelaskan akta dan undang-undang yang terdapat di Malaysia atau antarabangsa tentang pengangkatan dan penyusuan anak angkat.



Panel Undangan Istimewa:

1. Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki Pengarah Fitrah Guidance & Consultancy.

2. Puan Siti Mariam Ali
Perunding Laktasi
Pusat Laktasi Kebangsaan

3. Dr. Hairin Anisa Tajuddin
Pakar Kanak-kanak dan Perunding Laktasi
Pusat Rawatan Kanak-kanak Adda

4. Dr. Farah Safura Muhammad
PhD Perundingan Syariah, UTM

5. Puan Hajjah Norfaizah Zainudin
Pengamal Undang-undang Sivil dan Syariah


Semoga kita dapat berkumpul berkongsi ilmu di dalam seminar ini nanti.
Jumpa di sana ya.

BABY SUKAR MENGHISAP PAYUDARA IBU?

Assalamualaikum...
Kali ini Yus nak kongsikan mengapa terdapat sesetengah bayi yang sukar untuk menghisap payudara ibu dengan betul.
.
Apa sebabnya?
===
5 perkara kena perhatikan jika baby ada masalah susah nak latch iaitu :-

1) tongue tie restricted movement
2) tight jaw
3) nipple confused
4) oral aversion
5) lip tie (yg prevent lip from flipping out), sbb semua orang ada lip tie, jadi lip tie selalu tak da masalah...kecuali yg teruk


Apabila bayi sukar untuk menghisap payudara ibu dengan baik, susu ibu tidak akan dapat dikeluarkan dengan lebih berkesan. Ini bermakna, bayi tidak mendapat susu yang cukup dan akhirnya kedua-dua bayi dan ibu akan berasa kecewa. Dapatkan bantuan dari Kaunselor Laktasi atau Pembimbing Ibu Menyusu berhampiran dengan kawasan anda.

Credit to Dr.Hairin Anisa Tajuddin
Pakar Kanak-kanak Adda

Bagi perkhidmatan home visit ke rumah bagi konsultasi penyusuan susu ibu, ibu ayah boleh terus ke website tertera

www.permatasusuan.com

Isnin, 30 Oktober 2017

7 SEBAB MENGAPA BAYI MENANGIS

INFO PARENTING IBUBAPA PERLU TAHU

7 Sebab Kenapa Bayi Menangis
=====
Hati ibu mana tak berkecamuk rasa nak sembur amarah bak naga menghambur api. Dek hati sarat rasa geram, marah sampai naik stress. Rasa nak tarik telinga, tarik rambut, akibat bengang punya pasal. Mana taknya, pantang la baby tu nangis mula la orang sekeliling, ringan mulut kata “Susu ko tak ada ni Kiah” , “Susu ko tak cukup ni Bedah”. Lagi pedih siap cop keturunan si ibu memang jenis tak ada susu. Aduhhh sentap dengar naik bernanah telinga hingga tersiat hati luka berdarah.

Niat hati si ibu yang di pasak di minda sejak dari kehamilan lagi untuk menyusukan baby dengan susu ibu, kini dah mula di duga. Macam tak boleh pula jika baby menangis, susu ibu jugak disalahkan. Padahal baby bergelen-gelen kencing, berbakul diaper najis, siap pakej muntah akibat terlebih sudah. Tak cukup susu ibu?  Habis dari mana datang kencing, berat, muak susu semua tu.

Yang buat ibu tambah patah hati, bila si manja dalam hari, dah di beri susu lain, di beri makan tanpa kebenaran, tanpa pengetahuan. Mana tak sugul, sedih je si ibu, tidak dapat lindungi hak permata hati. Kecewa yakmat. Mula la kang terbit bisikan jahat, gigit diri, nak gigit suami, nak gigit baby, nak tunjuk rasa sakitnya hati. Silap hari bulan, meroyan. Ini bukan cerita fantasia bulan madu, Ini realiti yang berlaku.

Kadang tu, pasangan atau ahli keluarga atau orang terdekat sendiri tak menyokong dan lakukan sesuka hati. Tak pentingkan dan tak ambil kisah perasaan ibu. Alasannya, si ibu masih baru jadi ibu, tak tahu apa-apa. Tu yang terkadang, ibu terpaksa pendam dan telan sendiri diam-diam sehingga membarah memakan diri. Akibat tak nak digelar isteri nusyuz,anak derhaka, menantu hantu. Kalau diluahkan takut boleh bergaduh suami isteri, tak bertegur sapa kerana tak puas hati. Jadi, bantai menangis berhari-hari, bengkak mata, sembab muka.

Cukup sudah, kesatlah airmatamu ibu. Usah bersedih lagi. Maafkanla sesiapa yang menyakiti hatimu, menidakkan hakmu dan hak anakmu. Anggaplah mereka belum tahu, belum sampai seru bertemu ilmu. Duhai ibu yang sedang hadapi ujian seperti ini, teruskan berdoa, minta tolong kepada yang esa, agar dipermudahkan perjuanganmu melaksanakan suruhannya yang satu ini. Semoga di atas kesabaran,ketabahan dan kasih sayang, dapat membuka minda mereka dan berlapang dada dengan pilihan mu.

