Sabtu, 19 Januari 2013

Suatu ketika di kala ZERO PSI...


Terkenangkan kisah mengepam di pejabat apabila tamat cuti 3 bulan setelah melahirkan anak sulung. Pada mulanya saya memang tidak mengambil berat tentang simpanan susu ibu perahan di rumah lebih-lebih lagi bekalan semasa bekerja nanti. Semasa pantang pun saya tidak banyak membuat stok. Hanya pam 2 kali sehari..Itu pun sebab cik B dah terlalu bengkak dan sakit. Memang benar kata orang, ilmu penyusuan susu ibu ni perlu dikaji dan digali seawal ibu mengandung. Bila dah naik bekerja, baru tahu kegagalan menyediakan stok susu ibu perahan semasa berpantang dulu menyebabkan saya begitu runsing semasa bekerja kerana mengenangkan anak di rumah dengan stok yang cukup-cukup makan. Sedari itu, saya mula mencari dan menggali sebanyak mungkin tentang ilmu penyusuan susu ibu.

Pada hari pertama saya masuk bekerja, dengan berbekalkan 2 buah beg (beg tangan dan cooler bag) saya bertekad untuk membawa pulang ‘hasil tuaian’ a.k.a. susu ibu perahan sebanyak mungkin. Pada masa yang sama, kurang pendedahan tentang pam yang sesuai pun menjadi punca bekalan stok pada hari pertama bekerja tu sedikit iaitu kira-kira 3 botol x 4oz sahaja. Dalam hati, takpe la…esok masih ada..Walaupun saya memang duduk di dalam bilik sendiri, tapi saya tetap pergi ke dalam Bilik Fail untuk mengepam. Dengan memohon kebenaran bos, saya mengambil masa untuk mengepam di Bilik Fail lagi..selama setengah jam setiap sesi (cuba darabkan dengan 3 sesi) iaitu pkul 9pg, 1 tghri dan 4.30 ptg..Hihihi…Kebetulan di pejabat saya ada sebuah peti sejuk untuk kegunaan kami semua dan staf saya kebanyakannya adalah perempuan. Hmmm..ape lagi, gunakan kemudahan yang ada..syukur..

Pada awalnya, saya memang dikatakan ZERO tentang ilmu penyusuan..tak tau pun wujudnya nursing cover, x terfikir pun shawl yang tersangkut kat kerusi tu boleh dijadikan nursing cover..alahai..betapa ceteknya ilmu masa tu..huhu..Kalaulah tahu, pastinya akan dijadikan shawl itu sebagai nursing cover semasa mengepam di bilik sendiri tanpa gangguan dan boleh menyambil buat kerja, makan, minum dan lain-lain kerja yang dibuat pada masa yang sama.

Dugaan ibu menyusu yang bekerja memang tidak akan habis. Bermula dengan terpaksa pergi ke mesyuarat di Bangi (4 jam perjalanan ke sana) dan terlupa membawa pam. Aduhai…tiada kaedah lain selain menunggu sampai di rumah dalam 12 jam tanpa pam di waktu awal naik bekerja! Cik B tersangat sakit dan bengkak..Lepas tu dugaan pam tertinggal di rumah suami di Johor Bahru selama seminggu (tak tahu kaedah marmet), susu merudum selama sebulan sehingga anak terpaksa minum susu kambing segar selama seminggu..(huuuu…pening dan runsing sehingga mahu putus asa)..Tiap-tiap hari pergi bekerja dengan perasaan bercampur baur. Tiada kawan yang boleh dijadikan rujukan tentang penyusuan susu ibu waktu itu. Hanya berbekalkan semangat yang hanya berbaki sedikit itu sahaja saya masih membawa pulang bekalan EBM untuk anak tersayang. Tu pun ada 2 botol x 3oz..Anak minum 15-20oz sehari sepanjang saya bekerja..sedihnyaaa…

