Khamis, 8 Januari 2015

Kaedah Merangsang Refleks Ejeksi Susu Ibu

Teks : Yusnorsyazana Mohd Yunos

Kebiasaannya ibu yang mengalami kesukaran dalam merangsang refleks ejeksi susu ibu (MER- milk ejection reflex) ini berada jauh dari bayi ataupun dengan erti kata lain tiada rangsangan secara terus dari bayi. Si ibu perlu memerah susu samada menggunakan tangan mahupun alat memerah (pam susu). Situasi berada berjauhan dengan si bayi dapat menjejaskan ejeksi susu ibu. 

Refleks ejeksi susu boleh dirangsang secara fizikal dan psikologikal. Apa yang dikatakan dengan rangsangan secara fizikal dan psikologikal itu? dan apakah caranya?

  1. Fokus semasa pemerahan susu ibu
    • Pastikan ibu berada di dalam keadaan yang selesa dan jauh dari sebarang perkara yang membantutkan fokus si ibu dalam sesi pemerahan susu ibu. 
    • Suasana yang tenang dan selesa memberikan rangsangan psikologikal berlaku.
  2. Jauhkan dari alat-alat yang menganggu sesi pemerahan
    • Segala keperluan seperti bantal, makanan rindan dan minuman ataupun buku diletakkan berdekatan si ibu supaya mudah untuk dicapai sepanjang sesi pemerahan.
  3. Tekapkan tuala basah atau mengurut payudara sebelum memerah
    • Refleks ejeksi susu ibu dapat di'kejut'kan dengan meletakkan tuala basah dan urutan di payudara selain menggentel puting susu bagi merangsang MER berlaku dengan cepat.
  4. Tarik nafas dan bayangkan kita berada di kawasan yang tenang dan nyaman.
    • Ya! Kaedah ini sangat berhasil lebih-lebih lagi kepada ibu yang bekerjaya yang sangat sibuk dengan urusan kerja. Beberapa minit sesi pemerahan ini dapat dilakukan dengan berjaya sekiranya ibu dapat merehatkan minda dari berfikir tentang kerja.
    • Fikirlah anda sedang berada di kawasan air terjun, sungai, pantai ataupun kawasan yang boleh membuatkan anda tenang dan gembira..Walaupun hanya 20 minit!
    • Bagi yang beragama Islam, membaca Al-Quran juga boleh membantu dalam penenangan jiwa/rohani dan juga mental.
  5. Memasang lagu-lagu atau irama yang mendamaikan ataupun menonton video/gambar anak
    • Kebanyakan ibu bekerja tidak dapat membawa anak kecil ke tempat kerja. Namun begitu, ia bukanlah satu faktor yang membawa kepada kemeruduman susu ibu. Dengan kaedah menonton video atau gambar anak, ia juga dapat mencetus refleks ejeksi susu ibu kerana ibu pasti akan merasa sayang, rindu, cinta kepada anak kita kan?
    • Dengan berbekalkan teknologi canggih ini, ibu juga boleh mendengar lagu-lagu ataupun alunan irama yang mendamaikan seperti bunyi-bunyian bergelombang alfa, beta, ataupun ayat-syat suci Al-Quran.
  6. Membayangkan bayi berada dekat dengan kita
    • Setiap ibu akan menginginkan perkara yang sama-anak berada dekat dengan kita.
  7. Urutan belakang badan (akan dijelaskan di dalam entri akan datang) InsyaAllah!
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Kita berjumpa di entri yang lain ya! InsyaAllah!

Salam sayang penuh cinta,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS
Rakan Penyusuan anda,
Kaunselor Laktasi
013-2892820

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENYUSUAN SUSU IBU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

"Aku dah tak menyusukan. Buat apa nak tahu pasal susu ibu?" Alamak, selalu betul Yus dapat pernyataan begini. Iya, memang benar se...