Di sini, dikongsikan Infografik 9 sebab kenapa bayi menangis. Baby menangis atas banyak sebab. Bukan semata kerana lapar atau tak cukup susu ibu. Lihat di infografik untuk ketahuinya. Semoga lebih ramai sedar, bayi menangis adalah salah satu cara semulajadi mereka berkomunikasi.









Sekiranya anda rasa, info ini penting dan dapat membantu perjalanan penyusuan ibu bapa lain dan bakal ibu bapa 1st time terutamanya, sila kongsikan dengan gembira. Tak perlu minta kebenaran untuk kongsikannya.

Semoga bermanfaat!
Artikel credit to Puan Erin Azmi (owner Tugeda Carrier)

Salam sayang,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
0132892820
Stokis Qasehgold
#KaunselorLaktasi

Ahad, 22 Oktober 2017

URUTAN BOLEH MEMPENGARUHI PROSES TUMBESARAN


Anak pertama dan kedua..jarang sekali dapat mengurut mereka dek mama asyik mengejar hal dunia. Berbeza pula dengan anak ketiga, mama lebih bersedia dan (konon) mengikut pengalaman yang lepas. Urutan kepada baby sejak dilahirkan dapat mempengaruhi proses tumbesaran bayi.
 
Nak tahu? Ia betul-betul terjadi! Anak ketiga ini Yus memang tidak lepaskan peluang untuk mengurut seusai mandi atau untuk sedawakannya. Nak tahu sebab apa Yus (baru sedar) perkara ini dan nak tahu bagaimana urutan ini boleh mempengaruhi proses tumbesaran bayi?

Berdasarkan kepada buku Urutan Mesra buat Si Manja, apabila kita mengurut bayi. kita merenung mereka mesra dan mereka juga memandang ke arah kita. Keduanya betul-betul sedang menyesuaikan diri dengan sesi urutan itu.

Apabila kita mengurut bayi, kita bukan sahaja membina perhubungan dan membantu perstrukturan otak mereka, malah urutan juga boleh menguatkan deria penglihatan, perasaan, rasa, pergerakan dan keseimbangan.

Fungsi ini lah yang mendorong untuk bayi akan terasa lebih dekat dan sentiasa berada di dalam pelukan kasih sayang daripada seorang ibu/nenek/atuk/ayah nya.

Seronok tau bila mengurut perlahan kulit bayi yang lembut itu. Nak wangi dan juga minyak berstruktur lembut, boleh cuba TONIK Ana yang best ni.. Bukan sahaja untuk diguna di rambut, malah ia boleh dipelbagaikan kepada minyak urut, masker muka dsbgnya.

Ia tanpa bahan kimia bahaya. Sangat sesuai untuk semua lapisan umur.



Yusnorsyazana Mohd Yunos
(diambil petikan dari Urutan Mesra buat Si Manja)
Stokis Qasehgold Johor
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogspot.com

MASALAH MEMERAH DI TEMPAT KERJA??

TIPS IBU BEKERJAYA
====
Beritahu bos bahawa kita perlu sedikit masa utk SESI MEMERAH. Kalau x boleh juga, datang awal & perah sebelum waktu kerja bermula.
.
Cara yus untuk Sesi kedua adalah pada waktu rehat 1-2pm...40 minit utk pergi pejabat pos, makan dan solat..20 minit untuk sesi memerah...kalau 40 minit tu ada 'defect', rugi lah lagi 20 minit tu sebab hanya berbaki beberapa minit sahaja sebelum waku rehat habis..
.
InsyaAllah carilah masa dan susun jadual sebaiknya.
.
sALAM SAYANG IBU MENYUSU,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
013-2892820

Untuk perkhidmatan home-visit dan masalah penyusuan, boleh terus ke www.permatasusuan.com
#CertifiedLactationCounselor
#InspirasiSusuIbu

Khamis, 19 Oktober 2017

SEMINAR KEBANGSAAN IBU SUSUAN 2017

*SEMINAR KEBANGSAAN IBU SUSUAN (SKIS 2017)* seperti berikut:

Tarikh : 11 November 2017 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Dewan Teater 1, Institut Ibnu Sina, UTM Skudai
Yuran : RM 80/seorang
Link pendaftaran: tiny.cc/SKIS2017

Seminar ini akan memberi penekanan terhadap penyusuan anak angkat atau dinamakan sebagai cetusan laktasi (induced lactation).

Objektif:
1. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pengangkatan dan penyusuan anak angkat menurut perspektif fiqh.

2. Mempromosi, menyokong dan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai Konsep Fiqh Ibu Susuan dalam kalangan ibu bapa yang memelihara anak angkat.

3. Menjelaskan akta dan undang-undang yang terdapat di Malaysia atau antarabangsa tentang pengangkatan dan penyusuan anak angkat.

Panel Undangan Istimewa:

1. Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki Pengarah Fitrah Guidance & Consultancy.

