Khamis, 5 November 2015

Makanan Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu

Assalamaulaikum Salam sejahtera buat rakan pembaca Blog yusnorsyazana@blogspot.my semua!

Terima Qaseh kerana masih setia menanti info-info terkini dari yus..InsyaAllah sekiranya diberi kelapangan masa, Yus akan sentiasa berkongsi dan berkongsi  dan berkongsi ilmu penyusuan dengan kalian semua.

Kali ini yus nak kongsikan bersama rakan pembaca semua berkaitan dengan makanan yang boleh membantu untuk memperbanyakkan susu ibu.. Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakbar!
Yus seringkali mendapat msg dari ibu-ibu yang mengalami masalah susu ibu yang merudum serta kekurangan susu ibu untuk bekalan anak-anak lebih-lebih lagi buat ibu menyusu yang berkerjaya.
Mesti ramai ibu di luar sana yang teruja nak tahu kan?

Faktor UTAMA untuk memperbanyakkan penghasilan susu ibu adalah dengan KERAP MENGOSONGKAN PAYUDARA. Ya! Lebih kerap kita memerah @ direct feed, lebih isyarat yang dihantar ke otak untuk penghasilan susu yang lebih banyak.

Namun begitu, ada juga segelintir ibu yang masih belum tahu bahawa PERKARA-PEEKARA DI BAWAH ini juga perlu dielakkan bagi kelancaran penghasilan susu ibu.
a) Menunggu payudara BENGKAK baru hendak memerah
b) Tidak memerah mengikut jadual pemerahan yang disarankan
c) Hanya mengambil makanan @ minuman yang dikatakan sebagai MILK BOOSTER tanpa memerah dan mengikut kaedah penyusuan yang betul
d) Mengambil makanan yang dikatakan boleh menambah susu sejak awal kehamilan

TAPI..TAPI..TAPI..Tahukan anda bahawa amalan tersebut adalah satu amalan yang KURANG BAIK untuk IBU MENYUSU?

Antara Makanan/Minuman Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu

a) Tinggi dengan PROTIEN - kandungan susu ibu kan lebih banyak protien, maka apabila kita mengambil makanan yang tinggi kandungan protien, maka penghasilan susu lebih banyak akan terjadi. Cth makanan tinggi protien iaitu terdiri daripada kekacang seperti kacang ginjal, badam, tauhu, kacang hijau dan sebagainya.

b) Tinggi VITAMIN B (Asid Folik terutamanya) - Asid folik sangat diperlukan bagi perkembangan serta pertumbuhan bayi. Contoh makanan adalah sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.

c) Tinggi KALORI seperti Kurma, Longan. Ia membantu untuk memberi tenaga dan pembekalan kalori bagi ibu dan bayi

d) Tinggi Kalsium - Ibu menyusu atau mengandung perlukan kalsium yang lebih untuk diserap ke dalam tubuh bayi. Pengambilan kalsium boleh didapati dari tulang ikan bilis, susu dll.

e) Tinggi VITAMIN A & C seperti buah-buahan citrus, buah-buahan beri dll.

f) Pencetus Hormon Gembira seperti COKLAT! Nyummm sedap tapi perlu dipastikan bahawa coklat tersebut adalah PURE COKLAT ya! Senang kata DARK CHOCOLATE lah! Tanpa gula ya!

Dan PELBAGAI makanan yang boleh mencetuskan HORMON GEMBIRA kepada ibu kerana kegembiraan akan Mengaktifkan HORMON OXYTOCIN yang mencetus penghasilan susu ibu.

Salam sayang,

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
yusnorsyazana.my@gmail.com

Isnin, 12 Oktober 2015

Tips sekiranya Bayi Masih belum kelihatan kenyang selepas menyusu

Tips sekiranya kita lihat baby masih macam belum kenyang selepas menyusu.

1. Ibu minum air susu/nestum/oat kerana air@sumber ini mempunyai zat protien dan bijirin yang mengenyangkan serta padat dgn khasiat.

2. Minum air suam at least 1 gelas

3. Tenangkan bayi

4. Sambung sesi penyusuan

Perkara di atas boleh juga diamalkan di pejabat sekiranya ibu masih belum mendapat 'hasil' yang memuaskan.

InsyaAllah! Semoga berjaya..♡♡♡

Rabu, 23 September 2015

11 Alasan Mengapa Bayi Masih Menangis walaupun telah Menyusu?

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Apabila di dalam fasa berpantang selepas kelahiran bayi, ibu-ibu pasti berada di dalam keadaan yang sedikit letih ditambah lagi dengan kehadiran orang baru di dalam kehidupan seharian. Pastinya banyak yang perlu dipelajari (dalam erti kata lain, kehidupan ibu mula berubah dengan kehadiran orang baru) dan diselusuri kan?

Bila tiba waktu menyusu pula, kadangkala ibu menjadi kalut dengan kepelbagaian cara dan cabaran yang hadir dengan sendiri nya, Bagi ibu yang tidak mengalami sebarang masalah, Alhamdulillah. Tapi bagaimana dengan ibu yang menghadapi cabaran lebih-lebih lagi bayi anda masih menangis walaupun telah disusui dengan susu ibu dengan waktu yang lama! Bayi tetap menangis dan menangis. Ibu pula pasti kalut dan mula stress. Benar kan?

Ok, InsyaAllah kali ini saya nak kongsikan bersama dengan pembaca sekalian berkenaan MENGAPA BAYI ANDA MASIH MENANGIS WALAUPUN TELAH MENYUSU?

Tahukah anda? Bayi Menangis kerana Ingin Menyampaikan Sesuatu kepada orang di sekelilingnya.

Bayi menangis adalah NORMAL. Ya NORMAL ya.
Mereka masih tidak pandai bercakap dan menangis merupakan salah satu cara untuk mereka berkomunikasi dengan kita. Ingin memberitahu kita lebih-lebih lagi kepada ibunya tentang rasa dan sebagainya. Kan?

Jom kita lihat kembali apa yang menjadi penyebab mereka menangis ya?

1. BAYI ANDA DI DALAM KEADAAN TIDAK SELESA DENGAN PERSEKITARAN

Cuba anda lihat sekeliling. Adakah persekitarannya terlalu panas, sejuk atau biasa-biasa sahaja? Kadangkala perubahan suhu membolehkan bayi anda akan berasa kurang selesa dan akhirnya mereka merasa rimas dengan perubahan suhu tersebut.Mereka akan menangis walaupun sedang menyusu atau sebelum atau selepas menyusu. Contohnya waktu panas, kita pun kadangkala tidak selesa apatah lagi mereka yang selama ini 'duduk' di dalam 'tempat yang paling selesa' iaitu di dalam rahim ibu.

2. BAYI ANDA SAKIT

Bayi yang sakit kebiasaannya tidak selesa dengan keadaan badan mereka lebih-lebih lagi menyusu dengan keadaan hidung tersumbat dan terlalu panas. Cadangan terbaik adalah ibu menyusukan bayi dalam posisi sedikit menegak atau separa duduk.

3. POSISI PENYUSUAN PELEKAPAN SEMASA MENYUSU

Tahukah ibu-ibu semua bahawa posisi penyusuan juga memainkan peranan penting dalam memastikan penghasilan susu dan 'milk transfer' berjalan dengan baik dan efisien?

Sebenarnya, sekiranya ibu menyusukan bayi dalam keadaan posisi pelekapan yang tidak betul, ia akan menyebabkan bayi tidak mendapat keperluan susu yang mencukupi dan juga 'milk transfer' tidak dapat disalurkan dengan betul. Ini menyebabkan bayi akan menjadi lebih cepat lapar dan akhirnya mereka menangis kembali.

Selain itu, anatomi payudara ibu serta anatomi mulut bayi seperti lidah pendek (tongue tie), mulut bayi terlalu kecil juga mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sekiranya ibu mengalami puting tenggelam/puting rata, boleh lah mencuba kaedah ini.

permasalahan puting tenggelam

4. GROWTH SPURT (PECUTAN PERTUMBUHAN BAYI)

Kebiasaannya bayi akan mengalami pecutan pertumbuhan di umurnya 3 minggu, 9 minggu, 3 bulan, 6 bulan dan pada waktu-waktu yang tidak menentu. Apabila mereka di dalam fasa growth spurt ini, bayi anda akan sentiasa mencari puting ibu untuk menyusu!

Baca sini berkenaan GROWTH SPURT

Si ibu pula merasakan bahawa anak mereka tidak cukup susu dan juga si ibu sudah kekurangan susu! oh tidakkkk... Sebenarnya di dalam fasa ini, bayi memerlukan lebih banyak susu dan mereka akan menangis sekiranya supply yang dihasilkan tidak mengikut demand mereka.

Ibu-ibu jangan stress ya. Ini akan berlaku kepada semua ibu menyusu. Cadangan terbaik adalah ibu lebihkan sesi pemerahan serta direct feed untuk menambah demand bagi keperluan anak nanti. Teruskan menyusukan dan memerah ya! Lebihkan demand..

