Rabu, 24 April 2013

GROWTH SPURT

Assalamualaikum...:D

Pagi tadi berborak dengan kawan yang sering bertanyakan tentang penyusuan susu ibu...Alhamdulillah, dapatlah berkongsi cerita dan ilmu yang sedikit ni (perlu ditimba dan ditimba lagi..InsyaAllah). Topik pagi tadi adalah GROWTH SPURT..

Pasti ada di antara sahabat-sahabat sekalian yang tidak tahu apa itu growth spurt?

Apa itu Growth Spurt?

Seringkali ibu bapa bekerja tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak yang sememangnya setiap hari menunjukkan perkembangan yang berbeza. Sekembalinya kita ke rumah dari tempat kerja, kadangkala kita melihat anak kecil kita terutamanya bayi yang masih menyusu ibu mengalami permintaan terhadap susu ibu itu adalah lebih dari biasa! Oh, kadang-kadang itu akan sebabkan ibu bapa merasa stress dengan perkembangan mendadak itu.

Ada juga yang akan bersuara “ Anak kamu lapar tu..berikan dia lebih susu..”
Ataupun “Penat sangat anak kecil kamu tu, sering tidur di siang hari” Namun sebenarnya bayi anda akan berjaga sepanjang malam!

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian,

Sebenarnya, itu adalah normal…Haaa NORMAL! Hehe..

Apa sebabnya?

Sebabnya adalah bayi anda mengalami Growt Spurt. Growth Spurt adalah keadaan di mana pertumbuhan tubuh bayi adalah lebih cepat dari normal.  Dan ia adalah normal bagi bayi dan anak yang sedang membesar. 

Terdapat beberapa tanda bagi bayi yang mengalami growth spurt :-
  • Kuantiti susu ibu (bagi bayi yang menyusu ibu) dan susu formula (bagi bayi yang minum susu formula) yang diperlukan pada siang hari dan di malam hari adalah 2 kali ganda dari kebiasaannya
  • Bayi tidak tidur dengan nyenyak seperti malam sebelumnya. Mungkin dia mengalami growth spurt kerana dia sering terjaga dan kelihatan seperti sangat lapar. Pada hakikatnya, pola tidur bagi setiap bayi adalah berbeza, namun perubahan mendadak yang berlaku pada pola tidur yang biasa akan menjadikan bayi tersebut mengalami growth spurt.
  • Perubahan jadual tidur pada waktu siang. Bayi terbangun lebih awal (pada siang hari) dan jadual tidur siangnya adalah lebih pendek.


Namun, apabila kehendak penyusuan bayi bertambah, maka penghasilan susu ibu akan bertambah juga. Oh, itu kebaikannya kan! Ye betul…Apabila bayi mengalami growth spurt, mereka akan memerlukan susu ibu yang banyak! Dan mereka lebih banyak menyusu dan mengempeng.  Hasilnyaaa…Tadaaa…susu akan semakin banyak! Percayalah…Ini lah asas penyusuan iaitu DEMAND vs SUPPLY!

Berapa lama Growth Spurt ini terjadi?

Growth Spurt selalunya terjadi pada di usia-usia (jangkaan) di bawah :-
1.       Beberapa hari setelah lahir
2.       1-3 minggu
3.       6-8 minggu
4.       3 bulan
5.       6 bulan
6.       antara 7-9 bulan

Meskipun begitu, saat terjadinya growth spurt pada setiap bayi adalah berbeza-beza.

Setelah mengalami growth spurt bayi akan tidur lebih lama dalam beberapa hari, lebih sering buang air kecil daripada biasanya, dan lebih tenang di waktu menyusu.

Pengalaman membesarkan anak adalah lebih besar nilainya dari wang ringgit. Maka corak dan warnai anak-anak dengan kasih saying yang hebat kerana anda adalah IBUBAPA YANG HEBAT!

Khamis, 18 April 2013

MAMA HOMEMADE KARIPAP FROZEN

:: MAMA HOMEMADE KARIPAP FROZEN ::

Lai...lai...Lai...

Tajuk dah gempakz...hahaha....Sejak pergi ke Klinik Usahawan aritu, semangat untuk berniaga ni sangat2 berkobar2...Ape lagi, balik umah je terus cakap dengan mak untuk berniaga..Mak setuju..Ape lagi, JOM BISNES!!

Mak memang pakar dalam membuat karipap lapis (pusar).. Thats y aku mintak mak buat karipap frozen untuk dijual..Hehehe...Anak bagus x? kikiki...


