Rabu, 19 Jun 2013

Sijil Halal Sarung Kapsul AHS

Alhamdulillah...

Semakin ramai yang mengamalkan Altamis Habbatus Sauda'. Namun, bagi mereka yang ragu-ragu atau masih belum mengamalkan makanan sunnah ini, mungkin masih tertanya-tanya dengan persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran kan?

ADAKAH SARUNG KAPSUL INI HALAL?
ADAKAH ALTAMIS HABBATUS SAUDA' NI KANDUNGANNYA ASLI TANPA ADA APA-APA RAMUAN TAMBAHAN?

Jawapannya...

SARUNG KAPSUL ALTAMIS HABBATUS SAUDA adalah HALAL dan AHS juga telah mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia. No. KKM AHS : MAL13045030TC

Sumber : JAKIM

Altamis Habbatus Sauda' adalah habbatus sauda' asli yang dibawa khas dari Syria tanpa ada bahan campuran herba lain mahupun bahan lain selain habbatus sauda'. Ia adalah habbatus sauda' berkualiti tinggi yang dihasilkan mengikut garis panduan dalam Islam.


Habbatus Sauda' penyelesaian terbaik untuk migrain dan angin dalam badan

Nak berkongsi sikit pengalaman 2 hari ni..

Hari Isnin : berpuasa (Alhamdulillah dapat ganti sehari lagi) namun diuji dengan sakit kepala yang amat3 sangat..mungkin disebabkan kekurangan air (H2O) dalam badan dek pengeluaran air adalah melebihi had kemasukan air ke dalam badan..hehe..Memang besar ujian itu..Balik dari pejabat dengan kepala yang berpusing-pusing sakit mencucuk2 sehingga sampai di rumah setengah jam selepas itu.

hari Selasa : sakit kepala berkurangan.Tapi balik kerja tengahari tu (saya half day) sakit kepala semakin menjadi2...Telan panadol 2 biji pun masih tak dapat mengurangkan kesakitan. Dek sakit yang melampau, abah tak percaya saya bawa kereta ke Kuala Lumpur. Akhirnya abah yang hantar ke sini. Sakit kepala, mencucuk2 lagi..siap hentak2 kepala (eh, mcm migrain teruk betul..)

Hari Rabu : Sebelum ke tempat Persidangan, sarapan pagi dengan meal shake dan telan 3 biji kapsul Altamis Habbatus Sauda' terus (baru teringat, habbatus sauda' baik untuk migrain)...Dengan hati yang agak curiga dek perjalanan yang memakan masa hampir sejam ke tempat Persidangan, saya tawakal. Pasrah. Alhamdulillah..Sakit kepala berkurangan.. Kuasa Allah..

Mungkin ini pengalaman saya yang mengamalkan Habbatus Sauda' ketika sedang sakit..Kadang-kadang sewaktu saya mengalami selsema teruk, sakit perut..Habbatus Sauda' adalah ubatnya.. Saya akan ambil dos 2 kali ganda dari biasa (Itu mengikut keperluan badan dan jangan sesekali mengambil terlebih dos yang disarankan..kang jadi lain x pasal2 masuk spital)..

Mungkin sebab itu juga lah ia menjadi makanan Nabi kita. Pengamalan seharian dengan habbatus sauda' membuatkan ia baik untuk kesihatan. Alhamdulillah.

XOXO



Isnin, 17 Jun 2013

Amalan Penyusuan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum...Sekejap je masa berlalu..Tup tup tup dah hampir kita menjengah ke bulan Ramadhan iaitu bulan berpuasa bagi seluruh umat Islam di dunia.

Adakah ibu-ibu sekalian lebih-lebih lagi yang menyusukan anak bersedia menghadapi bulan Ramadhan ini? Kali ni yus nak berkongsi sedikit tentang Amalan penyusuan semasa kita berpuasa.  Pasti kalian tahu bahawa meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan kita seharian.

Bagi ibu-ibu menyusu, pengeluaran air susu daripada payudara adalah berdasarkan kepada keupayaan kita mengosongkan payudara secara efektif sekerap yang mungkin dengan menerusi penyusuan terus atau pemerahan payudara. Dalam penyusuan susu ibu, terdapat 2 hormon yang terlibat secara langsung iaitu hormon prolaktin dan oksitoksin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitoksin pula merembesnya keluar.

SUSU KERING???

Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang kita menjalani ibadah puasa. Kita hanya perlu sentiasa berfikiran positif bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan dalam masa yang sama memastikan diri kita mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menyihatkan.

Pengeluaran susu ibu yang berkurang bukan disebabkan oleh ibadah puasa...Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang daripada refleks pengeluaran susu (let down reflect) tercetus. Cara yang terbaik bagi mengelakkan anda berasa tertekan adalah dengan sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal (susu berkurang). Amaun susu ibu mungkin berkurang pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan jadikan ia sebagai pencetus keadaan stress. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payudara anda. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payudara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap 2-3 jam sekali.

