Rabu, 12 Jun 2013

ALTAMIS HABBATUS SAUDA bantu Pengeluaran Susu Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...:D

Pagi yang hebat dimulakan dengan amalan pemakanan (sarapan) yang hebat juga..
Oh ya, kali ni yus nak berkongsi kebaikan Altamis Habbatus Sauda dalam membantu pengeluaran susu ibu.

Altamis Habbatus Sauda bukan sahaja memiliki khasiat dan manfaat yang luarbiasa dalam merawat pelbagai penyakit, malah ia juga membantu wanita yang bergelar ibu dalam tempoh penyusuan. Amalan mengambil Habbatus Sauda secara tetap dan kerap dapat membantu dalam meningkatkan hubungan kasih sayang antara si ibu dengan si anak serta membantu dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran susu semasa menyusukan anak.

Berdasarkan kepada buku Rahsia Perubatan Habbatus Sauda dan peranannya dalam Melancarkan Pengeluaran Susu Ibu yang ditulis oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya, terbitan Al-Hidayah Publications.

Di antara aduan yang sering diperkatakan oleh wanita di luar sana adalah pengeluaran susu mereka mula berkurangan. Lanjutan itu, ada di antara mereka yang berhenti dari menyusukan anak mereka tanpa mengenalpasti punca permasalahan tersebut. Sehubungan itu, ada juga yang beralih kepada pelbagai kaedah dalam usaha menambahkan kelancaran pengeluaran susu mereka.

LIMA (5) sebab Pengurangan Kelancaran Pengeluaran Susu Ibu sepanjang tempoh Penyusuan
  1. Faktor yang sering menjadi punca utama yang menyebabkan kelancaran pengeluaran susu ibu ialah ketidakwujudan pengosongan kedua-dua payudara samada disebabkan oleh kekurangan upaya bayi untuk menghisap susu atau si ibu tidak mengikut kaedah penyusuan yang betul. Di sini saya ingin tekankan bahawa konsep penyusuan yang betul adalah DEMAND vs SUPPLY. Maknanya lebih kerap keperluan susu (pengosongan payudara) semakin banyak susu akan dihasilkan.
  2. Masalah kejiwaan - Si Ibu tidak ghairah untuk menyusukan anak
  3. Masalah Semulajadi - Si Ibu mengalami penyakit seperti radang buah dada atau sakit kronik pada si Ibu yang menghalangnya daripada beliau menyusui anaknya.
  4. Penggunaan puting tiruan secara berlebihan 
  5. Kehamilan
Di dalam buku perubatan Islam lama dinukilkan bahawa Habbatus Sauda menambahkan kelancaran pengeluaran susu ibu.

Ibnu Al-Qayyim r.a. berkata : "Habbatus Sauda' melancarkan pengeluaran kencing, haid dan susu jika Habbatus Sauda' ini diminum/dimakan dengan kadar teratur untuk beberapa hari."
Muqaffaq Ad-Din Al-Baghdadi berkata bahawa Habbatus Sauda' melancarkan pengeluaran kencing dan susu jika digunakan dengan berterusan dan tetap."
Dr. Afruz Al-Haq berkata : " Telah dibuktikan bahawa Habbatus Sauda' menambahkan keupayaan seksual, menangguhkan tempoh menopause (putus darah hais) di kalangan wanita, menambahkan kelancaran pengeluaran susu ibu dan menambahkan daya ingatan dan kefahaman di kalangan manusia."




HABBATUS SAUDA cegah H1N1

Habbatus Sauda (Jintan Hitam) cegah H1N1

Petikan dari Utusan Malaysia 14 Ogos 2009

Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selsema babi atau influenza A (H1N1).

Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut di dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.

Akhbar Al-Khaleej melaporkan bahawa kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50% di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.

Minuman tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah - Agensi


sumber : google

Sumber : Google

Selasa, 11 Jun 2013

Power Pumping

Ramai tertanya-tanya...

Macam mana nak banyakkan susu?
Adakah dengan hanya memakan supplement tambahan dapat menghasilkan susu yang mencurah-curah?
Kalau anak tak menghisap direct, susu semakin berkurang dan stok dah tak boleh dibuat lagi?
Stok susu hanya untuk esok saja?

Owh...kalaulah anda mengalami seperti situasi di atas...Cuba bertenang..dan bertenang..jangan stress hokay..hehe..setiap permasalahan, pasti ada penyelesaiannya..Salah satu adalah dengan kerap membuat power pumping..

APA ITU POWER PUMPING?

  • Ia merupakan teknik mengepam yang boleh membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan set up mengepam yang biasa tetapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu (kerana cetusan 'aura' positif membangkitkan hormon untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu)
SIAPA YANG MEMERLUKAN POWER PUMPING?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat (teknik ini digunakan untuk merangsang payudara untuk mengeluarkan susu)
  • Ibu yang ingin re-laktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepan etc.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT POWER PUMPING?
  • Untuk single pump - pam payudara sebelah kanan terlebih dahulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, tukar ke payudara sebelah kanan 10 minit, ke payudara sebelah kiri 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit dan berterusan selama sejam.
  • Untuk Double Pump - Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, rehat /stop selama 10 minit, sambung lagi pam selama 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya berterusan selama sejam.
Disarankan agar membuat kaedah power pumping ini sekali sehari , seeloknya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi pada waktu ini.

BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK MENAMPAKKAN HASILNYA?

Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam adalah setitik dua ataupun hanya 'mengepam angin' semata-mata, jangan putus asa! Teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Usaha + Doa + Tawakal, InsyaAllah dipermudahkan olehNYA...