Untuk harga promosi..aku jual RM3.00/paket (10 biji)..Tapi tu untuk promosi sepanjang minggu ni je la...kalau dah minggu depan, aku jual RM3.50/paket (10biji)...

Dan yang penting, hendaklah DIGORENG di dalam MINYAK YANG SEDERHANA PANAS ye....bukan dalam microwave and so ever...hehehe...kang jadi lain pulak...hahaha...:D

Alhamdulillah...Ni baru nak masuk hari kedua aku menjual karipap frozen..Bermula dari pejabat je la..Ni kira kes 'tolong mak' la...hehehe...

Kawan2, doakan aku berjaya untuk langkah seterusnya ye...Aminnn...:D

::MamaHasifComel::

Rabu, 17 April 2013

BERANIBERNIAGA 2013

Ohhhh...Ohhh...
Tengok tajuk dah mcm BERANI betul..haha..

Sudahlah dah lama x menjenguk blog sendiri.. Dah dekat bersawang...kikiki...Maaf la yer..Xde maknanya bz, tp skrg ni tengah membuat planning yang lebih baik..InsyaAllah..Doakan la yang terbaik ye kawan2...

Lately ni selalu je rindukan rumah..rindukan suami...rindukan masa untuk bersama anak-anak..Opsss...anak baru sorg...hahaha...Tahun depan, InsyaAllah..hehehe..(huhu..perangkaan Allah lagi detail)

Owh..berbalik dengan tajuk post arini..Hari ahad lepas (14/4) aku dengan Adila (resaksa comel) g Klinik Usahawan...BeraniBerniaga 2013 oleh Richworks (Dr. Azizan Osman) Sepanjang dalam seminar tu, serius boelh terbukak segala akal pemikiran yang sempit ni..hoho...Mcm mana nak berniaga, tu semua diajar...Oh..yang penting adalah MATLAMAT, ELMU, IMPIAN DAN TINDAKAN!!

Kawan2..doakan aku n Adi berjaya eh..Doa kalian adalah penting untuk kami...Untuk mak abah sygku n anakku, bersabar la eh dengan karenah aku yang ntah pape je lately ni...huhu...Ok, daaa...Jumpa di post akan datang..Nanti aku cite detail bisnes ape yang aku buat...Nanti aku pang pung pang pung cite kat sini, tetiba habuk tarak...

Sekarang masih dalam perangkaan...Memanglah LAMBAT BERTINDAK, LAMBAT MAJU....
Tapi apa-apa pun perlukan perancangan kan...hehe..chaiyok2!!

::MAMA HASIF::

Sabtu, 19 Januari 2013

Suatu ketika di kala ZERO PSI...


Terkenangkan kisah mengepam di pejabat apabila tamat cuti 3 bulan setelah melahirkan anak sulung. Pada mulanya saya memang tidak mengambil berat tentang simpanan susu ibu perahan di rumah lebih-lebih lagi bekalan semasa bekerja nanti. Semasa pantang pun saya tidak banyak membuat stok. Hanya pam 2 kali sehari..Itu pun sebab cik B dah terlalu bengkak dan sakit. Memang benar kata orang, ilmu penyusuan susu ibu ni perlu dikaji dan digali seawal ibu mengandung. Bila dah naik bekerja, baru tahu kegagalan menyediakan stok susu ibu perahan semasa berpantang dulu menyebabkan saya begitu runsing semasa bekerja kerana mengenangkan anak di rumah dengan stok yang cukup-cukup makan. Sedari itu, saya mula mencari dan menggali sebanyak mungkin tentang ilmu penyusuan susu ibu.

Pada hari pertama saya masuk bekerja, dengan berbekalkan 2 buah beg (beg tangan dan cooler bag) saya bertekad untuk membawa pulang ‘hasil tuaian’ a.k.a. susu ibu perahan sebanyak mungkin. Pada masa yang sama, kurang pendedahan tentang pam yang sesuai pun menjadi punca bekalan stok pada hari pertama bekerja tu sedikit iaitu kira-kira 3 botol x 4oz sahaja. Dalam hati, takpe la…esok masih ada..Walaupun saya memang duduk di dalam bilik sendiri, tapi saya tetap pergi ke dalam Bilik Fail untuk mengepam. Dengan memohon kebenaran bos, saya mengambil masa untuk mengepam di Bilik Fail lagi..selama setengah jam setiap sesi (cuba darabkan dengan 3 sesi) iaitu pkul 9pg, 1 tghri dan 4.30 ptg..Hihihi…Kebetulan di pejabat saya ada sebuah peti sejuk untuk kegunaan kami semua dan staf saya kebanyakannya adalah perempuan. Hmmm..ape lagi, gunakan kemudahan yang ada..syukur..

