Jumaat, 6 Januari 2023

JP#6 KAU CURI HATIKU

Dua tiga hari ini, mood aku tidak begitu baik. Pantang sahaja ada silap, pasti tiada kata terucap. Senyap sunyi teratakku. Hanya bunyi suara bebelan mama sahaja.

"Ujian apakah ini?"

"Kenapa dengan diri aku ni?"

Aku cuba bermonolog sendiri. Silap aku. Terlalu banyak benda untuk dikeji! Itu bukan norma ku. Sedangkan syaitan yang berbisik sedang bertepuk tangan.

"Daripada aku begini, baik aku fikirkan sesuatu yang boleh meredakan emosi diri."

Aku teringat sesuatu.

Rumahku yang sebelum ini disewakan InsyaAllah akan kududuki semula. Rumah pertama ini telah MENCURI HATIKU untuk kumiliki dengan harga yang sangat berpatutan pada tahun 2009. Alhamdulillah.

Sebagai seorang yang visual, pastinya keadaan warna rumahku yang telah lusuh (setelah sepuluh tahun) menjadi 'pencemaran' pada pandangan mataku.

"Tukarlah warna pagar dahulu. Boleh singgah kedai cat di SPP nanti waktu ambil Haura di tadika."

"Tukar warna, tukar aura."

"Come on, arkitek takkan nak pilih biasa-biasa?"

Dan akhirnya warna SENSUAL TOUCH (0767) keluaran Jotun. KAU CURI HATIKU!

Setelah digunakan, sememangnya warna ini mencuri hati sesiapa sahaja yang memandangnya. 

Lembut dan menawan.
Sesuailah dengan namanya. Mengusik hati.



--------

Warna di dunia ini berwarna warni sehingga setiap daripada kita mempunyai warna kegemaran. Kita hanya raikan sahaja warna kegemaran masing-masing.

Tetapi bagaimana warna-warna di akhirat sana? Pasti lebih indah dan cantik berbanding di dunia sementara ini.

Cukupkah amalanku untuk aku ke syurga berwarna-warni?

Terduduk kembali aku.
Menangis.

--------

Catatan Jurnal Penulisan

YUSNORSYAZANA MY


#YusTulis

#TulislahSebagaiBekalan

#BukuSolo2023

#AnugerahTerindah

#JP2023


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...