Isnin, 3 Februari 2014

Tips #1 : Bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu TANPA SUPPLEMENT!

Sahabat yang saya kasihi sekalian..

~Anda risau susu merudum?
~Banyak kali buat power pumping tapi masih belum mendapat kuantiti susu yang dikehendaki?
~Anda stress bila susu tidak memancut seperti ‘air terjun’?
~Dah makan supplement bermacam jenis tetapi tiada perubahan?

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran susu yang lebih baik untuk anak tersayang..

Tips #1 : Adakah anda telah mengamalkan penyusuan secara berkesan dan kerap?

-Kebanyakan ibu tidak mengenali tanda-tanda bayi bersedia untuk menyusu dan disebabkan itu, bayi tersebut tidak diberikan susu ibu secara kerap. Keadaan ini sering berlaku apabila ibu beranggapan bayi mereka mengantuk atau diam dan tidak meminta untuk disusukan. Maka, penyusuan secara kerap tidak berlaku dan menyebabkan penurunan kehendak dalam penghasilan susu ibu. 

Apakah yang anda harus lakukan?

- Anda dicadangkan untuk memberikan bayi anda susu ibu secara ‘direct’ dengan kerap dan sela masa yang sesuai (bergantung kepada keperluan bayi). Anda tidak perlu risau tentang penyusuan berlebihan (breastmilk overdose) kerana susu ibu lebih mudah dihadam oleh perut dan usus bayi. Penyusuan secara kerap akan merangsang hormone prolaktin bagi menghasilkan susu yang lebih banyak dan lebih berkesan. Anda juga dinasihatkan agar menyelesaikan penyusuan di sebelah payudara sebelum bertukar ke payudara lain (memastikan bahawa payudara tersebut betul-betul kosong). 

- Anda dinasihatkan agar TIDAK MEMBERI MAKANAN/MINUMAN LAIN SELAIN SUSU IBU. Ini kerana apabila bayi telah disuapkan dengan makanan pejal/minuman lain selain susu ibu (termasuk susu formula), bayi tersebut akan menjadi kenyang dan seterusnya kehendak bayi terhadap susu ibu semakin berkurang. Tambahan pula makanan pejal dan minuman selain susu ibu tersebut tidak mudah dihadam oleh perut dan usus bayi. Ia akan menjadikan bayi mengantuk dan tidur dengan lebih lama kerana proses penghadaman itu berlaku dengan tempoh masa yang agak lama (iaitu sehingga 4-5 jam) berbanding susu ibu yang lebih mudah dihadamdan tidak menganggu perut dan usus bayi.

Anda harus ingat bahawa Tips #1 ini SANGAT PENTING bagi memastikan penghasilan susu di tahap yang maksimum..TANPA SEBARANG SUPPLEMENT! 

Kita bertemu di post akan datang dengan Tips #2 ya!

Stay cute stay close
*Cutie Colour Boutique*
Yusnorsyazana (Lactation Counselor)
30012014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...