Pada awalnya, saya memang dikatakan ZERO tentang ilmu penyusuan..tak tau pun wujudnya nursing cover, x terfikir pun shawl yang tersangkut kat kerusi tu boleh dijadikan nursing cover..alahai..betapa ceteknya ilmu masa tu..huhu..Kalaulah tahu, pastinya akan dijadikan shawl itu sebagai nursing cover semasa mengepam di bilik sendiri tanpa gangguan dan boleh menyambil buat kerja, makan, minum dan lain-lain kerja yang dibuat pada masa yang sama.

Dugaan ibu menyusu yang bekerja memang tidak akan habis. Bermula dengan terpaksa pergi ke mesyuarat di Bangi (4 jam perjalanan ke sana) dan terlupa membawa pam. Aduhai…tiada kaedah lain selain menunggu sampai di rumah dalam 12 jam tanpa pam di waktu awal naik bekerja! Cik B tersangat sakit dan bengkak..Lepas tu dugaan pam tertinggal di rumah suami di Johor Bahru selama seminggu (tak tahu kaedah marmet), susu merudum selama sebulan sehingga anak terpaksa minum susu kambing segar selama seminggu..(huuuu…pening dan runsing sehingga mahu putus asa)..Tiap-tiap hari pergi bekerja dengan perasaan bercampur baur. Tiada kawan yang boleh dijadikan rujukan tentang penyusuan susu ibu waktu itu. Hanya berbekalkan semangat yang hanya berbaki sedikit itu sahaja saya masih membawa pulang bekalan EBM untuk anak tersayang. Tu pun ada 2 botol x 3oz..Anak minum 15-20oz sehari sepanjang saya bekerja..sedihnyaaa…

Setelah 2 bulan naik bekerja…Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan group di FB (Kumpulan Ibu Menyusukan) Rupa-rupanya banyak yang saya tidak tahu mengenai EBM ni. Cara pengendaiannya, cara menyimpan, cara menyusukan anak di public, cara pemilihan breast pump dan macam-macam lagi. Semakin lama, ilmu yang digali semakin membuahkan hasil. Kawan sepejabat yang baru naik cuti bersalin pun menjadi sumber inspirasi untuk saya kerap mengepam dan berkongsi-kongsi ilmu tentang penyusuan. Hampir setiap hari kami akan berbual mengenai susu ibu..Hahaha..Masa tu memang gembira nya hati sebab ada kawan seperjuangan yang mengerti erti kepentingan susu ibu walaupun sebagai seorang ibu yang bekerja. Bayangkan betapa banyaknya bekalan yang dibawa pulang setiap hari apabila keadaan sewaktu bekerja dihiasi dengan gelak tawa, perkongsian ilmu dengan rakan yang memahami. Konsepnya, bila ibu gembira, susu pun banyaklah! Acara menggali ilmu tentang penyusuan susu ibu tidak pernah luput sehingga kini. Anak yang berusia setahun sebulan masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami saya yang ingin menyusukan anak sehingga dia berumur 2 tahun. Saya berterima kasih kepada bos dan juga rakan sepejabat kerana memahami keadaan saya.Lebih-lebih lagi bila saya membalut tubuh dengan shawl-itu waktu mengepam saya! Dan mereka tidak pernah menganggu saya ketika saya berkeadaan sedemikian.hihi..Terima kasih semua.

Semoga anak mama MUHAMMAD HASIF BIN MOHD SYAWAL akan berpeluang merasai nikmat susu mama sehingga 2 tahun atau lebih.In Shaa Allah..Semoga dipermudahkanNYA..Aminn…

Khamis, 17 Januari 2013

Bos baru..alahai!

Salam guys...

Title pun mcm dah x berapa nak best kan...haha...sebenarnya, itu la yang terjadi...duh!!

Mulai 7 Januari 2013 aritu, aku dpt bos baru...Ganti bos lama sbb bos lama dah abis kontrak sbg Timbalan Pengarah kat pejabat aku ni...huhu...Sebenarnya bos baru aku ni memang orang dalam pejabat ni jugak..cuma pangkat dia lebih besar la..(of cos!) So, bermula la hidup bersama bos baru...

