Ahad, 4 Mei 2014

Inspirasi Penyusuan - Hari 19

gambar : susu ibu perahan di hari ke-19


Hari ke-19..
Bersamaan hari yang ke-11 mengepam secara berkala..
8 hari sebelum itu (sejurus selepas kelahiran Hayyan) yus sentiasa mengamalkan penyusuan secara terus kerana 8 hari pertama, susu matang masih belum terhasil dengan banyak..kepentingan kolustrum di dalam lingkungan waktu 2-4 hari dan susu awalan sehingga hari ke-8..

Alhamdulillah..
Hari ke-19..
Dapat mengumpul 73 plastik (setiap plastik storage mempunyai 3-3 1/2 oz) 
Plastik pula gunakan plastik yang telah di steril ya! Bukan plastik aiskrim, bekas dadih atau yang setaraf.

Mengapa?

  • Penggunaan plastik yang belum di steril boleh mengakibatkan bayi mendapat susu ibu perahan yang bercampur dengan bahan kimia yang tinggi.
  • Bekas dadih pula perlu disteril terlebih dahulu sebelum digunakan..(sebabnya sama seperti plastik yang tidak disteril)
Semoga inspirasi entry kali ini dapat menjawab persoalan MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN BOTOL DAN PLASTIK 'STORAGE' yang DISTERIL..

Selamat menyusukan si manja anda ya!

Salam sayang penuh cinta
Untuk ibu-ibu hebat!

Yusnorsyazana Mohd Yunos
Kaunselor Laktasi
013-2892820

(ALTAMIS HABBATUS SAUDA untuk kesihatan maksimum..untuk order, boleh pm yus ya!)


2 ulasan:

  1. saya nak tanye..plastik tu nak kene sterilise dulu ke??saya terus masukkan susu dalam tue..dan dah buat stock byk jugak..akan effect susu yg sy simpan tak??

    BalasPadam
  2. Wsalam..sekiranya puan menggunakan breastmilk storage plastik (tak kira jenama apa), sememangnya ia telah disteril..Namun begitu, sekiranya puan menggunakan bekas plastik selain botol susu dan dibeli di kedai plastik, sebaiknya puan membasuh terlebih dahulu dengan air suam. Ini kerana bekas plastik yg bukan khusus untuk penyimpanan susu ibu yg tidak disteril dikhuatiri mempunyai 'bahan kimia bendasing' yg boleh mencemarkan susu ibu itu. ^_^

    BalasPadam

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...