Ahad, 8 Januari 2023

JP#7 RUTIN PETANG

Apabila tiba sahaja penghujung hari minggu, tugasan ibu-ibu seperti biasa akan berderet senarai list-to-do sepanjang minggu tersebut.

"Abang, dah kemas buku?"

"Abang, baju-baju sekolah semuanya dah digosok?"

"Hayyan, baju sekolah Ahad hingga Khamis dah susun di rak? Dah gosok sekali? Buku?"

"Pampers Hana cukup ke untuk sepanjang minggu tu? Jika tak cukup, perlu beli yang baharu."

"Susu Hana dah thaw untuk esok ke?

Eh, itu baru sedikit. Sebenarnya lagi berjela senarainya. Belum masuk senarai menu harian, apa yang perlu dibeli untuk minggu itu.

Kadang-kadang ada juga aku tersasul kata. Isk, Astagfirullah. Inikan amanah Allah.

Cuma berbeza sedikit awal minggu ini. Hari ahad (8/1/2023) sepatutnya abang Hasif perlu masuk ke wad bagi menjalani pembedahan ortopedik pada keesokan hari. Walau bagaimanapun, abang Hasif demam dari hari Jumaat. Maka, Doktor pakar meminta agar pembedahan ditangguh dan akan dimaklumkan kemudian nanti.

"Abang, kita tak ke hospital tapi kita ke klinik ya. Ambil MC. Abang pun demam tu."

Tidak semena-mena juga aku rasakan badanku dedar dan sakit-sakit.

"Nurse, saya juga nak jumpa doktor ya. Rasa badan tak sedap juga ni."

Sampai sahaja di rumah, badanku menggigil lalu aku selimut keseluruhan badanku. Berpeluh! Panas!

Aku demam panas!

Begitu juga abang Hasif.

Aduhai, sudahlah RUTIN PETANG ku untuk mengambil Haura dan Hana serta Hayyan setiap hari. Aku cuba rehatkan diri. Dari pukul 9 pagi hingga 2 petang aku melelapkan mata. Kipas juga ditutup. Seram sejuk dibuatnya.

Jam menunjukkan ke angka 3. Bermakna pukul 3 petang.

"Eh, baik aku ambil Haura dan Hana dahulu sebelum jammed petang ni."

Begitulah RUTIN PETANGku pada hari itu.

Bermula hari Isnin dan seterusnya, seperti biasa aku teruskan RUTIN PETANG mengambil anak-anak sekembalinya mereka dari sekolah.

Hana : 5:20

Haura : 5:30

Hayyan : 6:00

Hasif : 6:30

Begitulah.


Catatan Jurnal Penulisan,

YUSNORSYAZANA MY






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...