2. Puan Siti Mariam Ali
Perunding Laktasi
Pusat Laktasi Kebangsaan

3. Dr. Hairin Anisa Tajuddin
Pakar Kanak-kanak dan Perunding Laktasi
Pusat Rawatan Kanak-kanak Adda

4. Dr. Farah Safura Muhammad
PhD Perundingan Syariah, UTM

5. Puan Hajjah Norfaizah Zainudin
Pengamal Undang-undang Sivil dan Syariah


Semoga kita dapat berkumpul berkongsi ilmu di dalam seminar ini nanti.
Jumpa di sana ya.

Seminar Breastfeeding Peer Counselor Update

SEMINAR BREASTFEEDING PEER COUNSELOR UPDATE akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Teater 1, Institut Ibnu Sina, UTM Skudai
MASUK PERCUMA

Kaunselor2 & medical staff dijemput hadir


Rabu, 4 Oktober 2017

Jom ke Southern Babywearing Festival 2017





Event setiap tahun yang dinanti-nanti..
Babywearing Event!!
.
Breastfeeding dan babywearing seiring bersama..
Jom kawan2 datang memeriahkan!
7 Oktober 2017 (sabtu) di Mydin Pelangi Indah dari jam 9 pagi hingga 6 ptg.


Booth Kelab Susu Ibu Johor pun ada di sana tau <3 span="">


Jumpa di sana ya!

Susu Ibu Satu Amanah

SUSU IBU SATU AMANAH
===


Alhamdulillah diberikan peluang untuk memikul amanah ini.
Moga ilmu serta perkongsian yang diberi dapat memberi manfaat kepada ramai lagi ibu menyusu serta ibu hamil tentang kepentingan susu ibu dan ilmu penyusuan.

Ilmu perlu digali dan dicari..
Ia ada di mana-mana..hanya kita yang perlu mencarinya..

Salam sayang, 
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Untuk khidmat kaunseling dan khidmat home visit penyusuan susu ibu, boleh terus daftar ke www.permatasusuan.com

Jumaat, 8 September 2017

Bertenanglah ketika Menyusu

Apabila susu merudum je, mula ibu rasa stress..
Ibu tahu kan punca susu merudum adalah disebabkan oleh stress ibu sendiri..
.
Itulah yang ibu-ibu kena hadapi. Nak gembira sahaja memang tipu la kan. Lebih-lebih lagi apabila ibu mempunyai anak yang lebih dari seorang.
.
Waktu ibu menyusu bayi adalah waktu 'rehat' buat ibu. Tapi kadangkala (selalunya juga) waktu ini diganggu dengan suara pekik lolong abang-abang baby yang menyebabkan baby terjaga semula. Oh stressnya!
.
Apa yang ibu lakukan?
.
Ibu menyusu di bilik lain dan berikan abang2 atau akak2 baby di ruangan permainan. Haaa itu sayalah. Baby perlukan tidur dan susu yang mencukupi..Mama baby juga perlu tidur dan rehat yang mencukupi (seperti saya juga kih3..)
.
Gembira dan teruskan penyusuan.
Ok?

#CertifiedLactationCounselor
#YourQasehgoldExpert

Jumaat, 1 September 2017

5 tips susu meriah walau dalam keadaan kerja yang stress!

Assalamualaikum mommies..
Apabila berjanji, wajib dikotakan..
Semalam yus dah janji dengan semua sahabat ibu hebat untuk berkongsi bagaimana untuk kekalkan perahan susu ibu (dinilai secara kuantiti) walaupun dalam keadaan ibu yang stress.

Yus akui seminggu ini ada mengalami sedikit kekangan waktu dek urusan kerja dan juga hal2 lain di tempat kerja yang menyebabkan yus berada dalam keadaan yg kurang 'bertenang'.

Ingat kan? Hormon oxytocin akan terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang dan gembira. Apabila ibu berada di dalam keadaan stress, bagaimana ibu hendak dapatkan kuantiti perahan yang diperlukan untuk bekalan bayi di rumah pengasuh. Setuju?

BAGAIMANA NAK MAINTAIN SUSU WALAU DALAM KEADAAN STRESS?

1. KAEDAH PERNAFASAN
====
Sebelum sesi pemerahan, ibu TARIK NAFAS sedalam-dalamnya sehingga ibu rasa seperti 'melayang ke awan biru' haaa gitu..itu bermakna ibu mendapat DEEP BREATH dan ibu pastikan keadaan bahu ibu juga 'jatuh' dan sewaktu menarik nafas, ibu tahan nafas selama mana yg boleh dan lepaskan. Ulangi sehingga beberapa kali.

2. BERTENANG dan POSITIF
===
Ibu cuba ambil sedikit masa untuk bertenang dan berfikir secara positif bahawa ibu akan dapat memberi yg terbaik untuk bayi. Sambil2 membaca atau mendengar apa2 motivasi atau bahan bacaan atau muzik atau alunan zikir yg boleh buatkan ibu berasa tenang dan gembira.

