Sabtu, 28 Januari 2023

HIDUP INI PERJUANGAN

Tika waktu ini
tatkala rintik-rintik hujan masih bersisa menyirami bumi
aku masih berada di dalam pelukan syahdu
bersama rintihan tiada henti
bersama tangisan dalam hati yang semakin menebal
tiada siapa yang perlu tahu
kerana aku ada DIA yang selalu bersamaku.

DIA yang sentiasa menyenangkan aku walau di mana sahaja aku berada
DIA juga yang memberikan aku ujian di kala aku terlalai dan terleka
DIA juga yang membisikkan kata-kata cinta.

Hidup ini sebuah perjuangan yang tidak pernah henti
Kadangkala aku berjuang untuk hidup demi kelangsungan bahagia bersama si pari-pari syurga
Kadangkala aku hidup untuk menjadi seorang yang sering dipersalahkan
Kadangkala aku rasakan hidup ini membosankan kerana banyak jari menunjuk ke arahku

Apa salah dan silapku
Apa yang DIA mahu uji kali ini
Apa yang membuatkan aku tidak bersyukur
Allah! Aku sering terlupa bahawa hidup ini sebuah perjuangan untuk ke tempat terakhirku nanti
Iaitu di akhirat sana.

Aku sedang lelah
Lelah dengan perangai segelintir manusia yang hanya pentingkan diri sendiri
Aku lelah dengan orang sekeliling yang pandai menuding jari tanpa sedar bahawa empat lagi jari menghala kepadanya
Aku lelah dengan hiruk pikuk kota yang sering membuatkan telinga aku bingit
Aku lelah dengan ragam manusia yang sering meyalahkan antara satu sama lain
Aku lelah dengan kerja yang tidak pernah adil kepadaku

Sungguh aku sedang tenat di dalam.
Tiada siapa perlu tahu.
Kerana senyuman yang aku ukirkan sebagai penawar buat diriku.
Aku tulikan telinga di atas segala tuduhan.
Aku butakan mata di atas segala tohmahan dan cela jelek muka.

Kerana akhirnya aku tahu siapa mereka sebenarnya
Aku dan rakan-rakanku dianggap seperti orang cacat
Diabai keperluannya, diabai toleransinya.
Kerana mereka ingat mereka yang berkuasa
Dan 'orang kaya hidung tinggi' ini terus mendabik dada melebarkan sayap mencela kami yang 'cacat' ini 
Dihempuk-hempuk
Dihenyak-henyak
Digelek-gelek hingga lumat
Itulah realiti kehidupan ini apabila kita di bawah.

Allah, ampunkan aku.
Ampunkan kami semua ya Allah.
Permudahkan segala urusan kami untuk menghadapi manusia 'egois' ini
Tatkala waktu menjadi peneman duka lara hati ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...