Pagi tadi berborak dengan kawan yang sering bertanyakan tentang penyusuan susu ibu...Alhamdulillah, dapatlah berkongsi cerita dan ilmu yang sedikit ni (perlu ditimba dan ditimba lagi..InsyaAllah). Topik pagi tadi adalah GROWTH SPURT..
Pasti ada di antara sahabat-sahabat sekalian yang tidak tahu apa itu growth spurt?
Apa itu Growth Spurt?
Seringkali ibu bapa bekerja tidak dapat meluangkan masa
bersama anak-anak yang sememangnya setiap hari menunjukkan perkembangan yang
berbeza. Sekembalinya kita ke rumah dari tempat kerja, kadangkala kita melihat
anak kecil kita terutamanya bayi yang masih menyusu ibu mengalami permintaan
terhadap susu ibu itu adalah lebih dari biasa! Oh, kadang-kadang itu akan
sebabkan ibu bapa merasa stress dengan perkembangan mendadak itu.
Ada juga yang akan bersuara “ Anak kamu lapar tu..berikan
dia lebih susu..”
Ataupun “Penat sangat anak kecil kamu tu, sering tidur di
siang hari” Namun sebenarnya bayi anda akan berjaga sepanjang malam!
Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian,
Sebenarnya, itu adalah normal…Haaa NORMAL! Hehe..
Apa sebabnya?
Sebabnya adalah bayi anda mengalami Growt Spurt. Growth
Spurt adalah keadaan di mana pertumbuhan tubuh
bayi adalah lebih cepat dari normal.
Dan ia adalah normal bagi bayi dan anak yang sedang membesar.
Terdapat beberapa tanda bagi bayi yang mengalami growth
spurt :-
- Kuantiti susu ibu (bagi bayi yang menyusu ibu) dan susu formula (bagi bayi yang minum susu formula) yang diperlukan pada siang hari dan di malam hari adalah 2 kali ganda dari kebiasaannya
- Bayi tidak tidur dengan nyenyak seperti malam sebelumnya. Mungkin dia mengalami growth spurt kerana dia sering terjaga dan kelihatan seperti sangat lapar. Pada hakikatnya, pola tidur bagi setiap bayi adalah berbeza, namun perubahan mendadak yang berlaku pada pola tidur yang biasa akan menjadikan bayi tersebut mengalami growth spurt.
- Perubahan jadual tidur pada waktu siang. Bayi terbangun lebih awal (pada siang hari) dan jadual tidur siangnya adalah lebih pendek.
Namun, apabila kehendak penyusuan bayi bertambah, maka
penghasilan susu ibu akan bertambah juga. Oh, itu kebaikannya kan! Ye betul…Apabila
bayi mengalami growth spurt, mereka akan memerlukan susu ibu yang banyak! Dan
mereka lebih banyak menyusu dan mengempeng.
Hasilnyaaa…Tadaaa…susu akan semakin banyak! Percayalah…Ini lah asas
penyusuan iaitu DEMAND vs SUPPLY!
Berapa lama Growth Spurt ini terjadi?
Growth Spurt selalunya terjadi pada di usia-usia (jangkaan)
di bawah :-
1. Beberapa hari setelah lahir
2. 1-3 minggu
3. 6-8 minggu
4. 3 bulan
5. 6 bulan
6. antara 7-9 bulan
Meskipun
begitu, saat terjadinya growth spurt pada setiap bayi adalah berbeza-beza.
Setelah mengalami growth spurt bayi akan tidur lebih lama dalam
beberapa hari, lebih sering buang air kecil daripada biasanya, dan lebih tenang
di waktu menyusu.
Pengalaman membesarkan anak adalah lebih besar nilainya dari
wang ringgit. Maka corak dan warnai anak-anak dengan kasih saying yang hebat
kerana anda adalah IBUBAPA YANG HEBAT!