5. TIDUR BAYI TERGANGGU

Seringkali bayi akan tertidur semasa penyusuan. Namun begitu, faktor persekitaran seperti suara orang ataupun bunyi televisyen anda yang kuat membolehkan tidur mereka terganggu! Mereka akan menangis walaupun tadi mereka telah tertidur semasa menyusu.

Oleh itu, sekiranya anda mahu meletakkan bayi anda ke dalam coat bayi ataupun di atas tilam bayi, pastikan keadaan bayi tidak terkejut dan mereka tidur dengan tenang seperti di dalam dakapan ibu.

Al-maklumlah, mereka di dalam rahim kan selama 9 bulan!

6. BAYI MASIH INGIN MENYUSU

Kadangkala waktu penyusuan yang lama juga masih tidak dapat memberi kepuasan kepada bayi. Cuba ibu-ibu lihat rahang serta mulut bayi yang menyusu. Sekiranya mereka masih mencari-cari puting atau rahang mereka masih sedang dalam keadaan menelan susu ibu, maka si ibu masih perlu menyusukan bayi mereka sehingga bayi mereka melepaskan puting dengan sendiri.

7. BAYI INGIN PERSEKITARAN YANG BARU

Bayi juga seperti orang dewasa. Mereka perlukan persekitaran yang berbeza-beza bagi mengurangkan rasa bosan dengan hanya di satu tempat yang sama. bawalah mereka keluar bersiar-siar di tepi rumah ataupun menyusu di tempat yang berbeza-beza di dalam rumah. (jangan lama-lama di luar rumah tau kerana mereka mudah terdedah dengan jangkitan bakteria dan virus)

8. PERBEZAAN PENGELUARAN SUSU DI PAYUDARA

Kebiasaanya bayi mempunyai kegemaran terhadap satu-satu payudara ibunya. Kadangkala bayi akan menunjukkan kepuasan setelah menyusu di sebelah payudara (mungkin disebabkan susu yang lancar dan tidak terlalu 'oversupply' atau kurang) dan sebelah payudara lagi dibiarkan 'seperti anak tiri' aje kan (mungkin disebabkan payudara tersebut mengalami oversupply dan menyebabkan bayi sering tersedak/ kurang susu) menyebabkan bayi akan memilih satu payudara sahaja. Namun begitu, pemilihan sedemikian akan menyebabkan susu di sebelah payudara yang kurang dihisap itu akan mengalami kemeruduman susu dan akhirnya semakin kering.

Apabila bayi diberikan dengan payudara yang jarang diberi, maka susu pun kurang. bayi akan menangis kerana keperluan mereka tidak dapat dipenuhi dengan payudara tersebut.

Cadangan terbaik adalah menyusukan di sebelah payudara yang masih ada susu dan dalam pada masa yang sama ibu mengepam di sebelah payudara yang satu lagi (Tanderm nursing)

Pentingnya sesi pemerahan

9. BAYI TIDAK INGIN MENYUSU

Kadangkala bayi menangis bukan disebabkan mereka mahu menyusu, namun mereka hanya perlukan pelukan kasih sayang daripada ibunya. Peluklah mereka dan boleh juga menggendong mereka untuk merasakan mereka dekat dengan 'bau' ibu.

10. BAYI KEMBUNG

Bayi kembung perut. Ini biasa didengar kan? Ia juga selalu terjadi disebabkan oleh bayi hanya mendapat foremilk sahaja dan itu menyebabkan kandungan asid di dalam perut bayi adalah tinggi dan akhirnya menyebabkan kembung perut.

Sendawakan bayi dengan menyandarkan mereka di bahu ibu. Kebiasaan nya bayi akan sendawa disertai dengan sedikit muntah yang selalu disebut 'gumoh'. Ia akan menjadikan mereka lebih selesa untuk menyusu selepas itu.

11. BAYI KURANG TIDUR

Bayi yang menghadapi situasi kurang tidur akan sentiasa merengek dan tidak selesa lebih-lebih lagi apabila dipaksa menyusu. Tenangkan mereka dengan menepuk-nepuk lembut punggung bayi anda dan peluklah mereka. Setelah itu baru di'offer' payudara sambil mereka berkhayal dan tidur.

Dah nampak kan? Mengapa mereka masih menangis walaupun sudah menyusu. Mereka bukan sahaja menangis mahukan susu, tetapi mereka perlukan banyak sokongan daripada persekitaran terutama ibunya.

Semoga alasan-alasan di atas dapat memberikan ibu-ibu semua bertambah semangat untuk menyusukan si bayi..

Tanpa ilmu, ibu kecewa,
Dengan ilmu, ibu bahagia.

Salam sayang,

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi



Sabtu, 19 September 2015

BICARA INSPIRASI PSI : Srikandi Hasil Muar

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Alhamdulillah..
Selesai program bicara inspirasi Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Daerah Muar pada 15 September 2015 yang lalu.




Kisah panggilan bagi bicara santai ni bermula apabila salah seorang staf di situ terpanggil untuk bertanya pada yus tentang Kelas Penyusuan yang diadakan di area Batu Pahat/Muar. Al-maklumlah kan, yus bekerja di UTHM Parit Raja Batu Pahat. Kebetulan pula beliau terlihat post yus adakan Kelas Menyusu di Lunatots 29 Ogos lalu. Dan kebetulan juga beliau bertanya di post group Selat Tebrau Babywearers ( kelab gendong bayi Johor).

Maka, satu demi satu perancangan dibuat. Bermula dengan tarikh cadangan sehingga lah kepada penginapan semuanya dibincang bersama di alam maya. YA! Di alam maya (facebook- Terima kasih Facebook!)

Hebatnya aturan ALLAH..DIA permudahkan urusan kami. Walaupun pada mulanya hampir dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, akhirnya ia dapat dilaksanakan juga. ALHAMDULILLAH..
Subhanallah! Ramai juga yang hadir walaupun tidak mengenali siapalah saya. Mereka memberi feedback yag positif dan memberi banyakkk cadangan untuk saya tambahbaik program di kemudian hari..Terima kasih kalian kerana masih tetap duduk walaupun jam sudah ke pukul 5 petang. Ya Allah hanya DIA tahu bagaimana gembira nya hati ini dapat berkongsi ilmu dengan mereka semua..

Syukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk berkongsi ilmu yang saya ada dan saya mampu untuk kongsikan. Sesungguhnya berada di kalangan mereka sungguh membahagiakan saya.

Terima kasih daun keladi.
InsyaAllah ada rezeki kita ketemu lagi..♡♡♡

Ingat!
IBU MENYUSU ADALAH HEBAT!
Usaha itu Jihad..
Mencari Ilmu itu jihad..

Salam Qaseh sayang buat semua,

YUSNORSYAZANA
Kaunselor Laktasi

Ahad, 30 Ogos 2015

Berniaga dengan ILMU!

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos


Syukur Alhamdulillah. Semalam telah dijemput ke butik kelengkapan ibu dan bayi LUNATOTS Parit Raja untuk berkongsi serba sedikit tentang ilmu penyusuan susu ibu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemilik butik Lunatots iaitu Pn. Shazratun Naaim Omar Kamal di atas inisiatif yang dilakukan bagi memberi peluang kepada staf-staf beliau bagi mengetahui walaupun secara asas tentang kepentingan susu ibu serta peranannya kepada ibu dan bayi.

Gambar di sekitar Talk ToT Penyusuan Susu Ibu di Lunatots Parit Raja (29 Ogos 2015)



Ramai yang beranggapan bahawa penyusuan itu sangat mudah! Ya..Ia memang mudah apabila kita mempunyai ilmu (Namun itu pun rasanya masih banyak yang perlu kita tahu..chaiyok!). Berniaga barangan bayi juga akan menjadi lebih mudah jika si penjual dapat menguasai ilmu tentang produk yang dijualnya.




Begitu juga dengan penyusuan susu ibu. Ramai ibu akan datang ke kedai yang menjual sesuatu produk tersebut, tapi adakah si penjual dapat memberitahu lebih detail mengenai konsep penyusuan yang betul? Teknik menyusu yang betul? Penggunaan pam yang betul? Ya..di situ lah perlunya ilmu penyusuan. Antara yang diberi penekanan adalah berkenaan dengan Marketing vs Susu Ibu.



Apa pun, ketiga-tiga staf Atun memang hebat! Mudah sangat faham walaupun ketiga-tiga mereka masih bujang (hanya melihat pengalaman dari ibu mereka sahaja). Kita sebagai pembeli, takkan nak lihat saja kedai tu kan..datang dan dapatkan juga khidmat nasihat (sedikit-sedikit) daripada staf Lunatots Parit Raja tentang penyusuan susu ibu. Adik-adik pun tahu dah tau! (saya bukan duta..saya bukan dibayar untuk iklan..tetapi saya yakin mereka boleh memberikan yang terbaik untuk pelanggan di atas ilmu yang mereka ada)

Penyertaan Seminar Inspirasi Penyusuan Susu Ibu masih dibuka!
Lokasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja Batu Pahat JOHOR.

http://www.uthm.edu.my/v2/images/stories/frontpage_slide/psi2.jpg

Mahukan KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU dan pelbagai TIPS PENYUSUAN?
Hubungi 013-2892820

#SayaMENTORSusuIbu anda
Yusnorsyazana Mohd Yunos
http://yusnorsyazana.blogspot.com


Khamis, 20 Ogos 2015

STRESS vs SUSU MERIAH

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Alhamdulillah..Masih diberi kesempatan untuk bersama berkongsi pengalaman dengan rakan pembaca sekalian. Lama batul rasanya yus tak kongsikan tips penyusuan kan?

