Jumaat, 20 Januari 2023

JP#13 PERBUALAN

Sebenarnya sepanjang minggu ini kesihatanku agak terganggu. Ia bukanlah bermula pada awal minggu ini malah ia bermula pada hari ahad lepas (8 Januari 2023). Lama juga kan?

Pagi ahad lepas sepatutnya aku menghantar abang Hasif untuk menjalani operation gigi di Pakar HSA. Namun, disebabkan abang Hasif sudah mula demam panas dari hari Jumaat, lalu aku menelefon hospital untuk mengesahkan semula kehadirannya.

Aku teringat PERBUALAN ku bersama doktor pakar yang bertanggungjawab dalam pembedahan gigi hasif kali ini.

"Selamat sejahtera doktor. Saya ibu Muhammad Hasif, no.mykid xxxxxx-xx-xxxx. Dia perlu datang ke hospital hari ini tetapi dia demam. Saya mohon untuk tangguhkan pembedahan boleh?"

"Hi selamat sejahtera puan. Ok saya juga berfikiran begitu. Nanti hospital akan hubungi puan semula untuk tarikh operation akan datang ya."

"Baik, doktor. Terima kasih."

Leganya aku rasakan waktu itu. Apa tidaknya, tubuhku sudah mula menggigil dan panas. 

'Aduhai, kenapa pula ni? Hasif yang dibawa ke klinik, aku pula yang seram sejuk ni.' monologku.

Sepertimana yang dijangka, suhu badanku mulai meningkat dan semakin panas. Dengan segera aku menelan beberapa biji ubat yang dideskripsi untukku. 

Bermula hari itulah, aku mulai demam on-off. Bangun pagi elok sahaja sihat dan cergas. Namun apabila jam menginjak ke angka 3 (petang), badan akan menjadi panas secara tiba-tiba dan kepala akan berpusing. 

Setiap hari ianya berlaku sehinggalah dua hari yang lepas.

Disebabkan itu, aku akan segera berehat dan melelapkan mata sesampainya di rumah selepas mengambil anak-anak dari sekolah.

Begitulah.

PERBUALAN dengan doktor sewaktu di klinik membuatkan hati terasa lega sedikit. Apa tidaknya, dalam masa dua minggu aku telah mengambil cuti sakit selama dua hari. Ini baru awal tahun!

"Tekanan darah okey. Cantik sahaja bacaannya."

"Bunyi dalam dada pun tidak menunjukkan puan ada semput."

Walhal aku akan batuk seperti tidak cukup nafas. Kering sekali. Tapi masih ada rasa kahak sedikit 'melekat' di dinding kerongkong ku.

Sahabat semua, doakan kesihatan Yus semakin baik ya. Demam sudah kebah dua hari yang lepas. Alhamdulillah.

Hari ini kita menyantuni incik somi yang berbasikal bersama rakan-rakannya di Melaka. 

"Takkan Zana nak camping di campsite pula kan? Zana booking hotel je la dengan anak-anak ya."

Dan akhirnya kami di sini.

"Mama dah sihat tu. Terima kasih mama bawa kami jalan-jalan." Serentak Hasif, Haura dan Hayyan bersuara.

Alhamdulillah.

Kesihatan itu sangat mahal.






#YusTulis

#TulislahSebagaiBekalan

#SAFYY

#SAFYY_JP2023

#AnugerahTerindah

#BukuSolo2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...