Setelah 2 bulan naik bekerja…Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan group di FB (Kumpulan Ibu Menyusukan) Rupa-rupanya banyak yang saya tidak tahu mengenai EBM ni. Cara pengendaiannya, cara menyimpan, cara menyusukan anak di public, cara pemilihan breast pump dan macam-macam lagi. Semakin lama, ilmu yang digali semakin membuahkan hasil. Kawan sepejabat yang baru naik cuti bersalin pun menjadi sumber inspirasi untuk saya kerap mengepam dan berkongsi-kongsi ilmu tentang penyusuan. Hampir setiap hari kami akan berbual mengenai susu ibu..Hahaha..Masa tu memang gembira nya hati sebab ada kawan seperjuangan yang mengerti erti kepentingan susu ibu walaupun sebagai seorang ibu yang bekerja. Bayangkan betapa banyaknya bekalan yang dibawa pulang setiap hari apabila keadaan sewaktu bekerja dihiasi dengan gelak tawa, perkongsian ilmu dengan rakan yang memahami. Konsepnya, bila ibu gembira, susu pun banyaklah! Acara menggali ilmu tentang penyusuan susu ibu tidak pernah luput sehingga kini. Anak yang berusia setahun sebulan masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami saya yang ingin menyusukan anak sehingga dia berumur 2 tahun. Saya berterima kasih kepada bos dan juga rakan sepejabat kerana memahami keadaan saya.Lebih-lebih lagi bila saya membalut tubuh dengan shawl-itu waktu mengepam saya! Dan mereka tidak pernah menganggu saya ketika saya berkeadaan sedemikian.hihi..Terima kasih semua.

Semoga anak mama MUHAMMAD HASIF BIN MOHD SYAWAL akan berpeluang merasai nikmat susu mama sehingga 2 tahun atau lebih.In Shaa Allah..Semoga dipermudahkanNYA..Aminn…

Khamis, 17 Januari 2013

Bos baru..alahai!

Salam guys...

Title pun mcm dah x berapa nak best kan...haha...sebenarnya, itu la yang terjadi...duh!!

Mulai 7 Januari 2013 aritu, aku dpt bos baru...Ganti bos lama sbb bos lama dah abis kontrak sbg Timbalan Pengarah kat pejabat aku ni...huhu...Sebenarnya bos baru aku ni memang orang dalam pejabat ni jugak..cuma pangkat dia lebih besar la..(of cos!) So, bermula la hidup bersama bos baru...

Mula2 agak stress sehingga produksi susu berkurang...tp tabahkan hati...cuma bila apa yang kita buat sentiasa dipertikai, so memang stress balik lah! huhuhu...:(

Bos baru ni senang kata dia 'x percaya' tugas2 yang dibuat oleh anak buah sehinggakan kerja2 aku yang terdahulu sentiasa dipertikai...(owhh..maybe bukan dipertikai, tp di'reject' )ya! banyak jugak projek aku di'reject'...penat buat drawing tu 2 bulan kot...tetiba, dia kata dia reject dan perlu bina semula (from ZERO okkkk!!!) ahhh...sgt benci...perubahan arahan pun sentiasa berlaku..Ini merumitkan kerja ok...Dan honestly , aku bukan lah seorang yang suka membodek / dibodek..(sbb tu x ramai yang suka aku..haha..sbb aku mmg straight bila dlm soal kerja).

Ok...

Kerja kena bersungguh sebab bos baru ni GILA KERJA! ahhhhh....bencilahhhh!!!

Khamis, 10 Januari 2013

Hari yang 'TAKBERAPANAKBAIK' bagi aku...

Salam..

Nak mengeluh pagi2 pun x elok kan...Jom selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dulu...

ALLAHUMMASOLLIA'ALAMUHAMMAD....WAA'ALA ALI MUHAMMAD...

Ok camni la ceritera nya hari ni...yang bermula di awal pukul 3 pagi....

3 pagi...Hasif menangis macam orang kena cubit! Kenapa anakku? Malam td balik klinik terus masukkan ubat buntut (untuk mengawal kepanasan badan dia...) Last2 x tau pulak kesannya pada Hasif sebab badan dia terus jadi sejuk!!! Takutnya!! Kelam kabut mama dibuatnya...sampai x lalu nak tido...huhuhu...Anakku, cepat sihat ya!

6.45 pagi...Sarapan...telur x masak! Waaaaa...sebiji je yang boleh telan dalam x masak tu...:(

7.45 pagi...Sampai opis, bukak pc..x boleh ON! Genap sejam baru dapat on...haihh!!

9.00 pagi...Rakan sejawat menelefon mama, then dia ckp 'design' yang baru ni membuatkannya pening (tang bumbung!) Maybe kena re-strcuture balik! Aduyaii..nak dapat drawing yang ni pun dah makan masa 2 bulan...Dah nampak la...pasni memang mama kena bambu dgn PNC (P) n my new boss la...hmmm...