3. LUPAKAN SEKETIKA KERJA
===
Gunakan 20 minit sesi pemerahan dengan sebaiknya. Lupakan kerja seketika waktu. Kalau boleh perah di tempat yang jauh dari 'data kerja dll.' Atau berborak dengan rakan2 yg positif juga membantu! 😉

4. SEDIAKAN MAKAN DAN MINUM BERHAMPIRAN TEMPAT PEMERAHAN
===
Bagi orang yang suka makan dan minum seperti yus, pasti akan ada minuman seperti air bermineral (yus campurkan air kosong + garam mineral SOLE), susu kurma, roti atau biskut berhampiran tempat memerah. Pasti bahagia bila dpt memerah sambil makan dan minum dengan menonton youtube kan!

5. TEPATI WAKTU PEMERAHAN!
===
Walau sibuk mana pun ibu, pastikan jadual pemerahan setiap hari dipatuhi ya. Jangan sesekali skip waktu pemerahan di tempat kerja. Ambil masa sekurang2nya 20 minit untuk ibu-ibu 'berehat dari kerja' dan lakukan keempat2 tips di atas. Ingat ya ibu, MORE DEMAND MORE SUPPLY concept. Lebih kerap susu dikeluarkan, lebih lagi susu dihasilkan.

Ok..5 tips ni dahulu yus kongsikan buat ibu bekerja yang stress. Moga ibu dapat manfaat dari nota #InspirasiSusuIbu kali ini.

Silakan share link channel telegram ini kepada ibu2 yang lain supaya mereka juga mendapat kebaikannya. Klik telegram.me/inspirasisusuibu

Salam sayang,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Certified Lactation Counsellor
BNPC LC
0132892820

Untuk khidmat konsultasi susu ibu, boleh klik www.permatasusuan.com

Jumaat, 18 Ogos 2017

Susu Ibu basi?

Assalamualaikum Ibu-ibu..
Percayalah..Tanamkan dalam minda kita bahawa Susu Ibu TIADA TARIKH LUPUT.
Ia sentiasa SEDIA bila-bila masa dimana jua.
Asalkan Ibu ada bersama bayi.

#SusuIbu
#Open24hours

Salam sayang,
Yusnorsyazana MY
Certified Lactation Counsellor
0132892820
telegram.me/inspirasisusuibu

Isnin, 14 Ogos 2017

Susu Ibu : Kuantiti VS Kualiti

Hi Assalamualaikum mommies..

Mommies Risau stok susu kurang?

Seringkali yus ditanya mengenai KUANTITI stok yang dikeluarkan setiap kali sesi pemerahan.
Yus akui sepanjang dalam waktu berpantang, yus TIDAK FOKUS kepada kuantiti stok susu perahan.

Kenapa?

Sebaiknya bayi mendapat susu yang fresh dan mereka akan selalu meminta untuk disusukan. Maka, yus akan berikan secara direct sahaja.

Bila pula masa untuk yus buat stok?

** Waktu 1 : Sewaktu baby menyusu lah.. Yus tadah sahaja menggunakan squeeze pump di sebelah lagi. Dan setelah selesai sesi penyusuan Haura, yus akan MARMET sehingga payudara lembut.
** Waktu 2 : Jika Haura tak bangun untuk menyusu samada siang atau malam, barulah yus akan memerah dengan menggunakan mesin pam (dalam 10 minit - ikut keselesaan) & seterusnya MARMET juga sehingga payudara menjadi lembut.

Ya..itu sahaja 2 waktu (biasanya 10-12× sesi penyusuan sehari)
Kuantiti stok susu bergantung kepada bayi..kalau Haura kerap menyusu, yus akan dpt apa yg ditadah+marmet sahaja. Jika Haura syok sangat tidur dalam sehari dan payudara semakin membengkak, yus pam terus xtunggu lagi..

Tips : Sentiasa pastikan payudara lembut untuk penghasilan susu baru setiap kali sesi penyusuan.

Salam sayang,
Join telegram channel telegram.me/inspirasisusuibu
FB PAGE : Inspirasi Penyusuan Susu Ibu
Salam sayang Ibu Menyusu,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
013-2892820

Kandungan Protein dalam Susu Ibu

Assalamualaikum..
Betul ke Susu ibu mengandungi KADAR PROTEIN YANG RENDAH??
====
InsyaAllah dalam entri kali ini yus akan kongsikan faktanya.

Susu ibu mempunyai kadar protein yang rendah berbanding susu spesies lain terutamanya susu lembu (susu formula ataupun susu segar sekalipun). Namun, ia bukan bererti susu ibu kekurangan nutrisi.

Walaupun kandungan protein dalam susu ibu adalah rendah,
 jenis asid amino yang membentuk protein ini sangat lah penting. Asid amino dan taurina yang ditemui dalam amaun yang banyak di dalam susu ibu. Taurina berfungsi untuk dalam perkembangan otak dan juga mata bayi. Tubuh tidak mampu untuk mengubah jenis asid amino lain kepada taurina. Maka kehadiran taurina di dalam susu ibu adalah satu kelebihan yang sememangnya tidak terdapat di dalam mana-mana susu sekalipun ditambah taurina tiruan di dalam susu formula (yang sering diwar-warkan di kaca televisyen itu)

Bagaimana untuk anda melihat kehadiran protein di dalam susu ibu?

