Rabu, 5 Mac 2014

Kelas Penyusuan Bersama Puan Suraya Ali

Jom kawan-kawan kita join kelas penyusuan ni..
Sangat2 berguna di masa kelak..
Sure x rugi..

Boleh hubungi yus untuk mendaftar ya!
013-2892820

Isnin, 3 Mac 2014

Apa itu yang dikatakan LET DOWN REFLEX?

Bertemu kembali di entri kali ini..
Kali ni yus ingin kongsikan bersama rakan-rakan mengenai Let Down Reflex...

Apa itu Let Down Reflex? Penting ke Let Down Reflex ni semasa proses penyusuan?

Bagi ibu-ibu yang 'terbiasa' dengan 'kewujudan' Let Down reflex sepanjang proses penyusuan, ia amatlah penting kerana ibu-ibu kebiasaannya akan menganggap bahawa 'susu memancut2 itu adalah hebat dan banyak'...

Namun di sebaliknya, adakah ibu-ibu tahu bagaimana Let Down Reflex itu wujud?hihi...

Semasa ibu menyusukan si kecil, stimulasi di bahagian aerola akan menyebabkan 'nerve' di sekitar nipple lalu menghantar signal ke otak. Kelenjar pituitari akan merembeskan hormon oksitoksin (perembes susu) melalui pembuluh darah dan menyebabkan otot di sekeliling milk gland akan mengecut dan seterusnya mengalirkan susu ke milk ducts. Ibu akan merasakan breast seperti mencucuk/ nyeri dan susu memancut dengan begitu banyak (kadang-kadang sehingga penuh sebotol dalam jangka masa yang amat pendek!)

Ibu-ibu yang baru melahirkan kebiasaannya jarang mendapat 'feel' Let Down Reflex (LDR) ni sebelum mereka melatih bayi melaksanakan penyusuan dengan berkesan. Namun apabila si ibu 'well establish' dengan penyusuan secara berkesan dengan mengamalkan direct feeding bersama di bayi, maka LDR ini akan mudah datang dengan sendirinya.

Bagaimana untuk mendapatkan 'feel' Let Down reflex ni?

  • Ibu perlu betenang semasa proses penyusuan (Digalakkan mendengar alunan ayat2 suci Al-Quran mahupun zikir bagi Muslim dan muzik yang tenang serta digemari bagi ibu-ibu non-muslim)
  • Menyusukan si bayi di tempat yang sunyi, tenang, selesa dan familiar untuk keduanya.
  • Memperbanyakkan aktiviti penyusuan secara kulit-ke-kulit bersama bayi (Si bayi hanya memakai diaper sahaja manakala si ibu memakai bra menyusu sepanjang penyusuan)
  • Urut payudara secara membulat selama 1 minit (dengan lembut sahaja) untuk merangsang penghasilan susu
  • Meletakkan tuala yang direndam dengan air suam di payudara / mandi dengan air suam sebelum menyusukan / mengepam
  • Membuat urutan belakang badan (badan ibu dibongkokkan dan si ibu duduk di kerusi dengan tenang) yang boleh merangsang penghasilan susu 
  • Melihat gambar si kecil semasa proses penyusuan (hormon prolaktin-hormon kasih sayang akan dirembes dengan lebih baik)
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter 
  • p306
    Gambar : Urutan belakang sebelum menyusukan
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Ibu menyusukan akan membakar lebih daripada 600 kalori sehari semasa proses penyusuan..Jangan risaukan gemuk! hihihi..
Nanti yus akan kongsikan lebih lagi tentang Let Down Reflex ni ya!
I got to go..(ade meeting pula..hihi)

Salam penuh cinta dan kasih sayang buat semua
YUSNORSYAZANA
Kaunselor Laktasi
013-2892820

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...