Isnin, 13 Jun 2016

9 TIPS Merangsang Let Down Reflex (LDR)

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Assalamualaikum ibu-ibu gojes yang menyusu dan bapa-bapa yang hebat menyokong penyusuan susu ibu :)

Entry kali ini yus ingin kongsikan bersama semua pembaca mengenai bagaimana untuk MERANGSANG REFLEKS EJEKSI SUSU (MER) atau dikenali dengan LET DOWN REFLEX (LDR) di kalangan ibu. Penting ke MER @ LDR ini?

Apabila ibu memerah susu terutama memerah dengan menggunakan tangan atau pam, tiada rangsangan secara langsung daripada bayi. Situasi sebegini adakalanya menjejaskan MER. Terdapat banyak cara yang dicuba oleh ibu-ibu bagi mendapatkan MER yang lebih berkesan semasa sesi pemerahan berlangsung. Betul kan?

Sebenarnya, MER ini boleh dirangsang secara FIZIKAL dan PSIKOLOGI. Gabungan di antara kedua kaedah ini lebih berkesan bagi mendapatkan MER. Antara kaedah terperinci adalah seperti di bawah :-

1.   Pastikan ibu selesa dan jauh daripada sebarang perkara yang boleh membantutkan FOKUS ibu untuk memerah susu
  • Pengalaman ibu yang memerah susu mengatakan bahawa MER lebih mudah diperoleh sekiranya mereka memerah di tempat yang sama setiap kali.
  • Persekitaran yang biasa dengan ibu membantu ibu memerah dengan lebih tenang
  • Rutin yang sama setiap kali juga kadangkala dapat membantu. Contohnya ibu membuka zip beg alatan menyusu pun boleh mencetuskan MER kerana ia merupakan rutin untuk memerah susu.
2. PADAM TELEFON BIMBIT ataupun KUNCI PINTU bagi mendapatkan ketenangan dan privasi
  • Segala lkeperluan seperti bantal, makanan ringan dan minuman buku ataupun komputer diletakkan berdekatan supaya ibu lebih mudah untuk mencapainya semasa sesi memerah
3. Tekapkan tuala basah dan URUT PAYUDARA bagi 'mengejutkannya' supaya 'bekerja'. Ibu juga digalakkan untuk menggentel puting payudara bagi lebih rangsangan MER dengan cepat

4. TARIK NAFAS dan cuba bayangkan kita berada di tempat yang NYAMAN dan TENANG. Sedikit imaginasi diperlukan bagi menggambarkan sesuatu tempat seperti di tepi laut, air terjun mahupun sungai yang mengalir tenang.

5. Bagi yang beragama ISLAM, bacaan ayat suci AL-QURAN daripada qari terkenal dapat dipasang untuk memberikan ketenangan.

6. Latar belakang yang menenangkan dapat diperoleh dengan memasang MUZIK LATAR yang disukai ataupun mendengarkan bunyi-bunyian alam semulajadi.
  • Ada ibu yang membawa gambar bayi ke tempat kerja. Dengan teknologi yang canggih, bukan sahaja gambar, namun Video dan suara bayi juga boleh ditonton dan didengar melalui telefon bimbit bila-bila masa sahaja
  • Sesetengah ibu berasa terangsang apabila mencium bau baju atau selimut bayi
7. BAYANGkan bayi berada dekat dengan ibu bagi membantu merangsang MER 

8. Buat URUTAN BELAKANG BADAN yang boleh membantu kelenjar-kelenjar susu 'bekerja' dengan lebih lancar (seperti gambar di bawah)

             
9. Sambil memerah, ibu boleh mengambil makanan yang merangsang kegembiraan seperti coklat, buah-buah dll yang boleh membuatkan ibu merasa HAPPY!

InsyaAllah yus akan kongsikan lagi tips penyusuan di entry akan datang. Jom LIKE PAGE Inspirasi Penyusuan Susu Ibu di Facebook ya.. ^_^

Selamat mencuba!

Salam sayang penyusuan susu ibu,
Sifu Susu Ibu anda
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda

credit to Dr. Faridah Idris (Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu)

Cara 'hijack' lemak ibu kepada Bayi

Inspirasi Penyusuan Susu Ibu's photo.
TIPS IBU MENYUSU
================
Cara untuk 'hijack' lemak ibu TRANSFER kepada bayi ialah:

> Kerapkan kehadiran LDR ketika pam atau menyusu
> Makanan dikunyah HALUS supaya khasiat tadi dapat menyerap sepenuhnya menjadi daging (bukan lemak terpendam).
> Pam atau menyusu setiap 3 jam (pastikan wujud LDR beberapa kali setiap sesi)

Khamis, 2 Jun 2016

PUNCA BAYI TERSEDAK SUSU

Punca Bayi Tersedak Susu

APA PUNCA BAYI TERSEDAK SUSU
===========
Antara sebab bayi tersedak susu:-

+ Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

+ Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

+ Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.

+ Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.

+ Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

+ Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

+ Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

+ Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.

+ Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika bayi dibaringkan.Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Hati-hati ya IBU ayah semua..

Salam Penyusuan Susu Ibu
Salam Qaseh sayang <3 div="">

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...