Isnin, 3 Februari 2014

MITOS tentang Penyusuan Susu Ibu

::MITOS tentang Penyusuan Susu Ibu::

Mitos #1
PAYUDARA YANG KECIL TIDAK BOLEH MENGHASILKAN SUSU YANG BANYAK
- Saiz payudara sebenarnya bergantung kepada tisu lemak. Tisu lemak yang banyak akan menghasilkan saiz payudara yang lebih besar dan tiada ada kena mengena dengan penghasilan susu yang banyak.

Mitos #2
PUTING LEPER DAN TENGGELAM MENYEBABKAN BAYI SUKAR MELEKAP DAN MENGHISAP
- Semua bayi menghisap pada areola (tampok hitam) dan bukan hanya kepada puting. Pelekapan yang hanya di puting akan menyebabkan puting ibu luka dan sakit. Posisi yang betul akan membantu dalam menjayakan penyusuan.

Mitos #3 
TIDAK ADA SUSU 24 JAM SELEPAS KELAHIRAN
- Susu kolustrum adalah pekat dan melekit serta bermacam warna. Penghasilan kolustrum sudah mencukupi dengan kapasiti perut yang yang kecil.

Mitos #4
SUSU PERTAMA 'KOLUSTRUM' DIKATAKAN SUSU BASI
- Disebabkan oleh susu kolustrum ini mempunyai pelbagai warna dan pekat, maka ramai yang beranggapan bahawa susu awal kolustrum itu adalah tidak baik dan basi. Pelbagai kajian membuktikan bahawa kolustrum adalah yang terbaik kerana mempunyai antibodi, sel melawan penyakit dan zat makanan yang mencukupi untuk keperluan bayi.

Mitos #5 
PEMBERIAN SUSU FORMULA SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA PENYUSUAN IBU KERANA DIPERCAYAI LEBIH MENGENYANGKAN
- Susu formula sukar dihadamkan dan berada lebih lama dalam perut bayi. Berbanding dengan susu ibu di mana proses penghadamannta adalah lebih cepat kerana kehadiran enzim (bahan pencernaan) di dalam susu ibu itu sendiri.


Mitos #6
IBU YANG MENYUSUKAN BAYI AKAN CEPAT MENJADI GEMUK 
- Proses penghasilan susu ibu memerlukan pembakaran kalori yang sangat tinggi dalam sehari yang akan membantu ibu yang menyusukan anak dengan susu badan dapat menurunkan berat badannya.

Mitos #7
PAYUDARA IBU AKAN MENJADI KENDUR
- Teknik penyusuan yang tidak betul adalah penyebab kepada payudara menjadi kendur. Oleh itu, dapatkan nasihat tentang teknik penyusuan yang betul. Faktor usia yang semakin bertambah juga menjadi penyebab payudara menjadi kendur.

Mitos #8
BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN (JAUNDIS) DISEBABKAN KEKURANGAN AIR
- Ramai ibu di luar sana memberikan bayi mereka dengan air masak, grape water, susu kambing dan lain-lain kononnya bayi mereka kekurangan air. Sebenarnya, jaundis ini berlaku 65-70% dalam kebanyakan bayi normal dan bukan disebabkan oleh kekurangan air. Jaundis adalah disebabkan oleh kehadiran pigmen kuning (bilirubin) hasil daripada pemecahan sel darah merah yang digunkan oleh bayi semasa di dalam kandungan. Pemberian susu ibu sepenuhnya dengan teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kadar bilirubin dalam darah dengan melalui pembuangan melalui najis tersebut (najis hitam bayi)

Mitos #9
RAWATAN UNTUK 'JAUNDIS SUSU IBU' ADALAH BERHENTI MENYUSU SELAMA 48 JAM
- Tanggapan ini adalah TIDAK BENAR kerana jaundis susu ibu adalah jaundis yang tidak membawa keburukan kepada bayi. Jaundis ini berlaku melebihi 14 hari bagi bayi lahir matang sehingga 2-3 bulan pertama. Memberhentikan penyusuan susu ibu dan memberikan susu formula hanya akan menyebabkan bayi lebih meragam,, mendedahkan bayi kepada banyak penyakit termasuk jangkitan kuman dan menggagalkan penyusuan susu ibu.

Mitos #10
IBU YANG DIBERI ANTIBIOTIK ATAU UBAT HARUS MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN
- Kebanyakan ubat-ubatan termasuk antibiotik yang sesuai untuk bayi boleh diambil oleh ibu yang menyusukan bayi. Hanya peratusan kecil ubat yang diambil terdapat dalam susu ibu kerana ubat tersebut melalui proses metabolisme sebelum hadir dalam susu ibu. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa ubat yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu seperti ubat kemoterapi (rawatan barah), ubat radioaktif dan sebagainya. Namun, dapatkan nasihat pakar perubatan dan pakar penyusuan ibu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : Panduan Penyusuan Ibu & Wanita Bekerjaya

*Sharing is Caring*

Hugs n LOTS of LOVE,
Cutie Colour Boutique


p/s: Untuk mendapatkan milkbooster ALTAMIS HABBATUS SAUDA @ AS-SAUDA (softgel) serta untuk mendapatkan KONSULTANSI PENYUSUAN secara PERCUMA, bolehlah menghubungi admin di talian (sms/wassap) 013-2892820 (yus) ataupun email kepada cutiecolour@gmail.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...