Mula2 agak stress sehingga produksi susu berkurang...tp tabahkan hati...cuma bila apa yang kita buat sentiasa dipertikai, so memang stress balik lah! huhuhu...:(

Bos baru ni senang kata dia 'x percaya' tugas2 yang dibuat oleh anak buah sehinggakan kerja2 aku yang terdahulu sentiasa dipertikai...(owhh..maybe bukan dipertikai, tp di'reject' )ya! banyak jugak projek aku di'reject'...penat buat drawing tu 2 bulan kot...tetiba, dia kata dia reject dan perlu bina semula (from ZERO okkkk!!!) ahhh...sgt benci...perubahan arahan pun sentiasa berlaku..Ini merumitkan kerja ok...Dan honestly , aku bukan lah seorang yang suka membodek / dibodek..(sbb tu x ramai yang suka aku..haha..sbb aku mmg straight bila dlm soal kerja).

Ok...

Kerja kena bersungguh sebab bos baru ni GILA KERJA! ahhhhh....bencilahhhh!!!

Khamis, 10 Januari 2013

Hari yang 'TAKBERAPANAKBAIK' bagi aku...

Salam..

Nak mengeluh pagi2 pun x elok kan...Jom selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dulu...

ALLAHUMMASOLLIA'ALAMUHAMMAD....WAA'ALA ALI MUHAMMAD...

Ok camni la ceritera nya hari ni...yang bermula di awal pukul 3 pagi....

3 pagi...Hasif menangis macam orang kena cubit! Kenapa anakku? Malam td balik klinik terus masukkan ubat buntut (untuk mengawal kepanasan badan dia...) Last2 x tau pulak kesannya pada Hasif sebab badan dia terus jadi sejuk!!! Takutnya!! Kelam kabut mama dibuatnya...sampai x lalu nak tido...huhuhu...Anakku, cepat sihat ya!

6.45 pagi...Sarapan...telur x masak! Waaaaa...sebiji je yang boleh telan dalam x masak tu...:(

7.45 pagi...Sampai opis, bukak pc..x boleh ON! Genap sejam baru dapat on...haihh!!

9.00 pagi...Rakan sejawat menelefon mama, then dia ckp 'design' yang baru ni membuatkannya pening (tang bumbung!) Maybe kena re-strcuture balik! Aduyaii..nak dapat drawing yang ni pun dah makan masa 2 bulan...Dah nampak la...pasni memang mama kena bambu dgn PNC (P) n my new boss la...hmmm...

Memang nampak la hari ni hari yang tak berapa nak baik...sob3...:(

aptb T_T

Selasa, 8 Januari 2013

Mama di dalam dilema...

Salam bloggers!!

HuHuhuhu...Wahai anakku...
Betul2 di dalam dilema...Ape tak nya, Hasif melangkah setahun je, dia mula x nak makan...@_@
Oh Tuhan..tolonglahhhh!! Mama sekarang di dalam dilema...Anak xnak makan, bagi makan 2 suap diluah kan balik...alahai anak...mengapakah??

Orang-orang tua cakap, budak kecik xnak makan sebab nak ringankan badan...nak jalan...hmmmm...Memanglah Hasif sekarang asyik bertatih je...Tapi xkan la sampai xnak makan kot?

Mak aih...Nenek Hasif asyik suruh bagi makan Multivitamin Appeton kat Hasif...konon2 untuk tambah selera hasif...tapi tu bukan untuk 6 tahun ke atas ke? Ape ek effect dia kalau bagi di umur hasif 1 tahun? huhuhu...Memang di dalam dilema...

Sekarang ni harga emas dah naik 77 sen...Nenek Hasif suruh mama Hasif amik emas yang ade tempah kat kedai tu...Ade baki RM*** lagi...hai la...mana mama Hasif nak cekau $$$ tu ek? Sbr la hati...Minggu ni nak balik Teluk Intan...adik iparku kawen...Nak kena guna $$$ jugak nak balik sana...Memang masalah $$$ ni memang x lari dari hidup..Tapi bulan ni betul2 mencabar...Bill hp yang masih berbaki RM***...Dengan bisnes Ariffbillah Habbatus Sauda' yang semakin mendapat tempat ...Alhamdulillah...tp modal nya dah habissss...:(

Pastu aritu bateri kereta pulak kong terus..beli baru dlm RM260...Pastu servis kereta yang brek nya dah x berapa nak makan, timing lari...hangus dalam RM3**...

Kalau dapat keputusan dapat sambung balajar lagi, maknanya duit yuran RM1*** Pastu nak kena settle kad kredit dlm RM1***...Pastu nak kena tukar baby carrier Hasif (sebab dikhuatiri bbc sekarang ni akan effect pada spine Hasif..rujuk Malaysian Babywearing...) Tu pun dah cecah RM2**....

Secara keseluruhannya, memang bulan ini mencabar...Ya Allah, bantulah hambamu...:'(




PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...