Sabtu, 28 Januari 2023

HIDUP INI PERJUANGAN

Tika waktu ini
tatkala rintik-rintik hujan masih bersisa menyirami bumi
aku masih berada di dalam pelukan syahdu
bersama rintihan tiada henti
bersama tangisan dalam hati yang semakin menebal
tiada siapa yang perlu tahu
kerana aku ada DIA yang selalu bersamaku.

DIA yang sentiasa menyenangkan aku walau di mana sahaja aku berada
DIA juga yang memberikan aku ujian di kala aku terlalai dan terleka
DIA juga yang membisikkan kata-kata cinta.

Hidup ini sebuah perjuangan yang tidak pernah henti
Kadangkala aku berjuang untuk hidup demi kelangsungan bahagia bersama si pari-pari syurga
Kadangkala aku hidup untuk menjadi seorang yang sering dipersalahkan
Kadangkala aku rasakan hidup ini membosankan kerana banyak jari menunjuk ke arahku

Apa salah dan silapku
Apa yang DIA mahu uji kali ini
Apa yang membuatkan aku tidak bersyukur
Allah! Aku sering terlupa bahawa hidup ini sebuah perjuangan untuk ke tempat terakhirku nanti
Iaitu di akhirat sana.

Aku sedang lelah
Lelah dengan perangai segelintir manusia yang hanya pentingkan diri sendiri
Aku lelah dengan orang sekeliling yang pandai menuding jari tanpa sedar bahawa empat lagi jari menghala kepadanya
Aku lelah dengan hiruk pikuk kota yang sering membuatkan telinga aku bingit
Aku lelah dengan ragam manusia yang sering meyalahkan antara satu sama lain
Aku lelah dengan kerja yang tidak pernah adil kepadaku

Sungguh aku sedang tenat di dalam.
Tiada siapa perlu tahu.
Kerana senyuman yang aku ukirkan sebagai penawar buat diriku.
Aku tulikan telinga di atas segala tuduhan.
Aku butakan mata di atas segala tohmahan dan cela jelek muka.

Kerana akhirnya aku tahu siapa mereka sebenarnya
Aku dan rakan-rakanku dianggap seperti orang cacat
Diabai keperluannya, diabai toleransinya.
Kerana mereka ingat mereka yang berkuasa
Dan 'orang kaya hidung tinggi' ini terus mendabik dada melebarkan sayap mencela kami yang 'cacat' ini 
Dihempuk-hempuk
Dihenyak-henyak
Digelek-gelek hingga lumat
Itulah realiti kehidupan ini apabila kita di bawah.

Allah, ampunkan aku.
Ampunkan kami semua ya Allah.
Permudahkan segala urusan kami untuk menghadapi manusia 'egois' ini
Tatkala waktu menjadi peneman duka lara hati ini.

Jumaat, 27 Januari 2023

JP#15 BAYANG-BAYANG ITU

 K S I B  S K S P P





"Apa tu KSIB?"


Pada awalnya aku tertanya-tanya apabila dimasukkan di dalam group Telegram ibu bapa sekolah anak-anak. Dahulu sewaktu Hasif di SRABK, tidak pernah pula mendengar tentang KSIB kecuali PIBG. Ku fikir itu sahaja platform untuk ibu bapa bersama sekolah. Rupanya, apabila berpindah ke sekolah yang baharu ini, ada pula Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa yang bernaung di bawah PIBG.


Begitu rupanya.


Bermula dengan menjadi sukarelawan untuk program Kitar Semula anjuran sekolah dan dibantu oleh KSIB, malam tadi kami di'rai' sebagai salah seorang sukarelawan aktif.


Aku memang suka saja program-program begini. Selain dapat menambah kenalan, dapat juga keluar dari kepompong rakan sekerja dan bersosial bersama ibu bapa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.


Alhamdulillah.


Malam tadi juga terdapat pemilihan AJK di bawah Biro KSIB. Apa lagi, sebagai sukarelawan, aku dengan sukarela mengangkat tangan untuk menjadi AJK kecil. 


Nak tahu mengapa aku mengangkat tangan?


Ini disebabkan pengerusi KSIB ini merupakan seorang bapa yang sangat berpengalaman dan aku mahu bersama-sama menimba pengalaman bersama otai.


Begitulah.


Peluang perlu disambar (jika dapat).

