Rabu, 24 April 2013

GROWTH SPURT

Assalamualaikum...:D

Pagi tadi berborak dengan kawan yang sering bertanyakan tentang penyusuan susu ibu...Alhamdulillah, dapatlah berkongsi cerita dan ilmu yang sedikit ni (perlu ditimba dan ditimba lagi..InsyaAllah). Topik pagi tadi adalah GROWTH SPURT..

Pasti ada di antara sahabat-sahabat sekalian yang tidak tahu apa itu growth spurt?

Apa itu Growth Spurt?

Seringkali ibu bapa bekerja tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak yang sememangnya setiap hari menunjukkan perkembangan yang berbeza. Sekembalinya kita ke rumah dari tempat kerja, kadangkala kita melihat anak kecil kita terutamanya bayi yang masih menyusu ibu mengalami permintaan terhadap susu ibu itu adalah lebih dari biasa! Oh, kadang-kadang itu akan sebabkan ibu bapa merasa stress dengan perkembangan mendadak itu.

Ada juga yang akan bersuara “ Anak kamu lapar tu..berikan dia lebih susu..”
Ataupun “Penat sangat anak kecil kamu tu, sering tidur di siang hari” Namun sebenarnya bayi anda akan berjaga sepanjang malam!

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian,

Sebenarnya, itu adalah normal…Haaa NORMAL! Hehe..

Apa sebabnya?

Sebabnya adalah bayi anda mengalami Growt Spurt. Growth Spurt adalah keadaan di mana pertumbuhan tubuh bayi adalah lebih cepat dari normal.  Dan ia adalah normal bagi bayi dan anak yang sedang membesar. 

Terdapat beberapa tanda bagi bayi yang mengalami growth spurt :-
  • Kuantiti susu ibu (bagi bayi yang menyusu ibu) dan susu formula (bagi bayi yang minum susu formula) yang diperlukan pada siang hari dan di malam hari adalah 2 kali ganda dari kebiasaannya
  • Bayi tidak tidur dengan nyenyak seperti malam sebelumnya. Mungkin dia mengalami growth spurt kerana dia sering terjaga dan kelihatan seperti sangat lapar. Pada hakikatnya, pola tidur bagi setiap bayi adalah berbeza, namun perubahan mendadak yang berlaku pada pola tidur yang biasa akan menjadikan bayi tersebut mengalami growth spurt.
  • Perubahan jadual tidur pada waktu siang. Bayi terbangun lebih awal (pada siang hari) dan jadual tidur siangnya adalah lebih pendek.


Namun, apabila kehendak penyusuan bayi bertambah, maka penghasilan susu ibu akan bertambah juga. Oh, itu kebaikannya kan! Ye betul…Apabila bayi mengalami growth spurt, mereka akan memerlukan susu ibu yang banyak! Dan mereka lebih banyak menyusu dan mengempeng.  Hasilnyaaa…Tadaaa…susu akan semakin banyak! Percayalah…Ini lah asas penyusuan iaitu DEMAND vs SUPPLY!

Berapa lama Growth Spurt ini terjadi?

Growth Spurt selalunya terjadi pada di usia-usia (jangkaan) di bawah :-
1.       Beberapa hari setelah lahir
2.       1-3 minggu
3.       6-8 minggu
4.       3 bulan
5.       6 bulan
6.       antara 7-9 bulan

Meskipun begitu, saat terjadinya growth spurt pada setiap bayi adalah berbeza-beza.

Setelah mengalami growth spurt bayi akan tidur lebih lama dalam beberapa hari, lebih sering buang air kecil daripada biasanya, dan lebih tenang di waktu menyusu.

Pengalaman membesarkan anak adalah lebih besar nilainya dari wang ringgit. Maka corak dan warnai anak-anak dengan kasih saying yang hebat kerana anda adalah IBUBAPA YANG HEBAT!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...