Memang nampak la hari ni hari yang tak berapa nak baik...sob3...:(

aptb T_T

Selasa, 8 Januari 2013

Mama di dalam dilema...

Salam bloggers!!

HuHuhuhu...Wahai anakku...
Betul2 di dalam dilema...Ape tak nya, Hasif melangkah setahun je, dia mula x nak makan...@_@
Oh Tuhan..tolonglahhhh!! Mama sekarang di dalam dilema...Anak xnak makan, bagi makan 2 suap diluah kan balik...alahai anak...mengapakah??

Orang-orang tua cakap, budak kecik xnak makan sebab nak ringankan badan...nak jalan...hmmmm...Memanglah Hasif sekarang asyik bertatih je...Tapi xkan la sampai xnak makan kot?

Mak aih...Nenek Hasif asyik suruh bagi makan Multivitamin Appeton kat Hasif...konon2 untuk tambah selera hasif...tapi tu bukan untuk 6 tahun ke atas ke? Ape ek effect dia kalau bagi di umur hasif 1 tahun? huhuhu...Memang di dalam dilema...

Sekarang ni harga emas dah naik 77 sen...Nenek Hasif suruh mama Hasif amik emas yang ade tempah kat kedai tu...Ade baki RM*** lagi...hai la...mana mama Hasif nak cekau $$$ tu ek? Sbr la hati...Minggu ni nak balik Teluk Intan...adik iparku kawen...Nak kena guna $$$ jugak nak balik sana...Memang masalah $$$ ni memang x lari dari hidup..Tapi bulan ni betul2 mencabar...Bill hp yang masih berbaki RM***...Dengan bisnes Ariffbillah Habbatus Sauda' yang semakin mendapat tempat ...Alhamdulillah...tp modal nya dah habissss...:(

Pastu aritu bateri kereta pulak kong terus..beli baru dlm RM260...Pastu servis kereta yang brek nya dah x berapa nak makan, timing lari...hangus dalam RM3**...

Kalau dapat keputusan dapat sambung balajar lagi, maknanya duit yuran RM1*** Pastu nak kena settle kad kredit dlm RM1***...Pastu nak kena tukar baby carrier Hasif (sebab dikhuatiri bbc sekarang ni akan effect pada spine Hasif..rujuk Malaysian Babywearing...) Tu pun dah cecah RM2**....

Secara keseluruhannya, memang bulan ini mencabar...Ya Allah, bantulah hambamu...:'(




Rabu, 2 Januari 2013

Oh A.Z.A.M 2013 !

Salam...

Pagi tadi dalam kereta untuk ke tempat kerja, ade jugak terfikir2 azam tahun 2013...sebab tahun 2012 macam xde azam je?hihihi...yang penting semuanya berjalan lancar...Alhamdulillah...syukur...:D

Hmmm...so, pagi ni baru nak tengok2 balik apa yang perlu dicapai sehingga akhir tahun 2013 ni...ok..jom cekidaut!!

:: 1 :: Nak menyusukan Hasif sehingga 2 tahun! Owh...sangat3 penting sebab nak berikan yang terbaik untuk dia...Nak tebus balik 4 hari dia diberikan susu formula kat dalam NICU sejak mula dia lahir...Oh tidakkk...sememangnya time tu aku sangat jahil tentang penyusuan susu ibu kepada anak..Hasif, please maafkan mama...Mama sayangkan kamu...

:: 2 :: Nak sambung Master please! (proposal dah hantar, tp masih belum ada keputusan dari Universiti..hope dapat lah kan...Cadangan penyelia adalah Dr. Wan Zahari (bos lama) sbb dia tahu apa yang aku buat untuk universiti sepanjang tugas aku kat sini...

:: 3 :: Nak tambah anak ! Hahahaha...tapi pelaksanaan 'projek' hanya akan berlaku pada akhir tahun (sebabnya aku nak sempurnakan tugas aku sebagai ibu menyusu sehingga Hasif mencapai 2 tahun..In Shaa Allah..jika diizinkan...) haaaa..terang gitu penerangannya...:P

:: 4 :: Nak besarkan rumah...huhu..cadangannya nak tambah dapur sket..sebab sekarang ni dapur xde..terpaksa mengorbankan satu bilik untuk dijadikan dapur...n sgt x efisien...dapur basah kat temat lain, sinki kat tempat lain...ok, approved by encik sayang juga...yeay!