Sekiranya anda membiarkan susu berada di luar peti sejuk sehingga menjadi masam (rosak), anda akan mendapati bahawa susu itu akan terbahagi kepada 2 lapisan (namun ianya bukan sangat ketara). Berbanding susu formula, sekiranya ia dibiarkan sehingga basi, ia akan membentuk 2 lapisan yang amat ketara. Ini kerana susu lembu/susu formula mempunyai kasein yang tinggi dan membentuk susu bergetah dan sukar untuk dihadamkan di dalam perut bayi.

Maka, sebab itu lah susu ibu membuatkan bayi mudah lapar berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula/susu selain susu ibu. Hal ini terjadi kerana susu ibu SANGAT MUDAH DIHADAMKAN (dalam 30 minit ke 1 ½ jam). Selain itu, kandungan protein yang sedikit ini membolehkan susu ibu dihadamkan tanpa menggunakan tenaga yang banyak untuk proses penghadaman.

Jom menyusu tanpa ragu ya!

Dapatkan SET PENYUSUAN QasehGold bagi meningkatkan tenaga ibu menyusu supaya lebih cergas dan khasiat dari buah kurma dan khasiat makanan sunnah amat terbaik.InsyaAllah!

Untuk khidmat kaunseling penyusuan, boleh hubungi Yus di talian seperti tertera di bawah ya.

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Sabtu, 17 Jun 2017

Perkara perlu dielak sepanjang Berpuasa untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum..
Kali ini yus ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu DIELAKKAN sepanjang bulan puasa bagi Ibu Menyusu.

Selain minum air yang banyak serta pengambilan makanan berkhasiat especially yang menyumbang kepada tenaga ibu seperti kurma, kismis, madu, dll..terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ibu di waktu ini.

3 perkara yang perlu elak untuk ibu menyusu sepanjang bulan Ramadan :-

1. JANGAN /  LIMIT MAKAN MASIN
2. JANGAN MINUM MINUMAN BERGULA
3. JGN MINUM KOPI & TEH

garam , gula dan caffein ni akan buatkan badan kita lagi dehydrated (kehilangan air).

Sentiasa pastikan badan ibu dalam keadaan hidrasi dan bertenaga.

Salam sayang,
Yusnorsyazana

Join channel telegram untuk perkongsian beekaitan penyusuan susu ibu👇👇👇
telegram.me/inspirasisusuibu

Tips Ibu Menyusu Puasa


Ibu menyusu ada amalkan pengambilan air yang banyak serta mencukupi di sepanjang bulan puasa ni?
Jom pulun 8 hari terakhir ni..
Moga dipermudahkan..
#InspirasiSusuIbu
#KaunselorLaktasi
Join channel telegram untuk perkongsian penyusuan
telegram.me/inspirasisusuibu

Selasa, 18 April 2017

Konsep Penyusuan??

TIPS SUSU IBU

Sudah memerah untuk sesi pertama hari ini?
======
Pemerahan sesi pertama (selepas bangun tidur @ selepas penyusuan waktu pagi) adalah penting bagi memastikan susu baru dapat dihasilkan.

Hari ke 23 berpantang dan pagi ni dapat memerah 10oz..Haura bangun menyusu malam tadi 3x. Alhamdulillah..

Kerapkan penyusuan. MORE DEMAND dari bayi (pemerahan juga dikira sebagai DEMAND), maka MORE SUPPLY akan terhasil (otak mendapat signal bahawa ibu perlukan susu mengikut demand) tersebut.

Kesimpulan : MORE DEMAND, MORE SUPPLY

Sayang semua kerana Allah.
======
Ajak kawan2 mendapatkan info penyusuan di Channel ini.
telegram.me/inspirasisusuibu

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
http://sifususuibu.blogspot.my

Sabtu, 15 April 2017

Bayi 1 hari : perah guna mesin atau tangan?

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Tips susu Ibu : Bayi berumur 1 hari dan berjauhan dengan ibu.
======

Buat ibu baru melahirkan (bayi berumur 1-7 hari),
Sekiranya ditakdirkan bayi dimasukkan ke inkubator/berjauhan dengan ibu, digalakkan untuk ibu membuat pemerahan dengan menggunakan TANGAN dan dimasukkan ke dalam bekas kecil.

Ini kerana dalam tempoh tersebut, susu ibu di dalam fasa KOLOSTRUM (Susu ibu yang sangat pekat) dan sekiranya ibu memerah dengan menggunakan mesin pam, dikhuatiri susu ibu akan 'tersangkut' di corong pam dan akibatnya susu tersebut tidak dapat diberikan kepada bayi.

Selain itu, apabila susu dalam fasa KOLOSTRUM, puting ibu masih berada di dalam keadaan yang 'kering' dan mudah mengalami NIPPLE CRACK sekiranya ibu menggunakan teknik yang salah.