Kerana aku suka belajar benda baharu selain dapat membantu sekolah dalam program-program yang dijalankan.


Dalam masa yang sama, anak-anak Anugerah Terindah ku akan sama-sama turut serta dalam apa jua program di sekolah. Barulah mereka rasa sekolahku syurgaku sepertimana aku sewaktu di sekolah dahulu.


Biar aku menjadi BAYANG-BAYANG mereka nanti πŸ₯°


Kan aku seorang yang TAK RETI DUDUK DIAM!

Hehehehe...πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ


Memori yang perlu disimpan sebagai kenangan❤️


P/s : Jangan ditanya kenapa aku tidak memakai baju oren, sebab program suka sekolah aku tak sertai disebabkan perlu bergerak menyantuni program keluarga (waktu itu). Hehehe...Tapi baju tu dah dapat malam tadi. Yeay!


#YusTulis

#TulislahSebagaiBekalan

#SAFYY_JP2023

#SAFYY

#KSIBSKSPP

#AnugerahTerindah

Ahad, 22 Januari 2023

JP#14 SEMALAM

 H A P P Y  C H I N E S E   N E W   Y E A R!


Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan yang menyambutnya SEMALAM.πŸŽŠπŸŽ‰


Ini kisah SEMALAM.

Kebiasaanya jarang sekali aku berada di luar kawasan sewaktu cuti Tahun Baru Cina. Maklumlah, nak melayan jem di mana-mana tu aduhai (tabahlah hati).


Namun, berbeza pada tahun ini. Incik somi bersama rakan-rakan berbasikal mak leha di Melaka. Biasalah isteri kesayangan ni tak sampai hati pula nak kata 'NO' kan. 


Perancangan demi perancangan dibuat sepanjang tiga hari. (Kali ni perancangan ad-hoc saja) Kononnya minta incik somi yang merancang untuk kami, tetapi dek kesibukan kerja yang tak pernah habis tu akhirnya memaksa untuk aku merancang sendiri. Hahaha.


Akhirnya pada cuti CNY ini tiba-tiba kami berada di KL untuk menyantuni anak-anak menaiki keretapi (kenderaan awam). 


Apa yang penting, mereka pun seronok walaupun perancangan awalnya hendak ke Petrosains terpaksa dibatalkan kerana TIKET HABIS! Huhu..


Hana seperti biasa digendong-tidur-menyusu-tidur lagi.


Haura pula? Ini merupakan pengalaman pertama buatnya.


"Mama, best la harini. Tapi sebenarnya Haura nak naik keretapi Thomas, bukan yang macam ni (LRT)."


Apa yang mama jawab?

"Ala, Thomas tu abang dia. Yang ni adik dia. Thomas bawa barang. Adik dia ni bawa orang."


Dia percaya! Haaa ok kan tu.πŸ˜‚


Apa pun, memori yang indah untuk dikenang ini mama pahatkan di sini.


Alhamdulillah.


#YusTulis

#TulislahSebagaiBekalan

#AnugerahTerindah

#BukuSolo2023

#SAFYY_JP2023

#SAFYY










Jumaat, 20 Januari 2023

JP#13 PERBUALAN

Sebenarnya sepanjang minggu ini kesihatanku agak terganggu. Ia bukanlah bermula pada awal minggu ini malah ia bermula pada hari ahad lepas (8 Januari 2023). Lama juga kan?

Pagi ahad lepas sepatutnya aku menghantar abang Hasif untuk menjalani operation gigi di Pakar HSA. Namun, disebabkan abang Hasif sudah mula demam panas dari hari Jumaat, lalu aku menelefon hospital untuk mengesahkan semula kehadirannya.

Aku teringat PERBUALAN ku bersama doktor pakar yang bertanggungjawab dalam pembedahan gigi hasif kali ini.

"Selamat sejahtera doktor. Saya ibu Muhammad Hasif, no.mykid xxxxxx-xx-xxxx. Dia perlu datang ke hospital hari ini tetapi dia demam. Saya mohon untuk tangguhkan pembedahan boleh?"

"Hi selamat sejahtera puan. Ok saya juga berfikiran begitu. Nanti hospital akan hubungi puan semula untuk tarikh operation akan datang ya."

"Baik, doktor. Terima kasih."