InsyaAllah pada kali ni yus nak share sikit tentang pengalaman untuk meningkatkan penghasilan susu walaupun sdg stress dan juga walaupun anak telah meningkat umurnya.

Kebelakangan ni, memang dibebani dengan kerja yang tak henti-henti. Tesis pun terbengkalai lagi (sedih). Banyak lagi yang belum dapat cover (sedih lagi). Hurm berganda-ganda stress nya..Bagaimana pula nak hasilkan susu yang byk di kala stress begini? Demand anak semakin tinggi (dah besar kan) walaupun dah makan..tapi susu ibu tetap yang utama kan?




Jom kita tengok balik checklist apa yang perlu dilakukan bila kita stress dan dalam masa yang sama perlu juga MEMERAH SUSU IBU supaya sentiasa MERIAH!

1. Dengar alunan zikir/Bacaan Alquran/soft music

Selalu kan dengar tips yang pertama ni..ya! Tapi memang ia sangat2 membantu dalam membaiki kembali mood dan juga emosi kita..Apabila emosi kita lebih tenang, lebih stabil dan lebih gembira, InsyaAllah pencetus hormon pengeluaran susu ibu akan berfungsi dengan lebih baik! ^_^

2. Menonton video KEJAYAAN PENYUSUAN ibu yang lain

Dengan menonton video kejayaan ibu-ibu menyusu yang lain dapat menjadikan diri kita lebih termotivasi danlebih bersemangat untum memberikan yang terbaik untuk si kecil kita kan. Adakala di waktu kita dibebani kerja yang tak henti-henti tu, kita juga perlukan MASA UNTUK BEREHAT kan? Di waktu itu lah kita ambil kesempatan untuk menonton samada dari youtube atau dari cd dan sebagainya untuk membantu diri kita supaya lebih gembira melihat kejayaan orang lain.

Nak best lagi, sewaktu menonton tu, mommies pasang siap2 corong pam tu..masa sengih2 nanti sure tak sedar botol semakin penuh!

3. Makan apa yang digemari tetapi BERKHASIAT!


Pilihan makanan yang tepat juga menyumbang kepada kestabilan emoai seseorang ibu. Contohnya si ibu mengambil makanan yang terlalu pedas, perut pun mula memulas, bibir pula pijar, kita rasa selesa ke? Hihi..fikir2kan la ye.. Di waktu kita stress, makanan yang terbaik untuk diambil adalah dari sumber kekacang mahupun yang manis seperti coklat tanpa gula! Ia sedap, sihat dan juga menjadikan kita lebih gembira kan?

4. Jadual pemerahan susu ibu yang bersesuaian

Kadangkala si ibu yang berkerjaya ni memang tahap sibuknya melampau-lampau sehingga terlupa jadual sesi pemerahan. Untuk memudahkan kita dalam mematuhi jadual pemerahan, kita boleh juga membuat aturan/ jadual yang bersesuaian mengikut masa kita. Contohnya pada 1 hari tu kita ada beberapa mesyuarat yang perlu dihadiri, sediakan keperluan pam dan juga power bank untuk kita perah susu apabila tiba waktu rehat ataupun ambil sedikit masa untuk kita memerah walaupun 10 minit! Minta izin kepada bos ya.InsyaAllah doakan yang baik-baik saja agar dilapangkan dada bos untuk kita memerah susu. Boleh kan? Kita ada hak untuk memberitahu tentang perkara ini kepada ketua kita.

Selain itu, sebaiknya jadual pemerahan di pejabat perlulah sekurang2nya 2-3 kali..jangan kurang dari tu! Kurang demand, kurang lah supply. Ingat ya! ^_^


5. Doa dan tawakal

Yang ni memang tak perlu dikata la kan..memang setiap orang akan buat dan laksanakan. InsyaAllah apa sahaja yang dilakukan perlu diselesaikan dengan doa dan tawakal kepada Allah supaya apa yang kita lakukan itu dipermudahkan dan bertambah-tambah rezeki untuk si kecil kita.

Saya sayang ibu menyusu,
LOVE..LOVE..LOVE..

*** susu anda merudum di waktu bekerja?
Saya pakar dalam membantu ibu menyusu berkerjaya untuk melancarkan sesi penyusuan susu ibu kepada bayi.

Seminar 'SAYA IBU MENYUSU HEBAT!!' akan bersama-sama anda pada 29 Ogos 2015 dan 27 September 2015 ( tempat di Parit Raja Batu Pahat)

Untuk tempahan tempat atau sebarang pertanyaan, sila hubungi 013-2892820.

Cepat-cepat daftar! Tempat adalah terhad.

Selasa, 4 Ogos 2015

SELAMAT HARI PENYUSUAN 2015!


Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua ibu menyusu yang comel serta didoakan sentiasa bahagia..InsyaAllah!

Selamat Menyambut Hari Penyusuan 2015..♡♡♡

BREASTFEEDING AND WORK : LET'S MAKE IT WORK!




Isnin, 15 Jun 2015

10 Tips Penyusuan ketika Berpuasa

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T.

Syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai persediaan penyusuan susu ibu ketika berpuasa. Seringkali ibu-ibu menghantar email dan juga whatsapp kepada saya menyatakan kerisauan mereka untuk menghadapi bulan puasa nanti. InsyaAllah.. Ibu-ibu yang dirahmati Allah sekalian, penyusuan susu ibu adalah sangat mudah. Cuma ia merupakan sedikit cabaran apabila berpuasa dengan tugas khas iaitu menyusukan bayi ibu-ibu yang comel itu.

Normal juga sekiranya susu akan merudum sedikit apabila kita berpuasa. Al-maklumlah kan sekiranya kita kekurangan pengambilan cecair (makan dan minum yang lazim dibuat pada siang hari di bulan-bulan lain), penghasilan susu masih juga sama cuma kadar cecair dalam badan semakin berkurangan. Tetapi kita perlu ingat bahawa pemberi rezeki adalah Allah S.W.T. Ada ibu yang istiqamah dan juga mengambilnya dari sudut positif. Ada juga ibu yang sering merasa risau dan secara langsung ia akan menganggu sistem hormon ibu-ibu. So, rileks saja ya ibu! DIA sentiasa ada untuk membantu..InsyaAllah!

Entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa TIPS bagi persediaan ibu-ibu menghadapi Bulan Ramadhan penuh Baraqah ini.

1) AMALKAN PENYUSUAN YANG BETUL DAN EFEKTIF

Bagi ibu-ibu yang bekerja, pastikan jadual pemerahan susu ibu disusun bagi memastikan kadar penghasilan susu ibu adalah sentiasa mencukupi dan berterusan. Namun bagi ibu-ibu yang menjadi surirumah, kerja-kerja di rumah juga telah membuatkan anda sebagai superpower mama kan? Anda boleh meneruskan penyusuan secara direct kepada anak anda dan waktu penyusuan itu lah anda ambil masa untuk berehat juga.

Pastikan cara pelekapan yang betul juga bagi mengelakkan anda menjadi stress dan juga pengeluaran susu akan menjadi lebih lancar.

2) AMALKAN MINUM AIR DENGAN KERAP

Susu ibu terdiri daripada 84% air. Maka, ibu perlu mengambil cecair yang banyak dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi memastikan kadar cecair dalam tubuh mencukupi.

Cadangan waktu untuk mengambil air kosong sepanjang waktu berpuasa adalah :-

a) Bangun tidur (minum segelas air kosong suam)
b) Waktu akhir sahur (minum segelas - 2 gelas air kosong suam)
c) Waktu Berbuka (minum segelas air kosong - minum selepas makan 3 biji kurma)
d) Sebelum solat maghrib (minum segelas air kosong suam)
e) Selepas solat maghrib (minum segelas air kosong suam)
f) Sebelum solat Isyak (minum segelas air kosong suam)
g) Ketika solat terawih, pastikan anda membawa bekalan 1 botol air kosong dan caranya dengan minum 1-2 teguk air pada setiap kali solat yang baru
h) Sebelum tidur - 30 minit sebelum tidur (minum segelas air kosong suam)

Kalau dikira betul-betul, kita telah mengambil 3 liter air sehari dalam bulan puasa..Dan cara pengambilannya pula sebelum dan selepas solat...Mudah kan?
Untuk pengetahuan ibu-ibu, 1 gelas air tu hanya sekitar 200-250ml sahaja. Elakkan pengambilan ais kerana tubuh kita akan menjadi semakin lemah dan cecair dalam badan 'lambat' untuk bergerak.