Jom dalami ilmu penyusuan sebelum waktu melahirkan. Penyusuan itu mudah dan menyeronokkan InsyaAllah 😍😍

Sayang semua kerana Allah.
=======
Salam.sayang
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
http://sifususuibu.blogspot.my
=======
Klik JOIN CHANNEL
telegram.me/inspirasisusuibu

Selasa, 11 April 2017

Jadual Memerah Sewaktu Berpantang

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Terapi Diri
====
Bagi ibu berkerjaya, Waktu Berpantang adalah masa yang paling sesuai untuk ibu-ibu memerah susu untuk bekalan di hari bekerja kelak.
.
Apa yang Yus ingin kongsikan hari ini adalah mengenai jadual pemerahan susu ibu sewaktu berpantang. Gambar ini adalah stok susu yang dapat dikumpul dalam masa 12 hari (hari ke 4 hingga hari ini iaitu hari ke 16 selepas melahirkan). Yus menggunakan kaedah 'menadah' susu sewaktu baby Haura menyusu di sebelah payudara sebelah lagi. Ada juga yang Yus perah menggunakan mesin pam susu di waktu awal pagi kerana payudara sudah mula membengkak lebih-lebih lagi jika baby Haura kurang bangun menyusu pada waktu malam.
.
Untuk pemerahan menggunakan mesin, yus hanya buat 2x sehari iaitu di awal pagi dan sebelum tidur.
.
Selain itu, yus mengamalkan memerah (menggunakan squeeze pump sahaja) pada waktu sebelum dan selepas sesi penyusuan. Pemerahan sebelum sesi penyusuan (hanya utk keluarkan susu awal iaitu foremilk) adalah untuk memastikan baby Haura mendapat susu hindmilk (mengandungi lebih lemak) dan pemerahan selepas sesi penyusuan adalah untuk memastikan payudara betul-betul kosong untuk penghasilan susu baharu.
.
Ok itu sahaja perkongsian petang ini..
Semoga berjaya buat ibu semua..

Sayang semua kerana Allah.

FB PAGE : Inspirasi Penyusuan Susu Ibu
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
0132892820

#SilakanShareDenganKREDIT
#InspirasiPenyusuanSusuIbu
#Day16ofConfinemnet
#NurHafiyaHauraBreastfeedingJourney

Jumaat, 7 April 2017

PERANAN KOLOSTRUM

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

- Fungsi Kolostrum -
======
Ada segelintir ibu seawal kehamilan sudah merasa kehadiran susu ibu..
Ada segelintir ibu pula, susu ibu hanya keluar selepas kelahiran bayi..
Itu tidak mengapa..ia berkait dengan hormon ibu-ibu..

Yang pastinya, setelah kelahiran nanti susu ibu berupa cecair jernih yang sangat-sangat pekat yang dinamakan sebagai KOLOSTRUM akan keluar sebagai susu ibu pertama kepada bayi iaitu dalam jangka masa 24-36 jam selepas kelahiran.
.
Peranan KOLOSTRUM adalah untuk melindungi usus bayi dan sebagai perisai kepada usus bayi. Ia mempunyai cukup zat gizi seimbang kepada bayi yang baru dilahirkan untuk membantu pertumbuhan bayi. KOLOSTRUM kaya dengan immunoglobin iaitu sejenis protien yang terlibat secara langsung dalam sistem IMUN dan melawan kuman punca penyakit.
.
Kolostrum memiliki kemampuan untuk menurunkan timbulnya reaksi alergi. Antibodi yang terkandung di dalam kolostrum dapat melawan alergen (zat pencetus alergi).
.
Itu lah pentingnya KOLOSTRUM.
Dan ingat lah! Susu Ibu akan terhasil mengikut saiz perut bayi. HANYA SUSU IBU yang diperlukan oleh bayi dalam 6 bulan pertama.

FB PAGE : Inspirasi Penyusuan Susu Ibu

#silakanShareWithCredit
#KaunselorLaktasi
#YourQasehgoldExpert

Khamis, 6 April 2017

Nak susu meriah?

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Tips susu ibu
====
Sebelum menyusukan bayi, ibu membuat perahan tangan terlebih dahulu.. Bahagian susu awal akan keluar dahulu berupa cecair sedikit jernih kerana kandungan susu awalan mempunyai banyak laktosa dan kurang kandungan lemak.
.
Perah beberapa minit sahaja.
.
Beri susu ibu secara terus kepada bayi anda.
.
Perah kembali sehingga payudara terasa lembut. Ini kerana untuk membolehkan penghasilan susu baru dan bayi akan mendapat lemak dari susu ibu.
.
Nikmatilah detik-detik penyusuan dengan lebih ceria dan gembira ^_^

FB Page : Inspirasi Penyusuan Susu Ibu

#InspirasiPenyusuanSusuIbu
#KaunselorLaktasi
#YourQasehgoldExpert

Salam sayang ibu menyusu,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
0132892820

Selasa, 4 April 2017

Kisah si Pam Susu

Kisah si pam susu
======
Tahun lepas (10/9/2016) admin telah ditugaskan sebagai AJK dalam 1 program Penyusuan Susu Ibu..Punya lah ralat dengan tugas yang diberi, hadiah bertuah (cabutan LUCKY DRAW) masih belum kunjung tiba..