:: 5 :: Berharap agar bisnes Ariffbillah Habbatus Sauda akan dapat banyak permintaan... hmmm...penting juga ni sebab aku memang makan AHS ni sekeluarga...kawan2 yang amik pun banyak berikan komen positif...Alhamdulillah...:) kalau nak, just pm yus @ 012-3362820..

:: 6 :: Buat aqiqah untuk Hasif kali ke-2...kali pertama dulu dah buat tahun lepas masa Maulidur Rasul..(time tu hasif baru 3 minggu...disebabkan Hasif ni boy, so kena buat 2 kali la bersamaan 2 bahagian lembu...)

:: 7 :: Menyelesaikan kerja (SKT 2013) dengan sangat jayanya..Ok..itu perlu lah kan...kalau x, camne nak jadi ketua yang bagus...Jadikan kata2 Dr. Wan sebagai semangat..."..saya suka bekerja dengan awak yus...sebab awak sgt produktif!.." so, jadikan kata2 dia sebagai pendorong untuk buat yang lebih baik.. In Shaa Allah...:)

Ok, done...rasa2 nya tu je kot azam tahun 2013 ni...mcm sikit je? haha..Hope semua akan terlaksana..Aminnn...:D

xoxo

Mama Hasif yang comel..hik3..:P

Selasa, 1 Januari 2013

Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES UTM

Ohhoooo...

2 minggu sebelum...

Hubby : syg, nak g Mess Nite x?
saya    : of course la nak! Bila?
Hubby : 29 Disember 2012 kat Pulai Spring..nak ikut eh? Nanti sedia je la eh
saya    : Ok..mestilah! hihihi...(mode : suke la tu..:P)

2 hari sebelum Mess Nite...

saya    : Syg, beg xde....kasut xde!! Make up semua xde...!!
Hubby : Laaaaa...kan aritu dah suruh sedia je...
saya    : Alaaaaaa...lupe...(buat muka comel sket) *_*
Hubby : g tepon mak suruh bawak beg..nnt kasut tu carik je kat umah ni...kan aritu ade kawan zana bagi kasut kan?
saya    : Haaaaa....betul tu! terus carik kasut mcm org gila..haha..:D

Ptg 29 Disember 2012 tu terus siap2 dgn kelengkapan yang mencukupi..Walaupun hubby x berapa suka saya pakai kebaya..tp baju tu je yang ade dalam almari kat umah Pulai Indah...Blasah je la...Lgpun kebaya tu masih longgar...ececece...jom kita tengok longgar ke x...:P

Kami berdua..ecececece...~~

Squad kopi : muahahaha...Muammar n wife, tuan ismadi n wife, tuan yusran n no wife,  hubby n me!

Daring habisss~~
 Ok..done with that Mess Nite...
Makan x sempat habis dah kena ambik! Ahhh..menci!

k bai...

xoxo

Mama Hasif yang comel..:P




Trivia : A day with Birthday Boy ^_^

Memang betul la org kata..semua mommy ni excited dia lebih cikit dr papa bb..haha...

Nak trivia la..ape la...layankan aje...joms...:D

A day before Hasif's birthday : Auntie Hazrina dtg bawak hadiah n mama masak nasi Ayam special! haha...:P
Malam setelah mama makan Sirloin kat Makan Malam PALAPES UTM (30/12/2012)..hadiah  Hasif..susu yang banyak! Alhamdulillah...
Haaaa...tgk ko...9oz gtu...Syukurr...Happy sbb anak dah setahun...lalalala~~

Ini dia birthday boy tu...:D
Misi 1 : Bawak birthday boy ke pantai Pontian...(otw ke Batu Pahat )

Birthday boy yang muka ala2 takut ke ombak...ape daaa...:P

Sayang mereka!

Tengok ombak mcm tengok hape...

Pas tgk ombak, teman mama n papa g makan cendol bawah pokok...hihi...

Misi 2 : Carik hadiah hasif!

Ok mama n papa!! Hasif pilih ini...hihihi...:D
Ok..finally, trivia a day with Birthday Boy terlaksana...Alhamdulillah...dan kami sampai di rumah (Kluang) pada pukul 10.30 malam! haha...memang betul2 berjalan sakan ni...ok..bai..

xoxo

Mama hasif yang comel...:P

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...