Rabu, 24 November 2010

Buletin vs Buku

Kursus Penulisan Buletin yang diadakan bermula dari 23-24 November 2010 banyak menyumbang semangat kepada diri ini untuk menulis. Di antara tajuk/judul yang telah terekspresi dari dalam minda ini adalah :

KANAK-KANAK DAN DUNIA

a) WARNA dan Psikologi Kanak-kanak
b) Nilai Muzik bagi Kanak-kanak
c) Ruang Kanak-kanak : Bagaimana Caranya?
d) Landskap bagi Pusat Rawatan Kanak-Kanak
e) Bacaan : Hobi atau Keperluan

............nnt sambung semula...................:)

Selasa, 23 November 2010

Mikrofon vs T-square

Kadang-kadang aku terpikir, ape sebenarnya yang layak bagi diri aku..Arkitek kah?atau hanya menjadi suri rumah suku masa kah?atau menyanyi kah?ntah la aku x tau..Memang kebanyakan masa aku lebih gemar melukis bende2 yang tetibe je melintas kat otak aku ni..kat meeting ke,kat dalam dewan kursus ke..haih..mcm belacan dah tgk buku2 aku tu..haha..Tapi kadang2 gak aku malas nak buat ape2 pun..termasuklah kerja-kerja aku sendiri..macam mana la kan nak hidup kalau camni..aku suke kerja aku..tapi aku tetap rasa x puas hati bila aku tgk diri aku camni..kadang2 aku happy..kadang2 aku rasa mcm...erm..MALAS! ape ntah nak jadi la kan..

Ari ahad lalu sehabis je aku Kursus Kawen (chewahhh..nak kawen dah ke aku ni?hahaha..:D), si syawal ajak aku g umah pegawai dia kat Parit Sulong sbb adik pegawai dia kawen...aiseyy...sebelum sampai Pt. Sulong tu, sempat la jugak singgah kat Sri Gading (ade group orkestra UTM kat situ untuk function org kawen gak) ape lagi, en.hamzah soh la aku nyanyi..dpt la jugak 2 lagu - Di pinggir kayangan dgn Seri Mersing..nak dipanjangkan cerita, time nyanyi lagu Di Pinggir Kayangan tu, aku rasa happy sgt..sbb dah lama x nyanyi kot..haha..tp time Seri Mersing tu, si pianist ni boleh pulak tersalah chord..terpaksa la membatalkan hasrat untuk nyanyi lagu penuh..tp x pe la..xde rezeki nak nyanyi sampai habis kan..nak wat camne..tp yang penting aku rasa happy bila dpt pegang mikrofon tu..-baru tersedar la kot..:P Atau mungkin aku happy sebab dengan adenya si syawal..haih..ntah la..pendorong..hahahaha..:D

Tibalah hari selasa (ari isnin cuti sbb Hari Hol Sultan Johor), sampai je opis, aku rasa sesak..mcm malas sgt! lagi2 tetibe je ade kursus buletin..mentang2 la aku x pandai tulis rencana..haha..lagi la bertambah malas..Tapi tibe je kat dalam kursus buletin tu, aku rasa mcm nak bersemangat pulak untuk menulis..walaupun ntah pape..sbb ni ade lah permulaan..xtau la gaya penulis aku lepas ni pulak kan..tgk lah!hehe..:P

Ok la..as a conclusion, aku terasa mcm aku lebih suke pegang mikrofon berbanding mengadap komputer..thats it! bye..:D

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...