Sumber : Kumpulan Ibu Menyusukan

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

"Sesungguhnya segala rezeki yang kita perolehi itu datangnya dari ALLAH S.W.T."

Alhamdulillah...
Pada entry kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan makanan sunnah ini..Lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak dan juga kebaikannya kepada ibu-ibu mengandung.

“ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon yang terdapat dalam Nigella Sativa (habbatus sauda') dapat meningkatkan pengeluaran air susu bagi ibu menyusui”
-University Pochefstroom, 1989-

Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara keseluruhan, terutama pada musim hujan, anak-anak akan mudah terkena flu dan selsema. Kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang terdapat pada Nigella Sativa (habbatus sauda') merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak balita dan janin.

Testimoni yang telah mencuba Altamis Habbatus Sauda (dahulu ia adalah Ariffbillah Habbatus Sauda')
Bagaimana pula untuk ibu menyusu?

Anda sering mengalami kekurangan stok susu?
Kemeruduman susu disebabkan mempunyai genetik 'TIDAK BANYAK SUSU'?
Supplement tambahan tidak membantu dalam pengeluaran susu ibu?

Sebenarnya semua itu adalah MITOS semata-mata..Badan kita memerlukan seberapa banyak zat dan juga keperluan tambahan yang membantu kita dalam meningkatkan tahap kesihatan kita lebih-lebih lagi pada zaman yang serba 'segera' ini...Bayangkanlah setiap sebulan sekurang-kurangnya kita akan pergi ke Restoran Makanan segera, di rumah pula pelbagai makanan segera...dan macam-macam 'segera' lagi kan..

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kadangkala mengalami kemeruduman susu dalam erti kata lain susu semakin berkurangan. Namun persoalannya, adakah anda telah mengikut konsep penyusuan yang betul iaitu DEMAND vs SUPPLY?
Faktor utama untuk banyakkan pengeluaran susu ibu adalah dengan kerap mengosongkan payudara tidak kira sama ada dengan mengepam (sekurang-kurangnya 3 jam sekali) atau dengan direct feeding. 

Namun begitu, dengan pengambilan supplement tambahan seperti ALTAMIS HABBATUS SAUDA', ia bukan sahaja sebagai penggalak pengeluaran susu ibu, malah ia mempunyai pelbagai khasiat yang semulajadi dibuat untuk manusia.

Saya adalah stokis Altamis Habbatus Sauda..Berminat?Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma dan harga AHS dengan nilai hebat!!

YUSNORSYAZANA BT MOHD YUNOS
013-2892820
cutiecolour@gmail.com





NILAI GIZI MAKANAN DALAM HABBATUS SAUDA'


NILAI GIZI MAKANAN DALAM HABBATUS SAUDA’

Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose. Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.
Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.

Habbatus sauda’ mengandungi lima belas asid amino yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.

Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.

Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.

ALTAMIS HABBATUS SAUDA'

Saya adalah stokis yang sah..
YUSNORSYAZANA BT MOHD YUNOS
013-2892820
cutiecolour@gmail.com





Isnin, 10 Jun 2013

PRE-ORDER ALTAMIS HABBATUS SAUDA' (JUN 2013)


Pre-Order Altamis Habbatus Sauda dibuka sehingga 15 Jun 2013..

Pengedar juga diperlukan...So, ape lagi, ambil peluang ini ya...
Kebaikannya tidak diragui...
Habbatus Sauda' makanan sunnah nabi..
Ambil dengan kadar yang disyorkan secara konsisten bagi memberikan hasil yang lebih baik.

PM yus @ watsapp : 013-2892820

ALTAMIS HABBATUS SAUDA'

Bismillahirrahmanirrahim...

Pengenalan Ringkas Altamis Habbatus Sauda
Ariffbillah Habbatus Sauda merupakan produk kesihatan dan makanan tambahan berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Spectrum Technologies And Services. Bahan utamanya adalah Habbatus Sauda yang berkualiti tinggi dan ianya dihasilkan mengikut garis panduan dalam Islam.Ariffbillah Habbatus Sauda ini dihasilkan dalam bentuk kapsul sesuai denglan keperluan dan trend pengguna dan pembeli ketika ini. Sebotol Ariffbilah Habbatus Sauda mempunyai 60 biji kapsul dan dimakan 2 biji pada sebelah pagi dan 2 biji lagi pada belah petang.
Kebaikan dan keunikan yang ada dalam Habbatus Sauda adalah:
1. Ianya kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Meningkatkan Sistem Imunisasi Manusia- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Mengapa Anda Perlu Dapatkan Altamis Habbatus Sauda?
1.Membantu dalam mengeluarkan Asid Urik dalam badan.
2.Mengelakkan dari terkena penyakit gout.
3.Membantu menyembuhkan selsema.
4.Meredakan dan merendahkan tekanan darah tinggi.
5.Mengurangkan alahan atau alergi kepada sesuatu jenis makanan atau minuman atau sebaliknya.
6.Melancarkan pengeluaran susu khususnya kepada kaum ibu.
7.Meningkatkan sistem imunisasi badan.
8.Membantu merawat penyakit kencing manis.
9.Merawat penyakit dan gejala cirit birit.
10.Melindungi tubuh badan daripada penyakit barah.
11.Meningkatkan tenaga dan kecergasan anda seharian.
12.Mengelakkan penyakit batu pundi hempedu.
13.Merawat penyakit lenguh-lenguh badan atau sakit-sakit sendi.

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...