Isnin, 2 Januari 2023

JP#2 MASIH ADA


Aku melewati hari ini dengan perkara yang aku sukai dalam kerjayaku, iaitu pergi ke tapak dan menjalankan kerja lapangan. Ia bukan sahaja dapat membuka mataku terhadap persekitaran kawasan, malah lebih daripada itu aku dapat mengenali sikap manusia yang pelbagai.

"Doktor (gelaran bagi pensyarah), boleh saya tahu siapa yang duduk di bilik sebelah ni ya?" tanyaku sebaik mungkin.
Lalu dia bergegas keluar dari biliknya dan menunjukkan bilik yang ku maksudkan tadi.

"Tak mengapa Dr., saya hanya mahu tahu adakah sesiapa yang duduk di bilik sebelah ini sahaja."

Aku pula rasa serba salah kepadanya. Niat awalku hanya untuk bertanya dan beliau boleh menjawab dari tempat duduknya sahaja. Namun beliau sanggup bangun dan keluar bersamaku untuk ke bilik sebelah itu.

Ada pula yang mencurigai kehadiran kami ke situ. Biasalah, jika buat audit, pastinya pandangan mereka bahawa kami mencari salah dan silap. Walhal, kami membantu pihak universiti bagi memastikan ruang di dalam kampus dapat digunakan dengan lebih optimum.

Skeptikal! Ah, sama juga aku dahulu. Jika dikatakan 'audit', pasti yang terlintas di minda adalah 'cari salah.'
Bukan, bukan begitu rupanya setelah aku menjadi sebahagian daripada 'ahli audit' ini. Hehe.

Selesai sahaja tugas di lapangan, tekakku mula merasa haus dan terasa letih sekali. Apa tidaknya berulang kali mendaki tangga di bangunan empat tingkat itu. Naik hujung kanan, turun di hujung sayap kiri bangunan. Begitulah.

Pada sebelah petang pula, aku ada janjitemu bersama En.Herme bagi menyelesaikan perkara pentadbiran. Lega, segalanya terungkai apabila bertemu dengan yang lebih pakar. Terima kasih en.herme! Memang pakar governan betul, semuanya terlerai satu per satu.

Namun PETANG SEMALAM sedang aku di dalam sesi perbincangan bersama en.Herme, telefon bimbitku berbunyi menandakan masuk mesej di peti Whatsapp.

"Puan, tadi selepas bangun tidur petang Haura kata dia pening kepala. Ni kami dah mandikan dia tapi badannya dedar pula."
Aduhai anak. Jam di tangan menunjukkan ke angka 4.30 petang.
"Ala...setengah jam sahaja lagi. Tak mengapa lah, aku pulang awal ambil anak-anak." kata hati kecilku.

"Sayang, Hayyan kat mana?"
"Ada ni dengan Cha. Kenapa?"
"Cikgu Haura mesej beritahu Haura dedar. Ni Zana masih di BCSI, nanti Zana terus ambil Hayyan daripada sayang then terus ambil Haura di TIN dan ambil Hana. Sayang ambil Hasif dari sekolah agama jam 6.30 petang boleh?"
"Haaa..ok ok ok."

Incik somi hanya turutkan sahaja. Dia tahu, isterinya ini 'pakar' merancang perjalanan jika dalam kecemasan. Yang mana hendak didahulukan dan mana yang hendak ditangguhkan.

Begitulah kisah PETANG SEMALAM.
---------

Allah datangkan ujian di kala kita bersedia. Lihat sahaja waktu yang diberi, aku sudahpun bersedia untuk pulang dan segala kerja semalam telah selesai dengan baik sekali.

Adakah kita masih menanti peluang walaupun ruang sudah terbentang luas di hadapan mata?

Bersyukurnya aku rasakan waktu itu. Mudah sahaja perjalanan pulang kami walaupun dengan dua anak yang sedang tidak sihat (Hayyan dan haura).

Masih ada waktu untuk aku yang Allah berikan untuk membuat kebaikan kepada anak-anak. 
---------

Catatan Jurnal Penulisan
YUSNORSYAZANA MY

#YusTulis
#TulislahSebagaiBekalan
#BukuSolo2023
#AnugerahTerindah
#JurnalPenulisan2023
#JP2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...