3) BERFIKIR SECARA POSITIF

Saya sering mengingatkan supaya ibu-ibu selalu menanamkan cara berfikir yang positif. Ada sebabnya kita perlu sentiasa positif dalam berfikir. Ini kerana hormon yang terhasil dari dalam badan sangat-sangat mempengaruhi dengan apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan susu tidak cukup dan akan merudum, itulah sebenarnya yang akan terjadi. Maka, digalakkan agar ibu-ibu sentiasa beristigfar dan mengamalkan gaya pemikiran yang positif ya! InsyaAllah.

4) KERAPKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Cara ini boleh dilakukan sebelum menjelangnya bulan puasa iaitu seminggu sehingga sebulan sebelum berpuasa. Ibu boleh kerapkan sesi penyusuan secara langsung ataupun mengamalkan pemerahan susu ibu secara kerap dalam sehari. Ini dapat membantu dalam menambah demand penghasilan susu ibu serta menggalakkan hormon prolaktin bekerja dengan lebih baik dan akan membantu si ibu dalam persediaan susu ibu menjelang Ramadhan nanti.

*** Hormon prolaktin fungsinya adalah menggalakkan kilang susu untuk menghasilkan lebih banyak susu sekiranya demand tinggi

5) SUSUN JADUAL PEMERAHAN SUSU IBU

Bagi memastikan penghasilan susu ibu yang lebih konsisten, ibu-ibu digalakkan untuk menyusun kembali jadual pemerahan susu ibu yang kadang-kadang ke laut, ke sungai dan ke mana-mana itu (kadangkala saya juga begitu) ..hihi...<< jangan jadikan amalan selalu >>

Di sini saya cadangkan jadual pemerahan untuk rujukan ibu-ibu ya!

Sesi 1 : Sebelum sahur (Hormon prolaktin akan lebih banyak pada waktu ini iaitu dari jam 12 hingga jam 5 pagi) Maka, kita ambil lah kesempatan itu untuk memerah at least 10-15 minit. Jangan lupa minum air yang banyak sebelum tamat waktu sahur ya..

Sesi 2 : Waktu Pagi (di antara pukul 10-12 waktu dhuha)

Sesi 3 : Waktu Petang sebelum pulang ke rumah (di antara pukul 3-4 petang)

Sesi 4 : Waktu malam (sebelum tidur iaitu di antara pukul 10-11 malam)

Namun begitu, jadual ini adalah cadangan sahaja. Sekiranya ibu merasakan bahawa ibu tidak mampu untuk memerah di waktu siang, maka dicadangkan agar ibu-ibu melebihkan pemerahan di waktu malam.

6) AMALKAN MAKAN KURMA SEPANJANG WAKTU MALAM

Bagi ibu-ibu menyusu, kita memerlukan lebih tenaga dan nutrien dalam badan. Kurma mengandungi sumber kalori yang tinggi serta tinggi dengan serat dan pelbagai nutrien di dalam nya. Ini dapat memberi kita tenaga segera yang berpanjangan. InsyaAllah!

Berbuka lah dengan memakan 3 biji kurma terlebih dahulu. Dan jadikan kurma sebagai snek malam yang sangat berkhasiat bagi membekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.

Khasiat kurma boleh dibaca di sini .

7) AMALKAN DIET YANG SEIMBANG DAN BERKHASIAT

Kadangkala kita sering 'diperdaya' dengan juadah di Bazar Ramadhan yang ummmmmm sedapnya! kan?? Haaa...mulai tahun ini, kita sukat-sukat dan lihat kembali keperluan diet sebagai ibu menyusu pula ya..

Pemakanan seharian di bulan puasa sangat-sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu. Banyakkan makan sayur serta buah-buahan yang segar sebagai juadah ketika berbuka puasa serta 'moreh' anda.

Elakkan makanan yang terlalu manis (kerana ia akan memerlukan lebih tenaga untuk mencernakannya - sukar dicerna)

Elakkan makanan yang masin, pedas, berminyak serta berempah (kerana ia akan menjadikan tubuh anda lebih mudah kehilangan air dan mudah terhidrat serta menjadikan diri mudah letih)

Elakkan pengambilan air berkarbonat serta bergas. Ia boleh menjadikan badan anda lebih letih dan kekurangan cecair dengan pantas.

Hati-hati ya ibu-ibu..Sentiasa ingat anak yang tersayang kerana apa yang kita makan atau minum juga mempengaruhi penghasilan susu untuk mereka.


8) AMALKAN PENGAMBILAN MADU

Kita semua sedia maklum, selain kurma dan buah-buahan /sayur segar, madu juga dapat membantu ibu-ibu menyusu untuk sentiasa bertenaga di siang hari. Kandungan madu yang lebih anti-oksida serta khasiat nya yang sangat baik bagi meningkatkan kadar serapan yang tinggi selain membekalkan sumber kalsium si ibu.

9) JANGAN ABAIKAN SAHUR

Nabi S.A.W bersabda :

"Makanlah sahur kalian, kerana pada makan sahur itu ada keberkatan". (Muttafaq Alaih)

Baginda juga bersabda :

"Sahur iru semua baroqah, maka jangan kalian tinggalkan walaupun hanya dengan meneguk air sahaja. Kerana Allah dan RasulNYA sentiasa berselawat untuk orang-orang yang makan sahur" (Sahih At-Targhib :1070)

Di waktu sahur lah ibu-ibu boleh mengamalkan minum air yang banyak serta ambil kurma untuk bekalan tenaga sepanjang hari berpuasa. Kurangkan pengambilan karbohidrat (kerana karbohidrat memerlukan tenaga yang banyak untuk dicernakan) Ambil lebih protien di waktu sahur. Nak mudah boleh amalkan Formulasi Makanan Sunnah .

10) BERDOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T.

Setelah pelbagai usaha dilakukan bagi persediaan berpuasa, ibu-ibu perlu meneruskan dengan berdoa serta tawakal kepada Allah S.W.T. Usaha yang disusuli dengan doa dan tawakal, InsyaAllah DIA mendengar segala doa kita.

Berdoa lah kita agar diberikan kesihatan yang baik serta keberkatan waktu dan masa serta tenaga yang dicurahkan untuk anak-anak syurga kita.

Semoga apa yang dilakukan demi anak kita sentiasa diberikan kemudahan serta ganjaran di dunia dan akhirat. Aminn Ya Rabb..


*** Jom amalkan gaya hidup sihat di bulan puasa. Ibu menyusu kan HEBAT!

Salam QASEH sayang buat ibu menyusu,

YUSNORSYAZANA
Kaunselor Laktasi Anda

http://yusnorsyazana.blogspot.com
http://yusnorsyazanamy.blogspot.com

email : cutiecolour@gmail.com








Ahad, 10 Mei 2015

MITOS vs FAKTA Susu Ibu

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih diberikan kelapangan waktu untuk berkongsi bersama pembaca sekalian mengenai Penyusuan Susu Ibu. Kita semua sedia maklum bahawa susu ibu merupakan titisan emas yang sangat-sangat berharga dan tidak boleh diganti dengan susu apa sekalipun. Allah Maha Berkuasa yang memberi anugerah indah ini "dari seorang ibu kepada bayinya". Namun begitu, ramai lagi (kebanyakannya ibu baharu) yang sering dimomokkan dengan pelbagai MITOS yang karut serta TIDAK BENAR mengenai Penyusuan Susu Ibu. Jom yus kongsikan apa itu MITOS nya dan FAKTA sebenar ya!

Mitos #1
PAYUDARA YANG KECIL TIDAK BOLEH MENGHASILKAN SUSU YANG BANYAK
FAKTA - Saiz payudara sebenarnya bergantung kepada tisu lemak. Tisu lemak yang banyak akan menghasilkan saiz payudara yang lebih besar dan tiada ada kena mengena dengan penghasilan susu yang banyak.

Mitos #2
PUTING LEPER DAN TENGGELAM MENYEBABKAN BAYI SUKAR MELEKAP DAN MENGHISAP
FAKTA - Semua bayi menghisap pada areola (tampok hitam) dan bukan hanya kepada puting. Pelekapan yang hanya di puting akan menyebabkan puting ibu luka dan sakit. Posisi yang betul akan membantu dalam menjayakan penyusuan.

Mitos #3 
TIDAK ADA SUSU 24 JAM SELEPAS KELAHIRAN
FAKTA - Susu kolustrum adalah pekat dan melekit serta bermacam warna. Penghasilan kolustrum sudah mencukupi dengan kapasiti perut yang yang kecil.

Mitos #4
SUSU PERTAMA 'KOLUSTRUM' DIKATAKAN SUSU BASI
FAKTA - Disebabkan oleh susu kolustrum ini mempunyai pelbagai warna dan pekat, maka ramai yang beranggapan bahawa susu awal kolustrum itu adalah tidak baik dan basi. Pelbagai kajian membuktikan bahawa kolustrum adalah yang terbaik kerana mempunyai antibodi, sel melawan penyakit dan zat makanan yang mencukupi untuk keperluan bayi.