Panduan Pemakanan


1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga. Cecair daripada buah-buahan atau sayuran merupakan sumber air yang sihat dan mengandungi banyak vitamin dan mineral
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Ok...setakat ini sahaja buat kali ini. InsyaAllah jika diberikan keizinan, dapatlah kita bertemu kembali di entry yang lain. hehehe..

pssttt: nak promosi sket..Pembeli dan Pengedar ALTAMIS HABBATUS SAUDA' diperlukan.
Hubungi yus di talian 013-2892820 untuk tempahan dan maklumat lanjut. :D

Khasiat Habbatus Sauda bagi Penyakit Diabetes Mellitus


Habbatus Sauda' didapati amat baik bagi mengubati penyakit Diabetes Mellitus. Kadar gula dalam darah pesakit Diabetes Mellitus boleh diturunkan kerana habbatus sauda' ini memiliki kemampuan untuk menyekat penyebaran enzim glukosa-6-phospatase.

Diabetes Mellitus (DM) termasuk di dalam kategori penyakit yang mesti diwaspadai kerana ia boleh menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti jantung, stroke, disfungsi ereksi, buah pinggang gagal berfungsi dan kerosakan sistem saraf.

Penyakit ini muncul akibat tubuh tidak mampu untuk meningkatkan prosuksi glukosa dalam darah. Hal ini disebabkan oleh kelenjar pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin dalam jumlah yang sepatutnya, di mana insulin ini berfungsi sebagai agen pengawal kadar gula dalam darah. Keadaan ini menyebabkan terjadi lebihan gula yang boleh merosakkan pembuluh darah dan menyebabkan komplikasi.

Kandungan Habbatus Sauda' dalam Mengubati Diabetes

Dalam buku Trio Herbal (Redaksi Trubus, 2010) menyatakan bahawa kandungan di dalam Habbatus Sauda' dalam mengubati penyakit diabetes mirip kinerja thiazolidinedione iaitu salah satu bahan aktif yang terdapat dalam ubat yang kebiasaannya diambil oleh pesakit Diabetes. Senyawa ini mampu memperbaiki sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen yang tertentu yang terkandung dalam sintesa lemak dan metabolisme karbohidrat. Beberapa kajian menunjukkan bahawa thiozolidinedione juga baik untuk kesihatan jantung dan mampu untuk menurunkan darah dan meningkatkan LDL (kolesterol baik).

Hasil penelitian A. Al Hader (peneliti dari Faculty of Medicine Jordan University of Science and Technology, Yordania menunjukkan bahawa kadar gula darah pada pesakit diabetes yang diberi asupan alloxan (penyebab diabetes) menurun 12% setelah 4jam pascaperlakuan dan 21% setelah 6jam pascaperlakuan. Dalam penelitian itu, peningkatan kadar insulin tidak terjadi. Ini bermakna mekanisme penurunan gula darah diduga bukan disebabkan oleh peningkatan jumlah insulin. Namun turunnya kadar gula darah disebabkan kemampuan habbatus sauda' menyekat aktiviti enzim glukosa-6-phospatase. Enzim ini terdapat di dalam metabolisme produksi glukosa dalam darah. Sekiranya aktiviti enzim tersebut dapat dihentikan, maka kadar glukosa darah akan turun.

(sumber : kucoba.com)

Testimoni Pelanggan dengan Ariffbillah Habbatus Sauda'

Kini Ariffbillah Habbatus Sauda' telah di'rebranding' dengan nama Altamis Habbatus Sauda'.
Kandungannya tetap sama..hanya kulit yang berubah..

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, 
Bolehlah hubungi saya di talian 013-2892820 (yus)

CEPAT! STOK adalah TERHAD!


Ahad, 16 Jun 2013

Kandungan di dalam Habbatus Sauda'

Nigella sativa (habbatus sauda') berasal dari Asia Barat. ia adalah rempah ratus yang tumbuh dengan ketinggian sekitar 16 sehingga 24 inci (40-60cm). Habbatus sauda' kaya dengan asid lemak tidak tepu. Bahan ini memainkan pranan penting untuk kesihatan kita. Ia membantu dalam mengatur metabolisme, membawa racn ke permukaan kulit untuk dinyahkan, memberi keseimbangan paras insulin, mengawal kadar kolesterol dalam badan, meningkatkan peredaran tubuh dan meningkatkan fungsi hati yang sihat. kekurangan asid lemak tidak tepu di dalam tubuh badan boleh mnyebabkan permasalahan kesihatan termasuklah gangguan sistem saraf, peningkatan kadar pertumbuhan dan penyakit kulit.

sumber :google
Biji habbatus sauda' mengandungi lebih daripada 100 zat penting yang diperlukan oleh tubuh. ia terdiri daripada 21% protein, 38% karbohidrat dan 35% lemak dan minyak tanaman.

