Rabu, 12 Jun 2013

ALTAMIS HABBATUS SAUDA bantu Pengeluaran Susu Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...:D

Pagi yang hebat dimulakan dengan amalan pemakanan (sarapan) yang hebat juga..
Oh ya, kali ni yus nak berkongsi kebaikan Altamis Habbatus Sauda dalam membantu pengeluaran susu ibu.

Altamis Habbatus Sauda bukan sahaja memiliki khasiat dan manfaat yang luarbiasa dalam merawat pelbagai penyakit, malah ia juga membantu wanita yang bergelar ibu dalam tempoh penyusuan. Amalan mengambil Habbatus Sauda secara tetap dan kerap dapat membantu dalam meningkatkan hubungan kasih sayang antara si ibu dengan si anak serta membantu dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran susu semasa menyusukan anak.

Berdasarkan kepada buku Rahsia Perubatan Habbatus Sauda dan peranannya dalam Melancarkan Pengeluaran Susu Ibu yang ditulis oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya, terbitan Al-Hidayah Publications.

Di antara aduan yang sering diperkatakan oleh wanita di luar sana adalah pengeluaran susu mereka mula berkurangan. Lanjutan itu, ada di antara mereka yang berhenti dari menyusukan anak mereka tanpa mengenalpasti punca permasalahan tersebut. Sehubungan itu, ada juga yang beralih kepada pelbagai kaedah dalam usaha menambahkan kelancaran pengeluaran susu mereka.

LIMA (5) sebab Pengurangan Kelancaran Pengeluaran Susu Ibu sepanjang tempoh Penyusuan
  1. Faktor yang sering menjadi punca utama yang menyebabkan kelancaran pengeluaran susu ibu ialah ketidakwujudan pengosongan kedua-dua payudara samada disebabkan oleh kekurangan upaya bayi untuk menghisap susu atau si ibu tidak mengikut kaedah penyusuan yang betul. Di sini saya ingin tekankan bahawa konsep penyusuan yang betul adalah DEMAND vs SUPPLY. Maknanya lebih kerap keperluan susu (pengosongan payudara) semakin banyak susu akan dihasilkan.
  2. Masalah kejiwaan - Si Ibu tidak ghairah untuk menyusukan anak
  3. Masalah Semulajadi - Si Ibu mengalami penyakit seperti radang buah dada atau sakit kronik pada si Ibu yang menghalangnya daripada beliau menyusui anaknya.
  4. Penggunaan puting tiruan secara berlebihan 
  5. Kehamilan
Di dalam buku perubatan Islam lama dinukilkan bahawa Habbatus Sauda menambahkan kelancaran pengeluaran susu ibu.

Ibnu Al-Qayyim r.a. berkata : "Habbatus Sauda' melancarkan pengeluaran kencing, haid dan susu jika Habbatus Sauda' ini diminum/dimakan dengan kadar teratur untuk beberapa hari."
Muqaffaq Ad-Din Al-Baghdadi berkata bahawa Habbatus Sauda' melancarkan pengeluaran kencing dan susu jika digunakan dengan berterusan dan tetap."
Dr. Afruz Al-Haq berkata : " Telah dibuktikan bahawa Habbatus Sauda' menambahkan keupayaan seksual, menangguhkan tempoh menopause (putus darah hais) di kalangan wanita, menambahkan kelancaran pengeluaran susu ibu dan menambahkan daya ingatan dan kefahaman di kalangan manusia."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...