Mitos #5 
PEMBERIAN SUSU FORMULA SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA PENYUSUAN IBU KERANA DIPERCAYAI LEBIH MENGENYANGKAN
FAKTA - Susu formula sukar dihadamkan dan berada lebih lama dalam perut bayi. Berbanding dengan susu ibu di mana proses penghadamannta adalah lebih cepat kerana kehadiran enzim (bahan pencernaan) di dalam susu ibu itu sendiri.


Mitos #6
IBU YANG MENYUSUKAN BAYI AKAN CEPAT MENJADI GEMUK 
FAKTA - Proses penghasilan susu ibu memerlukan pembakaran kalori yang sangat tinggi dalam sehari yang akan membantu ibu yang menyusukan anak dengan susu badan dapat menurunkan berat badannya.

Mitos #7
PAYUDARA IBU AKAN MENJADI KENDUR
FAKTA - Teknik penyusuan yang tidak betul adalah penyebab kepada payudara menjadi kendur. Oleh itu, dapatkan nasihat tentang teknik penyusuan yang betul. Faktor usia yang semakin bertambah juga menjadi penyebab payudara menjadi kendur.

Mitos #8
BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN (JAUNDIS) DISEBABKAN KEKURANGAN AIR
FAKTA - Ramai ibu di luar sana memberikan bayi mereka dengan air masak, grape water, susu kambing dan lain-lain kononnya bayi mereka kekurangan air. Sebenarnya, jaundis ini berlaku 65-70% dalam kebanyakan bayi normal dan bukan disebabkan oleh kekurangan air. Jaundis adalah disebabkan oleh kehadiran pigmen kuning (bilirubin) hasil daripada pemecahan sel darah merah yang digunkan oleh bayi semasa di dalam kandungan. Pemberian susu ibu sepenuhnya dengan teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kadar bilirubin dalam darah dengan melalui pembuangan melalui najis tersebut (najis hitam bayi)

Mitos #9
RAWATAN UNTUK 'JAUNDIS SUSU IBU' ADALAH BERHENTI MENYUSU SELAMA 48 JAM
FAKTA - Tanggapan ini adalah TIDAK BENAR kerana jaundis susu ibu adalah jaundis yang tidak membawa keburukan kepada bayi. Jaundis ini berlaku melebihi 14 hari bagi bayi lahir matang sehingga 2-3 bulan pertama. Memberhentikan penyusuan susu ibu dan memberikan susu formula hanya akan menyebabkan bayi lebih meragam,, mendedahkan bayi kepada banyak penyakit termasuk jangkitan kuman dan menggagalkan penyusuan susu ibu.

Mitos #10
IBU YANG DIBERI ANTIBIOTIK ATAU UBAT HARUS MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN
FAKTA - Kebanyakan ubat-ubatan termasuk antibiotik yang sesuai untuk bayi boleh diambil oleh ibu yang menyusukan bayi. Hanya peratusan kecil ubat yang diambil terdapat dalam susu ibu kerana ubat tersebut melalui proses metabolisme sebelum hadir dalam susu ibu. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa ubat yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu seperti ubat kemoterapi (rawatan barah), ubat radioaktif dan sebagainya. Namun, dapatkan nasihat pakar perubatan dan pakar penyusuan ibu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : Panduan Penyusuan Ibu & Wanita Bekerjaya

*Sharing is Caring*

Hugs n LOTS of LOVE,
Cutie Colour Boutique

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820
cutiecolour@gmail.com

Khamis, 7 Mei 2015

ENERGY BOOSTER untuk Ibu Menyusu dan Ibu Mengandung

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Seringkali kita mendengar perkataan 'MILKBOOSTER' yang mulai ini saya suka dengan ayat ENERGY BOOSTER lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu menyusu. Benar bukan?
Banyak juga produk di luar sana yang dijual dan dilabel sebagai 'milkbooster' bagi mereka.

Namun persoalannya di sini..
Benarkah supplemen-supplemen yang di'label' sebagai 'milkbooster' itu sesuai dan serasi bagi setiap orang..?
Jawapannya MESTILAH TIDAK!

Setiap orang mempunyai ketahanan diri serta ruang waktu dan penilaian aktiviti seharian yang BERBEZA.. Pastinya mempunyai kumpulan darah yang berbeza dan juga keperluan yang berbeza..

APA KEPERLUAN 'MILKBOOSTER' kepada ibu-ibu menyusu?

Keperluan supplemen tambahan ini bukan sahaja khusus sebagai 'milkbooster' / energy booster namun untuk kesihatan diri yang menyeluruh. Sekiranya si ibu atau seseorang itu telah mengamalkan gaya hidup yang sihat ditambah lagi dengan pengambilan pemakanan mengikut piramid makanan dan gizi yang seimbang, mereka sebenarnya tidak memerlukan supplemen ataupun 'booster' sekalipun lebih-lebih lagi untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

Namun, di dalam cabaran 'era moden' dan makanan seharian telah ditambah dengan pelbagai 'makanan tambahan' sebelum dihadamkan ke dalam perut, Adakah kita pasti bahawa setiap makanan yang diambil itu adalah 100% sihat? InsyaAllah ya..^_^

Ibu menyusu mahupun ibu mengandung yang memerlukan 'milkbooster' merupakan ibu yang sering mengalami keletihan badan, cara pemakanan yang tidak teratur, mood yang tidak menentu dan sebagainya. Apabila si ibu mengalami keletihan, maka otak kita akan berfikir bahawa penyusuan susu ibu kepada anak hanyalah membawa kepada stress dan badan 'tidak rehat' dan SESUNGGUHNYA IA AKAN MENGURANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU.

Hakikatnya, pengambilan milkbooster BUKANLAH untuk MEMPERBANYAKKAN susu ibu, tetapi untuk kesihatan diri buat ibu-ibu menyusu dan seterusnya HANYA aura POSITIF yang ada di dalam diri ibu-ibu sekalian.

Apabila ibu sihat dan sentiasa POSITIF, maka hormon 'kasih sayang' oxytocin akan berfungsi dengan jayanya dan seterusnya penghasilan susu ibu akan lebih lancar.

QASEH GOLD sebagai ENERGY BOOSTER saya..
Apa??
Hanya 1 je ke yang saya perlu makan?
YA...Kerana MAKANAN SUNNAH ini sememangnya Teman Sejati saya sepanjang saya melaksanakan tugasan seharian sebagai seorang Arkitek, Ibu, Isteri, Anak...


Mudah...x perlu fikir "saya dah makan itu ke belum?"..."Saya dah makan ini ke belum..?"
Kerana QASEH GOLD hanya Perlu diminum 2 sudu pada waktu pagi dan 2 sudu pada waktu malam. Namun kesihatan badan saya sentiasa di tahap maksimum! Ditambah lagi dengan mengamalkan minum air kosong yang dicampur QASEH SOLE..memang terbaik! Lagi banyak saya minum..Alhamdulillah...

Untuk dapatkan QASEH GOLD yang soooooo larisss ni...Bolehlah hubungi saya ya!

Yusnorsyazana My
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820

Selasa, 28 April 2015

Pentingnya SESI PEMERAHAN SUSU IBU!

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah! Kita masih dipanjangkan umur untuk berkongsi pengalaman serta ilmu penyusuan susu ibu untuk dijadikan sebagai panduan serta suntikan semangat bagi ibu-ibu di luar sana. InsyaAllah! Sebelum yus meneruskan penulisan, yus nak bertanya kepada para pembaca..

  • Adakah anda merasakan bahawa kita perlu memerah susu secara berterusan walaupun anda adalah seorang surirumah?
  • Adakah anda tahu bahawa payudara yang membengkak adalah tidak baik?
Sebenarnya, pemerahan susu ibu adalah sangat penting bagi membantu si ibu untuk menghasilkan susu baru yang lebih baik serta ia dapat membantu ibu untuk mendapatkan keselesaan yang lebih optimum. 

Kenapa pula saya ungkapkan sedemikian?

Ini kerana, pemerahan susu ibu dilakukan untuk:-
  • keselesaan payudara seperti dapat melegakan bengkak payudara, saluran susu yang tersumbat pada puting serta ia baik untuk melegakan luka / sakit puting.
  • dapat melembutkan kawasan aerola sekiranya payudara penuh untuk memudahkan si bayi dapat melekap dengan betul serta dapat mengekalkan penghasilan susu ibu. Anda harus tahu bahawa sekiranya si bayi tidak menghisap atau ibu tidak memerah susu ibu (sekiranya anda exclusive pumping mother), penghasilan susu ibu akan semakin berkurang dan seterusnya akan menyebabkan susu ibu semakin merosot pengeluarannya.
  • Mendapatkan kolustrum iaitu jika bayi baru lahir tidak dapat menyusu secara 'direct' ke payudara, bayi terlalu kecil yang lemah atau ibu dan bayi terpisah.
  • Dapat menggalakkan penghasilan susu ibu secara berterusan. Pemerahan susu ibu dengan lebih kerap dapat memberi isyarat kepada otak supaya dapat menghasilan hormon penghasilan susu yang lebih kerana si ibu telah memberitahu kepada otak bahawa dirinya memerlukan susu yang lebih banyak (kekerapan pemerahan susu)
Maka, kita sebagai seorang ibu walaupun kita sebagai ibu bekerjaya mahupun seorang surirumah, sesi pemerahan secara berkala (3-4 jam sekali dalam sehari) adalah penting bagi memastikan penghasilan susu ibu akan menjadi lebih banyak selain ia dapat mengurangkan gejala bengkak susu serta saluran susu tersumbat! Selain anda melakukan pemerahan secara bergilir-gilir ataupun anda boleh buat teknik 'tanderm nursing' iaitu sebelah payudara diperah (samada guna pam atau tangan) dan sebelah lagi bayi menghisap..Jom amalkan!