Biji habbatus sauda' juga mengandungi lebih daripada 100 komponen dan masih banyak kajian yang sedang dijalankan bagi mengenalpasti komponen-komponen lain yang terdapat di dalamnya. lebih daripada 50% minyak adalah asid lemak penting.

Asid linoleat dan asid gamma linolenat dalam habbatus sauda' membantu dalam membentuk prostaglandin E1 bagi menghalang jangkitan, menyeimbangkan sistem imunisasi tubuh, dan bertindak balas pada alergi. Asid linolenat gamma juga membantu menstabilkan membran sel. Biji habbatus sauda' juga mengandungi 0.5 sehingga 1.5 peratus minyak aroma termasuklah nigellone dan thymochinon yang menyebabkan khasiat anti-histamina, iaitu penyekatan bahan kimia yang penting untuk badan, anti oksida, anti jangkitan, iaitu mampu bertindak melawan penyakit dan kesan broncho-dialating iaitu pengaliran udara ke paru-paru.

Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. iaitu :-

" Biji jintan hitam (habbatus sauda') adalah penyembuh kepada segala penyakit kecuali kematian"
(Hadith ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Musliam dengan martabat hasan)


ALTAMIS HABBATUS SAUDA (Revolusi Pemakanan Kesihatan Habbatus Sauda')

Hanya perlu dimakan 2 biji pada waktu pagi (sebelum bersarapan) dan 2 biji pada waktu malam (sebelum tidur) untuk kesihatan yang optimum.
Bagi yang mahu mendapatkan produk ini, sila hubungi saya (yus) di 013-2892820 sekarang.

STOK ADALAH TERHAD!

Sabtu, 15 Jun 2013

Peluang Menjana Pendapatan dengan Altamis Habbatus Sauda'

Terlebih dahulu saya ingin mengcapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia Altamis Habbatus Sauda kerana mempercayai makanan sunnah keluaran Spectrum technologies ini...

Mari bersama-sama kami untuk menyebarkan manfaat dan kebaikan Habbatus Sauda' ke mata dunia..Insya Allah..:D

Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar Altamis Habbatus Sauda', berikut adalah terma dan syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi pengedar AHS ini.

  • Hanya perlu membuat pembelian minimum 10 botol bagi setiap pembelian.
  • Yuran agen adalah sebanyak RM25 seumur hidup. Yuran ini dikenakan kepada agen/pengedar sebagai komitmen agen/pengedar Altamis Habbatus Sauda'.
  • Kos penghantaran adalah RM15 (Semenanjung Malaysia)
  • Harga sebotol AHS untuk pengedar adalah 10% daripada harga pelanggan. Maknanya anda berpeluang menjana sedikit pendapatan daripada perkongsian produk ini.
  • Anda perlu memberikan link fb personal untuk dijemput ke group khas pemasaran AHS.
  • Perlu membuat pembelian setiap bulan untuk kekal aktif. Sekiranya pengedar tidak membuat pembelian selama 3 bulan berturut-turut, kelayakan agen/pengedar akan digugurkan.
  • Pengedar yang aktif layak dipaparkan di website dan FB page untuk memudahkan pelanggan berhampiran mendapatkan stok daripada anda.
APE TUNGGU LAGI? JOM SERTAI KAMI di ALTAMIS HABBATUS SAUDA.

Untuk pembelian pertama atau seterusnya, bolehlah menghubungi saya (yus) di 013-2892820 atau email di cutiecolour@gmail.com

Kitaran Haid Kembali Teratur dengan AHS

Alhamdulillah..Ramai yang telah mempercayai dan mengamalkan makanan sunnah Habbatus Sauda' ini.. Banyak kebaikan habbatus sauda'..

Seperti di dalam testimoni pelanggan kami ini yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sebelum mengamalkan Altamis Habbatus Sauda'..Alhamdulillah, dengan berkat doa serta konsistensi beliau dalam pengambilan kapsul AHS ini pada peringkat awal, beliau mulai mengalami perubahan yang baik. Syukurr...


Ia tidak perlu lagi ditumbuk
Tidak perlu lagi dikisar
Tak perlu lagi dikunyah

Itu lah ia ALTAMIS HABBATUS SAUDA (Revolusi Pemakanan Kesihatan Habbatus Sauda')

Hanya perlu diamalkan 2 biji pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan 2 biji pada waktu malam (sebelum tidur) untuk kesihatan yang optima.
Bagi yang mahu mendapatkan produk ini, sila hubungi saya (yus) di 013-2892820 sekarang.

STOK adalah TERHAD!



PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...