Masing-masing dah mula seronok dengan hadiah masing-masing. Admin pula selalu merasa 'diri ni tak cukup bertuah' hihihi...

Tiba je 2nd Grand Prize, tetiba nama admin naik pula! Hah! Mula lah terfikir2 bila je la nak guna hadiah ni? Masa tu anak kedua dah menjangkau 2 tahun 5 bulan dan walaupun belum lagi weaning off dari susu ibu. Tapi kan tapi tapi tapiiiii admin dah tak memerah!!

Allah tu kan sebaik-baik perancang..
2 minggu selepas program tersebut, admin disahkan HAMIL! Syukur Alhamdulillah..

Dan hari gambar ini diambil (hari ke 4 kelahiran baby girl in d houseee), admin keluarkan balik HADIAH ini..
Syukur syukur syukur...
Cubaan pertama yang sangat memberi inspirasi!
Pam yang diberi adalah salsa eve love..
Best juga dan sedang mencari keserasian..

Jom kita kongsikan kisah pam ini bersama sahabat2 di luar sana agar ia menjadi sumber inspirasi kepada semua ibu yang baru melahirkan..

Ia bukan kisah cepat atau lambat ibu-ibu memerah susu,
Tetapi ia kisah perkongsian kegembiraan 😍😍😍😍

#InspirasiPenyusuanSusuIbu
#Day4OfConfinementDay
#SalsaEveLove

Isnin, 13 Mac 2017

Susu Perahan Segar VS Susu Sejuk Beku

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum..
Malam ni yus nak kongsikan bersama para pembaca mengenai perbezaan stok perahan yang FRESH dengan stok sejuk beku. Apa kegunaannya pula?

Kebiasaanya ibu-ibu ysng bekerja pasti risau bila nak naik kerja seusai waktu berpantang kan? Nak bagi pengasuh stok sejuk beku atau yang fresh di keesokan hari buat bekalan bayi kita sepanjang hari..

Sebaik-baiknya susu yang ditinggalkan untuk bayi di rumah pengasuh, taska ataupun di rumah bagi digunakan oleh bayi, adalah susu yang belum dibekukan (susu ibu yanh segar)

🌸Tidak perlu menggunakan stok sejuk beku yang sudah disediakan.

🌸Kandungan antibodi dan nutrien lain masih lagi tinggi bagi susu yang belum dibekukan

Pada malam sebelum kembali bekerja, tinggalkan susu yang baru diperah di dalam peti sejuk sebanyak mana yang diperlukan oleh bayi. Simpan susu di dalam botol yang mahu dibekalkan kepada taska.

🌸Letakkan nama bayi anda dan seelok-eloknya diletakkan juga nombor mengikut giliran botol mana yang perlu diberikan dahulu. Ini penting bagi mengelakkan kekeliruan di taska ataupun di rumah penjaga.

🌸Hasil perahan susu ibu segar yang berlebihan boleh disimpan ke dalam peti dan dibekukan sebagai susu sejuk beku

P/s : Sekiranya susu sejuk beku yang dibekukan tidak habis digunakan, susu itu perli dihabiskan salam tempoh 24 jam selepas ia mula mencair.

Ok begitulah cabaran kita sebagai ibu bekerjaya kan..Semoga tips dan panduan kali ini dapat membantu ibu-ibu menyusu sekalian untuk menguruskan stok susu perahan sekembali bekerja nanti ya.

Salam sayang ibu menyusu,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi Berkerjaya
013 2892820
http://sifususuibu.blogspot.my

Rabu, 8 Mac 2017

Selamat Hari Wanita 8 Mac 2017

Selamat Hari Wanita!!

Bertemakan #BeBoldForChange tahun ini..

G Women are :

Gentle - Lemah lembut
Genius - Bijak
Genuine - Keaslian
Generous - Pemurah
Grateful - Bersyukur
Graceful - Anggun
Good Hearted - Baik Hati
Good Mannered - Penuh kesopanan

Salam penuh QASEH sayang buat semua wanita di luar sana..
Sayangi diri, sayangi keluarga, Wanita sebagai Tonggak Penyeri Sesebuah Keluarga.

Salam sayang ibu menyusu,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
013 289 2820
http://sifususuibu.blogspot.my

TIPS SUSU IBU : Bersihkan Puting Sewaktu Mengandung

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum..
Lama yus tidak bersiaran. Alhamdulillah..Kini kandungan sudah menjangkau 35 minggu. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi menanti kelahiran ahli keluarga baru.

Wah!Teruja sungguh!
Setelah 6 bulan tidak menyusukan Hayyan sewaktu di awal kehamilan (waktu itu Hayyan menyusu sehingga 2 tahun 6 bulan). Kini yus sedang bersedia untuk baby ke-3 ini.InsyaAllah.

Mommies semua pasti pernah alami puting sakit-sakit sewaktu mengandung. Puting kering dan merekah. Apa yang menyebabkan puting mommies sedemikian?

