Ahad, 29 Januari 2012

29 Januari 2012 = 31 hari

Alhamdulillah..dah 31 hari hasif bernafas di dunia ni..Alhamdulillah anakku semakin sihat dan cerdas..semoga si kecil dikurniakan akal fikiran yang cerdas, fizikal yang cergas serta menjadi anak yang sempurna dan soleh...aminnn..

Semalam papa hasif balik Kluang jenguk hasif. Tp arini pagi2 buta lagi papa hasif dah kne balik JB kerana ada tugasan..fuiyoo..arini papa g latihan lempar bom kat PULADA...

Tp bukan tu yang nak diceritakan..Cuma nak cerita kat sni yang pagi2 buta tu la hasif hantar balik JB!yeay...pukul 5.30 pagi dah kua umah g JB..(tp hasif n mama dok dalam kte 2 jam-pegi n balik) kol 8 pagi dah sampai Kluang balik..tp atuk hasif yang drive la..hehe...sbb papa hasif xdok lesen kte...alahaiiii...:P

Kol 9 pagi mak longhasif tepon, ajak g umah dia kat Taman sri Lambak..Mak Long hasif baru beli umah..tp umahnya fuhhhh besooooo...syukur...rezeki mak long lah! n dengan besar hatinya hasif sekeluarga (mama, nenek n atuk) pegi la umah mak long...-skrg ni kat umah mak long hasif la..ehehe...

Bari 31 hari hasif dah jalan2..tp skrg hasif tertidur kepenatan sbb jalan sakan di pagi hri..haha..

Ok...tata...:)

Isnin, 23 Januari 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum W.B.T.
Sekian lama aku x memblog kan diri sampai berhabuk2 laman sesawang ni..hihi..Al-maklumlah kalau dah bercuti, internet kat umah pun tadak..so, dpt pegang laptop ni hanya di kala encik suami pulang ke rumah je...huhu..

Eh...lupa nak bagitau, alhamdulillah pada 30 Disember yang lepas, aku selamat melahirkan seorang bb boy di Hospital Kluang yang baru (hari yang sama hospital yang baru tu dirasmikan & beroperasi). Baby seberat 3.8 kg selamat dilahirkan secara normal..tp dgn bantuan vakum la..uhuk3...Tp ape2 pun, aku sgt2 bersyukur dapat berpeluang melahirkan bb boy yang gebus ni...haha..anak sendiri..comel la!

Di kesempatan ni jugak aku nak berkongsi pengalaman di kala menanti hari2 yang 'mendebar'kan tu...Sepatutnya tarikh EDD aku 30 Disember 2011..Tp disebabkan doktor suruh ikut kiraan dalam scan, aku terpaksa mengikut tarikh yang baru iaitu REDD pada 22 Disember...Aku dah pun bercuti awal dari kerja iaitu pada 14 Disember..So, nak x nak..22 Dis tu aku g hospital utk serah diri lah!haha...Pastu doktor periksa, masih blm ade 'jalan' nya..So, kne dtg balik utk 'betul'2 serah diri pada 28 Dis...

Tibalah waktu 28 Dis tu aku dtg bersama brg2 bb n diri sendiri..Ingatkan masuk ubat tu pada hari yang sama aku masuk spital..rupa2nya 29 Dis tu baru masuk ubat..Ouchhh...sakitnya...Bkn mcm org lain yang 'dapat' sakit secara semulajadi..huhuhu..Lepas je masuk ubat, kontraksi bb bermula...Tp x kerap sgt sehingga la tiba malam..Dlm kol 2.30 tu aku dah mula rasa kontrasi bb setiap setengah jam...huhu..mula2 tu boleh la tdo..Tp kebetulan akak sebelah katil ni pun baru je pas bersalin, so aku dah mula ralat tgk bb n berangan dgn bb sendiri...haha...mula la aku x bley tdo...(tp tdo2 ayam gak la..sbb nurse akan dtg setiap 2 jam utk pertiksa kesihatan aku)...Kol 5 pg aku aku dianggil utk check jantung bb...Selepas sejam, nurse tgk kat graf jantung bb tu ade kontraksi yang agak 'mencabar'..hihi...so, aku dipanggil utk masuk bilik rawatan sbb nak tgk bukaan 'jalan'...Fuhhh...dah 4 cm rupenye...X sempat aku nak mencekik pape lagi, tros je dimasukkan ke labor room...dan x dibenarkan makan...Maka bermula lah kisah sedih...huhu.....

Pukul 6.30 pg aku dimasukkan ke labor room (Hospital Kluang yang lama di Jalan Hospital)...Tgk2 'jalan' masih x terbuka besar...so kol 8.30 pg aku 'dipindahkan' ke Hospital Kluang yang baru (di jalan Kota Tinggi) dan secara rasminya aku merasmikan Hospital tu..hihi..Seingatkan aku, aku dimasukkan ke Labor Room 4 Aras 3..Kat dalam bilik tu jugak la aku diuji olehNYA...sehinggalah pukul 6.20 ptg, kontraksi bb x sampai seminit...Nak je aku teran time tu jugak..sbb dah betul2 x larat sbb dah dekat setengah hari aku dok dlm bilik tu...huhu...tanpa diberi makan selama hampir 16 jam (termasuk mlm sblm dimasukkan ke spital) hanya berbekalkan air suam yang dorg bg..tu pun 3 gelas kecik je..aiyooo...mcm x cukup..haha...

Akhirnya pukul 7.06 mlm, selamatlah aku mengeluarkan bb boy aku yang sorg tu...Mak aih..siap bantuan vakum pun payah gak nak kua..rupa2nya kepala bb besar la juga...Tp alhamdulillah..semuanya selamat walaupun bb terpaksa dimaukkan ke NICU sbb dah lama sgt dlm perut kot..n vakum..hurmm...setakat tu dulu aku cte..pasni aku sambung lagi bila ade masa...hihi...

Welcome to the world my baby...MUHAMMAD HASIF BIN MOHD. SYAWAL...
Mama n papa lovesssssssssss U!

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...