Sabtu, 15 Julai 2023

LAIN MAMA, LAIN PAPA


"Siapa Zulaikha tu, mama? Hasif macam pernah dengar nama dia. Tapi Hasif tak ingatlah." tanya Hasif kebingungan.
Mungkin juga dia melihat mama kelihatan teruja dengan kedatangan tetamu yang tidak pernah bertentang empat mata itu.
"Zulaikha tu adik susuan Hasif, Hayyan dan Haura. Dia sebaya Haura. Lahir awal 20 hari daripada Haura. Mama berikan susu mama kepada dia, macam mama susukan Hasif dahulu waktu bayi." panjang lebar aku menerangkan kepadanya.
"Abang kena kenal semua adik-beradik susuan abang. Agar tiada masalah hubungan apabila dewasa nanti."
"Mama, dari tadi mama sebut adik beradik susuan. Apa maknanya ya mama?"
"Oh, adik-beradik susuan ialah baby daripada ibu dan ayah yang berlainan dan berumur kurang daripada 2 tahun. Ala, nak senang cerita dia daripada ibu dan ayah yang berlainan tetapi menyusu dengan mama sebanyak 5 kali kenyang. Lain mama dan lain papa dia."
"Maksudnya mama dah susukan Alya, Hamizi dan Zulaikha ikut yang mama cakap tadi tu ya?
"Bijak anak mama. Nanti Hasif kena ceritakan perkara yang sama juga kepada adik-adik ya."
-----------
Petikan di atas adalah daripada salah satu bab di dalam buku ANUGERAH TERINDAH, karya sulung Yus.
Di hari Jumaat yang mulia ini, Yus nak hadiahkan kepada 2 orang terpantas yang menulis NAK di ruangan komen di bawah.
Yus juga buka peluang bagi sesiapa yang ingin berWAKAF buku Anugerah Terindah kepada saudara mara, sahabat handai mahupun pusat-pusat penjagaan Ibu, boleh hubungi Yus ya.
Semoga buku ini dapat memberi manfaat buat semua.
"Kehamilan dan kelahiran yang didamba."
Biiznillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...