Isnin, 15 Jun 2015

10 Tips Penyusuan ketika Berpuasa

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T.

Syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai persediaan penyusuan susu ibu ketika berpuasa. Seringkali ibu-ibu menghantar email dan juga whatsapp kepada saya menyatakan kerisauan mereka untuk menghadapi bulan puasa nanti. InsyaAllah.. Ibu-ibu yang dirahmati Allah sekalian, penyusuan susu ibu adalah sangat mudah. Cuma ia merupakan sedikit cabaran apabila berpuasa dengan tugas khas iaitu menyusukan bayi ibu-ibu yang comel itu.

Normal juga sekiranya susu akan merudum sedikit apabila kita berpuasa. Al-maklumlah kan sekiranya kita kekurangan pengambilan cecair (makan dan minum yang lazim dibuat pada siang hari di bulan-bulan lain), penghasilan susu masih juga sama cuma kadar cecair dalam badan semakin berkurangan. Tetapi kita perlu ingat bahawa pemberi rezeki adalah Allah S.W.T. Ada ibu yang istiqamah dan juga mengambilnya dari sudut positif. Ada juga ibu yang sering merasa risau dan secara langsung ia akan menganggu sistem hormon ibu-ibu. So, rileks saja ya ibu! DIA sentiasa ada untuk membantu..InsyaAllah!

Entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa TIPS bagi persediaan ibu-ibu menghadapi Bulan Ramadhan penuh Baraqah ini.

1) AMALKAN PENYUSUAN YANG BETUL DAN EFEKTIF

Bagi ibu-ibu yang bekerja, pastikan jadual pemerahan susu ibu disusun bagi memastikan kadar penghasilan susu ibu adalah sentiasa mencukupi dan berterusan. Namun bagi ibu-ibu yang menjadi surirumah, kerja-kerja di rumah juga telah membuatkan anda sebagai superpower mama kan? Anda boleh meneruskan penyusuan secara direct kepada anak anda dan waktu penyusuan itu lah anda ambil masa untuk berehat juga.

Pastikan cara pelekapan yang betul juga bagi mengelakkan anda menjadi stress dan juga pengeluaran susu akan menjadi lebih lancar.

2) AMALKAN MINUM AIR DENGAN KERAP

Susu ibu terdiri daripada 84% air. Maka, ibu perlu mengambil cecair yang banyak dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi memastikan kadar cecair dalam tubuh mencukupi.

Cadangan waktu untuk mengambil air kosong sepanjang waktu berpuasa adalah :-

a) Bangun tidur (minum segelas air kosong suam)
b) Waktu akhir sahur (minum segelas - 2 gelas air kosong suam)
c) Waktu Berbuka (minum segelas air kosong - minum selepas makan 3 biji kurma)
d) Sebelum solat maghrib (minum segelas air kosong suam)
e) Selepas solat maghrib (minum segelas air kosong suam)
f) Sebelum solat Isyak (minum segelas air kosong suam)
g) Ketika solat terawih, pastikan anda membawa bekalan 1 botol air kosong dan caranya dengan minum 1-2 teguk air pada setiap kali solat yang baru
h) Sebelum tidur - 30 minit sebelum tidur (minum segelas air kosong suam)

Kalau dikira betul-betul, kita telah mengambil 3 liter air sehari dalam bulan puasa..Dan cara pengambilannya pula sebelum dan selepas solat...Mudah kan?
Untuk pengetahuan ibu-ibu, 1 gelas air tu hanya sekitar 200-250ml sahaja. Elakkan pengambilan ais kerana tubuh kita akan menjadi semakin lemah dan cecair dalam badan 'lambat' untuk bergerak.

3) BERFIKIR SECARA POSITIF

Saya sering mengingatkan supaya ibu-ibu selalu menanamkan cara berfikir yang positif. Ada sebabnya kita perlu sentiasa positif dalam berfikir. Ini kerana hormon yang terhasil dari dalam badan sangat-sangat mempengaruhi dengan apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan susu tidak cukup dan akan merudum, itulah sebenarnya yang akan terjadi. Maka, digalakkan agar ibu-ibu sentiasa beristigfar dan mengamalkan gaya pemikiran yang positif ya! InsyaAllah.

4) KERAPKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Cara ini boleh dilakukan sebelum menjelangnya bulan puasa iaitu seminggu sehingga sebulan sebelum berpuasa. Ibu boleh kerapkan sesi penyusuan secara langsung ataupun mengamalkan pemerahan susu ibu secara kerap dalam sehari. Ini dapat membantu dalam menambah demand penghasilan susu ibu serta menggalakkan hormon prolaktin bekerja dengan lebih baik dan akan membantu si ibu dalam persediaan susu ibu menjelang Ramadhan nanti.

*** Hormon prolaktin fungsinya adalah menggalakkan kilang susu untuk menghasilkan lebih banyak susu sekiranya demand tinggi

5) SUSUN JADUAL PEMERAHAN SUSU IBU

Bagi memastikan penghasilan susu ibu yang lebih konsisten, ibu-ibu digalakkan untuk menyusun kembali jadual pemerahan susu ibu yang kadang-kadang ke laut, ke sungai dan ke mana-mana itu (kadangkala saya juga begitu) ..hihi...<< jangan jadikan amalan selalu >>

Di sini saya cadangkan jadual pemerahan untuk rujukan ibu-ibu ya!