Leganya aku rasakan waktu itu. Apa tidaknya, tubuhku sudah mula menggigil dan panas. 

'Aduhai, kenapa pula ni? Hasif yang dibawa ke klinik, aku pula yang seram sejuk ni.' monologku.

Sepertimana yang dijangka, suhu badanku mulai meningkat dan semakin panas. Dengan segera aku menelan beberapa biji ubat yang dideskripsi untukku. 

Bermula hari itulah, aku mulai demam on-off. Bangun pagi elok sahaja sihat dan cergas. Namun apabila jam menginjak ke angka 3 (petang), badan akan menjadi panas secara tiba-tiba dan kepala akan berpusing. 

Setiap hari ianya berlaku sehinggalah dua hari yang lepas.

Disebabkan itu, aku akan segera berehat dan melelapkan mata sesampainya di rumah selepas mengambil anak-anak dari sekolah.

Begitulah.

PERBUALAN dengan doktor sewaktu di klinik membuatkan hati terasa lega sedikit. Apa tidaknya, dalam masa dua minggu aku telah mengambil cuti sakit selama dua hari. Ini baru awal tahun!

"Tekanan darah okey. Cantik sahaja bacaannya."

"Bunyi dalam dada pun tidak menunjukkan puan ada semput."

Walhal aku akan batuk seperti tidak cukup nafas. Kering sekali. Tapi masih ada rasa kahak sedikit 'melekat' di dinding kerongkong ku.

Sahabat semua, doakan kesihatan Yus semakin baik ya. Demam sudah kebah dua hari yang lepas. Alhamdulillah.

Hari ini kita menyantuni incik somi yang berbasikal bersama rakan-rakannya di Melaka. 

"Takkan Zana nak camping di campsite pula kan? Zana booking hotel je la dengan anak-anak ya."

Dan akhirnya kami di sini.

"Mama dah sihat tu. Terima kasih mama bawa kami jalan-jalan." Serentak Hasif, Haura dan Hayyan bersuara.

Alhamdulillah.

Kesihatan itu sangat mahal.






#YusTulis

#TulislahSebagaiBekalan

#SAFYY

#SAFYY_JP2023

#AnugerahTerindah

#BukuSolo2023

Isnin, 16 Januari 2023

JP#12 HAPUSKAN TANGISAN

Tidak terdaya aku hendak melangkah keluar dari rumah pengasuh Hana tatkala aku melihatnya tidak gembira pada pagi ini.

Hana demam.

Mama juga rasa tidak sihat.

Hana menangis.

Mama juga rasa hendak menangis sama.

Sabarlah ya sayang. Ujian Allah buat kita.

HAPUSKAN TANGISANMU agar kita berbahagia hingga bila-bila.

Catatan Jurnal Penulisan,

YUSNORSYAZANA MY 

#YusTulis #TulislahSebagaiBekalan #SAFYY #SAFYY_JP2023 #JP2023 #AnugerahTerindah





Sabtu, 14 Januari 2023

REFLEKSI PBAKL 2022

"PBAKL2022?"

"Apa benda tu?"

"Penting ke majlis tu?"

Eh eh eh...Awak ni, kita sebagai penulis dan pembaca harus tahu majlis-majlis berkaitan buku-buku ni. Tapi jika tak tahu, tak mengapa. Ia bukan menjadi satu kesalahan yang boleh mengurangkan nilaian hisab di sana nanti pun. πŸ˜…

"Meh kita borak santai berkenaan PBAKL nak?"

"Dulu sebelum saya menjadi penulis buku, saya pun tidak tahu bahawa majlis yang saya selalu sebut 'Pesta Buku' di KL tu adalah PBAKL yang membawa singkatan kepada PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR."

Kebiasaannya jika sebut sahaja Pesta Buku, pasti berduyun-duyun pencinta buku akan hadir di sana. Sewaktu bekerja di UTHM dahulu, siap ada rombongan Cik Kiah ke Pesta Buku KL. Cuma seperti biasalah, pasti nama akan tercicir di luar bas. Haha. Maka, jika mahu ke sana perlu pergi sendiri.

Kluang-KL bersendirian?

Aku rasa ia suatu pembaziran masa sahaja. (pemikiran waktu dahulu)

"Jauhnya nak ke KL sorang-sorang. Letih. Parking pun susah. Kalau nak naik kereta, perlu parking di station LRT terhampir dan nanti barulah naik LRT ke stesen terhampir di WTCKL."