"MORE DEMAND, MORE SUPPLY"

Salam sayang penuh cinta buat ibu semua,

YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
yusnorsyazana.my@gmail.com

Mahukan minuman/makanan tambahan berasaskan makanan sunnah? Sila kan ke http://qasehyus.blogspot.com

PELANCARAN QASEH GOLD PREMIER

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos


Alhamdulillah..Tanggal 26 April 2015 bersamaan 7 Rejab 1436H (Ahad) lepas, satu lagi produk keluaran syarikat 100% Bumiputera Ana Edar telah dilancarkan iaitu QASEH GOLD PREMIER.

Ramuan khusus yang terbaik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kepada mereka yang di usia 40 tahun ke atas yang memerlukan lebih tenaga, lebih kalsium, lebih khasiat!!

Sesuai untuk diberikan kepada keluarga, ibu bapa kita, saudara, sahabat handai mahupun adik beradik kita..Dalam QASEH GOLD PREMIER terdapat banyak sangat ramuan makanan sunnah yang baik. Kita semua tahu bahawa makanan tambahan berupa cecair LEBIH MUDAH untuk dihadam dan dilarut dalam badan kan..kerana QASEH GOLD PREMIER membantu dari segi :-

  • kesihatan umum
  • mengembalikan tenaga
  • memperkuat sistem imunisasi
  • melancarkan sistem penghadaman
  • memberi kesihatan mata untuk penglihatan yang lebih baik
  • memperkuat tulang dan sendi
  • menstabilkan emosi dan hormon dalam badan
  • minda yang lebih baik!

Ia 100% semulajadi kerana Ia DIPERKAYAKAN lagi dengan KALSIUM SEMULAJADI dari sumber tulang ikan.

Lebih padat!! Lebih Khasiat!!
Bebas perisa dan pewarna
Index Glisemia yang sederhana

Mahu dapatkan ataupun membuat tempahan sekarang!
Hubungi YUSNORSYAZANA
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820
cutiecolour@gmail.com

Jumaat, 24 April 2015

Ingatan di Hari Jumaat

C & P

Assalamualaikum w.b.t.. salam jumaat..
sedikit perkongsian pagi jumaat baraqah ini..

[BERATNYA SIKSA KUBUR]

Al-Faqih berkata bahwa Abu Ja’far meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra. Bahwa orang mukmin itu apabila diletakkan di dalam kuburnya maka kuburnya itu dilapangkan 70 hasta, ditaburi harum-haruman dan ditutup dengan kain sutera. Apabila ia hafal sebagian dari Al-Qur’an maka apa yang dihafalnya itu menerangi seluruh kuburnya, dan apabila ia tidak hafal, maka ia dibuatkan cahaya seperti matahari di dalam kuburnya. Ia bagaikan pengantin baru yang tidur dan tidak dibangunkan kecualioleh isteri yang sangat dicintainya. Kemudian ia bangun dari tidurnya seakan-akan ia belum puas dari tidurnya itu.
Sedangkan orang kafir, maka kuburnya disempitkan atasnya sehingga tulang-tulangnya masuk ke dalam perutnya lantas didatangi berbagai macam ular yang besar sebesar leher unta, dimana ular-ular itu makan dagingnya sehingga tidak tersisa daging pada tulangnya. Kemudian datang kepadanya malaikat yang tuli, bisu dan buta dengan membawa cambuk-cambuk dari besi. Mereka memukulinya dengan cambuk-cambuk itu tanpa mendengar jeritan dan melihatorang itu sehingga tidak akan timbul rasa belas kasihan kepadanya. Disamping itu neraka selalu diperlihatkan kepadanya baik diwaktu pagi maupun diwaktu sore.

Al-Faqih memberikan nasehat, barangsiapa yang ingin selamat dari siksaan kubur, maka ia harus senantiasa mengerjakan empat hal dan menjauhkan diri dari empat hal. Empat hal yang harus selalu dikerjakan itu adalah: shalat, shadaqah membaca Al-Qur’an dan banyak membaca tasbih (subhanallah – pen). Keempat hal ini akan bisa menjadikan kubur itu terang dan lapang. Sedangkan empat hal yang harus ditinggalkan adalah; dusta, khianat, adu domba dan hati-hati dalam masalah kecing. Rasulullah SAW bersabda (yang artinya) : “Bersihkanlah (besucilah) sewaktu kencing, karena kebanyakan siksa kubur itu karena kencing”.

Sufyan Ats-Tsauri berkata: “Barang siapa yang banyak mengingat kubur maka ia akan mendapatkan kubur itu sebagai salah satu taman dari taman-taman sorga. Dan barangsiapa yang lalai kepada kubur maka ia akan mendapatkan kubur itu sebagai salah satu jurang dari jurang-jurang neraka”.

Sahabat Ali karromallahu wajhahu didalam khutbahnya mengatakan: “Wahai hamba Allah ingatlah mati, ingatlah mati karena kamu tidak bisa menghindar darinya. Bila kamu diam, maka ia akan datang menghampirimu; dan bila kamu lari, ia akan mengejarmu. Ia terikat pada ubun-ubunmu. Carilah keselamatan, carilah keselematan. Di belakangmu ada kubur yang selalu mengejar kamu. Ingatlah bahwa kubur itu bisa merupakan salah satu taman dari taman-taman sorga, dan bisa pula merupakan salah satu jurang dari jurang-jurang neraka. Ingatlah bahwa sesungguhnya kubur itu setiap hari berbicara tiga kali dengan perkataan; “aku adalah rumah gelap, aku adalah rumah duka cita, dan aku adalah rumah ulat”. Ingatlah bahwa setelah itu ada suatu hari yang lebih ngeri dimana pada hari itu anak muda langsung beruban, orang tua pingsan, semua orang yang menyusui anaknya lalai terhadap anak yang disusuinya, semua wanita yang hamil menggugurkan kandungannya, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak, akan tetapi siksaan Allah itu sangat keras. Ingatlah, bahwa setelah itu ada neraka yang panas sekali, sangat curam, perhiasaannya besi, airnya nanah, di dalamnya tidak ada rahmat Allah sama sekali”. (mendengar khutbah ini kaum muslimin menangis tersedu-sedu). Lalu Sayyidina Ali k.w melanjutkan khutbahnya: “Tetapi disamping itu ada sorga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Semoga Allah menyelamatkan kita dari siksaan yang pedih dan memasukkan kami dan kamu ke dalam sorga tempat kenikmatan”.
Rasulullah SAW bersabda (yang artinya) :“Kubur itu adalah pos (tempat pemberhentian) pertama dari pos-pos akhirat. Apabila seseorang selamat dari pos pertama itu maka pos berikutnya lebih mudah daripadanya, dan apabila seseorang tidak selamat dari pos pertama itu maka pos berikutnya lebih berat daripadanya”.
Diriwayatkan dari Abdul Hamid bin Mahmud Al-Maghuli.

Semoga perkongsian pada pagi ini dapat menjadi manfaat buat semua..INSYAALLAH!

Khamis, 16 April 2015

HAPPY BIRTHDAY HAYYAN!

Alhamdulillah...
16 April 2015, genap setahun usia anak mama yang kedua..Muhammad Hayyan bin Mohd.Syawal..
Sehingga hari ini, Hayyan tak pernah buatkan mama rasa sendiri..Abang Hasif pun sama...Sejak Hayyan lahir sehingga sekarang masih lagi suka menyakat si adik..Duduk atas badan adik, pijak tangan adik yang merangkak, baring atas badan adik, lompat-lompat atas kaki adik...Kesian adik..Tapi adik nampak seperti redha aje ape yang abang Hasif buat ke dia...Cool aje la orang kata kan..Bila nenek atau atuk atau mama marahkan abang Hasif mesti Hayyan back up baik punya (padahal dia yang kena buli dek abang) Tapi disebabkan qaseh sayang adik kepada si abang, adik layankan aje abang yang comel tu..hihi..

Apa pun, sepanjang kelahiran Hayyan di dunia ni, mama asyik sangat dengan dunia bisnes dan belajar dan kerja mama..Waktu untuk menaip tentang kelahiran Hayyan pun mama asyik lupa. Bila mama cari balik post untuk kenangan tu, rupanya belum ada..Maka, waktu ini mama berkesempatan sedikit untuk menulis pengalaman melahirkanmu sayang..