Sesi 1 : Sebelum sahur (Hormon prolaktin akan lebih banyak pada waktu ini iaitu dari jam 12 hingga jam 5 pagi) Maka, kita ambil lah kesempatan itu untuk memerah at least 10-15 minit. Jangan lupa minum air yang banyak sebelum tamat waktu sahur ya..

Sesi 2 : Waktu Pagi (di antara pukul 10-12 waktu dhuha)

Sesi 3 : Waktu Petang sebelum pulang ke rumah (di antara pukul 3-4 petang)

Sesi 4 : Waktu malam (sebelum tidur iaitu di antara pukul 10-11 malam)

Namun begitu, jadual ini adalah cadangan sahaja. Sekiranya ibu merasakan bahawa ibu tidak mampu untuk memerah di waktu siang, maka dicadangkan agar ibu-ibu melebihkan pemerahan di waktu malam.

6) AMALKAN MAKAN KURMA SEPANJANG WAKTU MALAM

Bagi ibu-ibu menyusu, kita memerlukan lebih tenaga dan nutrien dalam badan. Kurma mengandungi sumber kalori yang tinggi serta tinggi dengan serat dan pelbagai nutrien di dalam nya. Ini dapat memberi kita tenaga segera yang berpanjangan. InsyaAllah!

Berbuka lah dengan memakan 3 biji kurma terlebih dahulu. Dan jadikan kurma sebagai snek malam yang sangat berkhasiat bagi membekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.

Khasiat kurma boleh dibaca di sini .

7) AMALKAN DIET YANG SEIMBANG DAN BERKHASIAT

Kadangkala kita sering 'diperdaya' dengan juadah di Bazar Ramadhan yang ummmmmm sedapnya! kan?? Haaa...mulai tahun ini, kita sukat-sukat dan lihat kembali keperluan diet sebagai ibu menyusu pula ya..

Pemakanan seharian di bulan puasa sangat-sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu. Banyakkan makan sayur serta buah-buahan yang segar sebagai juadah ketika berbuka puasa serta 'moreh' anda.

Elakkan makanan yang terlalu manis (kerana ia akan memerlukan lebih tenaga untuk mencernakannya - sukar dicerna)

Elakkan makanan yang masin, pedas, berminyak serta berempah (kerana ia akan menjadikan tubuh anda lebih mudah kehilangan air dan mudah terhidrat serta menjadikan diri mudah letih)

Elakkan pengambilan air berkarbonat serta bergas. Ia boleh menjadikan badan anda lebih letih dan kekurangan cecair dengan pantas.

Hati-hati ya ibu-ibu..Sentiasa ingat anak yang tersayang kerana apa yang kita makan atau minum juga mempengaruhi penghasilan susu untuk mereka.


8) AMALKAN PENGAMBILAN MADU

Kita semua sedia maklum, selain kurma dan buah-buahan /sayur segar, madu juga dapat membantu ibu-ibu menyusu untuk sentiasa bertenaga di siang hari. Kandungan madu yang lebih anti-oksida serta khasiat nya yang sangat baik bagi meningkatkan kadar serapan yang tinggi selain membekalkan sumber kalsium si ibu.

9) JANGAN ABAIKAN SAHUR

Nabi S.A.W bersabda :

"Makanlah sahur kalian, kerana pada makan sahur itu ada keberkatan". (Muttafaq Alaih)

Baginda juga bersabda :

"Sahur iru semua baroqah, maka jangan kalian tinggalkan walaupun hanya dengan meneguk air sahaja. Kerana Allah dan RasulNYA sentiasa berselawat untuk orang-orang yang makan sahur" (Sahih At-Targhib :1070)

Di waktu sahur lah ibu-ibu boleh mengamalkan minum air yang banyak serta ambil kurma untuk bekalan tenaga sepanjang hari berpuasa. Kurangkan pengambilan karbohidrat (kerana karbohidrat memerlukan tenaga yang banyak untuk dicernakan) Ambil lebih protien di waktu sahur. Nak mudah boleh amalkan Formulasi Makanan Sunnah .

10) BERDOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T.

Setelah pelbagai usaha dilakukan bagi persediaan berpuasa, ibu-ibu perlu meneruskan dengan berdoa serta tawakal kepada Allah S.W.T. Usaha yang disusuli dengan doa dan tawakal, InsyaAllah DIA mendengar segala doa kita.

Berdoa lah kita agar diberikan kesihatan yang baik serta keberkatan waktu dan masa serta tenaga yang dicurahkan untuk anak-anak syurga kita.

Semoga apa yang dilakukan demi anak kita sentiasa diberikan kemudahan serta ganjaran di dunia dan akhirat. Aminn Ya Rabb..


*** Jom amalkan gaya hidup sihat di bulan puasa. Ibu menyusu kan HEBAT!

Salam QASEH sayang buat ibu menyusu,

YUSNORSYAZANA
Kaunselor Laktasi Anda

http://yusnorsyazana.blogspot.com
http://yusnorsyazanamy.blogspot.com

email : cutiecolour@gmail.com








PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...