Begitulah.

Itu cerita dahulu. Cerita orang yang belum ada ilmu penulisan.

Berbeza pula sekarang. Pantang sahaja sebut Pesta Buku, PBAKL, PBAS atau apa sahaja berkaitan, pastinya aku tidak akan melepaskan peluang (jika ada).

Namun begitu, sewaktu PBAKL2023 yang lepas, aku tidak dapat menyertai acara gilang gemilang bagi pencinta buku seluruh Malaysia malah dunia tersebut SECARA FIZIKAL. Apa tidaknya, ada kekangan yang aku alami. 

Aku cemburu.

Aku pendamkan sahaja sebuah duka di hati lantaran tidak dapat sama-sama gelak ketawa secara fizikal bersama rakan penulis di dalam acara bertemakan OREN PUTIH dan pelancaran buku antologi Kisah Hidup.

Begitulah kisahnya.



Jika nak tahu lebih lanjut apakah kekangan itu, dan bagaimana aku dapat aura sehangat PBAKL2023 tersebut, jom dapatkan buku ANEKDOT SESAT PBAKL2023 terbitan Writers Write dan Prapesanan juga telah dibuka. Maklumkan sahaja jika berminat untuk dapatkan buku antologi SESAT daripada Yus ya.

Catatan seorang aku,

YUSNORSYAZANA MY




ODT STRING ENSEMBLE JANUARI 2023

Tutti String Ensemble Orkestra Darul Ta'zim 

Sebenarnya abang Hasif baru lesson ke-6 (jika tak silap mama) bersama ODT Music Academy, itu pun bermula pada 6 November 2022.

Pada asalnya, aku mencari kelas robotik untuk dia (kerana di Kluang dahulu dia masuk kelas robotik).Namun setelah mencari dan aku fikirkan kesesuaian dan tahap FOKUS dia terhadap pembelajaran, aku membuat keputusan untuk menghantar abang Hasif ke kelas muzik.

Perkara pertama yang terlintas di kepalaku waktu itu tidak lain dan tidak bukan, orang kuat ODT Kak Norsila C'la . Betapa hebatnya beliau mempunyai anak-anak yang cemerlang dalam bidang muzik sehingga tertubuhnya ODT ini. 

Lantas dengan segera aku menghubungi admin ODT seperti yang tertera di fb page.

Dan, malam tadi merupakan Tutti String Ensemble buat pertama kalinya untuk abang Hasif.

Selalunya dia melihat sahaja papa Syawal Fatah yang bermain muzik, tetapi malam tadi dia yang menghiburkan kami semua.








"Best kan Hasif kelas muzik ni?"


"Best mama. Terima kasih mama sebab masukkan Hasif kelas ni. Seronok! Hasif dapat ramai kawan baharu."


"Mama pun bangga tengok Hasif main violin."


Tahniah anakku dan rakan-rakan.

Dalam pada Hana demam, mama gagahi juga. Hana kan baby yang kuatπŸ₯°πŸ’ͺ


Malam tadi juga sebenarnya berlangsung program Bual Santai Anekdot PBAKL2022. Aku SESAT, Dia HILANG, Siapa JUMPA. Namun mama memilih untuk menyantuni program Hasif terlebih dahulu. #AnugerahTerindah mama.


Rupanya REFLEKSI PBAKL2022 aku terpilih sebagai tiga terbaik. Allahuakbar!

Terima kasih mak Sri Diah Shaharuddin yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu penulisan buat kami semua, pengkarya Uniknya Inspirasi Kisah Hidup Sri Diah . Maaf mak Sri, malam tadi terpaksa memilih keluarga kecil ini.



TAHNIAH juga para penyelenggara buku SESAT-HILANG-JUMPA

kak Jihan Rashid , Tuan Nizam Wahid , kak Nidza Adam , kak Siti Hasni , kak Noorwisma Shaari 

Aku hanyalah penulis pemula yang suka berkongsi.

Moga segala perkongsianku membuahkan manfaat buat kalian yang membaca.

InsyaAllah♥️


Catatan seorang mama,

Yusnorsyazana Mohd Yunos 


#YusTulis

#TulislahSebagaiKenangan

#AnugerahTerindah_AT

#KisahHasif

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...