Sewaktu mommies mengandung, hormon prolaktin dan oxytocin masih belum berfungsi dengan sempurna. Kerana itu, mommies masih belum ada susu yang banyak. Hanya titisan-titisan jernih berupa kolustrum (tidak rasmi) dan rasanya yang masin yang akan keluar dari puting mommies.

Untuk mengelakkan daripada puting mommies luka dan sakit, mommies boleh membersihkan dengan air bersih @ air suam sewaktu mandi dengan jari kita dibalut dengan kain bersih. Apabila 'kerak-kerak' susu yang keluar tersebut tiada, mommies akan berasa lebih selesa.

Cubalah.
Yus harap tips ini dapat membantu mommies berasa selesa sepanjang waktu kehamilan ini.. 😍😍😍

Salam sayang ibu menyusu,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
013 2892 820
http://sifususuibu.blogspot.my

Ahad, 26 Februari 2017

HEBAHAN : KURSUS RAKAN PEMBIMBING PENYUSUAN SUSU IBU

*KURSUS RAKAN PEMBIMBING PENYUSUAN SUSU IBU (Peer Counselor)*

👩 Anda seorang ibu yang belum berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya & ingin menambah ilmu buat anak anak di masa akan datang?

👩 Anda seorang ibu yang telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu & berhasrat membantu ibu ibu lain dengan ilmu yang sahih lagi tepat fakta?

👩 Anda seorang bakal ibu yang mahu mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan demi cahayamata yang bakal dilahirkan & mahu berbakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan?

💟 Mari bergabung tenaga & sertai kami untuk menjadi sukarelawan rakan pembimbing penyusuan susu ibu (Breastfeeding Peer Counselor)!

💟 Tenaga pengajar & sijil pengiktirafan daripada Pusat Laktasi Kebangsaan Malaysia (NLC).

💟 Pilihan untuk menyertai Group PC & LC Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) di bawah satu bumbung.

💟 Syarat wajib untuk menjadi Lactation Counselor (LC) adalah bermula daripada pengambilan Kursus Peer Counselor (PC) ini yang memerlukan 20 jam kredit pembelajaran secara teori & amali.

Jangan terlambat. Daftarlah hari ini!

.

♻ Terhad 20 orang peserta sahaja.

✏ Tarikh : 11 & 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)
✏ Masa : 8 pagi - 6 petang
✏ Tempat : Hotel Grand Paragon JB
✏ Yuran penyertaan : RM 420/seorang

Maklumat lanjut, hubungi :
👉 SN Jannah  013-354 5398
👉 Madam Lorraine  016-773 9114
👉 Puan Khadijah  011-2899 0736

⚠ Tarikh tutup pendaftaran : 5 Mac 2017

♻ Pendaftaran secara online di > http://goo.gl/uHQydo

Siapa cepat, konfem tempat!👍

Ilmu Penyusuan dari Awal Kehamilan

Penyusuan Susu Ibu lebih mudah dengan Ilmu seawal kehamilan.
=========
Ya. Sewaktu kita tahu bahawa kita telah hamil, seharusnya antara perkara terawal yang perlu kita lakukan adalah dengan menghadiri kelas-kelas antenatal dan juga pembacaan berkenaan dengan cara dan pemakanan ibu hamil.

Setelah perkara-perkara asas tersebut telah kita gali sedikit demi sedikit, kita beralih kepada perkara-perkara yang sedikit serius (kaedah bersalin dengan baik, pemakanan sihat sewaktu hamil, dan lain-lain)

Namun begitu, ramai di antara ibu hamil ini TERLUPA berkenaan dengan PENYUSUAN SUSU IBU SELEPAS KELAHIRAN. Ramai ibu yang beranggapan bahawa susu ibu 'automatik' akan keluar sejurus selepas kelahiran bayi. Dan ada juga sesetengah ibu yang beranggapan susu ibu akan keluar seperti air paip sejurus selepas kelahiran. Dan akhirnya bayi tersebut diberikan dengan susu formula seawal 1 jam kelahiran! Allahuakbar..

Sebenarnya, saiz perut bayi adalah membesar mengikut keperluannya. Saiz perut bayi yang baru lahir hanya SEBESAR KACANG sahaja dan membesar mengikut keperluan susu ibu yang diberi kepada mereka.

Untuk info lanjut berkenaan saiz perut bayi, boleh klik sini.
http://sifususuibu.blogspot.my/2014/04/saiz-perut-bayi-baru-lahir.html

Jom ibu-ibu sekalian, gali lah ilmu penyusuan sebelum kelahiran bayi kalian. Sesungguhnya penyusuan susu ibu ini sangat membahagiakan (walaupun akan ada cabaran-cabaran yang akan timbul sepanjang tempoh 2 tahun penyusuan)

InsyaAllah..we can do it!

#SifuSusuIbu
#SusuIbu
#KaunselorLaktasi

Salam sayang ibu menyusu,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
http://sifususuibu.blogspot.my
Email : yusyazana@gmail.com

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...