Sabtu, 19 Januari 2013

Suatu ketika di kala ZERO PSI...


Terkenangkan kisah mengepam di pejabat apabila tamat cuti 3 bulan setelah melahirkan anak sulung. Pada mulanya saya memang tidak mengambil berat tentang simpanan susu ibu perahan di rumah lebih-lebih lagi bekalan semasa bekerja nanti. Semasa pantang pun saya tidak banyak membuat stok. Hanya pam 2 kali sehari..Itu pun sebab cik B dah terlalu bengkak dan sakit. Memang benar kata orang, ilmu penyusuan susu ibu ni perlu dikaji dan digali seawal ibu mengandung. Bila dah naik bekerja, baru tahu kegagalan menyediakan stok susu ibu perahan semasa berpantang dulu menyebabkan saya begitu runsing semasa bekerja kerana mengenangkan anak di rumah dengan stok yang cukup-cukup makan. Sedari itu, saya mula mencari dan menggali sebanyak mungkin tentang ilmu penyusuan susu ibu.

Pada hari pertama saya masuk bekerja, dengan berbekalkan 2 buah beg (beg tangan dan cooler bag) saya bertekad untuk membawa pulang ‘hasil tuaian’ a.k.a. susu ibu perahan sebanyak mungkin. Pada masa yang sama, kurang pendedahan tentang pam yang sesuai pun menjadi punca bekalan stok pada hari pertama bekerja tu sedikit iaitu kira-kira 3 botol x 4oz sahaja. Dalam hati, takpe la…esok masih ada..Walaupun saya memang duduk di dalam bilik sendiri, tapi saya tetap pergi ke dalam Bilik Fail untuk mengepam. Dengan memohon kebenaran bos, saya mengambil masa untuk mengepam di Bilik Fail lagi..selama setengah jam setiap sesi (cuba darabkan dengan 3 sesi) iaitu pkul 9pg, 1 tghri dan 4.30 ptg..Hihihi…Kebetulan di pejabat saya ada sebuah peti sejuk untuk kegunaan kami semua dan staf saya kebanyakannya adalah perempuan. Hmmm..ape lagi, gunakan kemudahan yang ada..syukur..

Pada awalnya, saya memang dikatakan ZERO tentang ilmu penyusuan..tak tau pun wujudnya nursing cover, x terfikir pun shawl yang tersangkut kat kerusi tu boleh dijadikan nursing cover..alahai..betapa ceteknya ilmu masa tu..huhu..Kalaulah tahu, pastinya akan dijadikan shawl itu sebagai nursing cover semasa mengepam di bilik sendiri tanpa gangguan dan boleh menyambil buat kerja, makan, minum dan lain-lain kerja yang dibuat pada masa yang sama.

Dugaan ibu menyusu yang bekerja memang tidak akan habis. Bermula dengan terpaksa pergi ke mesyuarat di Bangi (4 jam perjalanan ke sana) dan terlupa membawa pam. Aduhai…tiada kaedah lain selain menunggu sampai di rumah dalam 12 jam tanpa pam di waktu awal naik bekerja! Cik B tersangat sakit dan bengkak..Lepas tu dugaan pam tertinggal di rumah suami di Johor Bahru selama seminggu (tak tahu kaedah marmet), susu merudum selama sebulan sehingga anak terpaksa minum susu kambing segar selama seminggu..(huuuu…pening dan runsing sehingga mahu putus asa)..Tiap-tiap hari pergi bekerja dengan perasaan bercampur baur. Tiada kawan yang boleh dijadikan rujukan tentang penyusuan susu ibu waktu itu. Hanya berbekalkan semangat yang hanya berbaki sedikit itu sahaja saya masih membawa pulang bekalan EBM untuk anak tersayang. Tu pun ada 2 botol x 3oz..Anak minum 15-20oz sehari sepanjang saya bekerja..sedihnyaaa…

Setelah 2 bulan naik bekerja…Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan group di FB (Kumpulan Ibu Menyusukan) Rupa-rupanya banyak yang saya tidak tahu mengenai EBM ni. Cara pengendaiannya, cara menyimpan, cara menyusukan anak di public, cara pemilihan breast pump dan macam-macam lagi. Semakin lama, ilmu yang digali semakin membuahkan hasil. Kawan sepejabat yang baru naik cuti bersalin pun menjadi sumber inspirasi untuk saya kerap mengepam dan berkongsi-kongsi ilmu tentang penyusuan. Hampir setiap hari kami akan berbual mengenai susu ibu..Hahaha..Masa tu memang gembira nya hati sebab ada kawan seperjuangan yang mengerti erti kepentingan susu ibu walaupun sebagai seorang ibu yang bekerja. Bayangkan betapa banyaknya bekalan yang dibawa pulang setiap hari apabila keadaan sewaktu bekerja dihiasi dengan gelak tawa, perkongsian ilmu dengan rakan yang memahami. Konsepnya, bila ibu gembira, susu pun banyaklah! Acara menggali ilmu tentang penyusuan susu ibu tidak pernah luput sehingga kini. Anak yang berusia setahun sebulan masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami saya yang ingin menyusukan anak sehingga dia berumur 2 tahun. Saya berterima kasih kepada bos dan juga rakan sepejabat kerana memahami keadaan saya.Lebih-lebih lagi bila saya membalut tubuh dengan shawl-itu waktu mengepam saya! Dan mereka tidak pernah menganggu saya ketika saya berkeadaan sedemikian.hihi..Terima kasih semua.

Semoga anak mama MUHAMMAD HASIF BIN MOHD SYAWAL akan berpeluang merasai nikmat susu mama sehingga 2 tahun atau lebih.In Shaa Allah..Semoga dipermudahkanNYA..Aminn…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...