:: 16 April 2014 ::

8.00 a.m. - Rasa nak membuang air besar.Tapi pergi ke tandas tidak pula nak keluar. Padahal malam tu takde pun makan macam-macam ke kan..Cuma menyusukan abang Hasif n 'kelon' je org jowo kata.

8.30 a.m. - Siap-siap mandi. Walaupun sakit perut mcm nak membuang air besar tapi steady je mandi n makan sarapan nasi kosong lauk kicap dgn ikan bilis..sedap pulak layan nasi kosong time sakit gitu..

10.00 a.m. - Setiap 10 minit sakit perutnya..Ok terus ambil keputusan nak ke Hospital manalah tahu nak bersalin kannnn..Dalam kereta tu abang Hasif ckp dgn mama " Mama, baca Lailahaillaallah" (terharu mama nak)

11.00 a.m. - Sampai hospital doktor cek bukaan dah 5 cm! Whoaaa...Mama dah masuk ke labour room no.4 Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang (sama dengan bilik nak bersalinkan abang Hasif)

2.30 p.m. - Doktor Huda (nama doktor tu) masuk ke dalam labour room dan cek bukaan dah 7cm..Ok sikit je lagi adik nak keluar..dan minta izin untuk pecahkan air ketuban Hayyan. (masa ni mama macam blur kenapa perlu pecahkan air ketuban ye) Serius menyesal beri kebenaran untuk pecahkan air ketuban tu..Tapi takdir kan..hihi..Terimalah dengan redha...^_^


4.30 p.m. - Kontraksi semakin kerap setiap 5 minit. Mama juga di'bekal'kan dengan oksigen (ke?) sampai rasa mengantuk ya amat. Walaupun kontraksi setiap 5 minit, mama masih boleh tidur..Tunggu punya tunggu bukaan still 7cm dan doktor mula gelisah (tgk kat raut muka doktor) Sebabnya doktor berkali-kali tanya mama ni anak kedua kan..anak kedua kan..anak kedua kan..Haishhh..dah kenapa pula doktor ni...

7.00 p.m. - Doktor cek bukaan lagi..masih 7 cm! Lamanyaaaa...Siap panggil doktor pakar kenapa anak kedua ni dah 7cm bukaan sejak pukul 2.00 tu..Cek punya cek rupanya kedudukan Hayyan tak engaged...Doktor berbincang dengan sesama doktor..Chit chat chit chat kat luar tu..Pastu masuk ke dalam bilik balik..Siap panggil papa pulak tu..dah kita yang sakit ni dup dap dup dap aje la.. Doktor minta mama dan papa buat keputusan untuk tunggu bersalin normal atau operation..Sebab Hayyan dah lama sangat di pintu rahim tapi x engaged. Kalau tunggu juga mungkin lebih lama n adik Hayyan mungkin dalam bahaya. Mama n papa ambil keputusan untuk buat pembedahan untuk keluarkan adik Hayyan.. (menitis air mata)

7.15 a.m. - Mama ditolak ke Operation Theatre..

7.41 p.m. - Dung dang dung dang..Doktor pakar tolak sana tolak sini, sebab dah kebas kan x rasa ape2 la..tetiba nampak baby kat hujung kaki (adik Hayyan!) Mama dapat cium adik hayyan..tapi disebabkan terlalu mamai, mama tertidur lagiiii..Rugi betul tak dapat skin to skin dgn Hayyan..(nangis lagi)

8.00 p.m. - Mama ditolak masuk ke dalam wad.. ok kejap je proses kali ni..

Alhamdulillah..Walaupun sakit operation tu mama masih rasa sehingga sekarang (kebas di perut, ngilu di kawasan perut) tapi mama happy dengan apa yang Allah anugerahkan kepada mama..

Hadiah hari lahir buat hayyan..13 oz sekali perah untuk sesi pagi

I LOVE U my baby Muhammad Hayyan..

Love,
MAMA YANG asyik sebak aje


Isnin, 13 April 2015

Muhammad Hayyan..Hampir setahun!

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Alhamdulillah..
Tidak terjangka oleh fikiran.. Bersamanya seperti rama-rama terbang di kayangan. Sama seperti abang Hasif juga. Pengalaman menyusukan Muhammad Hayyan amat memberi nilai makna tersirat lebih-lebih lagi dengan Ilmu Penyusuan yang dipraktikkan dapatlah juga susu mama diberikan kepada Khairul Ariff Hamizi (10 bulan) sebagai anak susuan mama..

Hayyan at 7 days old
Hayyan @ 1 month old

Hayyan bersama Khairul Ariff Hamizi

Mama sayang kalian.
Mama rindu kalian setiap nafas, setiap detik.
Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh serta membahagiakan..
Amin Ya Rabb...
^_^

Rakan Penyusuan Anda,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
013-2892820
http://yusnorsyazana.blogsot.com
yusnorsyazana.yunos@gmail.com

Rabu, 18 Mac 2015

Ibu Menyusu WAJIB Jadi Rajin

Teks : YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS

[IBU MENYUSU WAJIB JADI RAJIN]

Bertabahlah wahai si ibu...Kerana masa, tenaga dan juga kerahan setiap titis susu ibu sungguh berharga buat anakmu..
Jangan selalu untuk mudah putus asa..
Jangan selalu beralasan tentang kerja yang tak akan pernah habis..
Apabila alasan menguasai diri..apa pun tidak menjadi...

Jadi ibu yang menyusukan anak WAJIB jadi rajin..hihi..bukan lah rajin sgt nak mengemas rumah ke apa ke kan..
1) Rajin untuk menggali ilmu #penyusuan_susu_ibu
2) Rajin memerah susu
3) Rajin susun masa untuk disetarakan dengan kerja
4) Rajin membuat kajian utk diri sendiri tentang penyusuan susu ibu
5) Rajin untuk membuat apa sahaja untuk berikan anak kita susu ibu yang terbaik itu

Nampak.mudah kan? Ia memang mudah bila kita banyakkan gali ilmu...

InsyaAllah..Doa+Usaha+Tawakal..
Banyakkan sedekah kepada yang memerlukan..Mungkin 'rezeki' untuk anak kita terselit di situ..kan?

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Rabu, 18 Februari 2015

QASEH GOLD KAYA DENGAN RASA SEMULAJADI


QASEH GOLD KAYA DENGAN RASA SEMULAJADI!
-----------------------------------------------
Dalam Qaseh tiada perisa tiruan. Kelainan rasa pada sesetengah pengeluaran Qaseh mungkin berlaku disebabkan faktor bahan mentah iaitu kurma & madu. Ini adalah perkara biasa & tidak sedikit pun mengurangkan kualiti produk insya Allah. Qaseh kaya dengan rasa semulajadi!

TEKSTUR PRODUK
--------------------------------
Adapun soal kepekatan produk, bahan yang digunakan untuk memekatkan produk ialah Xanthan gum. Xanthan gum sekadar berperanan memekatkan & mengikatkan produk & tidak menyumbang kepada nutrisi produk. Apabila Xanthan gum dikurangkan, maka tekstur produk adalah lebih cair. Atas nasihat pakar kesihatan kami, Xanthan gum dalam produksi Qaseh dikurangkan sedikit berbanding dahulu untuk mengurangkan rasa melekit bila diminum. Kami memberi jaminan insya Allah bahawa kualiti Qaseh tidak berkurangan malah dipertingkatkan lagi dengan pertambahan peratusan madu, kurma & delima yang dimasukkan dalam produk.

Hubungi
Konsultan Qaseh Gold
Yusnorsyazana
013-2892820 

Langkah bercerai susu ibu (Weaning-off)

Tahukah ibu,
Ibu yang memberhentikan penyusuan badan (bercerai susu) secara drastik kadang-kala boleh menyebabkan perubahan emosi kepada ibu dan anak.
Langkah bercerai susu boleh dibuat secara perlahan-lahan. Beri masa secara berperingkat sama ada minggu atau bulan. Ibu juga boleh menggunakan pelbagai medium lain seperti berikut:-
  1. Jangan menawarkan penyusuan susu ibu atau melengah-lengahkan masa dengan menyibukkan anak dengan aktiviti yang lain.
  2. Berikan minuman kegemaran si manja. (tentunya yang tiada pewarna dan perisa tiruan)
  3. Berhentikan penggunaan botol susu dan gunakan bekas air atau cawan 
  4. Memendekkan tempoh penyusuan pada satu-satu masa
  5. Berikan si manja dengan pelbagai hidangan mengikut gizi yang seimbang. Apabila si manja anada kekenyangan, permintaan terhadap susu ibu akan berkurangan.
Cuba dahulu dengan kaedah di atas ya! 
Namun begitu, ibu-ibu harus tahu bahawa melanjutkan penyusuan susu ibu selepas 2 tahun sebenarnya tidak salah. Yang penting adalah kesediaan ibu dan si manja dalam melalui proses bercerai susu.


Info credit to : Dunia Laktasi

Salam sayang penuh cinta untuk ibu menyusu,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Kaunselor Laktasi
013-2892820
yusyazana@gmail.com

Sabtu, 17 Januari 2015

It's OUR Responsibility! ♡♡♡

INFO
 It’s one of the ancient science on Human behaviour, which has not changed inspite of modern education  & technology !

