Sabtu, 15 Julai 2023

TERUJA!

 Allahu.

Sebagai seorang ibu, aku turut merasa teruja dengan kelahiran cahaya mata Dr Halina dan Dr. Syeikh Muszaphar ini, apatah lagi ini merupakan kelahiran anak ketujuh buat mereka berdua.
Masya-Allah Tabarakallah.
Tahniah!
Kehadiran cahayamata bagi setiap ibu ayah sememangnya dinantikan, apatah lagi buat mereka yang masih menanti kehadiran anak sulung ataupun yang sedang dalam proses mencuba setelah sekian lama. Rezeki Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin semestinya berbeza.
Ada yang direzekikan dengan anak yang ramai, namun diduga dengan cabaran membesarkan anak-anak.
Ada yang direzekikan dengan anak tunggal, anaknya cemerlang ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Ada yang direzekikan untuk membela anak angkat sahaja dan tidak mempunyai anak kandung, namun kehidupan mereka dilimpahi dengan rezeki dan sangat bahagia.
Ada yang direzekikan hidup berdua sehingga akhir hayat, namun mereka sangat bahagia.
Subhanallah, Masya-Allah!
Sayangnya Allah kepada kita, kan?
Setiap apa yang diberikan pasti ada hikmahnya.
Cuma cara kita memandang dan menilainya adalah berbeza.
Apa yang kita perlu buat?
Tukarkan MASALAH kepada CABARAN.
Tukarkan ISU kepada SOLUSI.
Tukarkan SEDIH kepada BAHAGIA.
Rezeki itu kan, Allah yang beri.
Kita hanya laksanakan 'kerja kita' berbanding kita buat 'kerja Allah'.
Fokus kepada 'kerja kita'.
'Kerja kita' adalah laksanakan mengikut ajaran-Nya.
Fokus kepada kehidupan kita sendiri.
Jangan mengejar mereka yang di atas.
Cuba berjalan di atas tapak kaki kita sendiri.
Bahagia bukan?
Anak-anak sebagai #AnugerahTerindah buat kita.
Anak-anak juga sebagai 'sumber pahala' buat kita.
Anak-anak juga sebagai 'punca' kasih sayangnya Allah kepada kita.
Di situlah kita akan diuji dengan pelbagai perkara.
Hendak mendapat pahala itu, bukan mudah.
Kita yang mengawal diri kita.
Insya-Allah. ❤
Kasih sayang Allah tiada batasan.
"Kehamilan dan kelahiran yang didamba"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...