Selasa, 25 Februari 2014

Kepentingan Kalsium untuk Ibu hamil dan menyusu

Assalamualaikum...

Bertemu lagi di entri kali ni yus nak bincangkan serba sedikit tentang pemakanan Ibu mengandung dan menyusu terutamanya pengambilan kalsium..Kebiasaannya kita akan merujuk keperluan kalsium bagi anak-anak yang sedang membesar untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat. Namun, sebenarnya tidak kira usia tua atau muda, kecil atau besar kita memerlukan kalsium sepanjang masa untuk mengelakkan keadaan/situasi pereputan tulang di masa hadapan.

Apa pentingnya kalsium semasa mengandung dan menyusu?

  • Kekurangan atau kealpaan ibu yang sedang mengandung/ menyusu untuk mengambil kalsium sebenarnya boleh memberi komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. 
  • Ibu mengandung lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium dalam tubuh untuk sehari iaitu lebih 300-500 miligram zat yang diperlukan oleh golongan dewasa.
  • Kalsium yang diambil amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu mengandung dan menyusukan bagi menanggung kekuatan berat bayi secara fizikal.
  • Kalsium penting dalam pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
  • Kalsium sediaada akan diserap sepenuhnya oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang muda dan juga berisiko untuk menghidap osteoporosis (pereputan tulang)
Kehilangan kalsium di kalangan ibu mengandung/menyusu adalah banyak iaitu sekitar 3-10 peratus berbanding wanita menopous yang kehilangan 1-3 peratus kalsium sahaja.

Kekurangan pengambilan kalsium semasa mengandung boleh menyebabkan kekejangan semasa berlakunya proses kelahiran dan ia boleh menganggu perasaan ibu tersebut.

Kadangkala kita mendengar seseorang itu tidak mampu/ tidak boleh mengambil susu/sumber dari tenusu sebagai diet harian untuk sumber kalsium. Apakah cara lain yang boleh membantu untuk penambahan sumber kalsium dalam badan ya?

Sebenarnya, selain sumber dari tenusu, ibu-ibu boleh mengambil ikan bilis kerana kandungan kalsium dalam ikan bilis merupakan sumber kalsium yang tertinggi. Selain itu, sayur-sayuran hijau dan juga beberapa sayuran lain juga berfungsi sebagai sumber kalsium (bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah pengambilan sumber kalsium dari tenusu). 

Di sini yus nak kongsikan carta sumber kalsium daripada sayur dan buah untuk pengetahuan kita bersama.


sumber: google

Yus harap kita dapat berkongsi pengetahuan ini bersama rakan-rakan yang lain ya!

Salam sayang penuh cinta,
Yusnorsyazana My
Kaunselor Laktasi
013-2892820


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...