1. If your child lies to you often, it is because you over-react too harshly to their inappropriate behaviour.

2. If your child is not taught to confide in you about their mistakes, you’ve 6 them.

3. If your child had poor self-esteem, it is because you advice them more than you encourage them.

4. If your child does not stand up for themselves, it is because from a young age you have disciplined them regularly in public.

5. If your child takes things that do not belong to them, it is because when you buy them things, you don’t let them chose what they want.

6. If your child is cowardly, it is because you help them too quickly.

7. If your child does not respect other people’s feelings, it is because instead of speaking to your child, you order and command them.
 
8. If your child is too quick to anger, it is because you give too much attention to misbehaviour and 6 give little attention to good behaviour.

9. If your child is excessively jealous, it is because you only congratulate them when they successfully complete something and not when they improve at something even if they don’t successfully complete it.

10. If your child intentionally disturbs you, it is because you are not physically affectionate enough.

11. If your child is openly defiant, it is because you openly threaten to do something but don’t follow through.

12. If your child is secretive, it is because they don’t trust that you won’t blow things out of proportion.

13. If your child talks back to you, it is because they watch you do it to others and think its 9 behaviour.

14. If your child doesn’t listen to you but listens to others, it is because you are too quick to jump to conclusions

15. If your child rebels it is because they know you care more about what others think than what is right

 Plz forward this to all, it MAY GUIDE OUR MODERN  PARENTS.

Khamis, 15 Januari 2015

Titik mula dalam Dunia Penyusuan Susu Ibu

Teks: Yusnorsyazana Mohd Yunos

Alhamdulillah..
Sambil kemas-kemas bilik kerja, dan misi mencari bahan untuk perkongsian ilmu penyusuan secara langsung (InsyaAllah masih menunggu masa yang sesuai), dua (2) sijil berharga ini dapat disusun kembali.

Ia merupakan satu titik permulaan dalam dunia penyusuan susu ibu supaya saya boleh berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang kebaikan susu ibu.



Syukur Alhamdulillah..
Dengan dorongan dan sokongan dari keluarga, suami serta rakan-rakan semua, saya kini menjadi salah seorang yang bertanggungjawab untuk berkongsi dan juga mendengar pelbagai masalah dan juga kata-kata semangat tentang penyusuan susu ibu..

Susu ibu adalah hak setiap anak..

Selasa, 13 Januari 2015

Peluang Menjana INCOME PASIF di hujung jari!

JAWATAN KOSONG (Kemasukan Segera)
==================================
==> Pengedar QASEH GOLD samada secara PART TIME/FULL TIME.
==> Anda berpeluang untuk menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh Ana Edar:
Untung Runcit
============
- RM 10 - RM12 untuk satu botol (cash)
Bonus Bulanan
============
- Bonus Unit Saham 10%
- Bonus Prestasi sehingga 15%
- Bonus Generasi sehingga 56%
- Bonus Jemaah Infiniti sehingga 14%
Convention (Trip)
===============
- Berpeluang menikmati percutian bertaraf 5 bintang di dalam atau luar negara yang dibiayai sepenuhnya oleh Ana Edar
-----------------------------------------------------------------------------------


Dengan peningkatan kos sara hidup pada masa kini, Bisnes Qaseh Gold adalah pilihan yang paling BIJAK.
* Modal yang cukup rendah
* Tidak perlukan kedai/premis. Semuanya online!
* Anda akan dibimbing melalui 'close group' istimewa di Facebook.
* Sistem kami telah TERBUKTI berjaya melahirkan usahawan bergaji 2-6 angka sebulan.
Bertindak SEKARANG kerana orang yang berjaya tidak akan MENUNGGU!!!!!

Cepat-cepat hubungi saya..
Tempat adalah TERHAD!!

Yusnorsyazana
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820
013-2892820
013-2892820

Kelebihan BAYAM pasti mengujakan!

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos


Kelebihan BAYAM dalam Qaseh Gold Junior

Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi , fosforus, kalium, mangan dan zink.

Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene), Vitamin C , Zat Besi , Kalsium dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi sangat sesuai untuk kesihatan. Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C dan beta karotena.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.


Dalam QASEH JUNIOR ada bayam!
Sedap untuk anak-anak kita..

Yusnorsyazana
Konsultan Qaseh Gold
013-2892820
013-2892820
013-2892820

Ahad, 11 Januari 2015

Vitamin Hati ♡♡♡

Teks: Yusnorsyazana Mohd Yunos  


Alhamdulillah...
Have you had your VITAMINS for SOUL today?

♡ Tasbih (Subhanallah)
♡ Tahmid (Alhamdulillah)
♡ Takbir (Allahuakbar)

Mulakan hari anda dengan Vitamin Hati untuk mendapatkan ketenangan jiwa sepanjang hari.InsyaAllah!

Banyakkan berdoa untuk dipermudahkan segala urusan Penyusuan kita..
Sesungguhnya insan yang selalu berdoa adalah yang disayangi olehNYA..

Ya Allah,
Jadikanlah hambaMU ini seorang yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMU..
Jadikanlah hambaMU ini seorang anak, isteri, ibu, rakan, sahabat dan teman yang sentiasa memuliakan yang lain..
Berikanlah dan permudahkanlah segala urusan hambaMU ini ya Allah..
Hanya ENGKAULAH yang MAHA Pemurah lagi Maha Penyayang..

Amin ya Rabbal A'alamin..

Rakan Penyusuan anda,
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Khamis, 8 Januari 2015

Kaedah Merangsang Refleks Ejeksi Susu Ibu

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Kebiasaannya ibu yang mengalami kesukaran dalam merangsang refleks ejeksi susu ibu (MER- milk ejection reflex) ini berada jauh dari bayi ataupun dengan erti kata lain tiada rangsangan secara terus dari bayi. Si ibu perlu memerah susu samada menggunakan tangan mahupun alat memerah (pam susu). Situasi berada berjauhan dengan si bayi dapat menjejaskan ejeksi susu ibu. 

Refleks ejeksi susu boleh dirangsang secara fizikal dan psikologikal. Apa yang dikatakan dengan rangsangan secara fizikal dan psikologikal itu? dan apakah caranya?

  1. Fokus semasa pemerahan susu ibu
    • Pastikan ibu berada di dalam keadaan yang selesa dan jauh dari sebarang perkara yang membantutkan fokus si ibu dalam sesi pemerahan susu ibu. 
    • Suasana yang tenang dan selesa memberikan rangsangan psikologikal berlaku.
  2. Jauhkan dari alat-alat yang menganggu sesi pemerahan
    • Segala keperluan seperti bantal, makanan rindan dan minuman ataupun buku diletakkan berdekatan si ibu supaya mudah untuk dicapai sepanjang sesi pemerahan.
  3. Tekapkan tuala basah atau mengurut payudara sebelum memerah
    • Refleks ejeksi susu ibu dapat di'kejut'kan dengan meletakkan tuala basah dan urutan di payudara selain menggentel puting susu bagi merangsang MER berlaku dengan cepat.
  4. Tarik nafas dan bayangkan kita berada di kawasan yang tenang dan nyaman.
    • Ya! Kaedah ini sangat berhasil lebih-lebih lagi kepada ibu yang bekerjaya yang sangat sibuk dengan urusan kerja. Beberapa minit sesi pemerahan ini dapat dilakukan dengan berjaya sekiranya ibu dapat merehatkan minda dari berfikir tentang kerja.
    • Fikirlah anda sedang berada di kawasan air terjun, sungai, pantai ataupun kawasan yang boleh membuatkan anda tenang dan gembira..Walaupun hanya 20 minit!
    • Bagi yang beragama Islam, membaca Al-Quran juga boleh membantu dalam penenangan jiwa/rohani dan juga mental.
  5. Memasang lagu-lagu atau irama yang mendamaikan ataupun menonton video/gambar anak
    • Kebanyakan ibu bekerja tidak dapat membawa anak kecil ke tempat kerja. Namun begitu, ia bukanlah satu faktor yang membawa kepada kemeruduman susu ibu. Dengan kaedah menonton video atau gambar anak, ia juga dapat mencetus refleks ejeksi susu ibu kerana ibu pasti akan merasa sayang, rindu, cinta kepada anak kita kan?
    • Dengan berbekalkan teknologi canggih ini, ibu juga boleh mendengar lagu-lagu ataupun alunan irama yang mendamaikan seperti bunyi-bunyian bergelombang alfa, beta, ataupun ayat-syat suci Al-Quran.
  6. Membayangkan bayi berada dekat dengan kita
    • Setiap ibu akan menginginkan perkara yang sama-anak berada dekat dengan kita.
  7. Urutan belakang badan (akan dijelaskan di dalam entri akan datang) InsyaAllah!
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Kita berjumpa di entri yang lain ya! InsyaAllah!

Salam sayang penuh cinta,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Rakan Penyusuan anda,
Kaunselor Laktasi
013-2892820

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...