Nak berkongsi sikit pengalaman 2 hari ni..
Hari Isnin : berpuasa (Alhamdulillah dapat ganti sehari lagi) namun diuji dengan sakit kepala yang amat3 sangat..mungkin disebabkan kekurangan air (H2O) dalam badan dek pengeluaran air adalah melebihi had kemasukan air ke dalam badan..hehe..Memang besar ujian itu..Balik dari pejabat dengan kepala yang berpusing-pusing sakit mencucuk2 sehingga sampai di rumah setengah jam selepas itu.
hari Selasa : sakit kepala berkurangan.Tapi balik kerja tengahari tu (saya half day) sakit kepala semakin menjadi2...Telan panadol 2 biji pun masih tak dapat mengurangkan kesakitan. Dek sakit yang melampau, abah tak percaya saya bawa kereta ke Kuala Lumpur. Akhirnya abah yang hantar ke sini. Sakit kepala, mencucuk2 lagi..siap hentak2 kepala (eh, mcm migrain teruk betul..)
Hari Rabu : Sebelum ke tempat Persidangan, sarapan pagi dengan meal shake dan telan 3 biji kapsul Altamis Habbatus Sauda' terus (baru teringat, habbatus sauda' baik untuk migrain)...Dengan hati yang agak curiga dek perjalanan yang memakan masa hampir sejam ke tempat Persidangan, saya tawakal. Pasrah. Alhamdulillah..Sakit kepala berkurangan.. Kuasa Allah..
Mungkin ini pengalaman saya yang mengamalkan Habbatus Sauda' ketika sedang sakit..Kadang-kadang sewaktu saya mengalami selsema teruk, sakit perut..Habbatus Sauda' adalah ubatnya.. Saya akan ambil dos 2 kali ganda dari biasa (Itu mengikut keperluan badan dan jangan sesekali mengambil terlebih dos yang disarankan..kang jadi lain x pasal2 masuk spital)..
Mungkin sebab itu juga lah ia menjadi makanan Nabi kita. Pengamalan seharian dengan habbatus sauda' membuatkan ia baik untuk kesihatan. Alhamdulillah.
XOXO
Tinta Inspirasi adalah sebuah platform untuk penulis berkongsi kemanisan hidup dengan perkara-perkara yang dicintainya.. PENYUSUAN, PENULISAN, SENI LUKIS, MENGGENDONG ANAK, SENIBINA serta KEKELUARGAAN seakan sudah sebati dalam diri penulis. Perkongsian ini adalah untuk semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA
"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...
-
Assalamualaikum salam pagi isnin yang Indah mommies semua.. Mulakan hari dengan sarapan yang sihat untuk bekalan tenaga sepanjang hari....
-
Uish...Sepanjang arini asyik menjenguk2 blog yang menghidangkan resepi masakan sampai saya terliur...duyaii...Bila la nak rajin masak ni ek?...
-
Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos Assalamualaikum mommies yang hebat lagi menawan! Dah lama yus x kongsikan di blog tentang tips-tips k...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan