Selasa, 29 April 2014

Kandungan PROTEIN di dalam SUSU IBU

Bertemu lagi di entry SELASA…

Hari ke-14 berpantang…Alhamdulillah diberi masa dan kesempatan untuk meluangkan masa di hadapan kekunci untuk bersama-sama berkongsi info tentang penyusuan…InsyaAllah…

Pada entry kali ni, yus nak berkongsi dengan rakan pembaca sekalian berkenaan kandungan PROTEIN di dalam susu ibu…
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, susu ibu mengandungi KADAR PROTEIN YANG RENDAH..

Mengapa??

Susu ibu mempunyai kadar protein yan grendah berbanding susu spesies lain terutamanya susu lembu (susu formula ataupun susu segar sekalipun). Namun, ia bukan bererti susu ibu kekurangan nutrisi.

Walaupun kandungan protein dalam susu ibu adalah rendah, jenis asid amino yang membentuk protein ini sangat lah penting. Asid amino dan taurina yang ditemui dalam amaun yang banyak di dalam susu ibu. Taurina berfungsi untuk dalam perkembangan otak dan juga mata bayi. Tubuh tidak mampu untuk mengubah jenis asid amino lain kepada taurina. Maka kehadiran taurina di dalam susu ibu adalah satu kelebihan yang sememangnya tidak terdapat di dalam mana-mana susu sekalipun ditambah taurina tiruan di dalam susu formula (yang sering diwar-warkan di kaca televisyen itu)

Bagaimana untuk anda melihat kehadiran protein di dalam susu ibu?

Sekiranya anda membiarkan susu berada di luar peti sejuk sehingga menjadi masam (rosak), anda akan mendapati bahawa susu itu akan terbahagi kepada 2 lapisan (namun ianya bukan sangat ketara). Berbanding susu formula, sekiranya ia dibiarkan sehingga basi, ia akan membentuk 2 lapisan yang amat ketara. Ini kerana susu lembu/susu formula mempunyai kasein yang tinggi dan membentuk susu bergetah dan sukar untuk dihadamkan di dalam perut bayi.

Maka, sebab itu lah susu ibu membuatkan bayi mudah lapar berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula/susu selain susu ibu. Hal ini terjadi kerana susu ibu SANGAT MUDAH DIHADAMKAN (dalam 30 minit ke 1 ½ jam). Selain itu, kandungan protein yang sedikit ini membolehkan susu ibu dihadamkan tanpa menggunakan tenaga yang banyak untuk proses penghadaman.

Jom menyusu tanpa ragu ya!
Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Isnin, 28 April 2014

Saiz Perut Bayi baru Lahir

Assalamualaikum…

Setelah lama menggantung pena, kini yus ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan keperluan serta kapasiti susu ibu yang perlu diberi kepada bayi yang baru lahir..

Tahukah Anda?

Berapa banyakkah susu yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir?

~ Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat berhubung saiz perut bayi yang baru lahir. Daripada kajian-kajian tersebut, saiz perut bayi yang baru lahir hanyalah SEBESAR KACANG SAHAJA (5-7ml).

~ Ini kerana ketika bayi di dalam rahim, bayi tersebut akan menelan air ketuban dalam kuantiti yang sangat sedikit iaitu sekali atau dua kali telan sekali sekala sahaja. Dan itu sahaja yang diperlukan oleh bayi tersebut.

Namun begitu, saiz perut bayi akan semakin membesar sedikit demi sedikit seperti gambarajah di bawah.

sumber : google

Maka ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, tidak hairanlah bayi akan menyusu sedikit sahaja sejurus selepas kelahiran. Keperluan bayi pada hari pertama sehingga hari ke-3 (kebiasaannya), susu ibu yang akan terhasil adalah berupa cecair kuning yang sangat pekat dan sedikit dan ia dipanggil KOLUSTRUM itu amatlah penting bagi sistem imunisasi dan sistem panghadaman bayi.


Bayi yang baru lahir TIDAK MEMERLUKAN susu yang banyak. Maka pemberian susu formula di awal kelahiran boleh merencatkan penghasilan susu ibu. Ini juga menjelaskan mengapa bayi yang disusukan dengan susu formula biasanya akan muntah dengan bayak sehingga keluar dari mulut dan hidung! 

Untuk pertanyaan berkenaan penyusuan susu ibu, boleh lah menghubungi saya ya !

Oh ya, ALTAMIS HABBATUS SAUDA diyakini untuk mengembalikan kesihatan kepada ibu yang baru bersalin seperti saya!hihihi...

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

p/s: Penulis baru sahaja melahirkan bayi lelaki pada 16 April 2014 

Happy Breastfeeding!!


PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...