Khamis, 20 Julai 2023

PENCETUS SUSU IBU

 Pernah satu ketika, Yus ditanya tentang pendapat ibu yang 'induce' susu ibu kepada anak angkat.

Secara dasarnya, Yus hanya boleh memberikan pandangan sebagai panduan sahaja, bukan bermaksud ia adalah IYA mahupun TIDAK.
Maaf, mungkin hantaran ini agak panjang ya.
Setiap mereka yang berkahwin pasti teruja bagi mendapatkan cahaya mata. Namun takdir Allah, kita hanya merancang tetapi Allah juga sebaik-baik perancang. Kan.
Kita perlu memberi sokongan kepada mereka yang masih belum direzekikan dengan kurniaan zuriat mereka sendiri. Kita perlu yakin bahawa hikmahnya sangatlah besar kepada mereka yang diuji dengan ujian sebegini.
Tidak semestinya jika kita mempunyai anak berderet-deret, kita ni power, hebatlah.
Eh, awak kena ingat Allah Maha Besar.
Anak ramai juga sebenarnya satu ujian. Rezeki, itu semua Allah yang punya, Allah punya kuasa.
Jika DIA kata "Kun Faya Kun", Siapalah kita yang menidakkannya, kan.
Maka, usaha mereka untuk mengambil anak angkat sebagai penyeri hidup mereka, kita sama-sama raikan. Ilmu Penyusuan anak angkat perlu diselusuri dan dipelajari agar kita tidak ter'sesat' dengan pelbagai mitos yang memesongkan kejayaan Penyusuan Susu Ibu.
Bagi menjadikan anak itu mahram kepada mereka, Penyusuan Susu Ibu adalah langkah
terbaik
kerana ia akan menjadi aliran nasab kekeluargaan yang lebih sempurna.
"Eh, boleh ke orang yang tak pernah mengandung ni menyusukan anak?"
"Eh, bolehlah.Awak ni kan, Allah tu kan Maha pemberi rezeki. 'Kerja' kita adalah USAHA dan MINDSET yang positif."
"Bagaimana caranya?"
Soalan seterusnya ini Yus merujuk kepada Doktor Pro Laktasi.
1) Ibu perlu membuat pemeriksaan kesihatan.
2) Ibu dapatkan khidmat nasihat doktor yang Pro Laktasi bagi 'induce' susu ibu dengan cara-cara yang disarankan. Ada yang perlu makan pil hormon, ada yang perlu membuat suntikan hormon dan pelbagai lagi cara yang selamat.
Nasihat Yus, rujuklah mereka yang pakar ya, jangan ikut semberono daripada google sahaja. Kelak nanti merana.
3) Amalkan pemerahan susu ibu yang kerap walaupun yang keluar hanyalah angin. Kita perlu ingat, susu ibu ni bukan macam air paip yang apabila dibuka, ia keluar ya. Susu ibu ni perlukan banyak USAHA dan EMOSI yang baik. - ini terpakai bagi semua ibu Menyusu juga ya.
4) Kerapkan bonding dengan anak angkat/Bayi. Sebenarnya, bonding inilah pencetus kasih sayang Dan hormon yang posiitf.
5) Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling. Di sini, paling rapat dengan ibu ialah suami serta keluarga. Rakan-rakan terdekat juga sangat perlu. Jangan dilupa, Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu di daerah/negeri kalian ya.
Selebihnya, kita tawakal.
Insya-Allah. Yus doakan urusan Penyusuan kalian dipermudahkan ya!
Kita sama-sama menyokong mereka yang memerlukan bantuan.
Ada kisah tentang Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu yang Yus kongsikan di dalam buku solo Anugerah Terindah, karya Yus.
P/s : Jika ada kenyataan di atas yang berbeza atau tidak tepat, Yus berbesar hati agar kalian dapat berkongsi sama ya.
Biiznillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...