Khamis, 20 Februari 2014

Tips : Persediaan Awal Penyusuan bagi Ibu Bekerja

Alhamdulillah...
Hari ini yus diberikan kesempatan untuk meluangkan masa untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang ada..InsyaAllah..

Ramai ibu yang berpendapat bahawa apabila ibu sudah naik kerja selepas waktu berpantang, penyusuan susu ibu kepada bayi akan menjadi lebih rumit dan menyusahkan. (Harapnya ibu2 yang sedang membaca ni bukan salah seorang darinya..hihi..) Sekiranya ada, ibu2 tak perlu risau dengan situasi ini..Bukankah penyusuan itu sesuatu yang menggembirakan dan juga membahagiakan bagi kedua-dua anak dan ibu?

Walaupun cabaran di tempat kerja adalah berbeza bagi setiap ibu, tanggungjawab sebagai seorang ibu jangan pernah dilupakan..hehe..

Ok, jom kita lihat kembali PERSEDIAAN AWAL untuk ibu yang akan naik bekerja nanti ya!


  1. Buat persediaan sebelum kembali bekerja seperti mengumpul stok susu perahan, melatih anak di rumah pengasuh dan sebagainya.
  2. Pastikan terdapat simpanan perahan susu ibu yang mencukupi untuk bekalan anak di rumah pengasuh ataupun apabila waktu kecemasan (spt, ibu terpaksa berkursus di luar daerah dll.)
  3. Jangan memberi tekanan kepada diri ibu dan jangan lupa untuk berehat walaupun sebentar. Waktu rehat ibu adalah amat penting untuk memastikan hormon prolaktin sentiasa berfungsi dengan baik...(jgn stress2 ok...:D)
  4. Amalkan pemakanan bernutrisi tinggi (seimbang) dan memperbanyakkan minum air (sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari)
  5. Bangun 30 minit lebih awal dan susui bayi walaupun dia masih separa tidur
  6. Mengambil sarapan pagi dengan kadar yang mencukupi dan mempunyai kandungan nutrisi yang baik dan susui bayi sejurus sebelum ibu ke tempat kerja. Amalan ini akan meredakan keresahan sebelum 'berpisah' dengan bayi.
  7. Untuk memastikan bayi tidak terlalu kenyang ketika pulang ke rumah, minta pengasuh memberi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja sebelum ibu mengambilnya. Ketika tiba di rumah, payudara mungkin penuh dan ibu mungkin ingin menyusui bayi dengan segera.
  8. Susui bayi dalam 1 jam pertama setelah kembali ke rumah . Ibu diingatkan supaya dapat menguruskan diri terlebih dahulu (spt. menukar pakaian pejabat, mandi dan makan) sebelum menyusui bayi kerana kemungkinan bayi ingin bersama ibu dalam tempoh waktu yang agak la...Al-maklumlah lepaskan rindu pada bau ibu yang seharian tidak berjumpa.
  9. Dalam beberapa minggu pertama bekerja, ibu mungkin perlu memerah susu dengan lebih kerap. Ini kerana setelah beberapa hari bekerja, payudara ibu akan cuba menyesuaikan dengan jadual baru dan ibu akan merasa lebih selesa.
  10. Ibu hendaklah memerah susu tidak kurang dari 3 jam. Ini bagi memastikan ibu tidak mengalami bengkak susu dan akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini. Urutan payudara dengan perlahan sambil mengepam membolehkan ibu merasa lebih selesa dan tenang.
  11. Sekiranya payudara mengalami 'kebocoran' (susu menitis dengan sendiri tanpa dirangsang oleh ibu) secara tiba-tiba, beri tekanan pada puting ibu dengan menggunakan tapak tangan selama seminit. Melipat lengan ibu di payudara turut membantu untuk menghentikan 'kebocoran'.
  12. Gunakan pelapik bra di dalam bra menyusu/bra biasa yang digunakan oleh ibu untuk menyerap air susu dan melindungi pakaian si ibu sekiranya 'kebocoran' berlaku. Namun, ibu perlu menggantikan pelapik bra tersebut mengikut kesesuaian kerana adakalanya ia boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan menyebabkan keadaan puting luka, melecet atau terkena jangkitan kuman. Penggunaan pada jangka masa yang panjang untuk satu-satu pelapik bra adalah amat tidak disyorkan.
  13. Pastikan payudara ibu sentiasa dikosongkan dengan berkesan setiap sesi memerah atau penyusuan untuk memastikan penghasilan susu yang optima. Pengosongan payudara yang berkesan dapat memberikan signal "permintaan" yang betul kepada otak supaya lebih banyak susu dapat dihasilkan.
  14. Penghasilan susu ibu sebenarnya bergantung kepada permintaan bayi, amalan penyusuan dan teknik yang betul. Ibu TIDAK PERLU minum "susu khas mahupun makanan khas" untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. 
  15. Elakkan pemberian susu perahan dengan menggunakan botol kerana ia boleh menjejaskan penyusuan secara terus oleh bayi dan bayi kemungkinan akan mengalami keliru puting. Cara bayi menghisap dari botol dan dari payudara adalah sangat berbeza!                         
Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh si ibu pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Ibu boleh menghubungi perunding laktasi, jururawat laktasi, kaunselor laktasi ataupun pembimbing rakan laktasi di kawasan terdekat.

Salam sayang penuh cinta buat semua..
Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

2 ulasan:

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...