Ahad, 9 Februari 2014

Permasalahan Penyusuan : Puting tenggelam dan Cara Penyelesaiannya

Assalamualaikum...

Pagi tadi puas dan seronok berborak dengan rakan sekuliah dan sekampus dulu di UTM tentang permasalahan penyusuan dan perkongsian penyusuan bersama beliau. Banyak yang dapat dikongsikan..Alhamdulillah..bahagia terasa, senyum sampai ke telinga...hehehe..

Dalam pada tu, ada juga diselitkan tentang permasalahan kawan2 nya yang lain.

".ak ad kwn yg puting buta mmg x bg susu bdn terus pakai fm dan kwn yg ak nk jumpa ni die pon ad puting buta tp dia pam selama setahun bg anak dia susu bdn."

Ok...kali ni kita berbincang tentang puting buta ataupun lebih mudah dikenali sebagai puting tenggelam (inverted nipple). Namun begitu, perkongsian kali ni boleh juga dipraktikkan untuk puting rata a.k.a. flat nipple.

Apa itu inverted nipple? Flat nipple? Macam mana pula rupa bentuknya?hihi..Ok..begini bentuknya ye kawan2...

Sumber : Medela

Kebiasaannya ramai ibu yang give up apabila mengalami keadaan seperti di atas. Kenapa situasi ini berlaku ya?
Ya..Ini disebabkan ilmu penyusuan tentang perkara ini masih belum tersebar luas. Maka, situasi seperti keadaan di atas terjadi > pemberian susu formula pada usia anak yang masih kemerahan. Allahuakbar.. Sebenarnya pelekapan anak semasa menyusu BUKAN DI PUTING tetapi merangkumi KESELURUHAN AEROLA (tompok hitam). Namun begitu, penyusuan secara kerap dapat membantu pengeluaran puting ibu juga kerana ia memberi peluang kepada bayi untuk membantu si ibu menarik puting payudara anda keluar secara SEMULAJADI. Selain itu, si manja juga dapat belajar untuk melekap dengan lebih baik! 

Harapnya dengan perkongsian entry yus kali ni dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk terus menyusukan si manja anda tanpa rasa putus asa kerana tiada jalan penyelesaian sekiranya kita tidak berusaha. Betul tak? hehe..

Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk menyusukan si manja anda walaupun berkeadaan seperti di atas iaitu :-

Kaedah #1 : Kaedah hoffmann


  • Letakkan ibu jari di atas puting
  • Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payudara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda (Dengan itu, anda telah melakukan regangan terhadap puting payudara dan melonggarkannya, jadi puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar)
  • Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima (5) kali sehari.
Kaedah #2 : Tarik puting ketika pelekapan
  • Ketika menyusukan si manja anda dengan menyokong payudara anda menggunakan kaedah 'C' iaitu ibu jari di bahagian atas payudara dan 4 jari yang lain di bahagian bawah.
  • Tarik dari tisu payudara anda ke dinding dada untuk membantunya keluar menonjol.
Kaedah #3 : Merangsang Puting
  • Jika puting boleh digenggam, anda boleh menggulung puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama 1-2 minit. 
  • Kemudian, anda membuat rangsangan terhadap puting tersebut dengan meletakkan (hanya sebentar saja) tuala sejuk/ lembap atau yang dibalut ais.
    • (Elakkan penggunaan ais pada masa yang lama kerana ia akan menganggu pengaliran susu ibu)
Kaedah #4 : Niplettes / Supple cups

Sumber : Avent

atau dengan menggunakan syringe (picagari) yang boleh dibeli di farmasi (seperti gambar di bawah)


  • Alat ini adalah untuk membantu untuk mengeluarkan puting payudara dengan menyedutnya secara sekata.
  • Ia memberi pemulihan yang kekal terhadap puting yang tenggelam. Namun begitu, bagi ibu-ibu yang baru sahaja mahu memulakannya, ia adalah satu proses yang agak menyakitkan.
Kaedah #5 : Pam payudara (Breastpump)
  • Pam payuraya yang digunakan sebelum penyusuan susu ibu boleh membantu pelekapan yang lebih mudah kepada si manja anda.
  • Menggunakan pam payudara sejurus selepas menyusukan si manja anda boleh membantu untuk mengekalkan kedudukan puting payudara terus berada di luar (menonjol)
Kaedah #6 : Nipple shield
  • Ini merupakan alternatif terakhir bagi anda yang mengalami situasi puting tenggelam ini kerana ia merupakan alat bantu untuk mengajar bayi melekap dengan lebih baik di masa awal penyusuan.
  • Ia perlu digunakan untuk sementara waktu sahaja memandangkan penggunaannya yang lama boleh menyebabkan penghasilan susu ibu semakin sedikit.
TIPS UTAMA di sini adalah...penyusuan yang kerap dan cara pelekapan yang sempurna adalah KUNCI KEJAYAAN kepada penyusuan susu ibu. BUKANNYA bentuk puting. hehe...
Tiada alasan untuk tidak menyusukan si manja anda.

InsyaAllah..

Untuk lebih pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saya melalui Whatsapp ataupun PM di facebook ya!
Saya sentiasa ada untuk anda..

Yusnorsyazana
Kaunselor Laktasi
013-2892820

p/s: Nanti saya kongsikan bagaimana saya menghadapi situasi ini kerana saya salah seorang daripada mereka di atas! hehe...:D


1 ulasan:

  1. Tqqq untuk information. Saya salah seorang ibu yg menghadapi masalah diatas. Anak sulung mmg terus pakai fm. Now anak 2nd, alhamdulillah dah 20hr. Direct bf. Usaha usaha usaha. Itulah penyelesaiannya. :) Tp baby nak hisap sebelah je. My mom kata bahaya. Nanti ade effect kanser. Betul ke ?

    BalasPadam

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...