Selasa, 11 Jun 2013

Power Pumping

Ramai tertanya-tanya...

Macam mana nak banyakkan susu?
Adakah dengan hanya memakan supplement tambahan dapat menghasilkan susu yang mencurah-curah?
Kalau anak tak menghisap direct, susu semakin berkurang dan stok dah tak boleh dibuat lagi?
Stok susu hanya untuk esok saja?

Owh...kalaulah anda mengalami seperti situasi di atas...Cuba bertenang..dan bertenang..jangan stress hokay..hehe..setiap permasalahan, pasti ada penyelesaiannya..Salah satu adalah dengan kerap membuat power pumping..

APA ITU POWER PUMPING?

  • Ia merupakan teknik mengepam yang boleh membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan set up mengepam yang biasa tetapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu (kerana cetusan 'aura' positif membangkitkan hormon untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu)
SIAPA YANG MEMERLUKAN POWER PUMPING?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat (teknik ini digunakan untuk merangsang payudara untuk mengeluarkan susu)
  • Ibu yang ingin re-laktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepan etc.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT POWER PUMPING?
  • Untuk single pump - pam payudara sebelah kanan terlebih dahulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar ke payudara sebelah kanan 10 minit, ke payudara sebelah kiri 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit dan berterusan selama sejam.
  • Untuk Double Pump - Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, rehat /stop selama 10 minit, sambung lagi pam selama 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya berterusan selama sejam.
Disarankan agar membuat kaedah power pumping ini sekali sehari , seeloknya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi pada waktu ini.

BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK MENAMPAKKAN HASILNYA?

Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam adalah setitik dua ataupun hanya 'mengepam angin' semata-mata, jangan putus asa! Teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Usaha + Doa + Tawakal, InsyaAllah dipermudahkan olehNYA...


Sumber : Kumpulan Ibu Menyusukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...